Valentines Day Jom Remaja Muslim Usah Sambut
Menerima dan mengamalkan Islam sebagai Ad-Diin, iaitu sebagai cara hidup adalah perlu dilaksanakan oIeh seluruh umat Islam, demi membuktikan ketulusan dan keyakinan kita kepada ajaran suci yang dibawa oIeh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
Marilah kita hayati betapa Sayang Cinta dan rindu Nabi Muhammad SAW kepada kita, Umat Nabi Muhammad SAW yang hidup di akhir zaman sangat mendalam, saudaraku. Sila klik di artikel ini http://www.cikgukaunseling.com/2013/01/salam-maulidur-rasul-rindu-dan-cinta.html
Hari Kekasih juga digelar sebagai: “Valentine 's Day” yang disambut pada 14 Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain.
Ia disambut dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan
berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang
mereka. Jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.
Kasih sayang keluarga perlu diperkukuhkan. Ibubapa memberi perhatian pendidikan agama dan perkembangan sosio emosi remaja,
keluarga harmoni, asas masyarakat sejahtera, negara sentosa.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan lagi, di dalam Islam tidak ada hari
tertentu untuk meraikan kekasih ataupun kasih sayang. Islam merupakan
agama yang menitikberatkan kasih sayang, dan SETIAP DI DALAM ISLAM ADALAH HARI KASIH SAYANG.
Akhbar Berita Harian, bertarikh 9 Februari 2013 melaporkan JAIS Nasihat Remaja Islam Tidak Rai Hari Kekasih. Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, seperti yang telah dilaporkan oleh Akhbar Berita Harian, bertarikh 14 Februari 2012, pula telah berkata masyarakat Islam negara ini perlu mematuhi dan menghormati fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat daripada mufti yang melarang mereka membabitkan diri dalam sambutan perayaan itu.
Imam Muda nasihat lupakan Hari Kekasih sebagaimana yang telah dilaporkan Berita Harian 13/2/2011. Menurut Imam Muda Asyraf, Sambutan dorong kelakuan tak bermoral.
Berikut adalah
sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih 14 Februari :
1-
Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis
untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis
seumpamanya.
2-
Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada
kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap
yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3-
Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan
menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap
mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4-
Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari
tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka
menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada
sesiapa yang mereka cintai.
5-
Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa
sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day)
sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
INFO: Majlis Fatwa Kebangsaan
Sebarang cara sambutan Hari Kekasih termasuk hanya bertujuan untuk 'suka-suka' seperti memberi hadiah dan bunga kepada pasangan wajar dielakkan masyarakat Islam kerana perbuatan itu meniru budaya penganut agama lain yang menyambut hari berkenaan









































