Permohonan Ke GiatMARA Julai 2013 Cepat Mohon Ya
Kepada ibubapa budiman , dan pelajar yang ingin mengikuti kursus di
GIATMARA terpilih, borang sudah boleh di ambil di Pejabat Latihan Negeri
masing masing, untuk
pengambilan tahun 2013/intake 2013.
Tindakan untuk memohon sebagai pelatih di GiatMara Malaysia, adalah
langkah alternatif terbaik, khususnya calon lepasan SPM atau setaraf
ataupun belia-belia yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran
di institusi pendidikan yang lain sebelum ini. Pengambilan untuk tahun 2013 ialah pada Januari dan Julai (2 kali setahun).
Giat Mara bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan
vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi
membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi
tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan
industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah
setempat dan dalam negara
By Puan Ummi Saturday, June 29, 2013
Borang Online, Halatuju, IKM, INSTITUT KEMAHIRAN MARA, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Muat Turun, selepas SPM
BORANG RAYUAN KEMASUKAN IKM/KKTM SESI JULAI 2013
Permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran MARA ( IKM) & Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sesi Julai 2013 adalah untuk lepasan SPM sahaja. Permohonan boleh dibuat melalaui UPU sahaja. Untuk ambilan Julai 2013. telah pun ditutup. Sila rujuk artikel sebelm ini, Permohonan UPU, IPTA, ILKA dan TEVT klik di sini.
Jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Julai 2013 telah DIBUKA dari 7 JANUARI hingga 15 APRIL 2013 yang lalu.
Semakan keputusan institusi kemahiran MARA telah diumumkan pada hari ini 1 Jun 2013 melalui Laman Web
ataupun melalui laman web
Calon yang berjaya dikehendaki Klik Setuju Terima Dan Mencetak Surat Tawaran dan Dokumen lain-lain. Tempoh untuk memberi maklum balas adalah sehingga 9 Jun 2013.
Kepada anak-anak pelajar lepasan SPM SMK Lepar Hilir, KLIK DI SINI, SMK Jengka 2, dan SMK Jengka Pusat 2, KLIK DI SINI, semoga anda telah mempunyai halatuju jelas dalam menentukan kerjaya masa depan anda selepas SPM 2012.
CARA BUAT RAYUAN
Sekiranya calon tidak berjaya, sila cetak Borang Rayuan di Laman Web eKemahiran ataupun memuat turun naik di laman web BORANG RAYUAN dan faks ke 03-26914510 untuk membuat rayuan.
Sila muat turun BORANG RAYUAN KEMASUKAN IKM/KKTM di sini ya.
SAYA CUMA LULUS BAHASA MELAYU SPM KE MANA SAYA NAK PERGI, CIKGU?
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Untuk lepasan SPM 2012 yang tidak memperolehi
banyak kredit, dan mungkin hanya lulus Bahasa Melayu sahaja, anda usah
dukacita ya. Peluang melanjutkan pengajian tetap ada.
Yang
Penting anda mesti ubah strategi hidup. Jika dahulu dengan kehidupan
cara orang yang menempah kegagalan, apakata mulai detik ini, tukarkan
gaya hidup anda kepada membina kecemerlangan dalam kehidupan peribadi
anda.
Kursus Sijil Teknologi Fabrikasi Logam Dan Sijil Teknologi Bekalan Air Dan Pembentungan Di IKM (Institut Kemahiran MARA) antara kursus yang baik untuk anda. elok anda mohon sekarang.
Kemasukan ke IKM/KKTM Sesi Julai 2013 telah DIBUKA di Laman Web ekemahiran seperti dibawah :-
Kita lihat syarat ke IKM Untuk kursus ini ya:
Syarat Memohon:
Syarat Am:
1) Warganegara
2) Bertaraf Bumiputera
3) Berumur 17 - 40 tahun
4) Sihat Tubuh Badan
Kelayakan: SPM/SPMV dengan LULUS subjek Bahasa Melayu
* untuk pemohon lelaki
* pengidap pemyakit lelah(ashtma) tidak layak momohon
* tidak rabun warna
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .