Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Universiti Limkokwing. Show all posts
Showing posts with label Universiti Limkokwing. Show all posts

Tahniah Bekas mat rempit pelajar terbaik LUCT

Tahniah Bekas mat rempit pelajar terbaik LUCT

Bekas mat rempit pelajar terbaik LUCT


Putrajaya: Seorang pemuda yang pernah terbabit dalam kegiatan rempit motosikal, Hairul Azwan Zakaria, 24, muncul antara pelajar terbaik ijazah pertama bidang Televisyen dan Filem Digital pada Konvokesyen Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Azwan yang berasal dari FELDA Sungai Koyan 3, Pahang, berkata beliau menyambung pengajiannya selepas melihat kesusahan ibu bapanya membanting tulang, berpanas, bekerja sebagai tukang kebun sekolah membesarkan mereka empat beradik. 



Mohamad Hafiz Celebral palsy sufferer earns degree in software engineering

Super mum, super son!

Celebral palsy sufferer earns degree in software engineering, and mother gets special recognition for dedication 

PUTRAJAYA, 15 Dis -- Penerima Anugerah Doktor Kehormat Falsafah, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang yang juga Canselor Universiti Limkokwing, Sultanah Kalsom berkenan bergambar bersama penerima Anugerah "Above and Beyond - The Call of Duty", Banu Aboo Haniffa (dua kanan) ibu kepada graduan Ijazah Kejuruteraan Perisian, Mohamad Hafiz Mohamed Siraj (depan) pada majlis Konvokesyen Universiti Limkokwing di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Turut sama ialah Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri), Presiden Universiti Limkokwing,
 Tan Sri Dr Lim Kok Wing (tiga kiri) dan Bapa kepada Mohamad Hafiz, Mohamed Siraj (kanan).
Anugerah itu diberikan kepada Banu Aboo Haniffa berdasarkan pengorbanan menemani anaknya, 
Mohamad Hafiz yang mengalami masalah kecacatan pendengaran dan berkerusi roda (OKU) selama lima tahun pengajian Ijazah Kejuruteraan Perisian di Universiti Limkokwing.
Sumber foto kredit kepada: BERNAMA (2012) 




DOUBLE JOY: Hafiz looks at his graduation photograph with proud mother Banu beside him


PUTRAJAYA: Kasih ibu membawa ke syurga. Begitulah perumpamaan sesuai ditujukan kepada seorang wanita yang berkorban masa dan tenaga bagi menemani anak lelakinya yang mengalami masalah kecacatan pendengaran dan berkerusi roda selama lima tahun di universiti.

Berkat kesabaran itu, Banu Aboo Haniffa, 49, ibu kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dari Universiti LimKokWing, Mohamad Hafiz Mohamed Siraj, 25, kini tersenyum bangga apabila anaknya berjaya menggenggam segulung ijazah.

Mengakui awalnya sukar mendapatkan institusi pengajian tinggi bersesuaian untuk anaknya, Banu berkata, dia dan suami, Mohamed Siraj Abdul Razack, 55, pernah berputus asa selepas mendapati sukar menempatkan Hafiz di universiti yang mempunyai kemudahan untuk OKU.





Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .