Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Jodoh. Show all posts

Mari Bina Anggun dan Unggul Dalam Diri

Mari Bina Anggun dan Unggul Dalam Diri



Soalan

Masalah biasa bagi seorang wanita Dr., takut dengan hari muka. Sekuat manapun seorang wanita itu apabila usianya meningkat melebihi 30-an dia akan berasa takut. Macam-macam jenis takut. 

Apa akan jadi jika terus begini hingga tua. Kalau berharta pada siapa hendak diwasiatkan kalau ketika itu ibu ayah telah meninggal dunia. Macam-macam lagi.

Mereka yang mengatakan tidak pernah risau soal ini adalah berbohong. Sebagai insan biasa yang dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana Melayu, hal ini cukup menghantu. Balik kampung seolah-olah semua orang berbisik-bisik.

 Dalam majlis-majlis selalu jadi bahan usikan. Bohong kalau semuanya itu tidak meninggalkan bekas.

Saya ingin jadi unggul dan terus anggun. Bagaimanakah caranya Dr.? Saya tahu saya tidak akan mampu menghentikan semuanya itu. Bolehkah Dr. berikan sesuatu untuk saya fikirkan dan laksanakan?




Tips Mengekalkan Ikatan Perkahwinan Jarak Jauh

Tips Mengekalkan Ikatan Perkahwinan Jarak Jauh



Tips Mengekalkan Ikatan Perkahwinan Jarak Jauh



Kalau percintaan jarak-jauh tu memang biasa la kan kita dengar. Tetapi, tahukah anda, hubungan perkahwinan jarak-jauh pun ada juga berlaku. 

 Pepatah ada mengatakan, "Sayangkan Isteri Tinggal-tinggalkan, sayangkan anak, tangan-tangankan", menjadi senda gurauan bagi pasangan suami isteri. 

 Bagaimanapun, sejauh manakah kebenarannya, terutama bagi pasangan suami isteri yang terpaksa melalui PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)? Mungkinkah akan menjadi "Pasangan Pi Jauh-jauh?"

Perkahwinan jarak jauh jarang berlaku atas kehendak pasangan yang berumahtangga. Perkara ini boleh terjadi samada suami atau isteri yang bekerja di berlainan negeri. Ataupun ada juga sesetengah kes di mana isteri bekerja di Malaysia tetapi suami sedang masih meneruskan pelajaran di luar negara. Ataupun yang disebaliknya.

 Lazimnya ia berpunca daripada komitmen kepada kerja seperti doktor, jururawat, jurutera carigali, guru malah mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kita perlu ingat, manusia dikurniakan oleh Allah kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran hatta dalam situasi yang paling sukar. 

Bagi pasangan suami isteri yang terpaksa melalui perkahwinan jarak jauh atau pertemuan hujung minggu atau apa sahaja berkaitan perkahwinan jarak jauh ini, kesetiaan dan kecekalan berbekalkan keimanan adalah tunjang utama mempertahankan kebahagiaan rumahtangga.

Justeru, kemampuan seorang suami dan isteri menyesuaikan diri dengan jarak yang memisahkan mereka, tidak harus menjadi satu-satunya penentu kepada baik atau tidaknya PJJ itu.



Perkahwinan di dalam Islam itu sendiri ada tujuan.


Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterang an (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Room 30: 21]
Rumahtangga adalah tempat manusia mengecap damai. Sakinah dikurniakan Allah apabila seorang suami berada di sisi isteri, dan demikian juga sebaliknya.

Isteri mempunyai hak ke atas suami. Suami mempunyai hak ke atas isteri.

Anak-anak, mudah-mudahan dikurniakan rezeki beroleh anak, juga ada hak ke atas ibu dan bapa.


Kesempurnaan fizikal, mental, emosional, spiritual, memerlukan didikan dengan kombinasi ayah dan ibu.


 Andai berpisah nyawa, atau talaq sudah membataskannya, tiadalah banyak yang boleh dikata. Namun dengan sengaja membiarkan jarak memisahkan suami dan isteri ketika pilihan yang lebih baik itu ada, falaa yalumanna illa nafsah, yakni janganlah disalahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri!

Berusahalah untuk segera kembali bersama.


Walau apa pun jua situasi pasangan suami isteri itu, yang penting menjadi teras perkahwinan itu adalah kasih sayang yang suci, kepercayaan dan komitmen yang tinggi terhadap ikatan perkahwinan yang dibina. 



Kamu Menyintainya Dalam Diam

Kamu Menyintainya Dalam Diam

 



Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui..
Saat sececah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta..
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba..
Mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..



Cinta itu indah jika ALLAH menjadi matlamat utama..

Sesungguhnya ALLAH tidak memberi kita hak 

melainkan untuk menyayangi sesama kita..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan. 


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk


“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216)

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat sececah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.

Usah Kecewa, Cinta Tak berbalas

 Buat Insan yang Sedang Kecewa Cinta


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. 

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.

Sesungguhnya saya menulis dengan penuh kasih sayang kepadamu sebagai seorang guru kepada anak muridnya, sebagai seorang saudara seagama. Bicara cinta, kali ini ingin saya nukilkan di ruang maya ini. Adakah ini bermakna saya menggalakkan anak murid saya bercinta? 

Tidak, saya tidak menggalakkan anak murid saya bercinta ketika di alam persekolahan. Cuma, artikel ini dicatat di sini sebagai renungan bersama bagi insan yang telah dikeciwakan oleh cinta manusia.

Cinta dan manusia, ibarat lagu dan irama, tiada irama, pincanglah kehidupan ini.
Cinta dan insan, ibarat ombak dan pantai.

Wahai Anak muridku,

Ketika bicara cinta menusuk ruang kalbumu, ketika itulah, dirimu perlu berhati-hati. Berhatilah-hatilah dalam membezakan mana satu cinta nafsu, mana satu cinta sejati.

Wahai anak muridku, cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah.

Biarkan cinta Berkata Tidak, sila klik sini. (entry pada August 5, 2010)
Usah Menangis, Ia Bukan Milikmu, sila klik sini , (entry pada  July 25, 2010)

Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. 

Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah.

Apakah Cinta Itu Buta? Tidak, cinta itu tidak buta. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. 

Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.


Wahai anak muridku,

Hati meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. 

Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. 

Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa cinta seseorang yang lain kepada kita. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? 

Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai anak muridku,

Usah sekali membuat tindakan yang tidak bijak seperti membunuh diri, mengambil najis dadah, terlibat dengan gejala seks bebas dan lain-lain perbuatan yang boleh membawa anda ke lembah kehancuran. 

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. 

Peliharalah dirimu, sebaik mungkin, serapat mungkin. Selimutilah dirimu dengan tabir iman dan taqwa kepada Allah. Untuk menjadi seumpama mutiara, lihat sahaja,  tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA


Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki.

Boleh jadi kita cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagi kita dan begitu juga sebaliknya. 

Pada setiap persimpangan kehidupanmu, pada setiap kesulitan yang kau tanggung, pada setiap ranjau yang kau pijak, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Kalau begitu tanggapanmu, silap, sayang.

Bahkan Allah SWT sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Marilah kita sama-sama berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Oleh itu, rawatlah hatimu yang kecewa dan luka dengan selalu bersolat, berdoa dan mendampingi orang-orang yang sentiasa mengingatkan anda kepada kebaikan dan kebenaran.





Wahai anak muridku yang kecewa,

Hadapilah kekecewaan dan retak hatimu dengan Sabarlah, Solatlah dan sentiasa siap sedia menghapi pelbagai kemungkinan kehidupan ini...

Rimas Jodoh Lewat

Rimas jodoh lewat 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel perkongsian kaunseling ini dipetik daripada akhbar Berita Harian pada Ogos 2009 yang lalu, ruangan Bersama Dr Rubiah K Hamzah.

Kita ikuti pandangan Dr Rubiah dalam membantu klien beliau: 

Rimas jodoh lewat

Wanita pendiam bahan sindiran ramai hanya kerana belum kahwin

SOALAN

Saya sememangnya seorang yang amat susah untuk meluahkan segala masalah atau isi hati kepada sesiapa pun sehinggakan ada yang menuduh saya ego. Apapun masalah yang saya hadapi, saya hanya mampu menangis sendirian (ini akan melegakan saya) dan berdoa ketika bersolat.


Namun setiap kali membaca tulisan Puan, saya seperti berbicara dengan seorang ibu atau seorang yang cukup jujur. Inilah kali pertama saya bercerita dengan orang luar. Sebenarnya saya penat, letih, kecewa dipersendakan oleh orang sekeliling lantaran sikap pendiam saya yang dituduh punca belum bertemu jodoh

Mereka mungkin menganggap saya pelik kerana belum berkahwin biarpun sudah berusia 30-an, memegang jawatan yang agak baik dan pendapatan pula memuaskan.

Saya keseorangan, tak pandai bercakap dan tak pandai mengerling sana sini menyebabkan saya terpaksa menjadi sasaran sindiran dan bahan gurauan, khususnya yang membabitkan soal jodoh


Di depan mereka saya hanya mampu tersenyum tetapi di dalam hati ini, hanya Tuhan saja yang tahu betapa malunya. Saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan supaya diberi kekuatan dan segera dipertemukan jodoh yang baik

Andai kata tiada jodoh untuk saya di dunia, saya reda menerimanya tetapi berilah saya sedikit nasihat supaya saya dapat terus bertahan dengan ‘gurauan’ sekeliling. Sesungguhnya saya sentiasa bersabar tetapi kadangkala terbabas juga tembok kesabaran saya.

Rina



JAWAPAN kepada Rimas jodoh lewat

Rina yang sedang meratah rasa malu pada ejekan. Membaca luahan hati anda, Umi terbayang betapa pendiamnya anda dan betapa berat dan saratnya simpanan perasaan yang tersembunyi dalam peti perasaan anda berhubung masalah ini. 


Syukur dan mujurlah anda sudah mahu dan cuba berubah hingga membuahkan kejayaan hasilnya biarpun bagi Umi, masalah ini tidak harus bertakhta terus dalam diri anda.

Apa yang selama ini anda alami ialah ketidakmampuan untuk membina hubungan baik dengan orang di keliling anda disebabkan bakat dan kemahiran itu tidak dicungkil sedari awal pendidikan baik di rumah iaitu dalam keluarga dan tidak juga disuburkan di sekolah hinggalah ke tempat kerja.  


Bakat dan keupayaan dalam bercakap, bergurau dan berinteraksi dengan orang di sekeliling adalah modal terpenting bagi kejayaan hidup. Malah ladang paling berharga yang perlu dimiliki oleh orang yang berjaya ialah berkomunikasi.

Kemahiran ini amat penting bagi semua tetapi peluang bakat tidak dicungkil menjadi keterampilan, tidak ada bagi anda. Maka terbawa-bawalah sikap pendiam itu hinggalah sekarang. Berdasarkan kelemahan yang anda ada, janganlah berlengah lagi untuk mencari buku panduan berkomunikasi yang banyak di pasaran. 



Langkah seterusnya, carilah mentor yang mudah anda jiwai dan selami penampilannya atas dasar dia dekat dengan hidup anda. 

Berikutnya dan paling penting, jangan bimbang dengan cacian orang lain. Daripada bersedih lebih baik jadikan ia sebagai lagu merdu yang melalui telinga anda dan ucapkan terima kasih pada yang menegur.

Ini kerana anda tidak wajar bersedih atas sesuatu yang anda sendiri tidak mampu menahan kerana di luar kawalan anda. 


Sedarlah bahawa kebahagiaan anda akan semakin bertambah, berkembang dan berakar sekiranya mampu mengabaikan perkara yang remeh temeh dan tidak berfaedah itu.

Ini kerana orang yang bercita-cita tinggi tidak akan bersedih atas hal-hal dunia yang tidak dapat dicapainya kerana dia lebih mengutamakan akhirat yang jauh lebih berharga. 


 Ini seperti mana nasihat ulama “bawalah cita-citamu itu ke satu arah saja iaitu bertemu dengan Allah SWT , bahagia di akhirat dan damai disisi-Nya.

Sikap ini akan dapat dibina sekiranya anda mampu menjadi orang yang dipesan Allah dalam QS Ali-Imran:134: 


“Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.” 

Ia turut dijelaskan juga dalam QS Al-A’raf : 199 yang berpesan “Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.”

Selain itu cuba renungkan betapa banyaknya nikmat dan kurniaan Allah SWT yang ada pada anda. Lebih baik bersyukur kepada-Nya atas semua itu dan sedarilah bahawa anda benar-benar sudah disaluti dengan semua nikmat di sepanjang kehidupan anda. 


Oleh itu sedarlah bahawa Allah SWT sudah menyempurnakan untukmu nikmat-Nya, baik zahir dan batin (QS Luqman :20).

Jika anda meyakini janji Allah SWT ini, pasti anda tidak akan berduka cita dengan apa saja yang anda lalui dalam hidup ini.  


Oleh itu terus membangunkan diri dengan kemahiran, menghadiri kursus mengurus diri yang betul dan latihlah diri untuk menghargai diri sendiri sebelum menghargai orang lain. 

Hakikatnya, ada banyak nikmat yang kini terus mengalir baik nikmat kehidupan, nikmat kesihatan, nikmat pendengaran, nikmat penglihatan, nikmat tangan dan kaki, nikmat air dan udara, nikmat makanan dan yang paling berharga adalah nikmat hidayah Rabbaniah iaitu agama Islam. 

Orang Islam tidak layak berduka cita kerana Allah SWT sangat dekat dengannya lebih dekat dari urat lehernya sendiri...teruslah mengharung hidup yang pendek ini dengan penuh kesyukuran.


Surat Cinta Muhasabah Cinta Suami Isteri

 Surat Cinta Muhasabah Cinta Suami Isteri







Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah. Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang. Demikan kata pendita.

Benar, cinta yang lama (setelah usia perkahwinan meningkat) hanya akan bergetar semula bila berpisah.

Perpisahan yang sekali-sekala akan menyuburkan percintaan. Tetapi jangan terlalu lama, justeru jika terlalu lama ia mengundang bahaya kerana ia boleh mengundang fitnah dan mampu menghakis setia.

Untuk anda saudara ku, mari seketika ku ajak kembara bersama sepucuk surat cinta ini…(jom kita hayati warkah cinta seorang suami kepada isterinya)

Ke ribaan isteriku sayang,

Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.

 
Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.


Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.


Sayangku,
Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.


Ya Allah…
Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.


“Ya Rahim…
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”


“Ya Rahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”


“Ya Rabbi…
Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”


Sayang,
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkan masih bertemu.


Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. 


Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.


Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.


Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.


Sayang… 

bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.

Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.


Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!


Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.


Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:
    “Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”


Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.


Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.


Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian i
tu!kehebatan seseorang itu sering diukur oleh 'kebesaran' ujian yang dihadapinya. semakin besar ujian, semakin besarlah kehebatan seseorang.

Maka begitulah dengan cinta kita, semakin diuji, maka semakin kukuh. InsyaAllah,amin

Saya nukilkan di sini tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi klik sini  Terkenang detik PJJ...tanpa satu alat perhubungan telekomunikasi demi khidmat bakti kepada anak bangsa. Hanya air mata yang mengalir dan doa syahdu kepada Ilahi saat  kerinduan pada suami dan keluarga bertamu.Berdoa agar Allah menukarkan kerinduan kepada suami dan ibubapa kepada rindu pada Allah...



Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .