Cara Menaikkan Self Esteem pelajar Yang Mula hilang Fokus dengan Teknik Nabi Muhammad SAW
Apabila Pelajar Hilang Semangat dan Fokus, Beginilah Cara Menaikkan Self-Esteem Mereka
“Susahlah cikgu, saya sudah tidak tahu mahu
buat apa.”
"Yalah, cikgu. Kitaorang sudah tak ada idea."
“Cikgu, tak seronoklah buat benda ini. Bukan
dapat apa pun. Kita buat kerja sendiri sahajalah.”
“Cikgu janganlah tengok. Kami malu.”
“Cikgu, tengok! Dia buat roket cikgu.”
Inilah respon pelajar ketika saya
meronda-ronda di dalam kelas 5 Dedikasi selepas mereka memberi salam sebentar
tadi. Pelajar-pelajar 5 Dedikasi sudah hilang semangat mahu meneruskan aktiviti
Hasil Kreatif sempena Program Maju Diri pada hari tersebut.
Memandangkan aktiviti yang berlangsung ketika
itu adalah aktiviti Hasil Kreatif, setiap kumpulan yang telah dibekalkan dengan
beberapa keping kertas putih bersaiz A4 harus menghasilkan seberapa banyak
hasil kreatif dengan menggunakan kertas putih tersebut. Kumpulan pelajar yang
paling banyak mencipta hasil kreatif menggunakan putih akan dikira sebagai
pemenang.
Sejarah SPM : Analisis Perincian Tajuk Sejarah SPM 2012
Ini hanyalah jangkaan
berdasarkan soalan-soalan trial negeri,jadi manfaatkan semaksima yang
mungkin.Jika kalian serius dan disiplin membuat rujukan dan latihan
sejarah,tak mustahil A+++++++++++…
BAB 1
TAMADUN AWAL
Tamadun Hwang Ho ( MELAKA )
1.Dua buah dinasti yang memerintah
2.Sumbangan
3.Kemajuan dalam pertanian
4.Usaha membangunkan sektor pertanian
BAB 2
PENINGKATAN TAMADUN
Tamadun China dan India ( KELANTAN,PERAK, SELANGOR,NEGERI SEMBILAN, MERSING, SBP)
1.Sumbangan dalam ekonomi – pertanian dan perdagangan
2.Monumen tinggalan sejarah
3.Pendidikan, senibina, sains dan teknologi ( semua tamadun )
4.Kebaikan persatuan perdagangan dan perusahaan
5.Bagaimana ekonomi Negara dapat ditingkatkan (KBKK)
6.Mengapa masyarakat memajukan sains dan teknologi (KBKK)
7.Kesan perkembangan sains dan teknologi terhadap kehidupan manusia (KBKK)
8.Usaha meningkatkan kemajuan sains dan teknologi (KBKK)
Berubah kepada Positif Bermulanya Harapan satu anugerah
Assalamualaikum artikel ini adalah petikan tulisan Yang Mulia Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, pengaasas MAP Training, yang juga motivator terkenal tanahair. Kita ikuti catatan pengalaman beliau.
Harapan satu anugerah
Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
CARA SOLAT FARDHU YANG BETUL
Cara
sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan
ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang
demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang
cara2 mengerjakan solat dengan kaedah yang betul
sebagai panduan umum kepada kita semua.
Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat
EMPAT RAKAAT (isya', zohor dan asar). Bagi
solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan
rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat
masing-masing.
|
PELUANG KEDUA LEPASAN PMR PENERAJU UNTUK KERJAYA KEMAHIRAN VOKASIONAL
PENERAJU BUKA RUANG UNTUK BAKAT BESAR TAPI TERCICIR
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Ketika ini puluhan ribu pelajar lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sedang
berdebar-debar menantikan surat tawaran ke Institusi pengajian Tinggi Awam
mahupun swasta.
Bagi yang cemerlang keputusannya, tentulah tidak timbul sebarang kegusaran.
Namun, bagi yang cukup-cukup makan atau yang memang tidak bernasib baik
dalam bidang akademik, hasrat menyambung pelajaran mungkin dianggap sebagai
igauan semata-mata.
Apatah lagi jika kemampuan kewangan keluarga agak terbatas. Bagaimana pula
jika ada yang seusia mereka benar-benar keciciran sekolah sejak tingkatan empat
lagi?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata,
berdasarkan statistik yang diperolehnya, menunjukkan bahawa anak dalam
lingkungan umur 15-16 tahun yang menyambung pelajaran ke tingkatan empat dan
lima adalah jauh lebih rendah daripada jumlah populasi umur itu.
Daripada purata populasi 1.076 juta orang, hanya 832,000 sahaja yang
menyambung ke tingkatan empat dan lima. Bermakna lebih 244,000 orang tidak
menyambung ke tingkatan empat dan lima.
"Kita pasti daripada jumlah 244,000 ini, ada yang menyambung pelajaran di
sekolah bukan kerajaan, akan tetapi kita juga pasti bahawa sebahagian besar
daripada jumlah ini adalah benar-benar tercicir dari sekolah," katanya.
Permohonan Pra Diploma & Diploma Teknologi Penyelenggaraan
Kapal Terbang ADTEC Shah Alam Julai 2013
Pengambilan
Pelajar Program Pra Diploma & Diploma Teknologi Penyelenggaraan
Kapal Terbang bagi Sesi Latihan Julai 2013 di ADTEC Shah Alam Untuk Lepasan SPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM 2012 yang berminat dalam penyelenggaraan pesawat, anda dialu-alukan memohon ADTEC Shah Alam dengan segera. ADTEC Shah Alam adalah salah sebuah institusi latihan awam.
Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur di antara 17-35 tahun untuk mengikuti latihan peringkat:
a) Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang
Permohonan adalah percuma Dan dibuka mulai 13 Mac 2013 (Rabu) hingga 26 April 2013 (Jumaat).
Permohonan adalah percuma Dan dibuka mulai 13 Mac 2013 (Rabu) hingga 26 April 2013 (Jumaat).
Musim Pilihanraya Ular satu meter pun nak 'lawat' bilik gerakan
Ular yang berjaya ditangkap selepas dicederakan.
MARANG - Tiga petugas pilihan raya yang sedang melaksanakan tugas mereka
di bilik gerakan Parlimen Marang di sini terkejut, apabila seekor ular
muncul tiba-tiba sebelum dikesan berada di belakang sebuah beg di sini,
kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, salah seorang daripada mereka,
Mohd Zafri Daud, 33, segera bertindak menangkap ular tersebut selepas
mencederakan haiwan reptilia itu kerana bimbang mengancam keselamatan
mereka dan petugas lain.
Apa Itu Sindrom PMS remaja perempuan
Artikel ini dipetik
dari Utusan Malaysia untuk kemudahan Dunia Cikgu
Kaunseling membuat rujukan. Ini memandangkan, ada sesetengah pelajar menghadapi masalah sindrom ini.
Artikel ini sangat berfaedah
kepada Dunia Cikgu Kaunseling dalam memberi bantuan awal kepada pelajar
berkenaan. Sekian, terima kasih.
Apa Itu Sindrom PMS remaja perempuan
Soalan
SAYA berusia 20 tahun, pelajar tahun satu jurusan
Sains Kesihatan dan masih bujang. Sejak tahun lalu, saya mengalami
sindrom pramenstruasi yang agak teruk, rasa mual dan muntah serta
senggugut bermula tiga hari sebelum haid.
Pada bulan ini, saya juga mengalami simptom yang sama tetapi saya
kerap berasa sedih, keseorangan, tidak dihargai dan kerap menangis
kerana sedih melampau. Biasanya saya mengalami emosi sebegini selama
seminggu sebelum haid.
Saya pernah merujuk kepada doktor dan saya hanya
diberikan ubat tahan muntah. Doktor juga mengatakan ia hanya perasaan
biasa, tiada apa yang serius. Namun saya berasa sangat tertekan dengan
keadaan ini.
Simptom yang saya alami ini sangat mengganggu pelajaran,
malah adakalanya saya tidak mampu berhadapan dengan orang. Adakah saya
harus bertemu dengan pakar?
* Inna.
Jawapan
Bagi sebahagian besar wanita, sindrom pramenstruasi (PMS) sering
menjadi mimpi buruk kerana biasanya sindrom ini membuat suasana hati
menjadi tidak menentu.Wanita menjadi lebih sensitif jika sedang
mengalami PMS. Masalah kecil dan biasa dianggap besar. Kesalahan kecil
yang dilakukan orang lain di hadapannya biasa membuatnya menggerutu
seharian.
By Puan Ummi Thursday, April 25, 2013
Anak Istimewa, Autisme, Kategori OKU, kisah kejayaan, Kisah Masyarakat, kisah motivasi, Kuantan, OKU, Pahang, Pelajar cemerlang
Nabil Lutfi Pelajar OKU Autisme Cemerlang 9A SPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun keputusan SPM telah berlalu, saya hanya baru malam ni berkesempatan memuatnaik di sini artikel kajayaan Anak Autisme ini. Artikel ini saya simpan di blog ini sebagai kemudahan untuk buat rujukan online. Subhanallah. Allah tetap berikan kebaikan kepada setiap ujian yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya.
Keputusan cemerlang itu menjadikan Nabil Lutfi, 18, pelajar cemerlang SPM kategori orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.
Pelajar austisme SMK Abdul Rahman Talib dapat 9A
KUANTAN 21 Mac - Kecacatan bukan penghalang untuk berjaya dalam
pelajaran menjadi pegangan seorang pelajar austisme di sini yang
mencatat keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
yang diumumkan hari ini.
Bagi Nabil Lutfi, 18, walaupun lambat untuk memahami sesuatu
perkara, kekurangan itu tidak menjadi penghalang buatnya untuk bersaing
dengan rakan-rakan normal yang lain.
Malah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib
dekat sini mampu membuat ibu bapanya tersenyum dengan keputusan
peperiksaan yang diterima.
Perkongsian Tentang Autisme
Ciri-ciri secara ringkas anak autisme yang boleh dikenalpasti
PENYAKIT AUTISME
SEMAKIN ramai ibu bapa di Malaysia mempunyai anak yang disahkan mempunyai masalah autisme. Selain anak autisme digabung dengan hiperkatif, kesabaran dalam meladeni anak-anak autisme dan hiperaktif ini memerlukan kesabaran yang optimum.
Artikel berkaitan anak hiperaktif ada saya muatnaik di sini. Sila klik Jom rawat anak hyperaktif di sini. Anak autisme ini boleh didaftarkan OKU. Cara nak daftar ada saya terangkan di sini, cara Mendaftar dan Mohon Kad OKU.
Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang
daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki
autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia
menghidapnya.
Ada antara mereka memiliki tanda-tanda masalah autisme kronik dan ada yang baru sahaja di peringkat awal.
Umur anak-anak tersebut turut berbeza; dari berumur 6 bulan hingga lewat 20-an.
Kadangkala, bukan sahaja pesakit autisme mendapatkan rawatan bahkan
ibu bapa dan ahli keluarga mereka juga ekoran tekanan yang kuat
gara-gara menjaga pesakit tersebut.
Sifat sabar ibu bapa dan ahli keluarga amat dituntut dalam memberi penjagaan terbaik buat pesakit autisme.
Ingatlah bahawasanya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang sabar. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."
Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita
merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula
menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah
ujian daripada Allah SWT.
Baiklah mari kita lihat artikel ini seterusnya.
APAKAH AUTISME?
Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka
masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam
proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang
dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak
laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak
itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu
gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial
dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang
serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya
kipas.
Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1:
150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak
30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.
Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat
segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan
drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.
Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…
Al Fatihah Guru dan 2 Anak Maut di Mersing
Al Fatihah ini dihadiahkan kepada Abd Razak Pid, 44 , Guru Penolong Kanan Sekolah
Menengah Kebangsaan Anjung Batu, Adibah Taqqiah, 14, Afiqah Ihsanniah, 11, dan seluruh muslimin dan muslimat mukminin mukminat. Semoga Allahyarham berbahagia di alam sana. salam takziah untuk keluarga Allahyarham.
NORIYAH (berkerusi roda) tidak dapat menahan kesedihan ditenangkan ahli keluarga.
(Harian Metro)
Kereta Proton Saga yang dinaiki Abdul
Razak Pid bersama tiga anaknya remuk selepas bertembung dengan lori
tunda dalam kemalangan di Kilometer 33, Jalan Mersing-Kota Tinggi,
Johor, semalam. - UTUSAN/faris hanafie
Guru dan 2 Anak Maut di Mersing
Mersing: “Kali terakhir saya bertemu empat mangsa tiga hari lalu,
apabila arwah anak membawakan nasi dan tomyam untuk makan malam bersama
sebelum memberitahu mereka semua akan ke Johor Bahru.
“Bagaimanapun, saya tidak menyangka itu kali terakhir saya menemui
arwah anak dan dua daripada tiga anaknya sebelum mereka terbunuh dalam
kemalangan,” kata Noriyah Imman, 79, ibu Guru Penolong Kanan Sekolah
Menengah Kebangsaan Anjung Batu Abd Razak Pid, 44, yang maut bersama dua
anaknya dalam kemalangan di Kilometer 33 Jalan Mersing-Kota Tinggi, di
sini, petang semalam.
KEPUTUSAN PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Merujuk kepada artikel sebelum ini, Permohonan Ke Matrikulasi KPM 2013/2014, di sini, kepada lepasan SPM 2012, khususnya dari SMK Jengka 2 dan SMK Jengka Pusat 2 yang telah membeli no pin Matrikulasi dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling anda, debaran anda akan terjawab tidak beberapa lama lagi. Didoakan anda berjaya dengan permohonan anda.
PENGUMUMAN KEPUTUSAN CALON BERJAYA KE
PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014
Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya pada 25 April 2013.
Hanya pelajar SPM 2012 yang telah membuat
permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2012 boleh menyemak
keputusan di laman sesawang seperti berikut:
Permohonan Latihan Dalam Teknologi Petroleum Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu
Iklan & permohonan secara 'online' bagi Program Teknologi Petroleum Ambilan Julai 2013 telah dibuka.
Permohonan dibuka mulai 14 April 2013 dan akan ditutup pada 28 April 2013.
Diploma Kejuruteraan yang berkaitan dengan program ini digalakkan memohon :
- Kimia dan yang berkaitan
- Mekanikal dan yang berkaitan
- Elektrikal, Elektronik, Elektrikal dan Elektronik dan yang berkaitan
- Mekatronik
Petronas mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai
program latihan di dalam bidang teknologi petroleum yang dijalankan di
Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu.
Industri minyak dan gas terus mengalami perkembangan yang pesat di
dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Ianya memerlukan
kakitangan teknikal yang berkelayakan dan mahir di dalam bidang operasi
dan penyelenggaraan.
Program
- PTP-1 Program Teknologi Petrolium – Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal, Proses dan Pengeluaran.
- Program ini mengambil masa 1 tahun termasuk latihan industri.
Syarat Memohon
TEMA HARI GURU 2013 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
Dimaklumkan bahawa tema yang telah diperserujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:
“GURU MALAYSIA :
1 ASPIRASI, 1 AGENDA”
Huraian 1ASPIRASI:
Semua
guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem
pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 2013/2014
Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014
(Artikel ini telah dipublish pada Ahad, 14/4/2013 dan akan menjadi entry pegun hingga 24/4/2013)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke
Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka bermula 24 April 2013 (Rabu).
Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Senarai ADTEC dan Alamat ADTEC
ADTEC SHAH ALAM
|
|
PLOT
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT
MINYAK, SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, 14100 PULAU PINANG,
MALAYSIA.
Tel : 04 - 5087800
Faks : 04 - 5087809
|
INSTITUT PERTANIAN DI BAWAH PENGURUSAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA (DOA)
By Puan Ummi Sunday, April 21, 2013
Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Pertanian, Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan, NATC, selepas SPM, Sijil Kemahiran Malaysia, SKM
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Visi
Penentu piawaian bagi kecemerlangan dalam latihan kemahiran pertanian
Misi
Menggubal dasar, mengawal kualiti dan memperkukuhkan latihan kemahiran
pertanian yang komprehensif bagi memenuhi keperluan bidang pertanian
negara
Objektif
Melahirkan pekerja dan usahawan yang berkemahiran dalam berbagai bidang
agar pertanian menjadi sektor swasta yang moden, dinamik dan berdaya
saing
By Puan Ummi Sunday, April 21, 2013
IPT, IPTA, Jururawat, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Aliran Sains, kerjaya paramedik, kerjaya separa perubatan, Universiti, Universiti Malaya
Permohonan Diploma Kejururawatan,
Teknologi Makmal Perubatan dan
Radiografi UM Ambilan 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini adalah secara automatically published. (Artikel ini disiarkan pada 4/4/2013 dan akan menjadi entry kedua utama sehingga 21/4/2013). Oleh itu sebarang pertanyaan tidak dapat dijawab segera. sebarang pertanyaan berkaitan kursus ini sebaiknya ajukan kepada pihak berkenaan.
Permohonan Diploma Kejururawatan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan Diploma Radiografi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur hanya akan dibuka pada 8 April 2013 nanti.
Programme
Iklan Program Diploma
Description
Nama Program :
1) DIPLOMA KEJURURAWATAN
2) DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
3) DIPLOMA RADIOGRAFI
Berumur 18* hingga 22 tahun
*Genap mencapai umur 18 tahun pada tarikh permulaan program bagi Program
(3)
Gadis 12 Tahun Bangga Tiada Dara Kini HIV Positif
(Artikel ini disiarkan pada 7 Februari 2013 dan menjadi entry ke3 utama sehingga 19/4/2013)
Fakta Aids
* Aids bukan hanya penyakit lelaki
homoseksual. Ia juga boleh menular daripada lelaki kepada wanita dan
daripada wanita kepada lelaki.
* Kuman Aids memasuki ke dalam badan melalui darah, rembesan air mani atau lendiran faraj orang yang telah dijangkiti.
*
Sebaik saja kuman Aids memasuki tubuh, ia menembusi sel-sel darah putih
istimewa disebut sel T4 yang mengawal kita daripada bakteria yang
menyebabkan penyakit.
* Selepas itu ia biasanya berehat. Dalam keadaan ini, pesakit berada dalam kategori penyakit Aids C.
*
Kadang-kadang ada sesuatu yang 'membangunkan' semula kuman ini dan ia
aktif semula. Dalam peringkat ini, pesakit dalam kategori Aids B. Daya
melawan penyakitnya mula lemah.
* Peringkat terakhir penyakit ini
ialah Aids A. Daya melawan penyakitnya musnah sama sekali. Selalunya ia
membawa kepada tanda-tanda ungu pada kulit disebut Kaposi's Sarcoma,
sejenis barah yang jarang berlaku.
KAJIAN
beberapa penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di
beberapa institusi yang menahan dan melindungi remaja, hampir tiga
perempat peratus daripadanya mengaku mengadakan hubungan seks seawal
usia 12 tahun.
Pada tahun 2004 sahaja, 4.9 juta pengidap baru HIV dikesan. Ini
bermakna , ada 10 orang pengidap baru bagi setiap minit. HIV di Malaysia
dikesan bermula tahun 1986 seramai 3 lelaki manakala kes AIDS dan
kematian 1 orang.Menjelang taun 2000, dalam tempoh 14 tahun, jumlahnya
naik mendadak sebanyak 5107 bagi HI, manakal bagi kes AIDS ialah 1168.
Pada tahun 2004, 60,621 rakyat Malaysia dilaporkan positif HIV sejak
kes pertama tahun 1986. Manakala pada tahun 2005, ia naik mendadak
kepada 70559 HIV, 10663 AIDS, sementara yang mati kerana AIDS seramai
8179. Lebih 80% daripada mereka yang mengidap HIV/AIDS adalah di bawah usia 39 tahun.
Berita yang disiarkan Metro Ahad, Dah Kena HIV Sesal Tak Sudah. Usia mereka baru 12 dan 13 tahun dan masih bersekolah, tetapi kesucian
diri diragut teman lelaki ekspres yang dikenali menerusi laman sosial
popular, Facebook (FB).
Semuanya berlaku kerana perasaan ingin mencuba ilmu asmara yang
diperoleh menerusi Internet dan FB dianggap jalan pintas untuk mendapat
seberapa ramai kenalan lelaki dalam tempoh singkat tanpa pengetahuan ibu
bapa.
Terpesona dengan pendapatan antara RM18,000 hingga RM20,000 sebulan
hasil kegiatan sumbang bersama lelaki hidung belang tanpa mengira umur
atau keturunan termasuk pelancong asing, Sally dan Tina menggunakan
gambar seksi untuk menggoda kenalan FB.
Bagaimanapun, seronok hanya sekejap tetapi derita berpanjangan. Kini
mereka yang menginjak usia 17 tahun menyesal tak sudah kerana kesilapan
silam pada usia masih mentah.
Jika dulu mereka berbangga didampingi ramai lelaki, diulit kemewahan
dan mampu memiliki gajet canggih yang menjadi idaman rakan sebaya, kini
semuanya tidak berguna lagi selepas Sally disahkan dijangkiti HIV
positif.
PERMOHONAN BIASISWA PIDM 2013 BIASISWA SARJANA MUDA
Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM
Perbadanan
Insurans Deposit Malaysia (PIDM) adalah sebuah badan berkanun yang
aktif menggalakkan dan menyumbang kepada keyakinan awam terhadap
kestabilan sistem kewangan Malaysia. Ia
juga melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit mereka serta
manfaat takaful dan insurans sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli.FALSAFAHProgram
ini bertujuan untuk mendekati "rakyat Malaysia yang" yang memerlukan
bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka di dalam negara.APAKAH TAWARAN BIASISWA?
Sebagai Kaunselor Cara Nabi Muhammad Mendorong Perubahan Tingkah Laku Tanpa Memberi Nasihat
Sebagai Kaunselor: Cara Nabi Muhammad Mendorong Perubahan Tingkah Laku Tanpa Memberi Nasihat
Nabi
Muhammad adalah seorang pendorong perubahan tingkah laku yang amat
berpengaruh. Banyak orang yang bermula dengan akhlak buruk akhirnya
berubah menjadi orang yang sangat baik akhlaknya disebabkan mereka
terpengaruh oleh kata-kata yang pernah mereka dengar dari mulut Nabi
Muhammad.
Nabi
Muhammad menggunakan banyak prinsip dan teknik bagi mendorong
orang-orang yang akhlaknya buruk supaya mengubah sikap dan tingkah
lakunya.
Namun,
dari rekod hadis-hadis yang autentik, didapati beliau tidak memberikan
motivasi perubahan tingkah laku dengan cara berleter ataupun dengan
menyampaikan ceramah panjang lebar kepada kelompok orang yang buruk
akhlaknya, seperti yang biasa kita lihat dilakukan kepada golongan
banduan, penagih dadah, penghuni rumah pemulihan akhlak, pelajar
bermasalah dan lain-lain golongan seperti itu.
Soalan-soalan Percubaan PMR Bahasa Melayu 2010 dari Negeri Sembilan
By Puan Ummi Saturday, April 13, 2013
Aliran Agama dan Pendidikan Islam, Halatuju, kaunseling kerjaya, pra-U, SBP, sekolah, Sekolah Berasrama Penuh, selepas SPM, Tingkatan 6
BORANG PERMOHONAN TINGKATAN 6 KISAS SMAP LABU 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada
LEPASAN SPM yang berhasrat menyambung ke Tingkatan 6 di KISAS dan SMAP Labu, cepat mohon segera. Kedua-dua buah sekolah ini adalah antara skolah terbaik STPM di Malaysia.
Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT Yayasan Pelajaran Johor 2013
Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT
YAYASAN
PELAJARAN JOHOR (YPJ) MENYEDIAKAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI UNTUK AHLI KETUA ISI RUMAH KELUARGA MISKIN DAN MISKIN
TEGAR YANG BERDAFTAR DI E-KASIH.
Syarat-syarat dan Borang Permohonan skim bantuan ini, sila muat turun maklumat berikut:-
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .