Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Pengalaman Pesakit. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Pesakit. Show all posts

Penggunaan Art Therapy (AT) Dalam Kaunseling

Penggunaan Art Therapy (AT) Dalam Kaunseling


Seringkali orang beranggapan Art Therapy ini hanya sesuai digunakan kepada klien yang trauma sahaja dan tidak sesuai digunakan kepada orang yang cerdik atau yang tiada trauma. Sebenarnya, tools art therapy ini boleh dipalikasikan kepada semua kelompok klien.

Apa itu Art Therapy?

Art Therapy (AT) merupakan satu seni persembahan untuk meluahkan perasaan dan jiwa untuk tujuan tertentu. Kadang-kadang verbal dan non verbal berbeza dengan apa yang diluahkan dalam diri. Contoh pertanyaan “apa kabar” dan client menjawab “khabar baik” tetapi terdapat perbezaan jawapan mulut dan pergerakan badan . 

Apa itu Art Therapy (AT)?. AT merupakan salah satu kaedah kaunseling pada masa kini. Walaubagaimana pun, pengetahuan yang luas sangat diperlukan untuk membantu client mengenali dan menyelesaikan masalah. Ada beberapa jenis AT iaitu: 

a)Lukisan (Drawing) 
b)Permainan (Play Therapy) 
c)Music Therapy 
d)Pshchodrama 
e)Photo Therapy 
f)Dance/Movement Therapy 
g)Bibliotherapy 
h)Expresive Art Therapy 



Apa yang kita hendak bagi tahu kepada klien kita?

Sebagai seorang kaunselor, jika menggunakan terapi seni atau art therapy di dalam sesi kaunseling. Kaunselor hanya menggunakan "art as a tool". Apa itu art as a tool? Art as a tool iaitu seni sebagai alat medium kepada klien dan kaunselor dalam proses kaunseling.



Jadi...Bagaimana prosesnya?

Prosesnya kaunselor hanya menggalakkan klien untuk menggunakan kaedah seni di dalam sesi kaunseling. Proses ini digunakan bagi menggalakkan klien untuk bercerita, memudahkan kaunselor untuk meneroka alam bawah sedar klien. Setiap klien yang datang adalah berbeza-beza masalah yang dihadapinya. 


Kadang-kadang klien yang datang juga tidak tahu akan punca sebenar isu sebenar dalam dirinya. Sebagai contoh, apabila klien melukiskan isu di atas kertas lukisan. Kaunselor meneroka klien berdasarkan lukisan yang dilaksanakan oleh klien. Lukisan sebagai panduan kepada klien untuk bercerita.

Terdapat dua jenis kaunseling 
a)Kaunseling Kelompok 
Trauma akibat mass traumatic yang besar seperti bencanan alam [tsunami, gempa bumi, banjir, tragedy 11 september, kemalnagan bas, kapal terbang], dimana ramai orang ramai terlibat 

b)Kaunseling Individu 
Trauma secara individu seperti kemalangan jalan raya, kebakaran, kehilangan anggota badan, penyakit serius, kehilangan pasangan/anggota keluarga atau orang tersayang, rogol, sumbang mahram dan sebagainya 

Oleh itu, pelbagai teknik kaunseling digunakan untuk meneroka perasaan, pemikiran dan tingkahlaku klien yang mengalami trauma. Sama ada trauma semasa atau trauma beban atau post taumatic stress disorder. Rawatan perlu dilakukan satu persatu demensi trauma yang dialami. Setiap demensi akan saling berkait (melalui alat ujian) 

Justeru itu, kaunselor harus mengetahui jenis-jenis lakaran (garis halus, tebal lorekan kasar, tidak sekata/sekata, zig zag, lurus, putus-putus, dot-dot dan sebagainya), binatang (binatang belaan, binatang ganas), pokok (pokok bunga, pokok menjalar, pokok liar/hutan, rumput), rumah, kenderaan, senjata, peralatan bertukang, barang-barang mainan dan objek persekitaran hidup signifikan dalam hidup client.



bersambung

Alhamdulillah Dapat 5A UPSR Walaupun ulang alik 500km ke hospital

Alhamdulillah Dapat 5A UPSR Walaupun ulang alik 500km ke hospital

AINEEN Sofea Azhari menunjukkan sijil penghargaan yang diterimanya selepas mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR di Shah Alam, Selangor

Sesungguhnya kehidupan sebagai manusia tidak lari dari pelbagai ujian. Samada ujian berbentuk kesenangan mahupun kesusahan dan kesedihan. Allah tidak menguji kita di luar kemampuan kita. Bagi individu/ anak-anak/ murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah bahkan yang baru tamat peperiksaan SPM, contohilah kejayaan Adik Aineen Sofea Azhari sebagai IKON anda.
 
Teruskanlah perjuangan untuk maju dalam kehidupan meskipun kesakitan adalah peneman yang setia. di sebalik kesakitan yang dideritai itu percayalah Allah nak anugerahkan rahmat buat kita cuma sebagai hambaNya perlulah bersabar selalu......
 
1) Bina Bahagia, Ujian tidak datang di luar kemampuan kita ,klik di sini. 
2) Link Orang Kurang Upaya, klik di sini
 

Pesakit Kanser Menghadapi Hakikat Kesakitan

Pesakit Kanser Menghadapi Hakikat Kesakitan

Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup walaupun setelah kita mati...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di dalam kehidupan ini, setiap insan akan diuji, samada dengan ujian kesenangan mahupun kesusahan. Saya telah menemui beberapa insan di dunia ini yang tabah dan cekal hati meskipun menghidap kanser.
 Kehidupan perlu diteruskan. Kematian adalah suatu kepastian, samada disebabkan dengan penyakit, kemalangan, kebuluran atau peperangan atau apa sahaja. Kerana kita makhluk ciptaan Tuhan, kita tetap akan mati. Cuma bagi mereka yang diuji dengan kesakitan samada kesakitan disebabkan kanser, dan lain-lain penyakit yang biasanya dikatakan tiada harapan untuk hidup lama, sekurang-kurangnya kita telah dapat bersedia untuk menghadapi kematian apabila doktor memberitahu tentang status kesihatan kita. InshaAllah, Allah datangkan ujian kepada kita hamba ciptaanNya sebab Allah sayangkan kita. Biasanya manusia bila diuji dengan kesusahan dia akan lebih ingatkan Tuhan....
Apapun yang berlaku, kehidupan perlu diteruskan. Selagi nyawa dikandung badan, teruskan berbakti buat insan sejagat, biar sekecil zarah, bila dibuat kerana Tuhan InshaAllah ada pahala di sisi Tuhan buat bekalan insan ke alam baqa'... 

Di bawah ini adalah artikel Kesihatan yang saya petik Daripada Akhbar Berita Minggu

Bisikan Maut Pesakit Kanser

Sukar terima hakikat, bayang kematian dorong pesakit kanser bunuh diri 

SDH Sekolah Dalam Hospital diperluas

SDH Sekolah Dalam Hospital diperluas










Asslamualaikum dan selamat sejahtera. Pengalaman berada di lantai wad memberi saya banyak pengajaran, pengalaman dan iktibar. Walau di mana berada, sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling, budaya ciri-ciri kaunselor bagai telah sebati dengan saya. Menjadi 'kaunselor tidak rasmi' kepada pesakit lain saling sharing is caring di lantai wad.

Melihat pelbagai gelagat masyarakat pesakit menghadapi dugaan kehidupan membuatkan saya perlu lebih bersyukur kepada nikmat Allah iaitu nikmat iman dan Islam, dua nikmat terbesar. 

Selain ketika berada di Wad Kelas 3, diri rasa perlu membantu orang lain yang lebuh memerlukan. Ketika berada di Kelas Wad 1,  rasa diri insaf melihat ada insan lain yang lebih hebat diuji Allah namun masih tersenyum. Bahkan mereka terus mendirikan solat dan membaca Al Quran meskipun mereka tiada upaya dek kesan kimoterapi yang dilalui dan lain-lain lagi.

Kepada anak-anak pelajar saya yang sedang diuji dengan masalah kesihatan (sila klik di sini)samada berpunca dari kemalangan motorsikal dan gangguan kesihatan, sila patuhi temujanji yang telah hospital berikan ya. 

Kepada anak-anak yang sedang dilanda dugaan masalah gangguan kesihatan samada disebabkan oleh masalah kesihatan dan akibat kemalangan, SEKOLAH DALAM HOSPITAL , sila klik di sini ya. 


Di Pahang, Sekolah Dalam Hospital dijalankan di HOSHAS, Temerloh. Dalam program ini, cikgu akan datang ke wad dan mengajar di  katil pesakit.
Banyak anak-anak yang terpaksa tinggal lama di hospital  memperolehi faedah. Sekurang-kyrangnya  anak-anak yang berada di wad ini tidaklah ketinggalan dalam silibus matapelajaran mereka di sekolah. 

Walaupun sakit, sesungguhnya kesakitan tidak mengahalang anak-anak ini belajar dan mereka seronok pembelajaran begini. Sebenarnya telah ramai individu yang menghidapi penyakit sejak kecil tetapi mereka berjaya dalam kehidupan mereka berkat izin Tuhan Yang Maha Kuasa, mereka berjuang mengatasi sakit mereka  selain berfikiran positif.

Sesungguhnya meskipun saya tidak terlibat dalam Program Sekolah Dalam Hospital Ini namun saya percaya program ini memberi sinar baru bagi anak-anak yang menjadikan hospital sebagai rumah kedua mereka untuk mereka mengharungi masa depan dengan lebih ceria dan cemerlang.

                                                                 INFO: SDH

* Penubuhan SDH hasil kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan YNY.
* Hanya empat subjek utama diajar di SDH iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
* Dua sesi persekolahan iaitu pagi (10 pagi - 12 tengah hari) dan petang (2 petang hingga 4 petang).
* Langkah pencegahan perlu diikuti khususnya pelajar yang berada di wad pengasingan.
* Semua kemudahan termasuk buku dan peralatan menulis disediakan secara percuma.
* Maklumat prestasi pelajar akan dirujuk kepada sekolah asal selepas pelajar tamat rawatan.
* Perkhidmatan pendidikan di sekolah dimulakan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia sejak era 30-an.

Untuk melihat foto aktiviti SDH, sila ke blog seorang Pediatik yang ramah. Jom zoom ke Blog beliau; http://fahzahida.blogspot.com/

Sekolah Dalam Hospital diperluas

PENGHIDAP BARAH RANGKUL ANUGERAH NAIB CANSELOR

PENGHIDAP BARAH RANGKUL ANUGERAH NAIB CANSELOR





6 BULAN TAMPUNG USUS DALAM BEG KHAS TAK HALANG ABD LATIF AHMAD BERJAYA MERAIH ANUGERAH NAIB CANSELOR UiTM. (Berita Minggu, Ahad, 12/05/2013)


Secara peribadi, penulis blog kagum dengan semangat kental pesakit barah ini. Ya pesakit barah tetap ada peluang untuk berjaya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya, kan?

(Artikel lain berkaitan kanser di blog ini boleh lihat artikel di sini)


Pengalaman Pesakit Kanser darah

Pengalaman Pesakit Kanser darah


Assalamu'alaikum w.b.t  & Selamat Sejahtera kepada pelayar teratak blog  ini.

Apa khabar kawan-kawan ? Semoga hari yang ceria ini memberi cahaya baru untuk kehidupan kita,insyaAllah.

Entry ini, 'Rasa kepala macam mahu tercabut',  dilaporkan oleh wartawan Kosmo, SITI NOR AFZAN KASIMAN, myraudhatulukhuwah petik dari Kosmo, 27/2/ 2011.

Kisah ini saya muatnaik di blog ini, kerana ada pelajar-pelajar saya yang menghidap kanser tetapi meminta dirahsiakan. Sebagai kaunselor pelajar, klien selesa berkongsi rahsia dengan saya termasuk penyakit klien. Mungkin kerana klien melihat secara fizikal saya yang berkerusi roda ketika ini (2011). Namun bagi saya, konsep teraputik dalam sesi kaunseling itulah yang menarik klien untuk lebih dekat dengan saya. Artikel ini sebagai panduan saya dalam memahami tahap dan pengalaman kesakitan klien saya.


About This Blog, klik sini.

Myraudhatulukhuwah bukan seorang doktor atau ahli perubatan. Jika pelayar mempunyai pertanyaan kesihatan, saya tidak dapat membantu. Bagaimanapun perkongsian pengalaman tuan puan di komentor  sangat dihargai.

Kita ikuti pengalaman seorang gadis yang cekal dan bersemangat waja ini, Noorliameera Johar, kini berusia 20 tahun. Gadis kelahiran Labis,  Segamat, Johor, melalui liku-liku kehidupan sebagai pesakit kanser darah sewaktu usianya 14 tahun. Myraudhatulukhuwah tertarik dengan impian gadis ini,

"Melihat kesusahan yang terpaksa dilalui keluarganya, Lia tekad untuk terus sihat dan maju dalam pelajarannya.

“Saya tidak mahu jadikan kekurangan ini sebagai halangan untuk saya berjaya dan membalas pengorbanan ayah dan ibu,” azamnya yang ingin menjadi seorang kaunselor satu hari nanti."

Semoga Lia berjaya mencapai cita-citanya sebagai kaunselor, kerana, seorang kaunselor yang pernah melalui pengalaman mengalami pelbagai rencah kehidupan terutamanya dalam aspek masalah kesihatan, biasanya akan lebih memahami jiwa pesakit selain faktor motivasi yang ditampilkan oleh kaunselor itu sendiri dengan sendirinya akan membangkitkan  motivasi kliennya.

Semoga dengan pengalaman yang dilalui oleh Lia dapat membantu insan-insan lain yang mengalami masalah kesihatan seperti kanser dan lain-lain menjalani kehidupan dengan positif.

Sekian, terima kasih.
Kesihatan: Pengalaman Pesakit Kanser Darah

DISAHKAN menghidap leukemia tahap kritikal pada usia 14 tahun dianggap takdir yang paling memilukan buat Noorliameera Johar.

Lantaran penyakit kanser darah yang biasa menjangkiti kanak-kanak itu, kehidupan anak kelahiran Labis, Segamat, Johor ini berubah sama sekali.

Dia yang kini berumur 20 tahun masih dapat merasai kesakitan menjalani pelbagai prosedur rawatan apabila mengingati semula fasa sukar dalam hidupnya itu.

“Ia bermula apabila saya sering sakit di bahagian kiri kepala manakala hidung saya sering berdarah terutama jika berada lama di tempat panas.

“Ayah hanya membawa ke klinik biasa, namun apabila saya kerap sakit, doktor menasihatkan ayah membawa saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana ada kemungkinan saya menghidap ketumbuhan otak.

“Tidak mahu berlengah, ayah membawa saya menjalani pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Batu Pahat. Pakar yang memeriksa mengatakan saya menghidap penyakit hati dan perlu dibedah segera.

“Namun, atas nasihat seorang pakar tulang yang pernah merawat saya, Datuk Dr. Zahir Hussein Kamari, saya enggan dibedah sebaliknya pergi ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk diperiksa dengan lebih lanjut di sana.

readmore...



Jarum besar

“Pada 25 April 2005, saya jalani pemeriksaan darah di HSA. Selepas lima hari, saya diberitahu hasil daripada ujian tersebut menunjukkan saya menghidap leukemia jenis limfoblastik akut (LLA) iaitu leukemia yang dicirikan oleh limfoblas berlebihan.

“Ketika itu, tahap leukemia saya di tahap kritikal dan doktor menjangkakan saya mampu hidup di antara tiga hingga enam bulan sahaja,” katanya.

Lantaran itu, impiannya untuk kembali ke sekolah terpaksa ditangguhkan. Sebaliknya, HSA menjadi rumah kedua bagi mereka tiga beranak.

Setiap hari, selain berehat, bermacam-macam ujian dan pemeriksaan yang perlu dijalani.

Kesakitan yang ditanggung semasa penyedutan tisu sum-sum tulang (BMA), kemoterapi dan radioterapi pernah melenyapkan semangat Lia.

Bersyukur kerana memiliki keluarga yang sangat memahami keadaan dirinya, anak bongsu dari tiga adik-beradik perempuan ini mengaku mereka adalah sumber kekuatannya.

Mana tidaknya, sudahlah seluruh tubuhnya sakit, rawatan yang diberikan juga sangat menyakitkan. Menurut Lia, untuk proses penyedutan tisu tulang sum-sum, jarum yang besar dan panjang digunakan.

“Sakitnya memang tidak tertanggung. Walaupun dibius, saya boleh rasa jarum mencucuk tulang belakang dan menyedut sum-sum tulang.

Muntah hijau

“Kesan daripada itu, hampir dua minggu saya tidak mampu berdiri. Saya hanya mampu berbaring, itu pun secara mengiring di atas katil.

“Prosedur ini saya jalani dua kali sebulan manakala sebulan sekali saya menjalani rawatan kemoterapi di HSA,” katanya.

Waktu itu, katanya, badannya sentiasa rasa panas dan kepalanya sangat sakit.

“Sakitnya sampai saya rasa kepala saya mahu tercabut. Setiap kali jalani rawatan, saya akan menangis sampai tak keluar suara.

“Di samping menjalani rawatan kemoterapi, saya juga menjalani rawatan radioterapi di Hospital Pantai di Jasin, Melaka, memandangkan HSA belum memiliki mesin tersebut,” kata penuntut semester empat dalam bidang Pengurusan Pejabat di Kolej Unikop, Kuala Lumpur ini.

Beberapa kali menjalani rutin rawatan yang sama, tubuh Lia mula menerima kesan sampingan. Badannya terasa panas, cepat letih dan lembik.

Dia juga hilang selera makan sehingga berat badannya turun mendadak daripada 43 kilogram (kg) kepada 20 kg saja. Ada masanya tekak saya membengkak hingga menyebabkan leher membesar melebihi dagu.

“Walaupun tidak mampu menjamah makanan, saya kerap muntahkan cairan hijau yang rasanya sangat pahit.

“Bayangkan kalau saya terpaksa menjalani prosedur yang sama untuk tempoh dua tahun,” katanya yang kini masih mendapatkan rawatan susulan enam bulan sekali di HSA.

Pernah putus asa dan lebih rela mati daripada terus hidup, semangat dan sokongan daripada keluarganya mengembalikan kekuatan untuk dia terus hidup.

“Mereka juga percaya saya mampu melalui semua rawatan ini.

“Lama-kelamaan, timbul kesedaran dalam diri saya. Mengapa saya perlu menyerah kalah sedangkan ayah dan ibu telah berkorban segala-galanya demi memastikan saya mendapat rawatan terbaik.

“Sejak itu, saya kuatkan semangat untuk melawan penyakit ini dan sangat berharap untuk kembali sihat seperti manusia lain,” ujarnya yang menolak untuk menjalani rawatan pemindahan sum-sum tulang kerana tidak mahu kakaknya mendapat risiko sakit seperti dirinya.

Bercerita mengenai penyakit leukemia yang Lia hadapi sama seperti menceritakan putaran roda kehidupan keluarganya.

Bukan sahaja leukemia, Lia juga tergolong sebagai orang kelainan upaya (OKU) selepas tiga jarinya terpaksa dipotong akibat tersepit dalam mesin tebu.

“Semasa berumur lapan tahun, saya menolong ayah yang berniaga air tebu. Secara tidak sengaja, saya tergelincir dan berpaut pada mesin tebu tersebut.

Mesin tebu

“Tanpa saya sedari, jari telunjuk, hantu dan manis tersepit dan turut dimesin. Akibatnya, tulang ketiga-tiga jari itu hancur dan perlu dipotong untuk mengelak daripada terus membusuk.

“Selepas saya mendapat leukemia, ayah berhenti berniaga dan sama-sama menjaga saya di hospital bersama ibu.

“Pengorbanan ayah bukan setakat itu. Memandangkan kos rawatan leukemia yang sangat tinggi, ayah sanggup jual tanah dan kebun.

“Sekarang ayah menyara kami sekeluarga dengan mengambil upah sebagai buruh kasar manakala ibu pula tidak bekerja,” katanya yang pernah mengemukakan permohonan untuk meminta bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tidak pernah dilayan.

Melihat kesusahan yang terpaksa dilalui keluarganya, Lia tekad untuk terus sihat dan maju dalam pelajarannya.

“Saya tidak mahu jadikan kekurangan ini sebagai halangan untuk saya berjaya dan membalas pengorbanan ayah dan ibu,” azamnya yang ingin menjadi seorang kaunselor satu hari nanti.

Perbaiki kualiti hidup anak terlantar di hospital

Perbaiki kualiti hidup anak terlantar di hospital

 

Siri Akhir

BAGI Tasnim, pergi ke hospital sungguh tidak menggembirakan. Sudah cukup teruk baginya menanggung segala macam kesakitan, ramai pula orang yang sibuk ke sana ke mari tanpa sesiapa pun memberitahunya apa yang sedang berlaku. Setelah tiba, dia dipaksa berbaring di atas katil, dan dilarang bergerak sementara dirinya dicucuk dan ditujah. Sebilah jarum dicucuk ke lengannya dan sekampit air yang besar menitiskan sesuatu yang dingin menerusi jarum ke dalam lengannya.

Setiap beberapa minit mesin di sisi katilnya menghasilkan bunyi bip yang pelik, garisan merah melompat ke atas dan ke bawah pada skrin mesin itu. Tidak cukup dengan itu, seorang wanita berpakaian biru sesekali akan datang dan menyumbat termometer ke dalam mulutnya.
Pada hari-hari yang berlalu, Tasnim mendengar doktor yang datang melawatnya bilabila sahaja dia suka, menyebut sesuatu mengenai leukemia. Hidup di hospital sungguh membosankan. Tiada rakan untuk bermain. Untuk tidur agak sukar kerana keadaannya bising dan yang paling teruk, dia tidak tahu apa yang sedang berlaku kerana tidak ada sesiapa pun yang memberitahunya.
Yang dia tahu pelbagai orang akan muncul di sisi katilnya tanpa sebarang pengumuman, dan kemudian sama ada mencucuk atau menusuk sebilah lagi jarum kepadanya. Ia bukan sahaja menyakitkan, tetapi pengalaman yang membosankan.
“Patutlah rakan-rakan saya kata orang yang pergi ke hospital akan mati,” Tasnim memberitahu ibunya.
Pemergian ke hospital sering kali menjadi pengalaman yang melemahkan semangat bagi ramai kanak-kanak. Mereka hilang kawalan ke atas kehidupan sendiri disebabkan rutin yang tidak dapat diramal dan kekhuatiran mengenai sesuatu yang tidak diketahui.
Hasilnya, ramai kanak-kanak benci ke hospital. Bagaimanapun, kanak-kanak yang sakit akhirnya terpaksa juga ke hospital dan ada banyak perkara yang ibu bapa, jururawat dan doktor boleh lakukan untuk membuat keadaannya lebih gembira.
Apabila seseorang anak masuk ke hospital untuk kali pertama, ia adalah perjalanan yang tidak diketahui. Kita mengandaikan kanak-kanak tahu bahawa orang pergi ke hospital untuk menjadi sihat. Sebaliknya, yang mereka ingat ialah masa penantian yang lama, prosedur yang menyakitkan dan kesakitan. Ini bukan pengalaman yang disenangi dan akibatnya, kanak-kanak berasa risau dan takut untuk tinggal di hospital.
Hidup dalam wad sering kali menyebabkan mereka cepat marah, bosan, rindukan rakan-rakan dan sering bimbang bila seseorang kakitangan perubatan masuk ke dalam bilik. Akibat semua ini, kualiti kehidupan seseorang anak sering menurun apabila memasuki hospital. Kualiti kehidupan seseorang boleh diterangkan sebagai tahap kepuasan emosi, sosial dan fizikal dengan kehidupan.
Situasi hospital tempat kanak-kanak berada sering kali menjadi lebih teruk apabila melihat ibu bapa mereka bimbang. Umumnya, ibu bapa yang membawa anak mereka ke hospital selalu risau, bimbang dan khuatir mengenai diagnosis dan hasil rawatan. Mereka sangat risau mengenai kesihatan anak mereka dan menyerahkan hidup anak itu dengan penuh kepercayaan ke tangan kakitangan perubatan.
Ketika di hospital, seorang ibu atau bapa selalu menemani anak. Ibu atau bapa yang berada di hospital terpaksa mengambil cuti dan mengorbankan masa yang dahulunya diluangkan dengan ahli keluarga lain. Ketika cuba menyesuaikan diri dengan rutin wad yang seolah-olah tidak dapat diramal di mana ibu atau bapa selalu tidak pasti apa yang doktor dan jururawat akan katakan selepas itu, ibu bapa menjadi keletihan di segi fizikal dan emosional. Kualiti kehidupan mereka juga merosot. Anak yang melihat tingkah laku dan emosi ibu bapa mereka mula berasa tidak berupaya.
Memang malang kualiti kehidupan kanak-kanak sering menurun ketika berada lama di hospital. Dalam proses ini, ramai yang berasa tidak berupaya kerana seluruh hidup dan rutin adalah dalam tangan kakitangan wad. Kunjungan untuk prosedur yang menyakitkan dan terpaksa memakan ubat yang rasanya tidak disukai tidaklah dapat diramalkan dan ini mengukuhkan lagi perasaan tidak berupaya itu. Penyelidikan menunjukkan, apabila seseorang berasa tidak berupaya akibat penurunan kualiti kehidupan, sistem imun mereka lemah dan menjadi terdedah terhadap penyakit. Ini melambatkan kadar penyembuhan dan kanak- kanak itu mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh. Ini bukan berita baik memandangkan kanak-kanak sepatutnya ke hospital untuk menjadi lebih baik.
Ada beberapa perkara yang kakitangan perubatan boleh lakukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan anak yang tinggal di wad. Seseorang manusia bukan setakat entiti fizikal, tetapi juga dipenuhi dengan emosi dan perasaan. Penjagaan perubatan perlu mempertimbangkan kedua-dua aspek ini dalam seni penyembuhan. Ia bermula dengan penerangan mengenai masalah perubatan dan prosedurnya dalam istilah yang mudah difahami oleh ibu bapa.
Seseorang profesional perubatan yang empatik memang meluangkan masa untuk pesakitnya. Dalam bidang psikologi klinikal, adalah menjadi falsafah bahawa rawatan ke atas anak turut memasukkan unsur yang membantu ibu bapa yang menjaga anak itu. Selain itu, sesetengah struktur dalam sesuatu hari yang patut diberikan pada anak itu ialah jangkaan masa makan, masa prosedur dijalankan, dan masa doktor dan jururawat melawat. Ini menimbulkan suasana yang boleh diramal yang mana akan membuat pesakit dan keluarganya berasa lebih selesa.
Akhir sekali, hidup seseorang anak di wad juga memerlukan sedikit persamaan dengan kehidupan di rumah. Rutin wad boleh diwujudkan dan ini termasuk masa bermain, bersosial, makan, berehat, menonton televisyen, membaca, melawat, prosedur dan belajar. Sesetengah wad kanak-kanak malah mempunyai sekolah hospital di mana kanak-kanak yang tinggal lama dikehendaki terus belajar dengan jumlah kerja akademik yang terhad.
Penyelidikan menunjukkan bahawa rutin dapat membantu mewujudkan penetapan jangka waktu dan ini mengurangkan tahap perasaan murung dalam kebanyakan kanak- kanak yang tinggal di wad.
Kebanyakan tanggungjawab menjaga anak di wad tetap menjadi tanggungjawab kakitangan perubatan. Bagaimanapun, ada banyak perkara yang ibu bapa boleh lakukan untuk menyokong usaha mereka. Sesetengah cadangan yang boleh membantu termasuk membentuk suatu struktur dan jadual waktu ketika anak berada di wad. Ini perlu dilakukan secara bekerjasama dengan kakitangan perubatan dan harus perlu memasukkan masa untuk bermain, belajar dan berehat, di samping aktiviti perubatan dan pengemasan yang perlu.
Ibu bapa patut membawa buku-buku, alatan dan permainan bagi mewujudkan aktiviti untuk anak itu. Di mana yang boleh, cuba ikhtiarkan supaya anak itu berinteraksi dengan kanak-kanak lain di dalam wad. Mempunyai rakan bermain dan berbual dapat membantu meningkatkan semangat anak itu. Sebagai sebahagian daripada struktur, ibu bapa boleh membantu menguruskan lawatan oleh saudara-mara dan rakan-rakan pada waktu yang ditetapkan.
Semua ini memeras kesihatan dan emosi ibu bapa. Oleh itu sebahagian besar dalam menjamin kualiti kehidupan anak ialah untuk memastikan ibu bapanya sihat. Ibu bapa boleh mencapai ini dengan cuba bersikap optimis dan ceria, berhenti seketika untuk berehat sesekali dan saling menyokong satu sama lain dalam masa krisis.

Sumber; Utusan online

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .