Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Haluan Kerja Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Haluan Kerja Pendidikan. Show all posts

Peluang Belajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI 2017

Peluang Belajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI 2017

PELUANG KEEMASAN. 
👶👶👶👶👶👶👶👶👶
Diploma Pendidikan awal kanak-kanak..❤️❤️❤️❤️❤️

Peluang keemasan bagi lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran di UPSI dalam bidang diploma pendidikan awal kanak2. Belajar hanya 2 tahun terus dapat diploma dan diiktiraf oleh MQA. Pembelajaran pula 30% bersemuka dan 70% atas talian.
Syarat2 kemasukan:
Mendapat 5 kredit dalam SPM dan wajib kredit BAHASA MELAYU,  BAHASA INGGERIS dan MATEMATIK. Kemasukan bulan Jun ini. 

Bagi yang berminat silakan menghubungi Dr. Anas di talian 010-9837752

Tip Temuduga Ke IPG

Tip Temuduga Ke IPG



🌷TIPS TEMUDUGA KEMASUKAN KE IPG🌷

===

🌹Temuduga dilakukan secara berkumpulan. 

🌹(Round pertama)
Perkenalkan diri sendiri seorang demi seorang.

🌹(Round kedua)
Satu tayangan video pendek dipertontonkan. Video-video itu ada nilai-nilai murni yang baik untuk diteladani. 

🌹Calon diminta diminta bercakap tentang nilai-nilai yang diperolehi. 

🌹Calon terbuka untuk bercakap tanpa giliran. Sesiapa pun boleh bercakap dan berhujah. 

🌹Cara bercakap dan mengeluarkan idea akan diperhatikan oleh panel. 

🌹Boleh juga bersetuju dan tidak bersetuju dgn pandangan calon lain. 

🌹Gaya penampilan, tertib berhujah, kepetahan, kebernasan idea menjadi penyumbang markah. 

🌹Asasnya mesti bercakap dan berhujah. Jangan diam2 saja tunggu dipanggil.

😊SEMOGA BERMANFAAT & MEMBANTU😊

🌷Jom layari http://cgkaunseling.blogspot.my/?m=0

🌷#kaunselingkerjaya
🌷#halatuju
🌷#selepasspm
🌷#unitbimbingankaunselingsmkserimahkota

🌷#kerjayakaunseling

Boleh baca pengalaman blogger ditemuduga IPG 

Klik di sini http://anis-diyana.blogspot.my/2015/04/pengalaman-temuduga-ipg-calon-guru.html?m=1





Tip Temuduga Ujian Kecergasan Calon Guru IPG KPM 2017

Tip Temuduga Ujian Kecergasan Calon Guru IPG KPM 2017  


Assalamualaikum dan selamat pagi. Tahniah kepada yang berjaya ke temuduga pemilihan ke IPG.

Saya dapat maklumat ini daripada group telegram.

 Mungkin berguna untuk calon temuduga IPG. Berikut adalah ujian kecergasan  yang akan ditempuhi dalam pemilihan ke Institut Pendidikan Guru KPM.

UJIAN BERTULIS

Masa selama 45 minit. Jika calon lewat ketika ujian bertulis dijalankan, masa tambahan tiada. Walaupun lewat untuk 20 minit sekalipun. UKCG bermula pada waku pagi, jadi semua calon haruslah bersedia!

 Ujian Bertulis ada 2 bahagian. UKCG ada satu sahaja aspek yang disoal,  INSAK merupakan ujian psikologi (seperti ujian kaunseling)

Bahagian 1:

Ada 135 soalan. Masa selama 30 minit. Ada dua pilihan jawapan. Sama ada YA/TIDAK, WAJAR/TIDAK WAJAR atau pilihan jawapan. 

Mindset harus seperti seorang guru.
Contoh:

 Definisi amanah seorang guru ialah:

A. Tidak curi tulang semasa bekerja
B. Mengajar mengikut waku yang ditetapkan

p/s: Calon mesti menjawab secepat mungkin. Soalan boleh guna logik akal.

 Jawab dengan berhati-hati dan tidak perlu semak. Jangan tinggal soalan. Masa yang dicadangkan 10 soalan selama  1 minit. Jaga masa.

Bahagian 2:

Ada 60 soalan. Masa selama 15 minit. Ada empat pilihan jawapan. Antara Sangat Tidak Setuju(STS), Tidak Setuju (TS), Setuju(S), Sangat setuju (SS)

Cnth: Anda seorang yang suka menangguhkan kerja.

A. Sangat setuju (SS)
B. Setuju(S)
C. Tidak Setuju (TS)
D. Tidak Setuju(STS)

p/s: Calon mesti menjawab secepat mungkin. Kebanyakan soalan berkaitan diri dan tiada jawapan yang tepat. 

Jawab dengan berhati-hati dan tidak perlu semak. Jangan tinggal soalan. Cuba hadkan masa untuk 10 soalan selama  1 minit. Jaga masa.

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Terdapat 5 aspek :

BMI, Bangun Tubi 5 Variasi, Tekan tubi Nonstop, Jangkauan Melunjur, Bleep test.

Check Point Pertama (1)
Ukuran berat badan dan tinggi (BMI). BMI bagi yang normal (20.7-26.4) full marks.
Berat ÷ (Tinggi x Tinggi) —--- kg/m²

Check Point Kedua (2):

Bangun Tubi Variasi 5 jenis. Setiap satu variasi sekali sahaja. Selepas berjaya boleh proceed yang seterusnya. 

Ada 3 percubaan. Kalau gagal kesemua percubaan sampai situ sahaja markah dikira. Kalau lulus untuk kelima-lima variasi, full marks. 

Ujian ini agak mencabar terutama pada variasi ke-4 dan ke-5;

1. Tangan sentuh lutut
2. Siku sentuh lutut
3. Tangan pada dada then up
4. Tangan belakang kepala then up
5. Tangan sentuh skapula then up


Check Point Ketiga (3):

Tekan tubi tanpa henti. Full marks bagi lelaki (40 kali) dan perempuan (30 kali).

Cuba sedaya upaya. Masa tiada tapi non stop. Teknik tekan tubi mesti betul. 

Kalau salah, tidak dikira.
Disini ada nak kongsikan tips;

-  Lakukan secara cepat dan sistematik
-  Pastikan kena pada span yang disediakan


Check point Keempat (4):

Jangkauan melunjur. Full marks bagi lelaki (47 dan ke atas) dan perempuan (44 dan ke atas) 

*kalau tak silap* 
Diberi peluang sebanyak 4 kali. Markah dikira pada tolakan yang keempat.

Check point Kelima (5):

 *killer test*

Bleep test. Lari 20m. Secara berterusan. Kelajuan akan meningkat untuk setiap level. 

Lulus mandatori lelaki (Level 4-1), full marks (Level 7-6) dan lulus mandatori perempuan (Level 3-1), full marks (Level 6-1), kalau tak silap. 

Tiada rehat. Kalau tidak berjaya sampai garisan sebelum beep!! dia angkat bendera kuning. 

Sekiranya 2 kali BERTURUT-TURUT gagal, dia angkat kad merah – tanda tidak boleh meneruskan. Kuatkan semangat sebab check point ini palingggg memenatkan dan mencabar.

 Jangan paksa diri, takut pitam.

Level 1➡(7 kali ulang alik)
Level 2➡(8 kali ulang alik)
Level 3➡(8 kali ulang alik)
Level 4➡(9 kali ulang alik)
Level 5➡( 9 kali ulang alik)
Level 6➡(10 kali ulang alik)
Level 7➡(10 kali ulang alik)

Panduan UKF ini merupakan ujian yang dijalankan pada hari ini--10 April, iaitu hari pertama sesi UKCG 2016 dijalankan. 

Mungkin UKF ini sama untuk semua tempat dan hari seterusya dan mungkin juga berbeza. Apa apa pun, all the best untuk semua calon. Strive for the best. Pastikan target highest mark tau. Yakin pada diri.

p/s: Bagi perempuan, elakkan berpakaian ketat atau betul-betul muat badan sebab UKF yang dijalankan agak lasak yang boleh menampakkan bentuk badan. 

Bawa botol air mineral dan alat tulis.





PERMOHONAN UPU DILANJUTKAN SEHINGGA 6 APRIL 2017

PERMOHONAN UPU DILANJUTKAN SEHINGGA 6 APRIL 2017


SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEDSI BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEDSI BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN



Semakanmenduduki ujian MEdSI bagi program pendidikan akan dibuka pada 18 Mei 2016 (Rabu) selepas jam 12.00 tengah hari. Tarikh dan masa semakan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. 
BUKA

Permohonan ke UM 2016 Untuk Lepasan Matrikulasi KPM, STPM, STAM, ASASI Dan Setaraf

Permohonan ke UM 2016 Untuk Lepasan Matrikulasi STPM STAM ASASI Dan setaraf



Salam dan Selamat sejahtera.  Tuan/ Puan, mohon jasa baik untuk memaklumkan kepada pelajar-pelajar tuan/puan,(LEPASAN MATRIKULASI, STPM,STAM,ASASI DAN SETARAF) permohonan terus kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya ambilan September 2016 telah dibuka sehingga 5 April 2016.

Sejumlah 97 program ditawarkan untuk Aliran Sains / Teknikal dan Perakaunan.  Portal Permohonan http://myum-id.um.edu.my . Terima kasih

Review Buku Haluan Kerja Pendidikan

Review Buku Haluan Kerja Pendidikan 
- Merealisasikan Agenda Transformasi Negara

BukHaluan Kerja Pendidikan - Merealisasikan Agenda Transformasi Negara.


Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.


Buku Haluan Kerja Pendidikan secara keseluruhannya bukanlah catatan impian atau sekadar tulisan retorik Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Sebaliknya Haluan Kerja Pendidikan mengemukakan kerangka tindakan responsif terhadap fenomena baharu sejagat, acuan untuk menempa juara perubahan, resepi bekerja aras cemerlang, program untuk menterjemah agenda ‘rakyat didahulukan’, dan inovasi pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan agenda ‘pencapaian diutamakan’.

Kali ini saya cuma ingin berkongsi link buku Haluan Kerja Pendidikan yang boleh download secara percuma untuk bacaan guru seluruh Malaysia.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .