Tahniah JUPEM Juara Keseluruhan
Pertandingan Hari Inovasi 1NRE 2015
SELANGOR, 17 November 2015 - JUPEM telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam Pertandingan Hari Inovasi 1NRE 2015 dengan jumlah hadiah kemenangan sebanyak RM21,000.00.
Berikut adalah pertandingan dan kemenangan yang diraih oleh JUPEM dalam Majlis Perhimpunan Bulan November NRE di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM):
Tahniah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dapat Pengerusi dan Ahli-ahli Baru
Dr. Halil dilantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa
mengumumkan pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan ahli-ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) selepas mendapat perkenan
daripada Yang di-Pertuan Agong.
Info Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025:
* Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam
kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringat
menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Diwujudkan Elak Keciciran
KUCHING, 17 Sept (Bernama) --
Kerajaan akan mewujudkan lebih banyak
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di seluruh negara jika modul
sekolah pertama yang akan dilaksanakan di Kuala Lumpur itu berjaya, kata
Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan.
Beliau berkata sekolah yang akan dirasmikan bulan depan, itu diwujudkan
dengan hasrat memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak di
kawasan tumpuan Chow Kit, yang terbiar dan tidak mempunyai sijil
kelahiran hingga menjejas peluang mereka mendapat pendidikan.
APLIKASI SOKONGAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 2013
UNTUK GURU PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO)
Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC)
Mengenai Projek 1MTC
Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Centre (1MTC) adalah
inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue
Ocean Strategy (NBOS) .
Projek 1MTC membolehkan penggunaan fasiliti
sedia ada di Institut Latihan Awam dikongsi secara menyeluruh dan
penggunaannya dapat dioptimakan oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang
sama, projek ini juga menawarkan kemudahan carian dan permohonan kursus
yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam.
PRO-ELT Letak guru pada tahap terbaik
Nilai: "Kementerian mahu guru berada pada tahap lebih baik dari segi
kemahiran bahasa Inggeris supaya dapat memberikan pendidikan sempurna
kepada pelajar," kata Dr Ranjit Singh Gill, Pengarah Pusat Latihan
Bahasa Inggeris (ELTC).
Pusat berkenaan adalah institusi di bawah pengurusan Bahagian
Pendidikan Guru berfungsi sebagai institusi latihan dalam meningkatkan
kompetensi pengajaran guru bahasa berkenaan.
Review Buku Haluan Kerja Pendidikan
- Merealisasikan Agenda Transformasi Negara
BukHaluan Kerja Pendidikan - Merealisasikan Agenda Transformasi Negara.
Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Buku Haluan Kerja Pendidikan secara keseluruhannya bukanlah catatan impian atau sekadar tulisan retorik Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Sebaliknya Haluan Kerja Pendidikan mengemukakan
kerangka tindakan responsif terhadap fenomena baharu sejagat, acuan
untuk menempa juara perubahan, resepi bekerja aras cemerlang, program
untuk menterjemah agenda ‘rakyat didahulukan’, dan inovasi pengajaran
dan pembelajaran untuk melaksanakan agenda ‘pencapaian diutamakan’.
Kali ini saya cuma ingin berkongsi link buku Haluan Kerja Pendidikan yang boleh download secara percuma untuk bacaan guru seluruh Malaysia.
Kebersihan Tandas sekolah diberi penarafan
Doa Masuk tandas
Mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran dengan
kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperkenalkan
Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah dalam usaha mengamalkan budaya
tandas sekolah bersih terutama kepada golongan pelajar.
Anugerah pada Hari Guru 2013
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Ketua
Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud menyerahkan kain rentang
pelancaran sambutan Hari Guru 2013 kepada Pengarah Pelajaran Negeri
Sembilan, Kalsom Khalid sambil disaksikan Mazlan Mohamad (kiri) dalam
majlis Prapelancaran Hari Guru
di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan
baru-baru ini.
Buat pertama kalinya
sempena sambutan Hari Guru kali ini, Kementerian Pelajaran
memperkenalkan hadiah penghargaan baru, Anugerah Ikon Guru bagi
menghargai sumbangan guru yang masih berkhidmat dan menaikan imej
kementerian di peringkat antarabangsa.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran,
Datuk Mazlan Mohamad berkata, penganugerahan itu berbeza dengan Tokoh
Guru memandangkan anugerah itu hanya menghargai sumbangan guru yang
sudah bersara daripada perkhidmatan.
Cuepecs minta penjelasan penggabungan kementerian
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepecs)
akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi
mendapatkan penjelasan berhubungan penggabungan dua kementerian itu.
By Cikgu Ma Thursday, May 16, 2013
civil servant, Dasar Awam, dunia pendidikan, isu semasa, Kabinet Malaysia, Kerjaya Pendidikan, Malaysia, memoir seorang guru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, prihatin
Penggabungan Kementerian Pelajaran
dan Pengajian Tinggi
Penggabungan dua kementerian; Gabung tindakan tepat - TPM
(Utusan Malaysia 17 Mei 2013)
Penggabungan dua kementerian baik untuk kelangsungan pendidikan: Idris
(Berita Harian, 16 Mei 2013)
MUHYIDDIN
Yassin melakukan gimik Pelancaran Sambutan Perayaan Hari Guru
Peringkat Kebangsaan Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan,
malam tadi. Turut kelihatan dari kiri Abdul Ghafar Mahmud, Idris Jusoh,
Mohamad Hasan, Mary Yap Kain Ching, P. Kamalanathan dan Dr. Rosli
Mohamed. - UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN
SEREMBAN 16 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menggabungkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di
bawah satu bumbung adalah satu keputusan tepat.
Kata Timbalan Perdana Menteri, pelantikan seorang Menteri Kedua juga
melambangkan keprihatinan kepimpinan Perdana Menteri untuk melihat
bidang pendidikan di negara ini dapat diurus dengan lebih cekap dan
menyumbang secara lebih berkesan kepada kemajuan negara.
Muhyiddin juga berkata, beliau telah mendapat keizinan daripada
Perdana Menteri supaya menggunakan nama Kementerian Pelajaran sahaja
bagi penggabungan dua kementerian.
Menurutnya, sebelum ini, Kementerian Pelajaran dan Kementerian
Pengajian Tinggi diumumkan sebagai Kementerian Pelajaran dan Pengajian
Tinggi.
Paparan prestasi pelajar atas talian
Paparan prestasi pelajar atas talian
Putrajaya: Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan sistem paparan
prestasi persekolahan pelajar secara atas talian bagi memudahkan ibu
bapa memantau perkembangan anak mereka.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata
rancangan itu terkandung dalam elemen Sarana Ibu Bapa, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dijangka dilaksanakan dalam fasa kedua
PPPM antara 2016 dan 2020.
Melalui sistem itu, ibu bapa boleh mengetahui perkembangan akademik,
kokurikulum dan sahsiah anak mereka pada setiap penggal persekolahan,
sekali gus terbabit secara langsung dalam program pembangunan pelajar.
Ibubapa pantau prestasi
Info Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPSK)
LATAR BELAKANG
SPSK adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti. Tumpuan
utama dalam SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah seluruh
negeri Selangor. SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur kualiti
MS ISO 9001:2008 dengan matlamat menyediakan semua sekolah di negeri
Selangor ke arah sekolah bertaraf dunia.
Sarana PIBG dan Sarana Sekolah
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang telah
dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada
11 September,2012 mengandungi 11 anjakan utama iaitu :
1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
6 Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
Berita Harian Online 11 September,2012
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (13 Tahun)
Sumber gambar : Kementerian Pelajaran
Memahami inspirasi Kerajaan
Kerajaan telah memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk pembangunan pendidikan negara dalam bajet 2013 sebanyak 38.7 bilion
bagi memastikan hasrat dan inspirasi pembangunan modal insan dapat
direalisasikan sepertimana yang diperincikan dalam 11 anjakan Pelan
Pembangunan Pendidikan (PPP) bagi tempoh 13 tahun akan datang. Memahami
inspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
berpendapatan tinggi memerlukan komitmen dan kerjasama padu setiap warga
pendidik masyarakat , badan sukarela dan badan korporat memikul
tanggungjawab secara kolektif memajukan pendidikan anak-anak bagi
mendepani cabaran alaf modenisasi yang menuntut keprihatinan semua
pihak.
Prasarana pendidikan
Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana pendidikan secara
gratis kepada pelajar-pelajar melalui pelupusan yuran peperiksaan PMR,
SPM dan STPM dan buku teks bagi meringankan beban ibu bapa dan
penjaga.Situasi seperti ini tidak berlaku di negara negara lain yang
terpaksa menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka setiap
smester bermula.Keistimewaan dan kemudahan ini sepatutnya disyukuri
oleh setiap ibu bapa terutama mereka yang mempunyai bilangan anak yang
ramai. Zaman persekolahan kita dulu terpaksa membelanjakan tidak
sedikit wang ringgit bagi memenuhi keperluan pelajaran. Saya masih
ingat semasa di Tingkatan Satu SM Kamil Pasir Putih dalam tahun 1970
bapa saya tidak mampu menyediakan yuran bulanan sebanyak RM7.50
menyebabkan saya mengambil keputusan pindah ke Sekolah Menengah Tok
Janggut(aliran Melayu).Begitulah peritnya derita yang di alami generasi
dahulu berbanding sekarang yang mendapat banyak kemudahan untuk
meneruskan kesinambungan pendidikan mereka.
Sarana PIBG dan Sarana Sekolah
Selama dua hari berturut-turut (10-11 Disember,2012) berlangsung Sarana
PIBG dan Sarana Sekolah anjuran Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat
bersama Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul di Auditorium Tan Sri Rafie
Mahat Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) bagi membincangkan
Anjakan ke 9 PPP iaitu Bekerjasama dengan Ibu bapa, masyarakat dan
sektor swasta.Wacana ilmiah ini dihadiri kebanyakan Pengetua/Guru Besar
dan YDP PIBG sekolah Rendah dan Menengah Zon Keramat dan Sentul.
Pengetua dan PIBG perlu berganding bahu merangka program dan aktiviti
memajukan sekolah sebagai sebuah institusi yang disegani . Peranan PIBG
membantu sekolah dalam bidang yang dibenarkan seperti termaktub dalam
pekeliling KPM bil.5/2001Batas dan Bidang Kuasa PIBG. Kesefahaman dan
keselarian tugas antara pihak sekolah dan PIBG menjadi indikator
kemajuan sekolah kerana salah satu ciri kecemerlangan ialah mengekalkan
hubungan yang harmoni bersandarkan konsep keikhlasan dan kepercayaan
(sincerity and trustworthy) untuk melihat pencapaian anak-anak dalam
pembelajaran di sekolah .
Tugas Pengetua
Peranan Pengetua selaku pemimpin,pengurus dan pentadbir menjadi cermin
kemajuan sekolah. Kegagalan mengurus dan mentadbir merencat pembangunan
pendidikan anak-anak . Tugas Pengetua ialah membentuk budaya sekolahnya
menjadi sebuah organisasi yang unggul dan berwibawa melalui kerjasama
padu setiap warga. Justeru Pengetua perlu memiliki ilmu dan kemahiran
memimpin, mengurus dan mentadbir bagi memperkasa sumber manusia untuk
mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.
Sebagai seorang
pentadbir,Pengetua bertanggungjawab secara instruksional memantau proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdanP) secara berkesan yang menjadi "Core
business" atau sasaran tahunan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran
disamping pelbagai tugas tugas lain yang perlu dilaksanakan dengan
bijaksana,penuh hikmah dan tuntas. Kejayaaan atau kemunduran sesebuah
sekolah mempunyai kaitan langsung dengan gaya kepimpinan Pengetua
sebagai peneraju utamanya .
Transformasi Pendidikan Vokasional KPM
Transformasi Pendidikan Vokasional
Pengenalan ;
1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?
Aliran
teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada
peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal
adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang
kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi
rumah tangga).
2. Apakah pula makna aliran vokasional?
Aliran
vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan
sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak
pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan
amali. Objektif aliran ini ialah membantu melahirkan pekerja separa
profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik.
3. Maksud aliran kemahiran?
By Cikgu Ma Sunday, May 29, 2011
Dasar Awam, Institusi Kemahiran, IPT, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, teknikal, TEVT, tokoh, Vokasional
MBOT memperkasakan pendidikan teknikal
Yang Berbahagia Prof Datuk Dr Abdul Hakim Juri
NEGARA akan memartabat pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) dengan beberapa transformasi seperti menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional sebagai kolej vokasional dan menyeragam sistem persijilan bagi mengeluarkan sumber manusia terbaik.
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang ditubuhkan MARA pada 2002 antara institusi terawal menerima lulusan TEVT untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Presidennya, Prof Datuk Dr Abdul Hakim Juri menjelaskan perkembangan terkini TEVT di negara ini dengan perbandingan di Eropah kepada Wartawan Varsiti, Mohd Feroz Abu Bakar.
S Bagaimana Datuk melihat transformasi TEVT kepada kepentingannya dalam sistem pendidikan negara ?
J Memang sudah sampai masa untuk kita melakukan transformasi TEVT secara besar-besaran dengan objektif untuk menjadikan aliran teknikal dan vokasional sebagai pilihan utama dan bukan lagi pilihan untuk pelajar yang ‘gagal’.
Istilah ‘gagal’ sepatutnya tidak digunakan dalam kamus sistem pendidikan di sekolah. Sistem penilaian yang dilakukan di sekolah lebih kepada mengukur keupayaan akademik seseorang, pelajar yang kurang keupayaan ini tidak patut dilabel sebagai ‘pelajar gagal’. Pelajar haruslah diberikan aliran yang sesuai dengan keupayaan dan minat mereka dengan aliran TEVT menjadi antara aliran teras pada peringkat sekolah.
Tidak ada pelajar yang patut dilabel sebagai gagal kerana ini semacam ‘doa’ kita untuk mereka. Kita harusnya mendoakan mereka menjadi anak yang berjaya mengikut kelebihan masing-masing.
Selepas dunia pendidikan pelajar akan berpindah ke dunia pekerjaan. Aliran TEVT di peringkat sekolah membolehkan pelajar didedahkan lebih awal dengan pelbagai kerjaya strategik. Kalau boleh semua pelajar melalui latihan vokasional dalam bidang berkaitan yang mereka minati sebelum melanjutkan pendidikan pada peringkat lebih tinggi. Ini boleh dilakukan dengan kerjasama sektor industri. Ramai pelajar yang memilih program untuk melanjutkan pengajian dalam sesuatu bidang tanpa mempunyai maklumat yang lengkap kerana tidak didedahkan dengan pelbagai pilihan kerjaya yang ada.
Ramai pelajar yang memilih sesuatu program pengajian kerana ingin bersama rakan lain atau kerana mereka ditawarkan oleh institusi pendidikan program berkaitan. Aliran TEVT apabila diperkasakan oleh kerajaan akan membolehkan setiap pelajar memilih bidang kerjaya yang selari dengan keperluan negara.
Mungkin selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ketika pelajar mengikuti Program Latihan Khidmat Negara, mereka boleh didedahkan kepada kerjaya dan kemudian melakukan praktikal di syarikat supaya mereka mempunyai gambaran awal mengenai sesuatu kerjaya.
TEVT yang akan dimartabatkan pada peringkat sekolah memang tindakan ke hadapan kerana pelajar akan didedahkan dengan kerjaya tertentu.
Tetapi, aliran TEVT jangan dilabel hanya untuk mereka yang gagal atau kurang pencapaian akademik. Saya berpendapat mereka tidak gagal cuma sistem peperiksaan akademik tidak mengukur atau mengenal pasti kekuatan lain yang mereka ada. Jika ini dilakukan, kita boleh berikan aliran yang sesuai untuk mereka berjaya.
Sistem pembelajaran TEVT yang membabitkan proses pembelajaran secara praktikal dapat membantu pelajar memahami teknologi yang canggih dan kompleks. Aliran TEVT di sekolah pastinya akan meningkatkan sistem pendidikan negara kita.
BACA LAGI...
Akta Pencen (pindaan) 2008 Diluluskan, Pencen Dilanjut Kepada 58 Tahun
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan
pindaan Akta Pencen 1980 yang diberi nama Akta Pencen (Pindaan) 2008
yang membolehkan umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 56
tahun kepada 58 tahun, berkuatkuasa 1 Julai ini.
Akta berkenaan
membabitkan pegawai dan kakitangan yang bekerja sepenuh masa,
bagaimanapun pegawai yang berkenaan diberikan pilihan untuk bersara pada
umur persaraan wajib pada umur 55 atau 56 tahun seperti yang dipilihnya
sebelum 1 Julai.
Dewan Rakyat juga meluluskan Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2008.
Rang Undang-undang itu akan membabitkan perbelanjaan tambahan kepada kerajaan tetapi jumlahnya belum lagi dapat ditentukan.
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Johari Baharum berkata
berdasarkan kajian terperinci yang dilaksanakan pada 2001 apabila umur
persaraan dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun, lanjutan umur
berkenaan tidak memberi kesan kepada pengangguran.
"Pelaksanaan
ini juga tidak ada tujuan politik. Kalau ada tujuan politik kita dah
lakukan sebelum pilihan raya. Lagipun ia hanya membabitkan 31,000
peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam sedangkan jawatan kosong yang
ada ialah sebanyak 200,000. Peluang pekerjaan tidak terjejas," katanya
semasa menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan di sini,
Khamis.
Beliau berkata kerajaan juga akan menimbangkan umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun secara berperingkat.
Katanya
umur persaraan berkenaan dianggap tidak menimbulkan masalah kerana
ramai lagi kakitangan yang boleh bertugas dengan umur berkenaan dan
terdapat anggota polis yang dipanggil semula untuk bekerja kerana mereka
mempunyai kepakaran yang tidak ada pada pegawai yang sedia ada.
"Pada
sesi akan datang saya akan buat taklimat khas dengan pegawai pencen
dengan Anggota Parlimen dan Yang Berhormat boleh cadangkan yang lebih
baik pada masa akan datang. Saya telah menjelaskan harapan supaya tidak
menghampakan hasrat kerajaan di sebalik keputusan melanjutkan tempoh
perkhidmatan mereka”.
Beliau berkata anggaplah ini bukan tempoh makan gaji tetapi peluang keemasan untuk memberi jasa kepada rakyat dan negara.
Yang
Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum menangguhkan
persidangan berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan perjalanan
dewan dan ia boleh dipertingkatkan lagi sekiranya beberapa insiden yang
Anggota Parlimen sendiri maklum tidak berlaku.
"Berdasarkan
pandangan kita bersama, saya menaruh harapan yang menggunung tinggi
supaya pada masa akan datang kita akan dapat memperbaiki kelemahan.
Kalau ada jarum yang patah jangan simpan dalam peti, kalau ada silap dan
salah marilah sama-sama kita perbaiki," katanya.
Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Gawai dan Kaamatan terutamanya kepada Anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak.
Tiga Rang Undang-undang diluluskan pada sidang Dewan Rakyat kali ini yang bermula 28 April lepas dan tamat hari ini.
Sidang dewan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
BERNAMA:29 Mei 2008
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .