Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Kerjaya Penerbangan. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya Penerbangan. Show all posts

PROGRAM SARJANA MUDA PENERBANGAN UPNM

PROGRAM SARJANA MUDA PENERBANGAN UPNM





PROGRAM SARJANA MUDA PENERBANGAN UPNM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bagi anak-anak yang minat jadi tentera,betterlah mohon program UPNM ye.

Untuk  lepasan SPM yang cemerlang, berhasrat untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara, memenuhi syarat-syarat, dan tidak mahu pinjam PTPTN malah mendapat elaun dan lain-lain tanpa menyusahkan ibu bapa.

ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia. 

Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian. 

🎯 Untuk program di atas, jika anda berminat, sila pilih asasi kejuruteraan di UPNM. Selepas asasi baru buleh sambung sarjana penerbangan di TUDM  Kepala Batas, Kedah.

🎓KAlau pelajar masuk UPNM,PASTIKAN program yg dipilih adalah PILIHAN PERTAMA maasa  isi UPU.

🎓Dalam paper pon biasanya kalau iklan UPNM suruh letk pilihn pertama.

👨‍🎓Pelajar kita bacth SPM 2017,ambilan UPU tahun lepas Alhamdulillah ada juga wakil dari pelajar sekolah kita yang berjaya menempatkn diri di UPNM. Arau boleh.

🎓Sekarang dah sem 2....Dibayar gaji tau,pakaian uniform free belaka..

☺Gembira cikgu rasa😊walau melihat dari kejauhan. InshaAllah Alumni kita ni kata kalau dia cuti sem kena masanya,dia nak share pengalaman dia kat UPNM tu.


3 Program Asasi ditawarkan iaitu

1 - Asasi Perubatan
2 - Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi
3 - Asasi Pengurusan dan Strategi

Cara Memohon. Calon- calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui http://upu.moe.gov.my/web/ dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. 

Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

GAJI Pokok Pelajar Tajaan Kementerian Pertahanan:

Tahun Asas - RM1,103.96
Tahun 1 - RM1,228.96
Tahun 2 - RM1,353.96
Tahun 3 - RM1,478.96
Tahun 4 - RM1,603.96
Tahun 5 - RM1,620.00

Elaun Bulanan:
Elaun Khidmat Bulanan - RM115.00
Sara Hidup - RM150.00
Insentif Khas - RM200.00

Bonus Tahunan tertakluk kepada sokongan.

Kos Pengajian, Makan Minum, Penginapan, Buku, Pakaian, Latihan Ketenteraan adalah DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN.

Kongsi kan kepada rakan2 serta saudara mara lepasan SPM.

📢📢📢PERHATIAN kepada semua lepasan SPM 2018!! Selamat datang ke program ASASI UPNM. DESTINASI SETERUSNYA untuk menjadi PEMIMPIN MASA DEPAN!!! 👔

Realisasikan impian anda untuk menjadi peneraju industri atau agensi pertahanan dan keselamatan!!!!

Anda boleh memilih untuk menjadi PELAJAR AWAM atau Bakal Pegawai Kadet UPNM....

mengapa anda PERLU menjadi PEGAWAI KADET UPNM?

👌tajaan sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan Malaysia
👍elaun bulanan (tahun asasi)
👍gaji bulanan (tahun ijazah sarjana muda)
💪kehidupan ketenteraan yang menarik
👔uniform lengkap disediakan
🍞makanan percuma
👤berkhidmat sebagai Leftenan Muda dalam Angkatan Tentera Malaysia setelah bergraduat

🏢 Syarat Universiti:
- Warganegara Malaysia
- minima 5 KEPUJIAN termasuk subjek Bahasa Malaysia & LULUS subjek sejarah.

🆕 untuk makluman kemasukan pelajar bagi program Asasi adalah terdiri dari :
   a)  Bakal Pegawai Kadet (BPK)
   b)  Pelajar Awam

🆕 bagi kemasukan pelajar lepasan spm untuk program Diploma ialah Pelajar Awam ....

Program Asasi :
 a)  Asasi Perubatan
 b)  Asasi Kejuteraan dan. Teknologi
 c)  Asasi Pengurusan dan Strategi

Diploma :
 a)  Diploma Pengurusan Logistik
 b)  Diploma Pengurusan Perniagaan
c)  Diploma Ketangkasan Pertahanan


Bagaimana MEMOHON?⁉️
👉 Melalui 🌐 http://upu.moe.gov.my/web/

Maklumat lanjut 👇
🌐 http://upnm.edu.my
      http://bpa. upnm. edu. my

📞0390513400 sambungan 4602


💌upnm.edu.my *******************************
"Saya amat selesa  mempelajari ilmu akademik dan ilmu ketenteraan di universiti yang mempunyai fasiliti terbaik serta budaya sukan yang hebat,  saya juga berminat untuk melanjutkan pelajaran di sini sehingga bergelar Profesor" - Mohd Faizal bin Hashim (Pelajar awam tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)
*******************************

👍ingin menjadi seperti FAIZAL??! 🙌

anda pelajar lepasan STPM dan Diploma?!

⚓UPNM menawarkan kursus bagi lepasan STPM/SETARAF:

(ZM00) Sarjana Muda Doktor Perubatan
(ZK01) Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
(ZK08) Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
(ZK25) Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi)
(ZK50) Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa)
(ZC20) Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas)
(ZC27) Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)
(ZG37) Sarjana Muda Teknologi Maritim
(ZG57) Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim
(ZP44) Sarjana Muda Pengajian Strategi
(ZP45) Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan
(ZP58) Sarjana Muda Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan
(ZB03) Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya)


✅PENTING: Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian di UPNM, jadikan program di UPNM sebagai pilihan no 1 dalam UPU yang diisi.

👏Mohon sekarang:http://upu.moe.gov.my/web/
👂Pertanyaan:
📞Bahagian Pengurusan Akademik UPNM
0390513400 samb.  3407/4602
💻www.upnm.edu.my
http://www.upnm.edu.my/upfiles/mm27_25_februari_2019_buku_syarat_2019_compressed.pdf

Ok anak-anak boleh baca entry saya sebelum ni tentang keistimewaan UPNM. 

🎓http://cgkaunseling.blogspot.com/2017/03/lepasan-spm-jom-mohon-pegawai-kadet.html?m=0

🎓http://cgkaunseling.blogspot.com/2017/02/halatuju-selepas-spm-jom-ke-upnm.html?m=0

🎓Info Kerjaya Unit Bimbingan Kaunseling SMK Arau🎓

Cara Memohon UniKL MIAT Universiti Kejuruteraan dan Pengurusan Penerbangan

Cara Memohon UniKL MIAT
Universiti Kejuruteraan dan Pengurusan Penerbangan

 

Pelajar UniKL MIAT tidak perlu bimbang dengan prospek kerjaya mereka.


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Terdapat para pelajar saya yang bertemu saya bertanyakan halatuju kerjaya penerbangan dan kejuruteraan penerbangan. 

UniKL MIAT sebagai salah sebuah IPT yang menyediakan latihan terbaik dalam bidang berkaitan, adalah antara institusi yang saya cadangkan kepada pelajar saya. 

UniKL MIAT  Menjadi institusi latihan penyelenggaraan pesawat pertama menerima pensijilan MTO daripada pihak DCA, UniKL MIAT menyatakan komitmennya untuk menyediakan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan industri penerbangan negara.

KAMPUS cawangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mengkhusus dalam teknologi penyelenggaraan pesawat, UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) memulakan tahun 2008 dengan penuh yakin apabila menerima pengiktirafan daripada Jabatan Penerbangan Awam (Department of Civil Aviation, (DCA)).


Di sini, saya muat naik beberapa artikel berkaitan UNIKL MIAT sebagai panduan saya dalam menjalankan tugas hakiki saya. Sekian, terima kasih.

 
Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Teknologi Penerbangan (UniKL MIAT) berhasrat untuk menjadi institusi latihan penerbangan utama yang pakar dalam teknologi penyelenggaraan pesawat selaras dengan keperluan yang semakin meningkat program pembangunan kebangsaan penerbangan seperti yang ditetapkan dalam pelan tindakan kerajaan.  

Dengan infrastruktur bertaraf dunia, kakitangan pengajaran yang terlatih dan mempunyai pelbagai kemahiran dan latihan komprehensif yang mematuhi standard teknikal dan keperluan industri, graduan akan dapat memenuhi permintaan pesawat penyelenggaraan semasa dan masa depan teknologi.

Diploma yang terdapat di MIAT, antaranya ialah :


Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Avionics)

Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Composites)
Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Manufacturing)
Diploma of Engineering Technology in Avionics Maintenance

Diploma of Engineering Technology in Helicopter Maintenance
Diploma of Engineering Technology in Aeroplane Maintenance


Program Ditawarkan di UniKL MIAT

Program Ijazah Sarjana Muda

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .