Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Dedikasi. Show all posts
Showing posts with label Dedikasi. Show all posts

Dedikasi Video UBK SMK Arau untuk Cikgu Haji Izmi bin Haji Ismail, A.M.P., P.J.K., Mantan Pengarah Pendidikan JPN Perlis.

Dedikasi Video UBK SMK Arau untuk Cikgu Haji Izmi bin Haji Ismail, A.M.P., P.J.K., Mantan Pengarah Pendidikan JPN Perlis.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya menjemput rakan-rakan singgah ke youtube berikut ya:
🌷Kenangan bersama Mantan Pengarah JPN Perlis dalam beberapa program di Perlis sepanjang tahun 2017( bermula dengan Program Bengkel Insan Cemerlang, Rakyat Terbilang Anjuran JPN Perlis bersama MAIPS Dan Yayasan Kebajikan Perlis) hingga ke tahun 2019

Video di atas merupakan sebahagian rakaman gambar dan video aktiviti UBK SMK Arau di dalam program JPN Perlis dan agensi kerajaan lain serta Badan kebajikan seperti Yayasan Kebajikan Perlis yang turut bersama menjayakan progran JPN Perlis.

Dedikasi Video UBK SMK Arau untuk Cikgu Haji Izmi bin Haji Ismail, A.M.P., P.J.K., Mantan Pengarah Pendidikan JPN Perlis.
Sekian. Terima kasih.

SALAM MAAL HIJRAH 1435 HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH 1435 HIJRAH

Salam maal hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia...di mana jua anda berada...semoga kita semua diberkati ALLAH & dimudahkan segala urusan, diberi kekuatan dan kesabaran, bersatu hati di tahun baru Islam ini...insyaallah...amin...
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
PELBAGAI INFORMASI BERKAITAN HIJRIAH;

Alfatihah untuk Kak Engku Norhaliza Tengku Amri Perginya Seorang Guru

Alfatihah untuk Kak Engku Norhaliza Tengku Amri Perginya Seorang Guru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salah seorang followers blog saya sejak tahun 2008 telah meninggal dunia. Perjuangan Allahyarhamah dalam mengharungi kesakitan akibat sel-sel kanser sebagaimana yang saya faham sejak tahun lepas.

Sewaktu hayatnya, allahyarhamah sangat disenangi sahabat, rakan dan saudara mara. Beliau sentiasa meraikan saudara mara beliau walau di mana kami berada. Sebagai salah seorang kerabat diraja  yang sangat menyintai bidang pendidikan, allahyarhamah telah bertugas di beberapa buah sekolah. Antara tempat yang pernah allahyarhamah mencurah bakti ialah di Jemaluang, Mersing.

Allahyarhamah Kak Engku Norhaliza Tengku Amri yang saya kenali adalah seorang yang kuat semangat, tabah hati, ramah dan 'humble'.

Pelayar internet boleh layari ulasan bekas Guru Besar SK Peserai DI SINI.

"Banyak perubahan dan kejayaan kelas Integrasi Pendidikan Khas SK Peserai telah dicapai. Beliau juga merupakan pengasas kelas pendidikan khas di sekolah ini. Tidak malu jika saya katakan bahawa saya banyak belajar dari beliau khususnya dalam pengurusan kelas integrasi pendidikan khas. Jasa dan pengorbanan beliau dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak kurang upaya selama ini sangat saya hargai."

Marilah kita sama-sama hadiahkan Al Fatihah untuk Allahyarhamah  Engku Norhaliza Tengku Amri. Ya Allah smeoga Engkau menggolongkan kakak dalam golongan hambaMu yang beriman ya Allah

Arnaz V Malitam Pelajar perubatan Malaysia meninggal di India

Arnaz V Malitam Pelajar perubatan Malaysia meninggal di India

Pelajar perubatan tahun pertama dari Sabah, Arnaz V Malitam, 20, meninggal dunia akibat masalah pernafasan atau "cardio respiratory arrest" di Mangalore, Karnataka.

Arnaz, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di KMC Medical College di Mangalore, telah tidak sihat sejak sekian lama dan dimasukkan ke sebuah hospital setempat.

Beliau meninggal dunia pada petang Jumaat.Ibu bapa pelajar itu sudah berada di Mangalore. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsul Jeneral di Chennai membantu mereka dalam urusan untuk membawa pulang jenazah pelajar itu pulang ke Malaysia. – Bernama, 26 Oktober, 2013.

Majlis Perpisahan Encik Ramly Kenangan Bersama Mantan GPK Koko

Kenangan Bersama Mantan GPK Koko Majlis Perpisahan Encik Ramly

Majlis Perpisahan Encik RamlyKenangan Bersama Mantan GPK Koko

Pertemuan berlaku
Di penjuru matamu
Yang ungu lalu membiru

Pertemuan berlalu
Di penjuru dadaku
Yang sayu lalu terharu.
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana lajunya putaran
Tapi roda selalu berputaran.

Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah
suka duka
tangis tawa

TERIMA KASIH MGKK MARAN

TERIMA KASIH MGKK MARAN

Terima kasih kepada MGKK Maran di atas bantuan yang dihulurkan kepada saya.

Al Fatihah Hashim Mat Zain Guru Mati Ditembak

Al Fatihah Hashim Mat Zain Guru Mati Ditembak

Al-fatihah kepada Allahyarham Hashim Mat Zain, Guru Penolong Kanan HEM SK Beris Pancor di tembak mati semasa baru keluar dari sekolah petang tadi. Salam takziah kepada seluruh keluarganya, sahabat handai, rakan-rakan guru dan murid-murid SK Beris Panchor.

Guru penolong kanan mati ditembak depan sekolah

Ustaz Rujhan Mohamed Razali telah meninggal dunia Al Fatihah

Ustaz Rujhan Mohamed Razali
telah meninggal dunia Al Fatihah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya telah mendapat khabar berita dukacita pada Jumaat, 8 Mac 2013 semalam. Namun hanya pada petang ini baru sempat saya nukilkan di blog ini.

Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali telah kembali ke rahmatullah pada jam  tengah hari Jumaat semalam.  Mohon kita sama-sama hadiahkan  Al-Fatihah untuknya. Al fatihah.

Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali seorang penceramah bebas berasal dari Jerantut, Pahang. Semasa di SMK Jengka 2, pernah GPK 1 SMK Jengka 2, Ustaz Abdul Rahim membuat kutipan derma untuk allahyarham yang sedang terlantar sakit ketika itu. Allahyarham kerap memberi ceramah di SMK Jengka 2.

Pelajar Tingkatan 3 Pandu Laju Pensyarah Maut

Pelajar Tingkatan 3 Pandu Laju Seorang Pensyarah Maut

Kemalangan Maut : Pelajar Tingkatan 3 Langgar Pensyarah dan Anak @ Kangar Perlis

Al Fatihah Untuk Allahyarham  Mohd. Azmir Aziz, (gambar kecil di bawah), 32.
Semoga rohnya ditempatkan bersama hamba Allah yang beriman dan bertaqwa
serta dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Amin.
Allahyarham seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi Pahang, Kuantan.

Kemalangan maut ini berlaku 2 September lalu.
Maaf berita ini hanya dapat dimuat naik di sini pada petang ni atas sebab tertentu.

Salam takziah untuk kelaurga allahyarham.

AMINAH melihat keadaan kedai runcitnya yang rosak teruk selepas dirempuh sebuah kereta Honda Civic di Kangar semalam.

Maut angkara pemandu cuai

KANGAR - Tindakan seorang remaja berusia 15 tahun yang memandu kenderaan ibunya untuk bersiar-siar bersama rakannya mengundang  padah apabila dia melanggar dua beranak yang menunggang motosikal sebelum merempuh sebuah kedai runcit di Jalan Abi Tok Hashim di sini kelmarin.

Kejadian pukul 3.30 petang itu mengakibatkan penunggang motosikal tersebut, Mohd. Azmir Aziz, (gambar), 32, meninggal dunia 10 jam kemudian manakala anaknya, Mohd. Adam Haris Wajdi, 7, cedera parah. Pemandu kereta jenis Honda Civic itu dan rakannya pula cedera ringan.

Selamat Hari Guru Buat Rakan Cikgu Malaysia

Selamat Hari Guru Buat Rakan Cikgu Malaysia

Tema Hari Guru Tahun 2012, "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga Guru.
Semoga kerjaya Kita diberkati ~

Sajak Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Selamat Tinggal, SMKJP2

Selamat Tinggal, SMKJP2

Terima Kasih, Tuhan
Atas izinMu
Di SMKJP2
Saya beroleh kebaikan, kesihatan
...dan pemulihan

Dari on wheel chair
ke walker frame

Terima Kasih, teman
Di SMKJP2
Saya beroleh persahabatan, pertolongan
..... dan pengertian.

Terima kasih, tuan
Di SMKJP2
Saya beroleh perhatian, bantuan
..... dan kejayaan.

Terima kasih, semua
Di SMKJP2
Yang banyak meninggalkan
kenangan
pahit manis dunia pendidikan

Selamat Tinggal, SMKJP2.

Tahniah Kepada YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad

Tahniah Kepada YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad,

Pelantikan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad

Sebagaimana yang kita ketahui, YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad, mantan Pengarah Pelajaran Pahang, kini telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia berkuatkuasa 21 Oktober 2011.

Dck,(Dunia Cikgu Kaunseling Blog),, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan   YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad. Selamat maju jaya untuk  YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad.

Selamat Menduduki Peperiksaan, Pelajar Matrikulasi

Selamat Menduduki Peperiksaan, Pelajar Matrikulasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat Menduduki Peperiksaan, Pelajar Matrikulasi, khususnya Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, yang Mengikuti blog Dunia Cikgu Kaunseling ini. Tinggal 2 paper saja lagi, Teknikal dan Kimia.

Artikel DCK sebelum ini,
Cara bertenang Sebelum Peperiksaan, klik di sini.

Selamat maju jaya. Wassalam.

Perginya Seorang Guru

Al Fatihah Untuk Allahyarhamah Makcik Yam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun agak terlewat, hampir 3 minggu lebih, namun saya berasa ingin jua mempublish berita ini, sebagai tanda ingatan ukhuwah seorang saudara Muslim kepada Muslim yang lain, yang telah pergi dahulu sebelum kita.

Salah seorang follower blog myraudhatulukhuwah, yang merupakan teman bloggers, Allahyarhamah  Makcik Yam, telah kembali ke rahmatullah pada 2 Julai 2011 lalu di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan.

Al Fatihah Untuk Allahyarhamah Makcik Yam,atau Siti Meriam.

Entry blog myraudhatulukhuwah sebelum ini, yang didedikasikan khas untuk perniagaan keluarga allahyarhamah, sila klik sini.

Entry Bro Pie, sila klik sini.

Sesungguhnya, daripada Allah kita datang, dan kepada Allah, kita kan kembali. Al Fatihah.

Sekian, wassalam.

Zainun pendidik sejati, Kaki lumpuh bukan halangan,

Zainun pendidik sejati

Kaki lumpuh bukan halangan

Buatlah suatu kebaikan yang terus

hidup, walaupun setelah kita mati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sedikit petikan dari artikel sepenuhnya di bawah:

“Kesakitan yang diberikan Allah ini menguji saya untuk bersabar dan reda dengan ketentuan-Nya. Selagi saya mampu bernafas di dunia ini, selagi itulah saya ingin berbakti dengan ilmu yang ada kerana ia adalah amanah kepada saya.

Bagi Zainun, hanya kakinya yang lumpuh tetapi anggotanya yang lain masih lagi mampu bergerak untuk menyumbangkan khidmat seperti guru normal.

“Anak murid adalah penawar hati saya. Kadang-kadang mereka ada bertanya kenapa saya menggunakan kerusi roda. Tapi lama-kelamaan mereka sudah mula faham dengan situasi saya," katanya yang tidak dikurniakan cahaya mata.

InshaALLAH, Puan Zainun, lama kelamaan anak murid kita takkan bertanya lagi kepada kita, kenapa kita berkerusi roda. (Semoga beliau membaca entry ini)

Ikuti lanjut kegigihan wanita tabah ini, petikan dari Berita Harian.

Zainun pendidik sejati, Kaki lumpuh bukan halangan

WALAUPUN berstatus guru kurang upaya (OKU) dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda akibat lumpuh kedua-dua belah kaki sejak 2006, seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong, Zainun Abdul Jalil, 46, dari Melaka, masih terus bertekad menggagahkan diri hadir ke sekolah untuk mengajar anak murid tercinta.

Raut wajahnya sentiasa ceria, melayan kerenah anak murid yang disayangi walaupun hakikatnya beliau menanggung kesakitan. Bagi wanita berhati waja ini, selagi hayat dikandung badan, selagi itu beliau melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru sebaik mungkin demi mencorak masa depan yang sempurna buat pelajarnya.

“Kesakitan yang diberikan Allah ini menguji saya untuk bersabar dan reda dengan ketentuan-Nya. Selagi saya mampu bernafas di dunia ini, selagi itulah saya ingin berbakti dengan ilmu yang ada kerana ia adalah amanah kepada saya.

Mengajar seakan sudah sebati dalam diri saya dan ini adalah pekerjaan saya sebelum menghidap penyakit ini,” katanya ketika ditemui RATU, baru-baru ini.

Katanya, bukan setakat anak murid memberi beliau semangat untuk terus hidup, kehadiran suami di sisi, Nor Haime Abdul Rahim, 47, memberi suntikan yang lebih hebat kerana pengorbanan beliau yang sanggup mendukungnya setiap kali masuk ke dalam kereta. Malah, mereka berdua mengajar di sekolah yang sama.

Kadang-kala, akibat terlalu lama duduk di atas kerusi roda, pinggangnya akan sakit, namun digagahkan juga kerana tidak mahu mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas.

Zainun lumpuh selepas berlaku komplikasi pada tulang belakangnya ketika rawatan susulan bagi masalah ketumbuhan dalam perut. Beliau disahkan doktor menghidap penyakit Spinal Hematoma, yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh berjalan dan sejak itu, sebanyak lapan pembedahan sudah dilaluinya.
Wanita yang terbabit dalam dunia pendidikan sejak 1989 ini sudah banyak kali berpindah sekolah, antaranya SK Rancangan Suan Lamba dan SK Sungai Anib di Sabah, manakala di Melaka pula ialah SK Limbongan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tijah.

Katanya, sebelum ini, beliau mampu untuk berjalan dan bergiat aktif dalam sukan bola baling, selain terbabit dalam aktiviti kebudayaan di sekolah.

“Saya akur dengan ujian yang diberikan oleh Allah walaupun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan dibantu oleh suami. Anak murid saya juga seakan memahami dengan kepayahan saya ketika mengajar di sekolah,” katanya.

Menurut wanita cekal ini, beliau memulakan tugas sebagai guru selepas bercuti lama sejak Ogos, tahun lalu dan bertekad untuk meneruskan kerjaya itu dengan mengajar murid Tahun Tiga dan Enam untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Tiada perkara yang paling menggembirakan dirinya selain menerima keputusan daripada doktor yang membenarkannya untuk kembali mengajar selepas lima tahun terlantar sakit.

Jauh di sudut hati, Zainun menaruh harapan untuk kembali sembuh dan berjalan seperti biasa walaupun doktor sudah mengesahkan peluang untuk beliau sembuh dari lumpuh amat tipis.

Namun, itu juga bukan halangannya untuk terus menyumbang bakti. Bagi Zainun, hanya kakinya yang lumpuh tetapi anggotanya yang lain masih lagi mampu bergerak untuk menyumbangkan khidmat seperti guru normal.

“Anak murid adalah penawar hati saya. Kadang-kadang mereka ada bertanya kenapa saya menggunakan kerusi roda. Tapi lama-kelamaan mereka sudah mula faham dengan situasi saya," katanya yang tidak dikurniakan cahaya mata.

Guru Besar SK Seri Duyong, Aminah Aman, berkata beliau kagum dengan semangat yang dipamerkan oleh Zainun dalam mencurah bakti sebagai pendidik.

“Memang kecekalan dan kegigihannya tidak mampu ditandingi orang biasa, malah beliau juga tidak pernah mengambil cuti rehat khas yang diperuntukkan untuk setiap guru selama tujuh hari dalam setahun,” katanya.

Katanya, Zainun turut aktif dalam kokurikulum dengan mengendalikan aktiviti public speaking dan coral speaking untuk muridnya menyertai pertandingan mewakili sekolah.

Review Blog Followers

Review Blog Followers Jurnal Kehidupan
Blog followers

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Malam ni bila buka blog ni,  Button followers dah timbul balik kat sidebar blog ini. Tengok-tengok, sudah bertambah yang sudi mengikut blog biasa-biasa ini.

Terima kasih buat semua yang sudi menjadi follower blog myraudhatulukhuwah ini dan yang sudi add blog ini di blog kawan2.

Untuk memudahkan saya jengah blog mereka kalau2 lepas ni GFC tu hilang balik, saya salin balik url blog mereka. Tapi buat sikit-sikit sebab tak daya nak taip smeua.

1) klik sini,Najwa Hazwani

2) klik sini,Light Of Happiness

3) klik sini,Iena Azreena

4) klik sini,Nur Hazleena

5) klik sini,Ani Aqil Aqilah Duniaku

6) klik sini,Mas Saari

7) klik sini,Puan Bee 2

8) klik sini, Love Home Made, Nak Tempah Coklat cake, silakan ke blog ni ya

9) klik sini, http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/">Rahmah ram Ram

10) klik sini,Yannashita, si gadis comel

11) klik sini, Nabila

12) klik sini, http://khairuddinahmad.blogspot.com/ Kembara Musafir

13) klik sini, http://eiz1004.upprofits.com/,    Up Profit

14) klik sini,Fazleena

15)  klik sini,little caliph

16)  klik sini,Anis Melon colurful of Life

17) klik sini,Radzy

18) klik sini,Exploration of Journey by Chibi

19) klik sini,Cik Tom- Tomato Girlz

20) klik sini,Amirul Cinta sejati

21) klik sini,Zarul Aslam

22) klik sini,Its Me Sepul

23) klik sini,HIV Researcher, Blog Kumpulan Sokongan Kaunseling Pesakit  HIV/AIDS

24) klik sini,Pengemis Cinta Ilahi

25) klik sini,Aryaani

26) klik sini, blog yang sering memberi trafik tertinggi kepada blog saya ini, http://m-z-w.blogspot.com/, terima kasih ya Ayu

Baaiklah 25 senarai followers dulu saya tuliskan di sini. Mata dah letih tengok komputer.

Cuma, ada beebrapa followers yang saya tak dapat nak jejak blog mereka sebab tiada link yang ditinggalkan.

Oh ya, jangan lupa jengah blog2 yang saya letakkan di sidebar blog biasa2 saya  ni ya.

Sekian wassalam.

Guest House at Kelantan

Sri Pauh Guest House, Kelantan

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera. Entry kali ini,cikgukaunseling dedikasikan kepada Puan Hajah Mariam, salah seorang followers blog ini, yang suatu ketika dahulu sangat aktif meninggalkan komen di blog ini.

Kepada mereka yang mengunjungi Negeri Kelantan Darul Naim, dan mencari rumah Tamu yang selesa dan strategik, bolehlah menyewa Rumah Tamu Sri Pauh. Puan Hajah Mariam sedang sibuk menguruskan Rumah Tamu Sri Pauh.

Jom kita ikuti apa keistimewaan Rumah Tamu Sri Pauh ini.

Rumah banglo setingkat ini menawarkan pilihan sewa rumah / 3 jenis bilik
(berhawa dingin & kipas), lengkap berperabot serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain khusus untuk keselesaan tetamu RTSP.

RTSP mengalu-alukan kedatangan anda samada secara individu, berpasangan/berkumpulan (melancong, urusan peribadi di KB dll) mahupun rombongan keluarga (urusan perkahwinan dll).

Sila hubungi:

EN MUHAMMAD ABDULLAH (Abg Mat)
PN SITI MERIAM (Kak Yam)
(T) : 09-7646594
HP : 013-9800059

KEISTIMEWAAN RUMAH TAMU SRI PAUH

Strategik dari segi lokasi:

Kemudahan setempat yang berdekatan:

• hanya 2.2 km dari Bandar Baru Kubang Kerian - terdapat pelbagai kedai/restoran/pusat membeli belah seperti hypermarket Mydin, Nirwana dan pasaraya Bilal; juga pelbagai variasi kedai berdekatan - memudahkan tetamu untuk membeli barang-barang keperluan harian / memasak sekiranya perlu

• kemudahan kewangan 24jam spt cawangan Bank Islam, RHB, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (hanya 2km dari rumah)

• 2 stesen minyak Petronas berdekatan (1.2 km dari rumah)

• beberapa kedai makan berdekatan (dalam lingkungan 100m) bagi mereka yang tidak berkenderaan

• bagi mereka yang berkenderaan, terdapat pelbagai restoran tempatan, medan selera dan kopitiam yang menyajikan juadah masakan tradisional Kelantan serta antarabangsa (ada yg dibuka 24jam) dalam lingkungan 2km-2.5km dari kawasan rumah

• berdekatan dengan beberapa restoran fast-food seperti Pizza Hut, KFC 24jam/DriveThru (dalam lingkungan 3km-3.5km dari rumah)

• kemudahan kesihatan berbayar seperti klinik kesihatan, klinik gigi dan farmasi terletak berhampiran

• terdapat juga kedai-kedai khusus seperti salon / kedai gunting rambut, pusat optometris, kedai buku dan lain-lain

• beberapa pusat sewa kereta serta perkhidmatan mencuci kenderaan (car wash) berdekatan dengan rumah

Kemudahan sistem rangkaian awam:

• hanya 7 minit dari Hentian Bas Transnasional Kubang Kerian, dihubungkan dengan perkhidmatan teksi/bas awam untuk ke Rumah Tamu Sri Pauh

• hanya 9km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa - tetamu boleh menggunakan perkhidmatan teksi di lapangan terbang untuk ke Rumah Tamu Sri Pauh

• Sri Pauh terletak di tepi jalan utama, dengan kemudahan hentian bas berbumbung berdekatan rumah - memudahkan tetamu yang tidak berkenderaan untuk ke HUSM, Bandar Baru Kubang Kerian atau ke Bandar Kota Bharu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam (bas/teksi)

keselamatan anda, keutamaan RUMAH TAMU SRI PAUH:

• kawasan rumah berpagar sepenuhnya, dan pagar utama juga dilengkapi dengan kunci (kunci pintu pagar disediakan bersama dengan kunci rumah/bilik)

• halaman rumah diterangi dengan lampu jalan, dan persekitaran kampung yang selamat

Keselesaan anda, kepuasan RTSP:

• rumah banglo yang cukup selesa dan luas - sesuai untuk individu, keluarga mahupun rombongan bagi tujuan peribadi, urusan rasmi, percutian, membeli-belah dan rombongan kahwin

• menyediakan 3 pilihan bilik yang luas bagi mereka yang ingin menyewa bilik, 2 berhawa dingin dan 1 dilengkapi kipas siling; pelbagai kelengkapan turut disediakan di setiap bilik bagi menjamin keselesaan tetamu

• mampu menampung tetamu yg ramai (maksimum 25 orang) untuk sewaan sebuah rumah, sesuai untuk mereka yang datang secara rombongan - RTSP turut menyediakan bantal, selimut, comforter secara percuma tanpa bayaran tambahan

• parking kereta berbumbung untuk 1 kenderaan, serta kawasan letak kereta tambahan yang luas dan selamat - mampu memuatkan lebih dari 10 buah kenderaan

• RTSP  juga menyediakan pelbagai kemudahan / fasiliti bagi menjamin keselesaan agar tetamu gembira tinggal di Rumah Tamu Sri Pauh

• RTSP turut menyediakan fasiliti teh/kopi percuma dan kemudahan air panas/sejuk elektrik untuk keselesaan tetamu

• dilengkapi dengan 2 ruang tamu yang luas lengkap dengan 2 set sofa, ruang bekerja serta balkoni dilengkapi dengan set meja dan kerusi

• ruang makan yang selesa lengkap dengan set meja makan, serta kemudahan dapur bagi kegunaan tetamu yang ingin memasak

• ruang dapur dilengkapi dengan peti sejuk 2 pintu saiz medium, microwave oven, dapur gas, periuk nasi elektrik, cerek elektrik

• RTSP turut menyediakan set alatan memasak asas (periuk, kuali, pisau, senduk, sudip dll) bagi kegunaan tetamu

• set hidangan makanan seperti pinggan mangkuk, sudu garfu serta gelas/cawan turut disediakan

• kawasan laman berumput yang luas di dalam kawasan rumah bagi kegiatan riadah tetamu

• kawasan khusus untuk BBQ bagi kegunaan tetamu, serta sebuah pondok kecil sesuai untuk aktiviti BBQ atau bersantai

• 2 balkoni disediakan - 1 balkoni dilengkapi set meja dan kerusi di sebelah ruang tamu, dan 1 balkoni attached kepada bilik Sri Pauh 2

daftar keluar boleh dilewatkan sehingga 5 petang jika tiada tetamu yang menempah di bilik tersebut untuk hari berikutnya

Untuk info lanjut sila klik http://rumahtamusripauh.blogspot.com/

Salam Takziah Untuk Hajah Meriam,

Salam Takziah Untuk Hajah Meriam, seorang followers blog myraudhatulukhuwah ini Di atas pemergian allahyarhamah ibunya ke rahmatullah. Al fatihah.

Ibu, kau ratu hatiku

Ibu, kau ratu hatiku

Ibu,

tiada bait indah

secantik madah

bahasa nan indah

yang terluah.

....tiada kata selunak bicara,

tiada hadiah ternilai di dunia,

setanding dengan jasa

...jasa seorang bonda.

Biar ribut melanda

Biar bermusim kemarau

Biar badai tiada hentinya

Biar hujan membasahi bumi

biar bertemali ranjau yang tiba

Dialah ibu, emak, mama, bonda

insan setia

saat berduka

saat bahagia

mewangi harum kasihnya

mendakap anaknya

penuh kasih mesra

kasih sayang sejatinya

membawa ke syurga

Terlalu besar budi

yang dikau taburi

buat kami anak -anak yang dhaif ini

Ibu, kau lah ratu hatiku.

Bahaya Serangan Adenovirus atau kencing tikus

Bahaya Serangan Adenovirus atau kencing tikus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Al fatihah untuk allahyarham Mohd. Azizan Azidi, 25, dari Kampung Sayong, Kuala Kangsar, didapati mati akibat serangan jangkitan Adenovirus.(petikan daripada Kosmo, Khamis, 10/3/2011).

Allahyarham merupakan salah seorang pelatih konstabel di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, yang sebelum ini didakwa diserang virus misteri, meninggal dunia kelmarin setelah empat hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Menurut ibu allahyarham, (sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan Harian Metro, Oleh Mohd Husni Mohd Noor, "Polis Mati Dek Kencing Tikus", edisi Khamis, 10/3/20110):

"Saya sangka dia demam panas akibat penat menjalani latihan dan tidak menyangka dia dijangkiti virus kencing tikus,” kata Zamilah A’ala, 52, ibu Mohd Azizan Azirid, 25, pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang meninggal dunia akibat diserang bakteria leptospirosis (kencing tikus) dan virus adeno, malam kelmarin.

Menurutnya, Azizan yang mengikuti latihan di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur pernah menghubunginya mengadu demam panas selang seminggu selepas mula menjalani latihan di Pulapol, tetapi masih meneruskan latihan.

“Saya terkejut apabila dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Mac lalu selepas pengsan ketika latihan kawat kaki.

“Apa yang saya tahu dia mengalami demam panas, cirit-birit dan batuk sebelum meninggal dunia,” katanya.

Salam ketabahan untuk Puan Zamilah sekeluarga di atas pemergian arwah Azizan yang maut akibat virus kencing tikus.

Allahyarham meninggal dunia, sebagaimana yang disiarkan di akhbar, dikatakan punca kematian allahyarham ialah virus kencing tikus.

Ini mengingatkan myraudhatulukhuwah kepada kejadian di Lubuk Yu dan beberapa insiden dalam negara kita.Kebetulan di persekitaran myraudhatulukhuwah juga berlakunya hujan dan sedikit banjir.

Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Kes leptospirosis biasanya juga meningkat apabila musim hujan atau banjir.

Di sini, mari kita lihat apa itu virus kencing tikus, gejala dan simptom diserang virus kencing tikus, Kesan Komplikasi jangkitan, faktor dan golongan yang berisiko diserang virus ini, ujian mengenal pasti bakteria Leptospira Haiwan Peliharaan dan lain-lain lagi berkaitan virus yang bahaya ini.

Oleh itu, sama-sama lah kita menjaga kesihatan persekitaran kita demi kesejahteraan masyarakat bersama.

Apa Itu Virus  Kencing Tikus?

Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.

INFO LEPTOSPIROSIS

• Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.

• Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti

• Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.

• Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.

• Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.

Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.

Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.

Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin.

Apakah punca

readmore...

Leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’

Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia.

Kesan Komplikasi jangkitan

Kesan Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Faktor Risiko

• 1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran - misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.

• 2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.

• 3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala dan simptom virus kencing tikus

• 1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.

• 2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.

• 3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 - 100 peratus pesakit.

• 4) Batuk tidak berkahak ( 25 - 35 peratus pesakit)

• 5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku

• 6) Radang selaput mata

• 7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber - Infosihat.gov.my)

Simptom penyakit hanya akan muncul dalam masa empat hingga 12 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira menjangkiti haiwan atau manusia.

Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.

Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan bakteria ini.

Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah.

Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan masing-masing.

Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.

Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah, analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum mengetahui ia berpunca daripada Leptospira.

Biasanya simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.

ujian mengenal pasti bakteria Leptospira Haiwan Peliharaan

Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan mereka.

Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning.

Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya.

KITARAN HIDUP TIKUS

Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).

kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas.

Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam minggu.

Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak.

Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.

Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama.

KAWASAN YANG DIGEMARI TIKUS

Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.

Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.

PENULARAN VIRUS KENCING TIKUS

Tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya. Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia. Oleh sebab itu,  pemakaian sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik.

Jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari dengan kencing tikus.

Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis.

Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah kepada jangkitan ini.

Oleh itu, kepada kawan-kawan yang ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, arnab dan sebagainya, eloklah berhati-hati dengan haiwan peliharaan anda.

Diolah semula daripada ; Kosmo Online dan  Berita Harian.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .