Permohonan ke Akademi Binaan Malaysia Sintok
Assalamualaikum. ...Sesiapa yg berminat utk ambik lesen scaffold, excavator, mobile crane, welding, electrical n mcm2 lg dibawah program Akedemi Binaan Malaysia (AKM) di Sintok, Kedah.Peserta berumur 18-25 thn.
Tempoh kursus 2 bulan.. Bayaran hanya RM230
(yuran asrama )
Yuran Kursus rm1000 (Percuma jika tamat kursus)
Makanan disediakan
Elaun latihan rm50 sbln.
Untuk pertanyaan;
04-924 2200 Mohd.Nazri
http://www.akademibinaan.com.my/web/index.php/kampus/abm-wilayah-utara
Jom bantu remaja Dan Belia kita
jgn biarkan mrk terbiar tak tau nk buat apa....
Pertanyaan. sila hubungi En Syaiful , En Aswat 03-92002008 (Pejabat) untuk kemasukan segera. Senarai kursus http://www.akademibinaan.com.my
Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia
Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh
Panduan Temuduga Dalam Talian
Panduan Temuduga Online
Panduan Hadiri Temuduga
Panduan Hadiri Temuduga
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Showing posts with label Akademi Binaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Akademi Binaan Malaysia. Show all posts
PROGRAM BELIA LEPASAN SEKOLAH DALAM KERJAYA PEMBINAAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA
By Puan Ummi Wednesday, May 15, 2013
Akademi Binaan Malaysia, CIDB, Institusi Kemahiran, Institut Latihan Kemahiran Awam, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Keusahawanan, selepas SPM No comments
PROGRAM BELIA LEPASAN SEKOLAH DALAM KERJAYA PEMBINAAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada Hari Khamis ketika Pengumuman SPM 2012 Diumumkan di Dewan Bestari, SMK Lepar Hilir, saya ada bertemu dengan seorang bekas pelajar SMK Lepar Hilir dari kelas 5R 2012. Pelajar ini telah bekerja dalam syarikat pembinaan. Tahniah.
Permohonan Kursus Kemahiran Industri Pembinaan ABM Wilayah Utara Untuk Lepasan Sekolah
By Puan Ummi Saturday, September 22, 2012
Akademi Binaan Malaysia, Institusi Kemahiran, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, selepas SPM 1 comment
Permohonan Kursus Kemahiran Industri Pembinaan
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara Untuk Lepasan Sekolah
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan peluang kepada belia lepasan sekolah sekurang-kurangnya mempunyai Sijil SPM untuk menyertai Program Latihan Kemahiran Industri Pembinaan yang akan dijalankan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara.
ABM adalah platform CIDB untuk menyediakan latihan kemahiran binaan untuk tenaga kerja pembinaan Malaysia.Terdapat 6 ABM di seluruh Malaysia.
ABM Wilayah Utara terletak di Sintok Kedah Darulaman berdekatan dengan UUM Sintok.
Dipersilakan Belia Malaysia yang berminat dalam industri pembinaan untuk menyertai kursus di peringkat sijil. Pengambilan September dan Oktober 2012.
Latihan kemahiran yang disediakan membolehkan mereka memulakan kerjaya dibidang industri pembinaan yang kian berkembang maju.
Syarat umum bagi Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah adalah seperti berikut:-
- Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
- Warganegara Malaysia; dan
- Sihat tubuh badan dan fizikal yang stabil
Antara Kursus Peringkat Sijil Yang Ditawarkan seperti berikut:
| Building Operation & Maintenance (C&S) | Belia | 17/09/2012 | ABM Wilayah Utara |
Akademi Binaan Malaysia Melatih Tenaga Mahir
By Puan Ummi Wednesday, July 04, 2012
Akademi Binaan Malaysia, Halatuju, Institusi Kemahiran, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, selepas PMR, selepas SPM 9 comments
Akademi Binaan Malaysia Melatih Tenaga Mahir
Berkualiti Dalam Personel Binaan
SEORANG pelajar jurusan pereka blok menyediakan projek sempena
Pertandingan Kemahiran Malaysia ke-21, di Johor Bahru, Johor, 30 JUN 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perhatian kepada pelajar lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan PMR, siswazah dari institut pengajian tinggi (IPT) dan
para penggiat industri pembinaan, anda dialu-alukan untuk hadir ke Karnival Kemahiran untuk mengetahui prospek yang lebih luas dalam
sektor pembinaan ini.
CIDB dengan kerjasama ABM dan Kementerian
Kerja Raya bakal menganjurkan Karnival Kemahiran sempena Pertandingan
Kemahiran Malaysia yang ke-21.
Ia berlangsung selama tiga hari bermula 5 Julai ini di Kompleks CIDB Johor, Jalan Tampoi, Johor Bahru dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Ibu bapa juga boleh hadir ke karnival ini bagi mendapat idea dan persepsi awal serta lebih luas berkaitan industri pembinaan dan kepentingan tenaga mahir dalam bidang ini.
Ia berlangsung selama tiga hari bermula 5 Julai ini di Kompleks CIDB Johor, Jalan Tampoi, Johor Bahru dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Ibu bapa juga boleh hadir ke karnival ini bagi mendapat idea dan persepsi awal serta lebih luas berkaitan industri pembinaan dan kepentingan tenaga mahir dalam bidang ini.
AKADEMI BINAAN MALAYSIA
Mengenai ABM
Akademi Binaan Negara (ABM) adalah sebahagian daripada Bahagian Pembangunan Personel Binaan CIDB yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan kemahiran dan pengurusan berkaitan pembinaan, menguji dan menilai kemahiran serta mengakreditasi pekerja mahir industri pembinaan
MISI ABM
“MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA BAGI MENINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA”
“TO DEVELOP HUMAN RESOURCES FOR IMPROVING THE QUALITY AND PRODUCTIVITY OF THE MALAYSIAN CONSTRUCTION INDUSTRY”
“TO DEVELOP HUMAN RESOURCES FOR IMPROVING THE QUALITY AND PRODUCTIVITY OF THE MALAYSIAN CONSTRUCTION INDUSTRY”
PROGRAM BELIA LEPASAN SEKOLAH
Siapa yang layak untuk Program Latihan Kemahiran Belia?
Program latihan kemahiran belia lepasan sekolah terbuka kepada golongan belia yang berusia 16 tahun keatas.
Terbuka kepada semua golongan belia
warganegara Malaysia berusia 16 hingga 35 tahun. Bagi program latihan
kemahiran ini, pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh CIDB. Latihan
kemahiran adalah dijalankan di semua Akademi Binaan Malaysia (ABM)
seluruh Negara dan pusat latihan bertauliah CIDB.
PERSIJILAN
Setiap pelatih yang lulus dalam latihan kemahiran akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dalam tred berkenaan.
PROGRAM DI ABM
Terdapat 2 jenis latihan kemahiran di ABM iaitu:
- Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah
- Latihan Kemahiran Pekerja Binaan Tempatan
Apakah syarat-syarat bagi mengikuti kursus di Akademi Binaan Malaysia?
Program Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah
Syarat permohonan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan adalah berbeza dan bergantung kepada bidang kemahiran yang dipohon. Terdapat 49 jenis bidang kemahiran yang ditawarkan di 6 lokasi ABM di seluruh negara dengan tempohnya 1 bulan hingga 24 bulan mengikut bidang. Walau bagaimanapun, syarat umum bagi Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah adalah seperti berikut:-
- Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
- Warganegara Malaysia; dan
- Sihat tubuh badan dan fizikal yang stabil
Pelatih yang diterima untuk menjalani latihan ini di ABM dibiayai sepenuhnya oleh CIDB.
SENARAI PROGRAM
Maklumat terkini mengenai tred yang ditawarkan sila rujuk Senarai Program Latihan Kemahiran Belia di pejabat CIDB/ABM yang berhampiran.
CARA MEMOHON
Sila dapatkan risalah dan borang permohonan UPLK1 Pin. 1/2006 daripada mana-mana pejabat CIDB atau mana-mana ABM (sila layari  www.cidb.gov.my)
Muat turun borang di sini.
PROGRAM KEDUA:
Latihan Kemahiran Pekerja Binaan Tempatan
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .




















