By Puan Ummi Saturday, May 16, 2020
#covid19, #prayformalaysia, #prayfortheworld, Hari Guru, kerjaya perguruan, New Norm, Norma Baru, Pengurusan Diri Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Ucapan
SELAMAT HARI GURU 2020: BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BARU
Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Ramadan dan Selamat Hari Guru buat semua Guru-guru Malaysia.
Selamat Hari Guru juga kepada semua guru dan pensyarah yang mendidik saya ini
dengan penuh kasih sayang serta dedikasi.
Terlalu banyak jasa guru dan pensyarah saya.
Ketika saya sakit, para pensyarah saya adalah ibarat ibu dan ayah dan keluarga saya yang menjaga kebajikan saya dengan baik.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa para guru dan pensyarah saya.
Saya doakan semoga sihat walafiat, dipanjangkan umur serta murah rezeki dan dipermudahkan urusan dalam terus
mendidik generasi pada masa akan datang.
Jasa kalian terhadap saya terlalu banyak dan tidak dapat saya berbalas
balik. Saya sangat menghargainya.
Semoga Allah membalas segala jasa para guru saya semua.
Amin ya Allah.
Ya Allah. Kami mohon doa, agar Engkau merahmati semua guru yang pernah mengajar kami kebaikan walau sebesar satu huruf.
Peliharalah mereka andai mereka masih menabur jasa.
Kasihanilah mereka andai mereka telah bersara dari arena kerjaya.
Rahmatilah mereka andai jasad mereka telah berpisah dengan nyawa dan meninggalkan dunia.
Ya Allah moga semua yang bergelar guru terus teguh mendepani cabaran, tidak goyang ditiup badai gelombang mahupun dugaan.
Catatkanlah dengan tinta emas akan pahala amal mereka sebagai ilmu bermanfaat serta berkekalan buat bekal di hari kemudian.
Selamat hari guru buat semua.
Saya juga memohon maaf zahir batin di atas salah silap saya sepanjang menjadi anak didik tuan-tuan dan puan-puan.
Happy Teachers Day to all teachers and lecturers who educate/educated me with full of love and dedication.
May all of you be in good health and longevity, sustain a good wealth, also be ease in continue to
educate the next generation.
Your educational services towards me are plenty and could not be replied.
Kindly
appreciate kindness and goodness.
Asma', Arau. Perlis.
23 Ramadan 1441 Hijrah.
16/5/2020
By Puan Ummi Friday, May 15, 2020
#pkp, #prayformalaysia, #prayfortheworld, bimbingan dan kaunseling, guru, kerjaya perguruan, Pembelajaran Online, Pengurusan Emosi, Pengurusan Stress
PANDUAN KAWALAN EMOSI GURU DAN MURID SEMASA PKP KERANA #COVID19
Salam Jumaat. Salam Ramadan. Selamat sejahtera. Rakan-rakan FB yang dihormati. Alhamduliah. Harini semakin ramai rakan FB saya. Dari pelbagai pekerjaan dan latar belakang. Salam ukhuwwah ye 
Pagi ini. Saya copy paste bahan-bahan yang berfaedah buat kita semua. InshaAllah.
SALAM JPN SABAH HEBAT & SALAM PPD TUARAN, SEDERAP MENERAJUI PERUBAHAN 
"KAWALAN EMOSI GURU DAN MURID MELAKSANA PdP JJ SEMASA PKP"
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID HEM (KAUNSELING), PPD TUARAN AKAN MELAKSANAKAN BICARA PERKONGSIAN INTELEK OLEH PROF DATUK DR FADZIL CHE DIN, PAKAR PSIKOLOGI KAUNSELING UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) MENGIKUT KETETAPAN DI BAWAH :
TARIKH :
15 Mei 2020 (Jumaat)
DILANCARKAN OLEH :
Ybhg Dr Mistrine binti Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
PLATFORM :
Live Streaming FB
PAUTAN PENDAFTARAN & KEHADIRAN SPLKPM :
Warga Pendidikan Shj (Sekolah, PPD, JPN & KPM)
SEMUA GURU & MURID DIJEMPUT UNTUK BERSAMA SAMA DALAM SESI BICARA PERKONGSIAN INTELEK INI.
SYMA
MOHD HANIM MOHD GOSS
TIMBALAN PPD SPM
PPD TUARAN
By Puan Ummi Thursday, May 14, 2020
#covid19, #kitamestimenang, #pkp, #prayformalaysia, #prayfortheworld, IPT, MSU College Sungai Petani, Panduan Temuduga, RESUME, TIP TEMUDUGA
PANDUAN MEMBUAT RESUME OLEH MSU SUNGAI PETANI KEDAH DARI RUMAH ANDA
Jom tonton. 
By Puan Ummi Thursday, May 14, 2020
#covid19, #pkp, #PrayForIndonesia, #prayformalaysia, #prayfortheworld, ASEAN, Berita Dunia, dunia pendidikan, Dunia Pendidikan ASEAN, kerjaya perguruan, Lagu, Pembelajaran Online
Lagu "Rindu Guru" Cover Aisyah The Projector Band Malaysia oleh murid dari Indonesia
Khamis. 14/5/2020. 21 Ramadan 1441 Hijrah. Simpan sini lagu, "Rindu Guru" oleh murid dari Indonesia. Dapat dari wassap sahabat Guru dari Indonesia. Terima kasih sahabat.
Saya tujukan lagu ini buat guru-guru saya. Maaf ye jika tidak ter tag.
Cikgu Rosmawar Ramli
Selamat Hari Guru, guru-guru saya dan Guru Malaysia semuanya. Juga buat semua yang bekerjaya dalam bidang pendidikan, insan-insan pendidik
.
Lagu asal dari The Projector Band,"Aisyah" (Malaysia) pada tahun 2017 lalu. Diolah semula "Cover" menjadi lagu Islami, "Aisyah Isteri Rasululluah" oleh Mr Bie (Malaysia)
By Puan Ummi Thursday, May 14, 2020
#covid19, #pkp, #prayformalaysia, #prayfortheworld, anak kecil, Anak Yatim, JOHOR, prihatin, Salam Takziah
Salam Takziah Khairrunisa Azman, Pegawai Psikologi, Hospital Sultan Ismail, Johor meninggal dunia bersama suami dan meninggalkan 2 anak yatim piatu
Pada 10 Mei 2020, satu kemalangan maut di Lebuhraya PLUS, Johor, telah berlaku pada kira-kira pukul 11 malam. Ia telah meragut nyawa Khairrunisa Azman, 34, seorang Pegawai Psikologi, Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu, Johor dan suaminya Herry Mohd Ali, 43. Namun dua anak lelaki mereka terselamat.
Untuk menampung kos pembelajaran mereka, maka di buka Dana Anak Yatim Khairunisa untuk tuan/puan sama-sama membantu.
Dear all,
Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai psikologi HSI yg juga pelajar Master Kaunseling MPPB Khairrunisa Binti Azman telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Senai tadi. Arwah dan suami meninggal di tempat kejadian manakala dua orang anak mereka selamat dan berada di Hospital Kulai.
Mohon doakan untuk arwah dan suami, serta anak2 mereka yang terselamat.
Innalillahi wainna ilaihirojiun..Allahummaghfirlaha warhamha wa'fiha wa'fu'anha, Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.
Semoga Allah permudahkan urusan terakhir Allahyarhamah sekeluarga.. Amiinn..
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .