Kerjaya Pereka Fesyen Halatuju Selepas PMR Dan SPM
Assalamualaikum dan sleamat sejahtera. Anak-anak didik saya ada bertanya kerjaya bidang jahitan. KhusuS buat pelajar Calon PMR 2013 dan Calon SPM 2013, semoga entry ini membantu anak-anak membuat penilaian yang tepat berkaitan minat kerjaya anda.
Kerjaya Pereka Fesyen mengaplikasikan teknik artistik pada produk rekaan,
pakaian dan promosi pakaian. Mereka berperanan dalam menentukan
pemilihan pakaian yang baik menggunakan tekstur produk yang berkualiti. Salah
satu bidang kerjaya yang memerlukan kreativiti seseorang individu itu
adalah bidang seni reka fesyen. Dunia fesyen sentiasa berubah mengikut
perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh melihat pelbagai jenis
fesyen direka bentuk dan dicipta.
Bidang
ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi monopoli kaum wanita,
sebaliknya lelaki turut mengambil bahagian dan mewujudkan beberapa nama
besar seperti yang dilihat pada hari ini. Ramai pereka fesyen lelaki
yang terkenal dan berjaya, dalam dunia fesyen masa kini sama ada di
Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.
Selain
itu, bidang ini juga dianggap antara kerjaya yang glamor. Bidang ini
dikatakan mampu memberi pendapatan lumayan serta tidak mengecewakan.
Pihak media terutamanya memberikan peluang meluas kepada para pereka
fesyen baru untuk menonjolkan bakat di majalah-majalah serta saluran
televisyen.
Orang
ramai mudah tertarik kepada kerjaya ini kerana sifatnya mudah dilihat
orang ramai. Trait personaliti memang berkaitan bidang kerjaya glamor
ini. Pereka fesyen boleh dikategorikan sebagai golongan ekstrovert iaitu
suka mencari perhatian, gemar sesuatu yang mencabar dan mencari
pekerjaan baru.
Saya tahu, ramai rakan di luar sana yang boleh menyatakan beberapa lagi
jenis kerjaya berkaitan bidang jahitan. Semoga dengan post saya kali ini, para graduan yang baru
keluar dari mana-mana institut latihan kemahiran boleh memilih arah tuju
kerjaya mereka. Ingin saya rumuskan di sini tentang beberapa jenis
kerjaya dalam bidang jahitan:
- Jurujahit
- Jurupotong
- Pengurus syarikat
- Tenaga pengajar
- Pembekal
- Pereka Fesyen
- Pensyarah
- Pengilustrasi fesyen
- Penyelaras warna
- Pelukis grafik atau batik
- Penyelia Jurupakaian Gred N17 Di Sektor Kerajaan
- Menceburi bidang keusahawanan fesyen dan pakaian
Anggaran Gaji
- Sektor Awam (RM) :
- Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++
Tahap Pendidikan
- Sijil Kemahiran Malaysia
- Diploma Kemahiran Malaysia
- Diploma Reka Bentuk Pakaian / setaraf
- Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Pakaian / setaraf
- Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk dan Seni (Reka Bentuk Pakaian) / setaraf
Kelayakan
Pendidikan
2 atau 4 tahun ijazah dari kolej atau universiti dalam kursus rekaan fesyen, perniagaan fesyen atau yang berkaitan dengannya.
Pengalaman
Lebih kurang 7 tahun bekerja sebagai pelatih, penolong pereka dan pereka junior.
Kemahiran
Kebolehan menjahit, melukis dan kemahiran sketching, tahu menggunakan komputer terutama CAD atau computer assisted design.
Karier
Penolong pereka dan pengurus fesyen
Contoh Institusi