Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Cara Buat Nota. Show all posts
Showing posts with label Cara Buat Nota. Show all posts

Pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1S Peta Minda Mencari Isi Penting

Pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1S Peta Minda Mencari Isi Penting 

Aktiviti Tingkatan 1S dalam Kelas Bahasa Melayu

Gaya persembahan kunmpulan pertama dalam membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.


 Perbincangan Kumpulan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara aspek dalam Bahasa Melayu ialah penulisan karangan. Namun, kebanyakan pelajar mempunyai masalah untuk menulis karangan. Mereka sukar untuk mencari dan juga mengembangkan idea semasa menulis karangan. Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid semasa menulis karangan ialah

  • Kekurangan idea
  • Kosa kata terhad
  • Isi berulang


Oleh itu, guru berperanan untuk merangsang minda  murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan. Guru berperanan untuk merangsang minda  murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan agar pembelajaran berlangsung 
dengan berkesan. Guru boleh menggunakan PETA MINDA bagi membolehkan murid mengembangkan isi untuk menghasilkan karangan mereka dengan baik. 

Kemahiran Belajar Dengan Peta Minda

Kemahiran Belajar Dengan Peta Minda

  1. Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan.
  2. Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis).
  3. Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja.
  4. Fokus kepada isu sebenar meningkat.
  5. Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna.
  6. Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat.

Teknik Membaca SQ3R Berkesan Uruskan Masa Anda

Teknik Membaca SQ3R Berkesan Uruskan Masa Anda


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam ramadhan buat pembaca Muslim blog ini. 

Kesedaran tentang pentingnya “Budaya Membaca” sebagai satu agenda negara berikutan dengan pendedahan satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 1983, oleh ahli akademik dari universiti tempatan di bawah pimpinan Prof Atan Long dari Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa minat membaca buku di Malaysia sangat rendah (kajian secara umum).

Oh iya, saya ingin berkongsi satu bahan berkaitan cara membaca. Cara membaca berkesan ini adalah salah satu tip rahsia kejayaan pelajar cemerlang. Kenape? Ta percaye ke? Oklah teruskan membaca entry ini ye.

Semasa saya berada di tingkatan 3, di sebuah sekolah menengah agama di Perlis,  seingat saya pada awal tahun sebelum PMR bermula lagi, pihak sekolah tempat saya belajar telah mengadakan pelbagai program motivasi pelajar.

Sebagai pelajar tahun peperikaan ketika itu, memang berdebar hati saya. Saya ada mengikuti satu kursus yang dianjurkan berkenaan teknik belajar dan pengurusan masa berkesan. Salah satu daripada teknik yang menarik saya pelajari ketika itu ialah teknik SQ3R ini.

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. 

SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula

Survey (tinjau) Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

- ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.

Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

Perisian Peta Minda Percuma

Perisian Peta Minda Percuma


Sila rujuk post sebelum ini mengenai Peta Minda di blog ini.  Disini saya nak berkongsi salah satu perisian yang dibangunkan secara percuma ( opensource ) yang boleh digunakan untuk membuat peta minda dengan menggunakan komputer.

Boleh rujuk artikel Apakah perisian terbuka di blog ini di sini,http://www.cikgukaunseling.com/2011/06/apakah-perisian-terbuka.html.

 Saya telah pun mencuba, dan amat berpuas hati dengan perisian percuma ini. Jadi, sebaiknya perisian ini saya dedahkan agar pelajar juga boleh menggunakan perisian tersebut.

Kelebihan perisian Xmind ( buat peta minda )

1. Perisian percuma
2. Senang digunakan
3. Guru dan pelajar boleh gunakan samada untuk mengajar atau belajar
4. Mudah untuk di'edit' sekiranya nota dalam bentuk peta minda nak di'upgrade'

PETA MINDA ITU PENTING

PETA MINDA ITU PENTING

 Sumber gambar di atas dari google.


PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.

Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya.

Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.

Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.

Tip Belajar Berkesan

Tip Belajar Berkesan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Teknik dan kaedah belajar ada pelbagai cara.

 Di sini, saya kongsikan sedikit  Tip Belajar Berkesan.
  • Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru. 
  • Dengar apa yang guru sampaikan dengan teliti.
  • Tidak bercakap atau berbual-bual semasa guru mengajar. 
  • Buat latihan dan tugasan yang guru berikan mengikut masa yang telah ditetapkan. 
  • Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
  • Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
  • Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
  • Memahami apa yang dibaca. 
  • Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
  • Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran
  •  Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
  • Bagi sesetengah pelajar, mereka kerap mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
  • Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.
  • Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
  • Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
  • Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
  • Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS


BERIKUT disenaraikan teknik membuat nota ringkas dalam salah satu kaedah pembelajaran yang boleh para pelajar amalkan. 
Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keadaan para pelajar masing-masing :
  1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
  2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
  3. Baca dan garis fakta.
  4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
  5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
  6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
  7. Susun fakta ( jika perlu ).
  8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
  9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
  10. Ulang hingga kamu puas hati.
  11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
  12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
  13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Kunci kejayaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata

Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah:

  1. Gunakan perkataan sendiri dan bukannya menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karanga asal.
  2. Isinya mestilah disusun dengan teratur dan mengandungi perkara-perkara yang penting sahaja.
  3. Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
  4. Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
  5. Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

Belajar Untuk Peperiksaan

Belajar Untuk Peperiksaan (i)



(Dedikasi untuk mereka yang mengenali diri ini
dan khasnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM)

Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperoleh keputusan yang setimpal dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mereka tidak merancang jadual belajar dan masa mereka dengan betul. berikut sedikit tips yang akan membincangkan apa yang perlu kamu lakukan mulai sekarang hinggalah ke dewan peperiksaan.

1) Bersedia Untuk Belajar

Peperiksaan semakin hampir. Kamu perlub melakukan persediaan bagi memastikan kamu mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di kolej ataupun universiti. Sekiranya kamu memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu kamu risaukan. Tetapi bagaimana pula jika kamu baru bersungguh-sungguh untuk mengulangkaji? Lebih-lebih lagi jika kamu bakal menduduki SPM?

2) Jadual belajar Untuk Peperiksaan

Jangan Panik! Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun kamu rasakan masih banyak yang perlu kamu telaah, masih banyak yang tidak difahami dan diingati, jangan sekali-kali kamu berasa panik dan gelabah. Jika kamu panik, kamu akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian.

Mulakan langkah anda sekarang dengan tenang. Bersolat dan doa selalu agar jiwamu tenteram. kemudian mula lakukan semakkan semua buku-buku yang ada termasuk nota, buku teks, buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.

Langkah pertama, kenal pasti bab-bab yang susah dan belum kamu kuasai.

Langkah kedua, buatkan analisa soalan sejak 5 tahun lepas. Lihat bab yang sring keluar darinya.

Langkah ketiga, buatkan jadual perancangan jadual belajar kamu. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang. Namun, jangan diganggu minggu terakhir sebelum peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk kamu lakukan semakan terakhir nanti.

3) Mengingati Tajuk
4) Buatkan Nota
5)Latih diri untuk peperiksaan

Syarat-syarat Latihan peperiksaan:
  • Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan tepat.
Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu, kamu perlu sentiasa melatih diri kamu untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari.

Perbanyakkan latihan seperti:
  1. Menjawab soalan.
  2. Menceritakan semula apa yang telah dipelajari.
  3. Melakarkan kembalai dalam peta konsep atau peta minda.
  4. Mengadakan perbincangan dengan rakan secara bermatlamat yang jelas.
  5. Menyediakan kad imbasan kecil.
  6. Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.
  7. Sekiranya kamu pelajar SPM atau STPM atau STAM, cuba hasilkan model jawapan soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda. ini memudahkan kamu mengingati isi-isinya dalam peperiksaan sebenar kelak.
  • Latih dalam tempoh masa yang tertentu.
  • Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.
  • Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang berkesan.
bersambung..

Contoh Nota Minda

Contoh Nota Minda: Selaut Budi Dalam Ingatan

Selaut Budi Dalam Ingatan ini dipetik dari Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2007, mukasurat 23.

Artikel ini berkaitan Allahyarham Dr Shaharom Husain. Beliau seorang mentor, tokoh guru, budayawan, sejarawan serta penggiat seni yang begitu berpengaruh. Allahyarham telah meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat sakit tua pada detik sekitar 7.45 pagi di kediaman putera sulung beliau, Dr. Mohammad Hatta Shaharom di Gombak, sumber;Ilham Pak Yob, klik sini.

Saya sendiri tidak pernah menemui allahyarham. Saya pertama kali mengenali karya allahyarham, naskah skrip drama berjudul “Tun Seri Lanang”" semasa di sekolah rendah di perpustakakaan ayah saya. Sejak membelek naskhah itu, saya tertarik pada karya allahyarham yang lain.

Nama Allahyarham Dr. Shaharom Husain tentulah tidak asing dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden, khasnya dalam genre drama. Adakah anda mengenalinya?

Bagi mengenali  Allahyarham Dr. Shaharom Husain dengan lebih lanjut, di sini disertakan sedikit biodata allahyarham. Allahyarham telah dilahirkan pada 4 November 1919 di Kampung Peserai, Batu Pahat, Johor. Nama pena allahyarham ialah Dharmaya, Mashor Malaya dan Shabi. Antara kerjaya allahyarham ialah guru dan pensyarah maktab.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Peserai di Batu Pahat dari tahun 1928 hingga tahun 1934. Di sana allahyarham belajar dari darjah 1 hingga darjah 4. Kemudian allahyarham melanjutkan pelajaran dalam darjah 5 di Sekolah Melayu Bagan Tinggi, Batu Pahat pada tahun 1935 hingga 1936.

Allahyarham kemudian melanjutkan pengajian ke Maktab Perguruan Sultan Idris dari tahun  1938 hingga 1940. Allahyarham mempelajari Bahasa Jepun semasa Perang Jepun meletus.

Pada tahun 1958, allahyarham menuntut di Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bahru. Seterusnya beliau mengikuti kursus Bahasa Inggeris secara pos (Australia).

Allahyarham seorang yang gigih dalam menuntut ilmu. Allahyarham kemudiannya melanjutkan pengajian di Fakultas Sastera Universitas Nasional, Indonesia pada 1963. Allayrham mengikuti kursus prauniversiti secara bertulis (jarak jauh) dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia.

Antara hasil karya Allahyarham Dr. Shaharom Husain dalam kategori novel ialah 10 Julai 1511, Hantu Laut, Korban Sungai Muar, Tun Fatimah, Jiwa Melarat, Seri Nara dan Keris Laksamana Bentan. Bagi kategori drama pula antara karya allahyarham ialah "Lawyer Dahlan", Tun Seri Lanang, Tonggak Kerajaan Johor, Si Bongkok Tanjung Puteri dan Di Atas Pentas.

Karya berbentuk biografi atau autobiografi pula ialah Biografi Perjuangan Politik Dato Onn Jaafar dan Memoir Shaharom Husain.Antara kajian beliau ialah Antara Pengarang-pengarang Melayu dan Karyanya dan Kajian Novel Hantu Laut.

Manakala karya berbentuk umum, beliau telah menghasilkan Meliahat Australia 1, Tawarikh Johor dan Kesan Sejarah tanah Ayer.

Di bawah ini adalah contoh peta minda berkaitan artikel, "Selaut Budi dalam Ingatan".














      " Shaharom Husain berminat mengarang novel sejarah. Minatnya ini sejajar dengan pendirian beliau bahawa masyarakat perlu mengetahui sejarah kegemilangan bangsanya pada masa lampau.


Cara ini akan dapat meningkatkan semangat  cinta  akan negara dikalangan rakyat.  

                                                                                                            Mohd Thani Ahmad,1988.

Saya akhiri entry ini dengan kiriman Alfatihah buat allahyarham Shaharom Husain. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.


Nota kaki;
  1. Dipetik dan diubahsuai daripada "Selaut Budi dalam Ingatan", muka surat 23, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, DBP, 2007.
  2. Mohd Thani Ahmad. 1988. WAJAH: Biografi Penulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa Pustaka.
  3. Website Sekolah Kebangsaan Peserai; klik sini.
  4. Blog Ilham Pak Yob; klik sini.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .