SAYA CUMA LULUS BAHASA MELAYU SPM KE MANA SAYA NAK PERGI, CIKGU?
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Untuk lepasan SPM 2012 yang tidak memperolehi
banyak kredit, dan mungkin hanya lulus Bahasa Melayu sahaja, anda usah
dukacita ya. Peluang melanjutkan pengajian tetap ada.
Yang
Penting anda mesti ubah strategi hidup. Jika dahulu dengan kehidupan
cara orang yang menempah kegagalan, apakata mulai detik ini, tukarkan
gaya hidup anda kepada membina kecemerlangan dalam kehidupan peribadi
anda.
Kursus Sijil Teknologi Fabrikasi Logam Dan Sijil Teknologi Bekalan Air Dan Pembentungan Di IKM (Institut Kemahiran MARA) antara kursus yang baik untuk anda. elok anda mohon sekarang.
Kemasukan ke IKM/KKTM Sesi Julai 2013 telah DIBUKA di Laman Web ekemahiran seperti dibawah :-
Kita lihat syarat ke IKM Untuk kursus ini ya:
Syarat Memohon:
Syarat Am:
1) Warganegara
2) Bertaraf Bumiputera
3) Berumur 17 - 40 tahun
4) Sihat Tubuh Badan
Kelayakan: SPM/SPMV dengan LULUS subjek Bahasa Melayu
* untuk pemohon lelaki
* pengidap pemyakit lelah(ashtma) tidak layak momohon
* tidak rabun warna
By Puan Ummi Thursday, March 21, 2013
anak remaja, Halatuju, IKM, Institusi Kemahiran MARA, kaunseling kerjaya, kerjaya, MARA, Pendidikan Perkembangan Remaja, selepas SPM
SYARAT KE IKM SIJIL TEKNOLOGI BADAN BAIKPULIH KENDERAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk lepasan SPM 2012 yang tidak memperolehi banyak kredit, dan mungkin hanya lulus Bahasa Melayu sahaja, anda usah dukacita ya. Peluang melanjutkan pengajian tetap ada.
Yang Penting anda mesti ubah strategi hidup. Jika dahulu dengan kehidupan cara orang yang menempah kegagalan, apakata mulai detik ini, tukarkan gaya hidup anda kepada membina kecemerlangan dalam kehidupan peribadi anda.
Kursus Sijil Teknologi badan dan Baikpulih kenderaan antara kursus yang baik untuk anda.
Kemasukan ke IKM/KKTM Sesi Julai 2013 telah DIBUKA di Laman Web ekemahiran seperti dibawah :-
Kita lihat syarat ke IKM Untuk kursus ini ya:
Syarat Memohon:
Syarat Am:
1) Warganegara
2) Bertaraf Bumiputera
3) Berumur 17 - 40 tahun
4) Sihat Tubuh Badan
Kelayakan: SPM/SPMV dengan LULUS subjek Bahasa Melayu
* untuk pemohon lelaki
* pengidap pemyakit lelah(ashtma) tidak layak momohon
* tidak rabun warna
Che Liyana 'Izzati Che Rosli dari SMK Jengka
2 Pahang antara Pelajar Cemerlang STPM 2012 Peringkat Kebangsaan
TahniahChe Liyana 'Izzati Che Rosli dari SMK Jengka
2, Bandar Tun Razak Jengka, Maran atas kejayaan cemerlang anda.
STPM 2012 Pahang atasi nasional
KUANTAN 18 Mac - Pahang berjaya mengatasi
pencapaian peringkat nasional dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) 2012 yang diumumkan hari ini apabila mencatat kelulusan
penuh sebanyak 96.51 peratus berbanding 94.44 peratus di peringkat
nasional.
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Rosdi Ismail berkata, sebanyak
2,435 calon daripada 2,523 yang menduduki peperiksaan mendapat kelulusan
penuh dengan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran lulus penuh.
"Peratus kelulusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.69 peratus
berbanding pencapaian sebanyak 93.82 peratus pada tahun lalu.
9A SPM jadi cikgu
JOHOR BAHRU:
Kementerian Pelajaran akan menawarkan tempat kepada
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang
bagi menjalani latihan sebelum diserap menjadi guru sebagai satu
langkah meningkatkan lagi sistem pendidikan negara.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, 30 peratus daripada lepasan SPM 2013 akan
dipilih untuk dilatih menjadi guru, ia bagaimanapun bergantung kepada
minat terhadap profesion itu yang ditunjukkan calon terbabit.
Beliau berkata, cadangan itu selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang antara lain bermatlamat meningkatkan
kualiti guru dan kaedah pengajaran kepada murid di negara ini.
“Calon yang menepati kelayakan dan mempunyai kelulusan paling
cemerlang akan ditawarkan untuk mengikuti latihan itu. Jika dulu kita
ambil mereka yang mendapat keputusan 6A atau 7A, kini ia ditawarkan
kepada mereka memperoleh 9A iaitu gred tertinggi.
“Hanya
calon mencapai tahap yang paling cemerlang saja akan kita ambil
sekiranya mereka berminat untuk dilatih menjadi guru,” katanya selepas
merasmikan Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) di Pusat Kokurikulum
Johor Bahru di sini, semalam.
LAGI PETUA KEJAYAAN SPM 2012 PASANGAN KEMBAR RAIH KEJAYAAN BERSAMA
PENGARAH Pelajaran Selangor, Mahmud Karim bersama pelajar cemerlang
SPM 2012 gembira menunjukkan keputusan mereka di Jabatan Pelajaran
Selangor.
Sumber FOTO Intan Nur Elliana Zakaria, Harian Metro. Sumber Artikel: Sinar Harian
Sentiasa ingin menjadi yang terbaik, menjadi resepi kejayaan sepasang
kembar di sini meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.
Nur Najat Mamat dan adik kembarnya Nur Najaa dari Sekolah Menengah
Bukit Sentosa, Rawang, masing-masing memperoleh keputusan 10A+.
Mereka berkata belajar tanpa tekanan keterlaluan daripada ibu bapa juga berjaya membantu kejayaan mereka itu.
"Kami tak pernah diberi tekanan untuk mencapai kejayaan cemerlang, mak
dengan abah pun tak kisah kalau saya lagi pandai dari adik atau adik
lagi pandai dari saya," kata Najat yang ceria di samping adiknya selepas
menerima keputusan peperiksaannya di Jabatan Pelajaran Selangor di
sini.
Cemerlang STPM 2012 Kecekalan bapa semarakkan
semangat
Pengetua SMK Cenderawasih, Datin Fauziah Ismail beramah mesra dengan
empat pelajar yang mendapat 5A dalam semua mata pelajaran STPM 2012
(dari kanan) Sit Guat Sin, Wong Kwok Sang, Tay Chee Wei dan Pua Soo Nge
ketika mereka mengambil slip keputusan peperiksaan itu di sekolah
tersebut di Kuantan, Pahang Isnin lalu.
KUANTAN 19 Mac - Kecekalan bapanya yang menyara kehidupan keluarga
sebagai penjaja di Pasar Besar Kuantan di sini menjadi pembakar semangat
kepada Tay Chee Wei, 19, untuk cemerlang dalam pelajaran.
Anak sulung daripada dua beradik itu tekad belajar bersungguh-sungguh
sehingga berjaya memperoleh 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) 2012 yang diumumkan.
Chee Wei yang menetap di Kampung Tengah di sini berkata, sejak kecil
dia memasang impian untuk bergelar akauntan bagi mengubah kehidupannya
sekeluarga.
"Impian sahaja tidak menjadi sekiranya tidak belajar
bersungguh-sungguh, justeru saya sentiasa membuat ulang kaji selepas
waktu persekolahan termasuk menghadiri kelas tambahan.
"Setiap hari saya akan bangun seawal pukul 5 pagi bagi mengulang kaji
dan membuat persediaan sebelum ke sekolah," kata bekas pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Cenderawasih itu ketika ditemui pemberita.
Pelajar Cemerlang SPM 2012 Terengganu Mahu Keluar Daripada Kemiskinan
Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin student, Ong Jia Pei, who
scored 12A+ in 2012 SPM being hailed by her friends. . NSTP/Rozainah
Zakaria
KUALA TERENGGANU, 21 Mac (Bernama) --
Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu, Ong Jia
Pei dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin yang
memperoleh 12A+ bertekad mahu keluar daripada kepompong kemiskinan.
Anak kepada pasangan penyelia kilang papan Ong Sing Kian dan isteri Tian
Choon Moi yang bekerja sebagai kerani terbabit berhasrat menyambung
pengajian dalam bidang sains biologi atau perdagangan.
"Saya mahu menggembirakan keluarga dan berharap kejayaan dalam SPM ini
akan terus menjadi batu loncatan untuk saya terus berjaya dalam hidup
dan memberi keselesaan kepada keluarga," katanya kepada pemberita
selepas menerima slip keputusan SPM, di sini Khamis.
Nor Izyan Suhaimi Pelajar Cemerlang STPM 2012 Kongsi Petua Kejayaan
BESUT, 19 Mac -- Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) 2012 dari SMK Renek, Besut, Nor Izyan Suhaimi (dua dari kanan)
menunjukkan keputusan peperiksaan dan sijil anugerah yang diterima
sebagai Pelajar Cemerlang STPM Kategori Sekolah Luar Bandar 2012 kepada
rakan-rakannya di sini, hari ini.
Turut sama Pengetua Cemerlang, SMK Renek Ahmad Zawawi Mat Junoh (kanan)
dan Penyelaras STPM Pejabat pelajaran Besut, Mahusin mamat (tiga dari
kanan).
Dalam peperiksaan itu Nor Izyan berjaya memperolehi 5 Prinsipal A+ dalam
kertas Pengajian Am, Bahasa melayu, Sejarah, Geografi dan Ekonomi.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Bagi Nor Izyan Suhaimi dari Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Renek, Besut dan Normadia Manaf dari SMK Putra, Hulu
Besut, tiada yang mustahil asalkan mempunyai semangat juang tinggi untuk
mencapai cita-cita yang diidamkan.
Nor Izyan yang memperoleh lima prinsipal A+ berkata pelajar tidak boleh
membuat pelbagai dalih sekiranya mereka lemah dalam pelajaran kerana
ianya boleh diperbaiki dengan kesungguhan.
Normadia Manaf Pelajar Cemerlang STPM 2012
Jadikan Kesusahan Keluarga Motivasi Kejayaan
Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 Negara,
Normadia Manaf dari SMK Putra, Hulu Besut (kiri) bersama bapanya Manaf
Salleh (depan dua kiri), ibu Zawiah Ismail (kanan) dan abangnya Nor
Khairol Azhar yang hadir untuk Majlis Anugerah Khas kerana kejayaannya.
Gambar milik BERNAMA. Disiarkan di sini sebagai bahan pendidikan.
Ikuti lanjut rahsia kejayaan cemerlang beliau dnegan meng klik 'readmore'...
Petua Kejayaan Pelajar terbaik STPM Terengganu 2011
BESUT —
Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari
Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara
yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.
Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata, amalan yang
dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar
dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua
mata pelajaran yang diambil.
"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca
Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis,” katanya ketika
ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini.
STPM 2012 TERENGGANU UNGGUL
Terengganu unggul
KUALA TERENGGANU – Terengganu terus unggul dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Ia berikutan peratusan calon Terengganu yang layak mendapat sijil lebih
tinggi iaitu 96.01 peratus (%) berbanding peratusan peringkat negara,
94.44 % iaitu peratusan lulus negeri mengatasi nasional 1.57 peratus.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim
Mohd Zin berkata, pada 2012, seramai 2,980 calon sekolah kerajaan duduki
peperiksaan STPM berbanding 2,810 calon pada 2011.
STPM 2012 Kebanyakan Negeri Catat Keputusan Baik
Pelajar-Pelajar SMK (P) Sultan Ibrahim
gembira sambil meraikan kejayaan mereka selepas mendapat keputusan STPM
2012 di sekolah mereka di Johor Bahru
- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kebanyakan negeri mencatatkan keputusan baik dalam
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 yang
diumumkan hari ini, dan ada di antara sekolah yang mencatatkan
pencapaian kelulusan 100 peratus.
Di KEDAH, sebanyak 11 sekolah mencatatkan keputusan 100 peratus
kelulusan dengan lima daripadanya adalah sekolah kategori luar bandar
manakala enam sekolah kategori bandar.
PERMOHONAN PROGRAM PERGURUAN LEPASAN SPM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN 2013
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran
Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk
mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) seperti lampiran berikut.
Permohonan secara atas
talian boleh dibuat mulai 22 Mac 2013.
Keputusan SPM 2012 Pada 21 Mac 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entry sebelim ini, Tarikh keputusan SPM 2012 Keluar Mac 2012, di sini.
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis, 21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
Lelaki Kasanova Facebook Menipu
Lelaki kasanova didakwa tipu guna Facebook
Balik Pulau: Seorang lelaki kasanova yang menipu mangsa melalui laman
sosial Facebook dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas
dua tuduhan membabitkan penipuan, Disember tahun lalu.
Tertuduh, KK Prabharan, 45, dari Ipoh, Perak, mengaku tidak
bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di depan majistret Muhammad
Najib Ismail.
Kraf Tangan Kayu Dari Temerloh Bertaraf Dunia
Encik Muhaimin bin Hasbollah dari Syarikat Inakraf
Cantik kan ukiran ini...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Temerloh, bukan setakat titik tengah Semenanjung Malaysia, bahkan mempunyai pelbagai keistimewaan khazanah sejarah bangsa. Salah sebuah daerah yang semakin pesat membangun di Pahang ini juga mempunyai ramai pengukir kayu yang kreatif dan mencipta nama di persada antarabangsa. Tahniah kepada Encik Muhaimin bin Hasbollah dari Syarikat Inakraf Temerloh Pahang kerana telah mengharumkan nama Negara Malaysia.
Ukiran yang menggambarkan sekuntum kelopak bunga di bawah punca benih
lambang bermulanya kelahiran dalam kehidupan dan setiap sulur bertaut
serta melingkar dengan sendirinya tanpa halangan dan tidak bersentuhan
lambang sikap rendah diri serta penghormatan orang muda kepada orang
yang lebih tua.
Ukiran serta falsafah yang lahirkan dari hati beliau
melayakkan karya beliau untuk di anugerahkan sebagai The Best
Craftmanship Award pada pertandingan International Live Wood Carving Show and Competition 2012 di Guangxi, China. Beliau membawa pulang Sijil
Penghargaan serta wang tunai.
Menurut En. Muhaimin, kejayaan ini bukan milik beliau seorang tetapi
milik seluruh rakyat Malaysia terutamanya penggiat seni ukir tanah air.
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa seni ukiran kayu Melayu, amnya
dan Malaysia, khasnya dipandang dan ditempatkan di martabat yang tinggi
di mata dunia. Semoga industri ukiran kayu di Malaysia akan
terus berkembang maju.
Kraf Tangan Kayu Dari Temerloh Bertaraf Dunia
Kotak Hantaran ciptaan Puan Rohani
TERDAPAT pelbagai jenis motif ukiran moden dihasilkan antaranya bunga pekan, paku pakis dan ketumbit.
ROHANI memulakan perniagaan bengkelnya dari bawah dan kini mendapat tempahan dari seluruh negara.
KEASLIAN serta keunikan seni kraf tangan kayu yang diwarisi sejak
turun-temurun adalah aset negara yang tidak ternilai harganya. Warisan
seni itu mencabar kreativiti pembuatnya daripada pemilihan kayu,
memotong dan mengukir sehingga menjadi kraf seni yang serba indah.
Hasil rimba berasaskan kayu tersebut mempunyai pelbagai kegunaan daripada perabot, produk hiasan sehinggalah hadiah cenderamata.
Bayi dijangkiti HIV pulih selepas rawatan
Bayi dijangkiti HIV pulih selepas rawatan
Chicago: Seorang bayi perempuan di Mississippi yang dilahirkan
dengan jangkitan HIV didapati pulih selepas rawatan awal dengan ubat
biasa HIV, kata sekumpulan penyelidik semalam.
Jarang berlaku
Kisah kanak-kanak itu adalah yang pertama membabitkan bayi menerima
penawar yang berfungsi, peristiwa yang jarang berlaku terhadap
seseorang mencapai pemulihan tanpa keperluan ubat-ubatan dan ujian darah
standard menunjukkan tiada tanda bahawa virus itu muncul.
Anak itu selayaknya dia mendapatkan perhatian sesrius dan pengawasan
yang cukup.
Sesungguhnya hatinya bagaikan bening mutiara yang siap
menerima segala sesuatu yang mewarnainya.
Anak itu jika dibiasakan dengan hal-
hal yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan, sehingga
orang tua dan pendidiknya ikut serta memperoleh pahala.
Sebaliknya, jika anak itu dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan membesar dengan keburukan itu. Maka orang tua dan pedidiknya juga ikut memikul dosa karenanya.
Oleh karena itu, tidak selayaknya orang tua dan pendidik melalaikan
tanggung jawab yang besar ini dengan melalaikan pendidikan yang baik
dan penanaman adab yang baik terhadapnya sebagai bagian dari haknya.
Jiwa si kecil
Proses pembesaran anak pasti ada melalui satu fasa apabila mereka mulai
belajar meneroka dan bereksperimen. Salah satu daripadanya adalah dengan
melukis, menconteng dan melakar di dinding rumah.
Namun, ramai ibu bapa sering merujuk sesi meluahkan kreativiti dalam usaha menyampaikan isi hati itu sesuatu yang salah.
Sedangkan, menurut pakar psikologi, lukisan adalah saluran terbaik
untuk ibu bapa mengenali anak kecil mereka dan salah satunya melalui
kaedah dipanggil, ujian projektif.
Melalui kaedah ini, emosi kanak-kanak boleh dinilai
menggunakan lukisan dihasilkan misalnya, rasa tidak selamat digambarkan
melalui lukisan figura condong, berkepala kecil, bentuk raksasa atau
tanpa tangan dan kaki.
Menyampaikan pendapat
Penarafan Kolej Komuniti KPT
Kolej Komuniti Paya Besar,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Jalan Gambang-Maran,
26300 Gambang,
Pahang Darul Makmur.
09-5498811
http://www.kkpbe.edu.my/v1/index.php/en/
Info Lanjut Hubungi
Telefon : 085-653545
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan sekolah, kepada calon SPM 2012 yang sedang berdebar menunggu keputusan SPM Isnin ini, juga tidak lupa kepada pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM tahun 2013 ini, anda berpeluang melanjutkan pengajian anda di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Pelbagai kursus ditawarkan di Kolej Komuniti KPT. Kepada pelajar tingkatan 5, eloklah anda berjumpa Guru Bimbingan Kaunseling anda bagi mendapatkan info lanjut berkaitan Kolej Komuniti ini.
Kepada calon SPM 2012 dan sewaktu dengannya, sila rujuk artikel sebelim ini Permohonan UPU IPTA ILKA TEVT 2013 dan Tarikh Permohonan UPU 2013 di sini
Penarafan kolej komuniti
Kuching:
Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan proses penarafan
bintang untuk kesemua 84 kolej komuniti di seluruh negara mulai
pertengahan tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata instrumen
untuk melaksanakan proses itu sedang dibangunkan yang bertujuan untuk
menentukan tahap penyampaian dan perkhidmatan yang diberikan oleh setiap
kolej berkenaan.
Keputusan STPM 2012 Diumumkan Isnin18 Mac 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar calon STM 2012 Khususnya calon STPM SMK Jengka 2, semoga anda memperolehi kejayaan cemerlang. Anda boleh membaca Halatuju Selepas STPM klik di sini, dan jika ada cadangan tambahan silakan tinggalkan komentor membina anda ya.
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin depan (18 Mac).
Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini, calon
boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12
tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
KARNIVAL JOM MASUK U 2013 KUANTAN SABTU INI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel sebelum ini Jom Ke Karnival jom Masuk U, Klik di sini
Sebelum ini ada beberapa orang pelajar Tingkatan 5 SMK Lepar Hilir dan juga bekas pelajar yang bertanya kepada saya bilakah Jom MAsuk U 2013 akan diadakan di Kuantan.
Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U
mengumpulkan lebih 20 IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) dan 100 IPTS
(Institut Pengajian Tinggi Swasta). Karnival Jom Masuk U ini menjadi Pusat Sehenti bagi komuniti
mendapatkan maklumat mengenai pendidikan tinggi bagi lepasan SPM / STPM / Akreditasi dan lain-lain.
Semua dijemput hadir.
Tarikh: 16 - 17 Mac 2013
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang
Website: http://www.mohe.gov.my/portal/
Kemasukan: Percuma
Seminar Sehari Peluang Pengajian Tinggi Negara
1Dream2U Peringkat Kebangsaan bagi Zon Pahang sempena Karnival
Pengajian Tinggi Negara Kali Ke-9 - "Jom Masuk U" Tahun 2013 yang akan
diadakan mengikut ketetapan
berikut:
Tarikh : 17 Mac 2013 ( Ahad )
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Pendaftaran jam 7.30 pagi)
Tempat : Ballroom, Aras Tanah, Hotel Vistana Kuantan, Jalan Telok Sisek,25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Semua dijemput hadir ke seminar tersebut bagi menambahkan pengetahuan
mengenai peluang-peluang pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2010
Artikel di bawah dipetik daripada web MOHE pada tahun 2009 lalu sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan.
JOM MASUK U
TUJUAN
Karnival
Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2009 adalah Anjuran Kementerian
Pengajian Tinggi Dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran MALAYSIA. "JOM
MASUK U" merupakan program tahunan KPT dan telah dilaksanakan semenjak
tahun 2005.
Program ini diteruskan pada tahun 2009 untuk tahun ke 5
pelaksanaan berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari
kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake
holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM).
Lepasan SPM boleh ke IPT berdasarkan pengalaman kerja: Saifuddin
TEMERLOH:
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang kurang
cemerlang berpeluang melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi
berdasarkan pengalaman kerja atau perniagaan masing-masing.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,
peluang berkenaan adalah selaras dengan agenda kerajaan mencapai status
negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPT Jun 2013
Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier, Konvensional & METrO bagi Lulusan SPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Warganegara Malaysia Lulusan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa untuk memohon kemasukan ke
program pengajian peringkat Diploma Sesi Akademik 2013 di Politeknik
KPT.
Khususnya kepada pelajar lepasan SPM 2012, silakan memohon ya.
10 MAC 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 - Permohonan
ke Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi Lulusan Diploma
Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Sijil Kolej Komuniti, Sijil
Institut Pertanian Malaysia, Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA &
Matrikulasi KPM .
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Primier
Permohonan kemasukan ke program pengajian di Politeknik Primier bagi
lulusan SPM adalah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar sekali
dengan permohonan IPTA.
- Politeknik Ungku Omar (PUO)
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
- Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional / METrO Dan ILKA
Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional
(TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan:
Sila layari http://upu.mohe.gov.my atau baca iklan permohonan di sini.
KEMASUKAN KE
POLITEKNIK KONVENSIONAL / METrO,
KOLEJ KOMUNITI &
INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM
Program-program yang ditawarkan untuk lulusan SPM dan setaraf (Politeknik Premier) :
BI mungkin subjek wajib SPM 2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel berkaitan Bahasa Inggeris Mungkin Menjadi Mata Pelajaran Wajib Lulus SPM Pada 2016 ini dipetik daripada Laporan Berita TV3, Laporan Bernama di Sinar Harian, Berita Harian dan Kosmo sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan. Sekian terima kasih.
Bahasa Inggeris Mata Pelajaran Wajib Lulus SPM?
untuk menonton Berita Utama TV3
BI mungkin subjek wajib SPM 2016
PORT DICKSON -
Bahasa Inggeris berkemungkinan besar akan dijadikan mata
pelajaran wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016,
kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran berkata langkah
ini seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Katanya perkara itu sedang diperhalus Kementerian Pelajaran dan
pelaksanaannya kelak diharap akan menurunkan peratusan pelajar yang
gagal mata pelajaran berkenaan dalam SPM.
Ustaz Rujhan Mohamed Razali
telah meninggal dunia Al Fatihah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya telah mendapat khabar berita dukacita pada Jumaat, 8 Mac 2013 semalam. Namun hanya pada petang ini baru sempat saya nukilkan di blog ini.
Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali telah kembali ke rahmatullah pada jam
tengah hari Jumaat semalam. Mohon kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah
untuknya. Al fatihah.
Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali seorang penceramah bebas berasal dari Jerantut, Pahang. Semasa di SMK Jengka 2, pernah GPK 1 SMK Jengka 2, Ustaz Abdul Rahim membuat kutipan derma untuk allahyarham yang sedang terlantar sakit ketika itu. Allahyarham kerap memberi ceramah di SMK Jengka 2.
PAMERAN PENDIDIKAN INDUSTRI KKTM MARA KUANTAN 2013
Warga Kuantan Sila Ke Industry Oriented Education Exhibition 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM Kuantan) sedang mengadakan program Pameran Pendidikan Industri Kerjaya 2013. Pameran sedang berlangsung sehingga esok. Kepada warga Kuantan, rebutlah peluang ini segera.
Pameran terbuka kepada orang ramai, khususnya pelajar-pelajar sekolah menengah yang berada di Tingkatan 5. Para ibu bapa juga boleh datang ke KKTM Kuantan di KM 8, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.
Kepada lepasan SPM 2012, anda sangat digalakkan hadir ke pameran ini segera.
Pelbagai maklumat akan anda perolehi di sini. Halatuju pendidikan selepas SPM, biasiswa, peluang melanjutkan pelajaran ke oversea, aliran yang ditawarkan di KKTM seluruh negara seperti aliran seni lukis, aliran kemahiran, aliran robotiks, moulding dan sebagainya turut dijelaskan oleh para pensyarah KKTM yang berwibawa. Mereka akan entertain pertanyaan anda dengan sebaik-baiknya.
Tarikh Keputusan SPM 2012 Keluar Mac 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon SPM 2012 yang sedang berdebar menunggu keputusan SPM, diharapkan anda bertenang dalam menerima keputusan peperiksaan anda.
Kepada lepasan SPM, (KLIK DI SINI) 2012 khususnya para calon SPM 2012
SMK Jengka Pusat 2, SMK Jengka 2, dan SMK Lepar Hilir,
semoga anda dapat memilih HALATUJU, Sila klik di sini yang terbaik untuk anda.
Kepada yang belum membeli No Id di BSN, silalah beli segera.
Untuk memohon IKM dan Politeknik pun, anda perlu membeli No. ID di BSN.
Permohonan pula adalah melalui UPU.
Boleh rujuk artikel sebelum ini, cara Pengiraan Merit Ke IPTA Selepas SPM,
KLIK DI SINI
dan di sini Karnival Jom Masuk U 2013
Tarikh dijangka keputusan SPM 2012 keluar mungkin pada
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .