By Puan Ummi Saturday, August 31, 2013
Autisme, Halatuju, IKM, Institusi Kemahiran MARA, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, sejarah, Sejarah Pendidikan, selepas SPM
Senarai Institut Kemahiran MARA
Sejarah Institusi
Menyedari hakikat bahawa kemajuan orang Bumiputera khususnya orang
Melayu, masih jauh ketinggalan dari setiap sudut ekonomi, pelajaran,
kemahiran dan sebagainya berbanding bangsa - bangsa lain di negara ini,
maka para cendekiawan Melayu ketika itu telah berusaha menjana fikiran
rakyat Melayu maju. Justeru itu lapangan kemahiran ketukangan industri
juga tidak ketinggalan diberi ruang untuk dilaksanakan.
Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, MARA telah menubuhkan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA, di sebidang tanah seluas 5 ekar di Jalan Hang Tuah, Bandar Melaka, Melaka ( Lokasi tersebut dijadikan Kolej Profesional MARA ). Ia merupakan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA yang pertama di Malaysia. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato Husein, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada bulan Oktober 1968.
By Puan Ummi Thursday, April 25, 2013
Anak Istimewa, Autisme, Kategori OKU, kisah kejayaan, Kisah Masyarakat, kisah motivasi, Kuantan, OKU, Pahang, Pelajar cemerlang
Nabil Lutfi Pelajar OKU Autisme Cemerlang 9A SPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun keputusan SPM telah berlalu, saya hanya baru malam ni berkesempatan memuatnaik di sini artikel kajayaan Anak Autisme ini. Artikel ini saya simpan di blog ini sebagai kemudahan untuk buat rujukan online. Subhanallah. Allah tetap berikan kebaikan kepada setiap ujian yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya.
Keputusan cemerlang itu menjadikan Nabil Lutfi, 18, pelajar cemerlang SPM kategori orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.
Pelajar austisme SMK Abdul Rahman Talib dapat 9A
KUANTAN 21 Mac - Kecacatan bukan penghalang untuk berjaya dalam
pelajaran menjadi pegangan seorang pelajar austisme di sini yang
mencatat keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
yang diumumkan hari ini.
Bagi Nabil Lutfi, 18, walaupun lambat untuk memahami sesuatu
perkara, kekurangan itu tidak menjadi penghalang buatnya untuk bersaing
dengan rakan-rakan normal yang lain.
Malah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib
dekat sini mampu membuat ibu bapanya tersenyum dengan keputusan
peperiksaan yang diterima.
Perkongsian Tentang Autisme
Ciri-ciri secara ringkas anak autisme yang boleh dikenalpasti
PENYAKIT AUTISME
SEMAKIN ramai ibu bapa di Malaysia mempunyai anak yang disahkan mempunyai masalah autisme. Selain anak autisme digabung dengan hiperkatif, kesabaran dalam meladeni anak-anak autisme dan hiperaktif ini memerlukan kesabaran yang optimum.
Artikel berkaitan anak hiperaktif ada saya muatnaik di sini. Sila klik Jom rawat anak hyperaktif di sini. Anak autisme ini boleh didaftarkan OKU. Cara nak daftar ada saya terangkan di sini, cara Mendaftar dan Mohon Kad OKU.
Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang
daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki
autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia
menghidapnya.
Ada antara mereka memiliki tanda-tanda masalah autisme kronik dan ada yang baru sahaja di peringkat awal.
Umur anak-anak tersebut turut berbeza; dari berumur 6 bulan hingga lewat 20-an.
Kadangkala, bukan sahaja pesakit autisme mendapatkan rawatan bahkan
ibu bapa dan ahli keluarga mereka juga ekoran tekanan yang kuat
gara-gara menjaga pesakit tersebut.
Sifat sabar ibu bapa dan ahli keluarga amat dituntut dalam memberi penjagaan terbaik buat pesakit autisme.
Ingatlah bahawasanya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang sabar. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."
Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita
merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula
menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah
ujian daripada Allah SWT.
Baiklah mari kita lihat artikel ini seterusnya.
APAKAH AUTISME?
Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka
masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam
proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang
dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak
laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak
itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu
gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial
dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang
serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya
kipas.
Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1:
150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak
30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.
Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat
segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan
drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.
Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .