Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Keselamatan Jalan Raya. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan Jalan Raya. Show all posts

Salam Aidil Fitri 1434 2013 Buat Pembaca Blog Ini

Salam Aidil Fitri 1434 2013 Buat Pembaca Blog Ini







Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434Hijrah bersamaan 2013 Masihi diucapkan kepada semua pembaca blog cikgukaunseling.com.. Saya mohon maaf jika ada tersilap perkataan semasa saya mencoret perkongsian ilmu, perkongsian pengalaman dan perkongsian perasaan saya sepanjang saya menulis dan membangunkan blog pendidikan di  http://www.cikgukaunseling.com/
 
Pagi ini, Pagi 27 Ramadhan 1434 Hijrah. Hujan renyai membasahi bumi seawal Azan Subuh berkumandang dari surau berdekatan. Terasa sayu dan hibanya hati pabila Ramadhan kian meninggalkan kita. Apakah tahun depan dapat ku bertemu lagi ramadhan?
 

Terima Kasih Bomba Malaysia

Terima Kasih Bomba Malaysia

7,000 bomba bertugas menjelang raya

Gambar Pasukan Balai Bomba Dan Penyelamat Kuantan Bermotor


helmet merah....anggota RIM


Kemalangan jalan raya yang berlaku pada 03hb Julai 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ada pelajar saya berminat menceburi kerjaya sebagai Pasukan Bomba dan peneylamat. Terima kasih kepada Pasukan Bomba dan penyelamat, ketika orang lain bercuti hari raya, anda sanggup  korbankan masa ria bersama sanak saudara demi tugas dan amanah yang dipikul.

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 4 Ogos 2013, seramai 7,000 bomba bertugas menjelang raya. Tahun ini hanya 30 peratus anggota bomba dan penyelamat yang akan bercuti (Aidilfitri) manakala bakinya bertugas di 267 buah balai dan di lebuh raya.

Terima kasih kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat bertugas yang kadang kalanya, memperjudikan nyawa sendiri!  

Sempena musim perayaan ini, pastikan kenderaan yang digunakan untuk perjalanan balik ke kampung berada dalam keadaan selamat.

Buatlah pemeriksaan lebih awal dengan mengambil perhatian terhadap sistem brek kenderaan, tahap kehausan bunga pada tayar, tekanan angin, fungsi lampu dan lain-lain komponen penting pada kenderaan anda bagi mengelakkan berlaku kerosakan ketika sedang dalam perjalanan.

Semoga semua pengguna jalan raya selamat sampai ke destinasi.

Perpindahan Terminal Bas Express Kuantan Ke Terminal Sentral Kuantan

 Perpindahan Terminal Bas Express Kuantan Ke Terminal Sentral Kuantan 

Rapid Kuantan Opens New Route Serving Terminal Sentral Kuantan



 Situasi di dalam Bangunan Terminal Sentral Kuantan.



Di Bandar Kuantan mempunyai pelbagai IPTA dan IPTS. Contohnya UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA UIAM, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG UMP, KOLEJ MATRIKULASI PAHANG GAMBANG, KOLEJ KOMUNITI, POLITEKNIK POLISAS, KOLEJ PROFESIONAL MARA, KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, KOLEJ PSDC, KOLEJ IKIP dan terdapat juga IPT di Pekan seperti I-CAM, UMP Pekan, IKM Pekan dan lan-lain. Belum lagi sekolah-sekolah berasrama penuh seperti MRSM, SEMSAS, SBPI dan Kolej Vokasional KPM. Oleh itu, pelajar-pelajar yang belajar di sekolah-sekolah ini, IPTA dan IPTS datang dari seluruh pelosok negara. Sebagai pelajar dan mahasiswa sudah tentulah Perkhidmatan Bas Ekspres sangat diperlukan. Tambahan pula Hari Raya Aidil fitri semakin hampir.

Perpindahan Terminal Sementara ke Terminal Sentral Kuantan (TSK) telah bermula pada 01 Ogos 2013 (Khamis). Terminal bas express di Kuantan  berpindah ke Jalan 'bypass' bertentangan dengan Kompleks Mahkamah mulai 01-08-2013. Semua perkhidmatan bas ekspres akan beroperasi di Terminal Sentral Kuantan (TSK) mulai tarikh tersebut.

Terminal Sentral Kuantan (TSK) di Bandar Indera Mahkota dengan keluasan 2,070 kaki persegi memulakan operasinya pada1 Ogos 2013. Terminal ini menyediakan 400 petak letak kereta, 170 motosikal dan 40 untuk teksi, selain ruang tempat menunggu bas berhawa dingin untuk orang ramai. Terminal dua tingkat yang mula dibina pada Jun 2011 itu menyediakan 48 kaunter bas dan akan menggantikan Terminal Makmur.

 Kenyataan Media: Rapid Kuantan Buka Laluan Baru Berkhidmat Terminal Sentral Kuantan

Al Fatihah Pegawai Agama Sarawak Maut Nahas Menuju Majlis Berbuka

Al Fatihah Pegawai Agama Sarawak Maut Nahas Menuju Majlis Berbuka




 PASUKAN Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat empat pegawai agama Islam yang terbabit kemalangan di Jalan Sri Aman - Betong, Sarawak kira-kira pukul 4.30 petang 1 Ogos . - UTUSAN


KEADAAN kenderaan MPV dinaiki enam pegawai agama Islam yang terlibat terbabit kemalangan di Jalan Sri Aman - Betong, Sarawak kira-kira pukul 4.30 petang 1 Ogos. Empat daripada mereka maut manakala seorang lagi kritikal. - UTUSAN
 
Petang 23 Ramadhan lalu berlakunya kemalangan ngeri di Sri Aman Sarawak . Seramai Empat Pegawai Agama Islam Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jakim Sarawak(Jakim) maut dalam kemalangan semasa menuju ke Majlis Berbuka Puasa. 

Marilah kita hadiahkan Al Fatihah kepada 
  Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak, Ibrahim Hailee, 35, Harliani Hanani, 29; Halimah Hamrie, 30; dan Qurratu Aini Rolfandy, 23.


Marilah kita doakan kepada 2 pegawai agama yang terselamat  tetapi kritikal agar segera sembuh dan pulih Fakih Ikhwan , Amin.
Manakala seorang lagi, Mohd. Firdaus Ahmat, 23, cedera ringan . Amin. Semoga kejadian ini tidak mematahkan semangat mereka yang masih hidup untuk meneruskan kehidupan dengan cemerlang.

Ini lah dugaan kepada seluruh keluarga mangsa di bulan Ramadhan ini, apa pun nasihat aku di musim perayaan ini berhati-hati di jalan raya kepada teman-teman yang mula pulang ke kampung esok pastikan kenderaan di servis terlebih dahulu dan jika mengantuk berhentilah tidur, biar lambat asal selamat..

4 pegawai agama maut nahas selamat dikebumikan

Perdana Menteri ucap takziah keluarga mangsa nahas


Aliran Trafik Kuantan Diubah Julai 2013

Aliran Trafik Kuantan Diubah Julai 2013


                                                                   Bandar Kuantan Pahang


Perubahan trafik di bandar ini sejak 22 Julai yang lalu akan menjadi ujian paling getir hari ini (Jumaat). Ia memandangkan, sudah menjadi tradisi bandar Kuantan akan penuh sesak dengan kenderaan hari ini terutamanya selepas solat Jumaat. Ini kerana orang ramai dari Kemaman, Kerteh, Paka dan Terengganu Selatan akan turun untuk membeli-belah dan membuat urusan di sini. 


KUANTAN 24 Julai - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengalu-alukan maklum balas orang ramai berhubung perubahan trafik di daerah ini yang diubah daripada dua hala kepada sehala melibatkan beberapa jalan utama bagi mengurangkan kesesakan bermula kelmarin.
 
Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, apa yang diharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu orang ramai tampil memberi pandangan dan cadangan bagi memperkemaskan lagi perubahan aliran trafik yang dibuat.


Pelajar Naik Bas Sekolah Dilindungi Insurans

Pelajar Naik Bas Sekolah Dilindungi Insurans




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sesi persekolahan 2013 akan bermula Rabu ini. Bagaimana persiapan pelajar? Bagi ibu bapa pasti pelbagai persediaan telah dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.

 Bagi pelajar yang menggunakan bas sekolah sebagai kenderaan ke sekolah, anda bakal dilindungin insurans.

Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara yang menggunakan bas sekolah berpermit akan menikmati faedah perlindungan insurans selewat-lewatnya akhir Januari depan.

Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had RM100,000 adalah seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2013 September lalu.


 Sebagai ibu bapa, perkara yang menjadi keutamaan adalah soal keselamatan.  Memang benar, kemalangan boleh berlaku dimana sahaja.  Namun, ada kemalangan yang boleh dielakkan seperti faktor kecuaian manusia. Oleh itu, Skim perlindungan insurans untuk pelajar yang naik bas sekolah sebagai satu langkah yang baik.

Bagaimanapun, sebagai hamba Allah, kita digalakkan memohon doa, termasuk doa naik kenderaan. Berikut ialah doa naik kenderaan:

 
Maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya, dan kepada Allah kami kembali.

Boleh rujuk Adab Naik Kenderaan klik di sini
 
 



Bukan itu sahaja, cara pemanduan bas sekolah juga tidak boleh dipandang ringan.  Pemandu bas sekolah perlu memastikan semua pelajar sudah duduk di dalam bas sebelum meneruskan pemanduan.  



Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu

Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu



Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil atau jirim yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.

Apabila partikel tersebut wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia akan menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi dan seterusnya mengurangkan jarak penglihatan.  Oleh itu, setiap pemandu dinasihatkan supaya :

Menyalakan lampu kecil kenderaan apabila tahap penglihatan berada di bawah paras normal.

Tidak menyalakan lampu tinggi kerana kabut akan membalikkan cahaya tersebut dan mengurangkan tahap penglihatan termasuk terhadap pemandu lain.

Mengurangkan kelajuan agar sempat memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat sebagai langkah berhati-hati terhadap sebarang kejadian dan tindak balas akibat suasana jerebu.

Tidak berhenti atau meletak kenderaan di pinggir jalan kerana penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan.

Berhati-hati semasa membelok dan memintas serta memastikan keadaan benar-benar selamat sekiranya ingin berbuat demikian.

Mengalihkan segera kenderaan yang rosak ke bahu jalan serta menundanya secepat mungkin.

Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dinasihatkan agar tidak memandu dalam keadaan jerebu.

Sentiasa peka dengan maklumat dan pengumuman berhubung lalu lintas di radio mahupun papan tanda elektronik.

Penunggang motosikal perlu berpakaian warna terang dan topi keledar daripada material lut sinar serta memakai topeng penapis.

Tidak menggunakan signal kecemasan apabila memandu dalam keadaan berjerebu kerana ianya boleh mengelirukan pemandu lain.

Selamat Tinggal Ramadhan

Selamat Tinggal Ramadhan

Ramadhan bulan yang sinonim dengan kebaikan dan amal ibadat bakal meninggalkan kita. Apakah ramadhan akan datang, kita dapat bertemu lagi? sudahkah ramadhan kali ini telah benar-benar memebri didikan fizikal, rohani dan intelek kita? Sudahkah kita audit puasa kita?

Tentang bulan ramadan, terlalu banyak hadis tentangnya. Salah satu sabda Rasululluah SAW  yang bermaksud;

"Sungguh, telah datang padamu bulan yang penuh berkat, di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, di saat dibuka pintu syurga, ditutp pintu neraka dan dibelenggu syaitan dan di mana ada satu malam yang nilainya lebih berharga dari 1 000 bulan. Maka sesiapa yang tidak berhasil beroleh kebaikannya, sungguh tiadalah dia akan mendapatkan itu buat selama-lamanya".

(RIWAYAT AHMAD, NASAI DAN BAIHAQI)

Malah dalam suatu riwayat juga diceritakan, sebaik-baik sahaja masuk Bulan Rejab, Rasululluah SAW akan berdoa kepada Allah memohon agar diberkati sehingga bulan Syaaban dan dipanjangkan usia sehingga masuk bulan Ramadan.

Malah bulan ini juga sangat mulia. Ia dikaitkan sebagai bulan yang pada awalnya mengandungi rahmat, pada pertengahannya ada keampunan Allah dan pada akhir bulan, Allah akan lepaskan daripada azab api neraka.

HARI RAYA, KEMBALI KEPADA FITRAH



Aid bermaksud raya dan fitri adalah fitrah. Ia bermakna kita akan kembali kepada fitrah iaitu bersih dan suci, jika kita berpuasa dengan sebenar-benarnya mengikut sunnah Rasululluah SAW.

Hari raya adalah hari kemenangan. Kemenangan setelah kita berjaya mengharungi pelbagai rintangan sepanjang Ramadan. Manusia yang beriman diibaratkan telah melalui proses pembersihan diri sepanjang Ramadan. Oleh itu, pada sambutan Aid yang mulia ini, usahlah kita cemari kesucian itu dengan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan dengan cara tidak baik, atau melihat benda-benda yang tidak senonoh atau mengabaikan budaya ziarah atau tidak melayani tetamu tang berziarah.

Selain Solat sunat aidilfitri, bermaaf-maafan dan bersedekah, Umat Islam juga digalakkan berpuasa enam yang diibaratkan seperti melengkapkan puasa setahun. Puasa sunat ini afdal dilakukan mulai 2 Syawal.

Memori Ramadan 1431

Permohonan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia




Di celah-celah kesibukan para pelajar tingkatang 5 menghadapi gerak gempur setelah tamatnya JUJ, para pelajar dari Tingkatan 5A dan 5B sibuk membuat permohonan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.


Bagi para pelajar 5A dan 5B yang belum membuat permohonan, sila bertemu dengan Cr Cikgu Bob, Cikgu Zila atau saya sendiri. Teliti dahulu program yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang kamu ambil sekarang sebelum submit borang e-permohonan kamu.

Entry berkaitan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM, sila klik sini.

Terima Kasih, Boss



Alhamdulillah, saya memperolehi hadiah daripada boss. Rasa gembira sangat kerana terasa dihargai. Terima kasih, boss. Begitu jua kawan-kawan sekerja memperolehi hadiah daripada boss kami. Saya juga mendapat hadiah birthday dari kelab kebajikan guru dan kakitangan sekolah. Terima kasih buat my boss dan kawan-kawan sekerja. Oleh sebab semasa program berlangsung saya tidak membawa handphone, mungkin hanya selepas raya barulah saya dapat mengupload gambar dengan kerjasama kawan-kawan.


Gambar dirakam sewaktu Program Ihya Ramadhan pada pagi Jumaat.

Tahniah juga diucapkan kepada pelajar yang memperoleh Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam Program Tadarus sepanjang Ihya Ramadan  lalu.

Salam Takziah

Ramadan 1431 Hijrah ini sudah tentu meninggalkan banyak memori di ingatan kita. samada peristiwa suka mahupun duka. Ramadan  ini juga meninggalkan kenangan pilu untuk rakan sekerja saya. Iaitu bekas pengetua sekolah tempat saya berada sekarang, klik sini, Allahyarhamah Pn Nishah bt Ismail telah kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan jalan raya di jalan baru Cameron Highlands - Sg. Koyan pada Rabu, 11 Ogos 2010.

Pada perhimpunan pagi Khamis, 12 Ogos, pihak sekolah telah mengadakan majlis tahlil ringkas dipimpin oleh Ustaz Syed Fazhar bersama seluruh pelajar SMKJP2 yang ada. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarhamah yang telah banyak menabur jasa untuk anak bangsa. Alfatihah.

Berita lanjut tentang kemalangan tersebut, boleh diikuti di blog Saudara One Zaaba. Walaupun agak terlewat, saya memasukkan entry ini untuk link ke blog onezaaba supaya mudah untuk rakan-rakan saya melihat blog beliau.



Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin



Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin saya ucapkan buat semua sahabat yang mengenali diri ini. Kepada para pelajar SMKJP2, berhati-hatilah di jalan raya pada musim perayaan ini. Samada ketika di kawasan Jengka ini sendiri mahupun yang pulang ke kampung halaman masing-masing. Beraya-raya juga namun buku janganlah ditinggalkan terutama kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3.

Begitu juga buat semua teman-teman bloggers terutama folowers dan add teratak ini. Selamat hari raya AidilFitri 1431 Hijrah. Mohon maaf zahir batin kerana saya tidak dapat blogwalking ke blog kawan-kawan atas sebab tertentu. Ini kerana selalunya, saya cuma dapat membuat entry di blog sahaja.

Apapun, saya sangat menghargai sokongan teman-teman bloggers yang sudi menjadi followers teratak 'educational blog' saya yang sangat biasa ini. Sudilah kiranya teman-teman mengambil e-card raya daripada blog cikgubimbingan-kaunseling ini.

Sekian,wassalam.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .