Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia
Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh
Panduan Temuduga Dalam Talian
Panduan Temuduga Online
Panduan Hadiri Temuduga
Panduan Hadiri Temuduga
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Showing posts with label Pameran Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pameran Pendidikan. Show all posts
TEMUI YAYASAN BANK RAKYAT DI JOM MASUK IPT 2016
By Puan Ummi Saturday, February 13, 2016
biasiswa dan pinjaman pelajaran, Halatuju, Halatuju Selepas Matrikulasi KPM, Halatuju Selepas STPM, Jom Masuk U, Pameran Pendidikan, Yayasan Bank Rakyat No comments
TEMUI YAYASAN BANK RAKYAT DI JOM MASUK IPT 2016
Boleh rujuk entery sebelum ini, http://cgkaunseling.blogspot.my/2013/07/permohonan-pinjaman-pendidikan-yayasan.html
Boleh rujuk entery sebelum ini, http://cgkaunseling.blogspot.my/2013/07/permohonan-pinjaman-pendidikan-yayasan.html
Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 ZON 2 di Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA
By Puan Ummi Thursday, February 11, 2016
dunia pendidikan, Halatuju, Halatuju Selepas Matrikulasi KPM, Jom Masuk U, Pameran Pendidikan No comments
Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 (ZON 2) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mulai 13 & 14 FEBRUARI 2016.
Orang orang Pantai Timur semua!!! Apa aktiviti minggu ni? Admin nak ajak ke tempat "best".
Temui kami di Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 (ZON 2) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mulai 13 & 14 FEBRUARI 2016.
Inilah medan terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai informasi tentang peluang melanjutkan pengajian di IPT dalam negara, pembiayaan pendidikan, sesi konsultasi bersama BPKP JPT serta pempamer yang mengambil bahagian
Tempat : Dataran DAB, Kampus Gong Badak, UniSZA, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Tarikh : 13 & 14 FEBRUARI 2016
Waktu : 9.00 pagi - 6.00 petang
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.
Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.
atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dihttp://upu.mohe.gov.my/
Kemasukan BPKP JPT - FB rasmi UPU
Orang orang Pantai Timur semua!!! Apa aktiviti minggu ni? Admin nak ajak ke tempat "best".
Temui kami di Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 (ZON 2) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mulai 13 & 14 FEBRUARI 2016.
Inilah medan terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai informasi tentang peluang melanjutkan pengajian di IPT dalam negara, pembiayaan pendidikan, sesi konsultasi bersama BPKP JPT serta pempamer yang mengambil bahagian
Tempat : Dataran DAB, Kampus Gong Badak, UniSZA, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Tarikh : 13 & 14 FEBRUARI 2016
Waktu : 9.00 pagi - 6.00 petang
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.
Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.
atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dihttp://upu.mohe.gov.my/
Kemasukan BPKP JPT - FB rasmi UPU
JADUAL JOM MASUK IPT KPTN 2016
By Puan Ummi Sunday, December 06, 2015
dunia pendidikan, Halatuju, Halatuju Selepas Matrikulasi KPM, Halatuju Selepas STPM, Jom Masuk U, kaunseling kerjaya, KPT, Pameran Pendidikan, selepas SPM No comments
JADUAL JOM MASUK IPT KPTN 2016
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak Tahun 2005. Ia dijadikan sebagai acara tahunan setelah mendapat maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mulai tahun 2010 KPTN akan menjadi “signature programme” Kementerian Pengajian Tinggi.
Majlis Perasmian Pelancaran Jom Masuk IPT Karnival Pendidikan Tinggi 2016 telah diadakan pada 30-31 Jan 2016 bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Jika dahulu Jom Masuk U terkenal dengan penganjurannya. Kini ia ditukar pada Jom Masuk IPT Karnival Pendidikan Tinggi untuk memberikan lebih kemudahan kepada pemohon untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan halatuju mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Pelbagai IPTA, IPTS Dan Institusi Latihan Kemahiran menyediakan peluang pengajian tinggi kepada rakyat Malaysia. Contohnya Universiti Awam, Universiti Swasta mahupun institusi pendidikan tinggi lain seperti politeknik atau Institut latihan kemahiran.
Apabila permohonan Universiti bermula, pastinya banyak masalah akan timbul terutama pemohon majoritinya kali pertama menggunakan sistem dan kali pertama membuat pilihan berdasarkan keupayaan akademik dan juga minat masing-masing dalam memilih institusi pendidikan tinggi ataupun lokasi pengajian.
Selain itu, lebih informasi diperlukan bagi penetapan matlamat kerjaya masa depan pemohon bagi mengelakkan kesilapan memilih bidang pengajian mengakibatkan masalah dalam pengajian dan memohon kerja disebabkan tersalah pilih bidang dan kurang berminat dengan pengajian yang ditawarkan. Selain itu, teknik pemilihan dalam permohonan yang betul juga diperlukan bagi membuka peluang lebih luas kepada pemohon untuk diterima dalam pengajian yang diminati.
Pameran Jom Masuk IPT ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti.
Semua masalah yang dialami boleh di selesaikan jika pemohon datang ke Karnival Pendidikan Tinggi 2016 yang dibuat untuk mendapatkan lebih informasi berdasarkan pameran dan soal jawab yang dibuka untuk pengunjung. Oleh kerana Karnival pendididikan Tinggi ini perlu ke seluruh Negara, perlaksanaanya adalah mengikut ketetapan tarikh dan lokasi.
Apa yang ada di Karnival Pendidikan Tinggi 2016
Kebiasaaanya pada tahun sebelumnya banyak faedah jika anda berkunjung seperti
NTARA AKTIVITI YANG DIANJURKAN DALAM KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA
- Ceramah dan forum yang interaktif berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian/ Agensi KPT/ KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
- Pameran dan Infomasi dari Universiti awam & swasta
- Pemeran dan informasi kemasukan dari politeknik dan institusi kemahiran lain
- Pendedahan kerjaya lain dan pembaharuan/ kepelbagaian dalam pemohonan dan halatuju
- Penerangan dan nasihat kerjaya dari kaunselor institusi
- Cenderahati
- Penerangan PTPTN atau institusi lain
- Pameran Pendidikan
- Pengambilan borang dan maklumat lanjut institusi
- Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK IPT’’ kepada pengunjung;
- Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK IPT’’ kepada pengunjung
- Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS,Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; serta Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
Info penting
Waktu Pameran dibuka adalah berbeza untuk Semenanjung dan Sabah/ Sarawak.
- Semenanjung Malaysia ( 9.00 pagi – 6.00 petang )
- Sabah/ Sarawak ( 8.30 pagi – 5.30 petang )
- Tarikh Karnival adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual diatas.
Sekiranya anda mempunyai persoalan dan pengesahan maklumat, bolehlah terus merujuk dan menghubungi UPU di helpline 03-8870 6777 atau 03-8870 6755 / 6778.
Diharapkan Maklumat Karnival Pendidikan tinggi ini disebarkan pada rakan lain untuk memberikan lebih kemudahan kepada mereka untuk membuat permohonan kelak.
ANTARA AKTIVITI YANG DIANJURKAN DALAM KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA
- Ceramah dan forum yang interaktif berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian/ Agensi KPT/ KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
- Pameran Pendidikan
- Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK IPT’’ kepada pengunjung;
- Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK IPT’’ kepada pengunjung
- Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS,Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; serta Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
PAMERAN PENDIDIKAN
Program ini akan disertai bersama oleh 20 IPTA, Bahagian/Agensi di KPT seperti Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), IPTS serta Agnesi/Bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagaian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri (MGKK), Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (JTM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kementerian Belia dan Sukan serta lain-lain agensi dan penaja yang terlibat dengan pendidikan tinggi.
FORUM
Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah. Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi KPM/Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Asasi UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti, Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), kaunselor termasuk Pegawai Kaunselor Organisasi dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, Wakil Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah serta Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berdasarkan formula yang ditetapkan oleh BPKP Jabatan Pengajian Tinggi.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi UPU di talian helpline 03-8870 6777 atau 03-8870 6755 / 6778.
Semoga maklumat yang diperolehi dapat membantu bakal mahasiswa dalam membuat pilihan tepat sebelum memohon ke UA / IPTA / ILKA.
Jom Ke Karnival Pendidikan MARA 2013
By Puan Ummi Saturday, January 05, 2013
Halatuju, Karnival Pendidikan MARA, kaunseling kerjaya, kerjaya, MARA, Pameran Pendidikan, selepas SPM, selepas STPM No comments
Jom Ke Karnival Pendidikan
MARA 2013
MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) meneruskan penganjuran Karnival Pendidikan MARA (KPM) kali ke-14 pada tahun 2013 dalam usaha menyalurkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran KPM ini mampu memastikan golongan pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa hadapan.
Sultans of Science Petrosains Kuala Lumpur Malaysia
By Puan Ummi Sunday, December 30, 2012
alam, dunia pendidikan, general knowledge, Malaysia, Pameran Pendidikan, pengetahuan am, Petrosains, Sains dan Inovasi, sains teknologi, sejarah, Sejarah Islam No comments
Sultans of Science Petrosains
Kuala Lumpur Malaysia
Sultans of Science di Petrosains
Sultans of Science(SOS) merupakan pameran bergerak bertaraf
antarabangsa di mana pameran ini memfokuskan zaman kegemilangan Islam
dari sudut sains dan teknologi.
Banyak tokoh Islam yang cemerlang
akhlaknya seiring dengan penemuan, pencapaian atau bahan ciptaan mereka
yang mengkagumkan.
Paling tidak.. usaha mereka merupakan langkah pertama merintis laluan
buat pengkaji barat yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada
tercetusnya penghasilan yang lebih maju dan berteknologi tinggi
sekaligus mengangkat dan membina ketamadunan manusia yang lebih
sempurna.
Sebagai contoh, Al-Jazari, bapa kejuruteraan menghasilkan jam yang
dimekanisasi oleh air. Abbas Ibn Firnas pula menjadi manusia pertama
melakukan ujikaji penerbangan sebelum adik beradik Wright mencipta kapal
terbang. Manakala Ibn Haytham mencipta Kamera Obskura yang telah
mengalami proses evolusi sehingga munculnya kamera digital masa kini
yang lebih canggih.
Jadual Jom Masuk U 2011
By Cikgu Ma Monday, January 17, 2011
Halatuju, IPT, Jom Masuk U, kaunseling kerjaya, kerjaya, Pameran Pendidikan, selepas SPM No comments
Jadual Jom Masuk U 2011
Sumber gambar, kredit kepada Bahagian Kerjaya PPISB, klik sini.
Berikut merupakan jadual Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011. Pelajar-pelajar lepasan SPM 2010, khusunya pelajar dari SMK Jengka Pusat 2, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang bolehlah mengambil kesempatan mengunjungi tapak karnival ya.
Samaada anda dari Tingkatan 5 Sastera 1, 5 Sastera 2, 5 Sains, 5 Teknologi..
Di tempat kita ni, rodhong-rodhong bolehlah lihat pada Zon 7,
Zon 7
5 - 6 Mac 2011
Pahang Kuantan, Pahang
Semoga dengan mengunjungi KPTN yang diadakan, para pelajar dan rodhong-rodhong akan memperolehi maklumat kerjaya dengan lebih lanjut..
JADUAL PELAKSANAAN
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA KALI KE-7
TAHUN 2011
ZON TARIKH NEGERI LOKASI
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA KALI KE-7
TAHUN 2011
ZON TARIKH NEGERI LOKASI
Zon 1
14 - 15 Januari,2011
Terengganu Trade Centre
Kuala Terengganu
(Majlis Pelancaran)
Zon 2
22 - 23 Januari 2011
Melaka / Negeri
Sembilan MITC, Melaka
Zon 3
29 - 30 Jan 2011
P. Pinang
PISA,
Pulau Pinang
Zon 4
12 -13 Feb 2011
Kelantan Kota Bharu, Kelantan
Zon 5
19 -20 Feb 2011
Kedah / Perlis Dewan 2020, Perlis
Zon 6
26 - 27 Feb 2011
Sabah Kota Kinabalu, Sabah
Zon 7
5 - 6 Mac 2011
Pahang Kuantan, Pahang
Zon 8
12 - 13 Mac 2011
PERSADA Johor,Johor Bahru
Zon 9
19 – 20 Mac 2011 Sarawak Kuching, Sarawak
Zon 10
26 - 27 Mac 2011 Perak Ipoh / Taiping, Perak
Zon 11
2 - 3 April 2011
W.P. Kuala Lumpur,
WP Putrajaya,
Selangor
MAEPS, Serdang /
Putrajaya
(Majlis Penutup)
Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U!
By Cikgu Ma Tuesday, January 05, 2010
akademik, Bidang Perkhidmatan UBK, Jom Masuk U, kaunseling kerjaya, kerjaya, Pameran Pendidikan, selepas SPM 6 comments
Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) – ‘JOM MASUK U’ TAHUN 2010 merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak Tahun 2005 berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mulai tahun 2010 KPTN akan menjadi “signature programme” Kementerian Pengajian Tinggi.
Jom ramai-ramai ke Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN); Jom Masuk U. Khususnya kepada remaja lepasan SPM atau sijil atau diploma dan sesiapa yang berminat hendak melanjutkan pengajian ke IPTA, ambillah peluang program outreach seumpama ini. Bertemu dan bertanya sendiri dengan wakil-wakil IPTA seluruh Malaysia; apakah syarat,kriteria dan juga mungkin ingin tahu suasana pembelajaran di kampus impian masing-masing.
Peringkat Zon 1; Majlis pelancarannya di Persada JB.
Eh tak nak pergi? Rasa tak layak nak masuk U sebab rasa tak confident SPM dapat cemerlang? Manalah tahu kan...di tengah-tengah rasa tak layak nak masuk U..anda rupanya layak ke IPTA?
atau rezeki anda... mungkin tidak selaju dan sepantas orang lain, tetapi bermula tangga demi tangga untuk mendapat segulung ijazah...takpe.sesetengah orang rezekinya selaju nak naik lif,sesetengahnya pula kena naik tangga. Ops saya dah mula menceceh ni...
Yang penting...pengalaman yang dikutip sepanjang menuju kejayaan adalah butiran mutiara hikmah yang tak ternilai harganya...kerna apa yang dialalui kini adalah latihan hari esok. Yang penting, Yakinlah Allah bersama anda jika anda telah buat semua perintahNya dan jauhi laranganNya.
Ok,jom ke Karnival Pengajian Tinggi Negara. ‘JOM MASUK U’ TAHUN 2010
JOM MASUK U
By Cikgu Ma Tuesday, January 05, 2010
Bidang Perkhidmatan UBK, Halatuju, Jom Masuk U, kaunseling kerjaya, kerjaya, Pameran Pendidikan, selepas SPM, selepas STPM No comments

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2010
JOM MASUK U
TUJUAN
Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2009 adalah Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran MALAYSIA. "JOM MASUK U" merupakan program tahunan KPT dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2005. Program ini diteruskan pada tahun 2009 untuk tahun ke 5 pelaksanaan berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
KPT telah menggunakan tagline ‘’JOM MASUK U’’ bagi memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.
- Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.
- Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online) .
- Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum
- Menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA.
- Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2009/2010.
Sasaran kehadiran pengunjung ke pameran pendidikan ialah 100,000 yang terdiri daripada :
- Pelajar SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/STAM sedang belajar
- Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain
- Guru,kaunselor, ibu bapa, masyarakat setempat.
- Forum Hala Tuju Lepasan SPM/STPM ke IPTA (Kaunselor terpilih).
- Ceramah dan forum yang interaktif dan berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian /Agensi KPT/KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi.
- Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN), “JOM MASUK U’’ oleh IPTA, Agensi/Institusi, Bahagian di bawah Kementerian Pengajian Tinggi / Kementerian Pelajaran Malaysia / Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan IPTS serta lain – lain institusi yang menawarkan peluang Pendidikan Tinggi.
- Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung.
- Penyediaan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; dan Khidmat Kaunseling.
Program ini akan disertai bersama oleh 20 IPTA, Bahagian/Agensi di KPT seperti BPKP JPT, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), PTPTN, MQA, IPTS serta Agensi/Bahagian di KPM seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Kaunselor Negeri, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta lain-lain agensi yang terlibat dengan pendidikan tinggi.
- Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah dalam forum.
- Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi KPM/Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Asasi UiTM dan Politeknik akan menentukan senarai kaunselor terpilih termasuk kaunselor dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, Wakil Majlis Kaunseling Sekolah Rendah serta Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berdasarkan formula yang ditetapkan oleh BPKP Jabatan Pengajian Tinggi.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .




























