Kesalahan Bahasa yang Sering Berlaku
Siang tadi saya mengajar berkaitan tatabahasa. Saya dapati ramai di kalangan pelajar yang telah melakukan kesalahan tatabahasa.
Terutamanya dalam aspek Kata Nama Khas dan Kata Nama Am.
Begitu juga aspek tempat dan penggunaan soalan yang tepat.
- di mana..ATAU ..yang mana . Ayat contoh: Lee Chong Wei ialah Pemain Badminton No. 1 Dunia, di mana beliau telah banyak memenangi kejohanan berperstij.
- Fotosintesis ialah proses di mana tumbuhan mengubah tenaga cahaya matahari menjadi energi kimia dan menyimpannya dalam bentuk glukosa karbohidrat.
- Pasar raya ialah tempat di mana orang ramai membeli-belah.
Mengapa perlu di mana? Di mana untuk bertanyakan tempat. Jawapannya di situ, di kampung, di KLIA dan sebagainya.
0 Comments:
Post a Comment