Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM. Show all posts
Showing posts with label SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM. Show all posts

PERMOHONAN BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM 2016

                            PERMOHONAN BIASISWA 
SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM        
                       MATRIKULASI KPM 2016

PERMOHONAN BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM DI BAWAH PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA TAHUN 2016 (PROGRAM LUAR NEGARA)





Adalah dimaklumkan bahawa tawaran ini telah dikeluarkan oleh BMKPM (Bahagaian 

Matrikulasi KPM). Pelajar yang cemerlang dan berminat boleh memohon. 

 Tarikh tutup pada 8 April 2016. 



Syarat permohonan adalah seperti berikut:-

1. PNGK 3.5 DAN ke atas bagi PSPM .


2. Memperolehi keputusan minimum Gred B bagi Bahasa Inggeris 1119 dan English GCE-O Level di peringkat SPM.

3. Memperolehi keputusan minimum Band 4 bagi Peperiksaan MUET.

Makluman Penting:

a) Permohonan dibuka dari 24 Mac hingga 8 April 2016 secara atas talian di pautan:



b) Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.

c) Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mendapat purata gred A dalam bidang pengajian yang dipilih.

d) Calon yang disenarai pendek sahaja akan di


Pangkat A bagi matapelajaran dalam bidang yang dipohon ( keutamaan pelajar Jurusan Sains)

Bidang yang ditawarkan :-
1. Bachelor of Science ( Physics) & Education.
2. Bachelor of Science ( Chemistry)& Education.
3. Bachelor of Science ( B
iology) & Education.
4. Bachelor of Science ( Mathematic) & Education.
5. Bachelor of Engineering ( Civil ) & Education.
6. Bachelor of Engineering ( Mechanical ) & Education.
7. Bachelor of Engineering ( Electric & Electronic) & Education.

3. Keputusan minimum 4B Bahasa Inggeris 1119 dan English GCE-O Level peringkat SPM atau 6.5 bagi IELTS.
4. Borang yang lengkap dikembalikan semula ke Kaunter HEP sebelum 22 Mac 2013.

Calon yang berjaya  disenarai pendek akan dipanggil temuduga dan calon yang tidak berjaya tidak akan dihubungi selama 3 bulan selepas tarikh permohonan. Harap Maklum.

LINK PERMOHONAN DI SINI:

http://10.46.81.28/~bmkpm/permohonan/login.php

KEMASKINI PERMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2014/2015

KEMASKINI PERMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2014/2015

Sukacita dimaklumkan bahawa proses kemaskini maklumat bagi pelajar yang mengambil SPM tahun 2013 yang telah membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, KLIK DI SINI sesi 2014/2015 akan dibuka mulai 10 Februari 2014 sehingga 22 Februari 2014. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi BMKPM di 03-88844083/4036/4040 atau layari laman Portal KPM.

PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR

PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SESI 2011 / 2013





1.0          PENDAHULUAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2011/2013.

Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara membuat persediaan sebelum mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang ditawarkan tempat di kolej matrikulasi KPM sahaja.

Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang diberikan.

2.0          JAWAPAN KEPADA TAWARAN



Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk ;

2.1               Menolak Tawaran - Abaikan tawaran yang diterima dan tidak mendaftar semasa hari pendaftaran pelajar baru.

2.2               Menerima Tawaran - Saudara perlu mengambil tindakan berikut,

  1. Menyediakan yuran pendaftaran (pengajian) seperti yang ditetapkan dengan membayar kepada Pengarah Kolej Matrikulasi saudara ditempatkan.

  2. Membuka  akaun untuk tujuan pembayaran elaun wang saku:

Akaun GIRO  dan  membuat  Kad  ATM  Bank Simpanan Nasional, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut:

  1. i.      Kolej Matrikulasi Melaka / Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan / Kolej Matrikulasi Pulau Pinang / Kolej Matrikulasi Johor / Kolej Matrikulasi Perak.

ii.   Akaun  dan  membuat  Kad  ATM  Bank Rakyat, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut:

Kolej Matrikulasi Kedah / Kolej Matrikulasi Labuan

/ Kolej Matrikulasi Selangor

iii. Akaun dan membuat Kad ATM Bank Islam, jika saudara ditempatkan di kolej berikut:

Kolej Matrikulasi Pahang.

Sekiranya saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan  akaun masih aktif dan hanya ada satu penama sahaja.

  1. c. Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1).

  2. d. Menyediakan semua dokumen dan melengkapkan Dokumen Peribadi Pelajar.

  3. e. Mendaftar pada 13 Jun 2011 di kolej yang ditetapkan.



3.0          YURAN


3.1          Jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah,


JurusanJumlah
Sains (PDT) tahun Pertama (2011/2012)RM 425.00
Sains (PDT) tahun Kedua (2012/2013)RM 215.00

3.2               Pembayaran hendaklah dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa bersama-sama salinan surat tawaran. Pembayaran secara tunai atau cek peribadi tidak diterima semasa pendaftaran di kolej.



4.0          PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI



4.1          Saudara dikehendaki melapor diri pada 13 Jun 2011 (Isnin). Sekiranya tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan tanpa kebenaran pihak kolej berkenaan, saudara dianggap menolak tawaran ini.

4.2          Sila bawa bersama-sama semua perkara berikut pada hari pendaftaran:-

4.2.1          Salinan slip yuran pendaftaran yang telah dijelaskan di BSN.

4.2.2          Surat tawaran yang dicetak melalui internet.

4.2.3          Dokumen Peribadi Pelajar yang lengkap diisi. ( dicetak melalui internet)

4.2.4          Borang perjanjian pengambilan dan pembiayaan pelajar matrikulasi yang lengkap diisi  dalam dua salinan (dicetak melalui internet).

4.2.5          Sediakan setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping (RM 10.00 x 2 keping).

4.2.6          Gambar berwarna berukuran passport (minimum 4 keping)

4.2.5      Keperluan harian peribadi (SILA RUJUK LAMPIRAN 1).

4.3          Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia wajib tinggal di kolej kediaman yang ditetapkan. Sebarang permohonan untuk tinggal di luar kolej kediaman tidak akan dilayan.

5.0          PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN

Penampilan kemas dan sopan sebagai pelajar kolej matrikulasi KPM.

6.0         MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU

Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bermula pada hari pendaftaran. Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di kafeteria kolej kediaman.

7.0 PERATURAN PAKAIAN KE KULIAH / TUTORAN / AMALI



7.1          Pelajar Lelaki

  1. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (slack). Tali pinggang tidak melebihi 3 sm. lebarnya.

  2. Berkasut kulit / PVC.

7.2               Pelajar Perempuan

  1. Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan.

  2. Berkasut kulit / PVC bertutup.

8.0          PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

8.1          Calon yang telah berkahwin tidak layak untuk mendaftar dan tidak dibenarkan berkahwin sepanjang tempoh mengikuti pengajian program matrikulasi.

8.2          Semua pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan bermotor di dalam kolej.

9.0          BANTUAN KEWANGAN



9.1          Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

9.2          Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 atau sebanyak yang ditetapkan akan diberi kepada semua pelajar pada setiap semester.

10.0        URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN

Saudara perlu mengurus sendiri kedatangan ke kolej matrikulasi yang ditawarkan.

11.0        PENUTUP

Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk mengikuti Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sila hubungi kolej dimana saudara ditempatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran, bayaran yuran dan sebagainya.

SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI

SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM(PROGRAM LUAR NEGARA)
Syarat utama keputusan PSPM Sem. 1 PNGK 3.5 dan ke atas.
Jom mohonlah Matrikulasi. Banyak Keistimewannya kan
Lulusan perakaunan berpeluang belajar di universiti berprestij 

KEMENTERIAN Pelajaran akan menghantar 100 lagi lulusan cemerlang Program Matrikulasi melanjutkan pengajian ke universiti berprestij luar negara, tahun depan.

Penghantaran pelajar di bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (Program Luar Negara) itu meningkat sekali ganda berbanding 50 pada tahun ini, 2007 (21) dan 2006 (18).

Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, berkata peningkatan itu sejajar perancangan Kementerian Pelajaran memperluaskan pelaksanaan skim itu kepada lulusan jurusan perakaunan, Program Matrikulasi ini.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .