Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Kerjaya Pembersihan. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya Pembersihan. Show all posts

Halatuju Selepas SPM Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga

Halatuju Selepas SPM 

Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga

Pelajar Kursus Kulinari

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selain bekerjasama dengan kolej-kolej dan institut-institut pengajian yang di iktiraf, FELDA juga telah membina kolej-kolej Yayasan FELDA mereka sendiri bagi membolehkan warga generasi FELDA meneruskan Pendidikan ke tahap Tertinggi dan tidak ketingalan dari Arus Pendidikan Global dan Glokal. Entry ini saya memuatkan tentang Kolej Yayasan FELDA Mempaga, Karak, Pahang.

 PENGENALAN

Penubuhan Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 26 September 1998. Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara. Yayasan Felda mula beroperasi pada tahun 1999. 


Kerjaya Pengutip Sampah Mereka Juga Berjasa Kepada Kita

Kerjaya Pengutip Sampah Mereka Juga Berjasa Kepada Kita

 Gambar Pekerja Alam Flora sedang mengutip sampah
 di Bandar Temerloh Tahun 2011.

Dalam kehidupan kita setiap hari ke sana sini kita pasti akan terjumpa beberapa buah tong tong sampah yang besar yang selalu ditempatkan di tepi tepi jalan. Jika kita tinggal di kawasan perumahan, pasti ada tong sampah disediakan di hadapan rumah kita untuk dikutip oleh pengutip sampah yang dilantik oleh pihak berwajib.

        Adakalanya kita juga akan terserempak dengan pengutip sampah yang sedang memasukkan sampah-sampah yang ada ke dalam lori. Setelah selesai mereka akan berpindah pula ke tong tong sampah yang lain. Adakalanya berlari-lari anak mereka mengejar ke tong yang berikutnya sementara lori sampah berjalan perlahan-lahan mnyusuri llorong-lorong dan jalan-jalan yang mempunyai tong sampah.

Begitulah rutin pekerjaan mereka setiap hari. Kerjaya mengutip sampah juga merupakan fardhu Kifayah kepada umat Islam. Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam. 

    Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Oleh itu, pengutip sampah tetap telah meninggalkan jasa kepada kita. Lihatlah kerja mereka.

     Soal bau yang tak terhidu akan kebusukannya sudah jadi biasa buat mereka semua. Pekerja pengutip sampah ini telah lali dengan bau busuk.  Bab ulat ulat yang tak terkira jumlahnya sudah jadi umpama pemandangan seharian buat mereka.Ini belum lagi termasuk bab lelehan air air yang hitam dan berlendir.  

      Seorang cleaner atau pencuci di kawasan bangunan juga tidak kurang pentingnya. Tanpa pekerja pembersihan di bangunan, kita tentu tidak selesa. Pekerja inilah yang akan membantu memastikan kawasan bangunan yang kita lalui dan gunakan sentiasa bersih.  Rutin diorang ialah menyapu sampah, menyiram pokok bunga dan membuang dedaun kering.

      Seorang 'cleaner' pendapatannya hanya lebih kurang RM500.00 sebulan (tahun lepas) tetapi tetap meneruskan kerja mereka tanpa keluhan.  Namun begitu mereka semua akur bahawa inilah pekerjaan mereka. Dengan cara inilah mereka memperolehi rezeki halal untuk menyara keluarga mereka.

Siapa di antara kita yang sanggup untuk menggantikan mereka?  Kalau ada pun mungkin dalam 100 adalah 2-3 orang sahaja manakala kebanyakan dari kita yang lain hanya akan pandai untuk membuat aduan sampah tidak diangkut. 

         Sedarkah kita, tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama? Tak kanlah sampah sebungkus gula-gula pun berat untuk kita buang ke dalam tong sampah yang telah disediakan di kaki lima bangunan yang kita lewati? Sama-samalah kita menjaga kebersihan tempat tinggal kita, kejiranan kita, sekolah kita, tandas kita, sungai kita, tasik kita, hutan kita dan alam kita ini. 

           Cuba pembaca bayangkan jika tiadanya pengutip sampah ni..Apa akan jadi pada negara? Sampah dibiarkan membusuk, menyebabkan kebersihan tidak terjaga. Apabila kebersihan tidak terjaga , penyakit berjangkit  mudah merebak.  Jika ini terjadi, musnah negara. 

Gambar Masjid Nabawi  dan Kubah Hijau pada zaman moden

Ada sebuah cerita yang ada kaitannya untuk saya kongsikan. Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah SAW, berkenaan seorang wanita yang kerjanya adalah membersihkan Masjid Nabawi.
Wanita ini, hari-hari membersihkan Masjid Nabawi. Kita nampak, kerjanya hanya ‘cleaner’ yang hari ini bergaji agak rendah. 
Wanita itu pula melakukannya dengan suka rela, tanpa disuruh sesiapa. Wanita tua bernama Ummu Mihjan, seorang miskin lagi tiada harta.

Pada suatu waktu, ketika akan shalat Subuh, Rasulullah SAW merasa ada yang hilang dari  kawasan masjid.
 Ummu Mihjan, wanita tua yang setiap hari selalu membersihkan Masjid Nabawi.

“Di mana Ummu Mihjan?” bertanya Nabi kepada para sahabat yang pagi itu shalat Subuh bersama beliau.

“Kami telah memakamkan dia, tadi ma­lam,” jawab mereka.
“Mengapa aku tidak diberi kabar?” ber­tanya lagi Nabi.
“Sebetulnya kami ingin memberitahu­kan. Namun ketika kami sampai ke rumah Rasulullah, Rasulullah sudah tidur, kami tidak berani mengganggu tidur Rasul­ullah,” jawab mereka. “Maka jenazah itu kami bawa ke Baqi dan kami mengubur­nya di sana.”

 
Maka Rasulullah SAW meminta agar  ditunjukkan kubur wanita itu.

Segera para sahabat mengantar Ra­sulullah menuju makam Ummu Mihjan.
Setiba di sana, beliau memimpin sha­lat berjama’ah yang diikuti para sahabat, dengan takbir empat kali.
 
“Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada Ummu Mihjan, seorang wa­nita tua yang miskin, lemah, namun selalu berusaha sekuat tenaga mempersem­bahkan yang terbaik bagi agama Islam,” begitu doa Rasulullah.

Lalu beliau menjelaskan bahwa ku­buran itu penuh dengan kegelapan, tapi Allah SWT akan menerangi kuburan itu ka­rena doa Rasulullah.


Subhanallah..lihatlah peribadi mulia ini..Hanya sebagai cleaner, namun kehadirannya dirasai oleh Rasulullah SAW, dan Rasulullah SAW bersungguh-sungguh memuliakan pengutip sampah ini hingga sanggup melakukan solat jenazah ghaib kepadanya.

 Kita tidak boleh lagi menilai kerja secara berpilih. Bermula daripada pengutip sampah hinggalah kepada kerja pemandu pesawat pejuang semuanya adalah penting dan dihormati oleh Islam selagi ianya diiringi dengan niat. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah. 

Begitulah kita memandang manusia, kemuliaan seseorang bergantung sepenuhnya pada besarnya manfaat pekerjaan kita kepada manusia seluruhnya. Carilah manfaat apakah dari pekerjaan kita itu,moga-moga ianya membantu dalam meraikan manusia dan seterusnya mendekatkan diri kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.

Berikut ialah artikel berkaitan kerjaya pekerja di Alam Flora, Pak Latif dan sahabat-sahabatnya seperti yang tersiar di akhbar Kosmo:

Tidak malu kerana kerja mulia



SELEPAS lebih 15 tahun bergelar pekerja am Alam Flora, Latiff menyaksikan pelbagai ragam manusia termasuk membantu menggagalkan satu kes rompakan beberapa tahun lalu. 


WALAUPUN bergelumang dengan sampah serta kekotoran, tetapi wajah-wajah inilah yang sentiasa memastikan ibu kota sentiasa bersih dan cantik. 


ANANDAN menguruskan peralatan water jet untuk menyedut sampah dan lemak beku yang terkumpul dalam longkang.


Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .