Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Pertandingan Selfie 2016 Sempena Jom Masuk IPT KPTN 2016

Pertandingan Selfie 2016 Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016

Aktiviti Booth Kolej Komuniti Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016






Pertandingan Selfie 2016 Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016 Jom sertainya.

Pertandingan Selfie 2016, Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016 Jom sertainya.


Pertandingan yang terbuka kepada semua pengunjung KPTN 2016 yang bermula pada 30 Januari dan berakhir pada 3 April 2016

Hadiah MISTERI???? terbaik!!!



Pemenang Termuda Pertandingan Educational Blog Berusia 15 Tahun

Pemenang Termuda Pertandingan Educational Blog Berusia 15 Tahun

National Educational Blogging Summit  2011,
 

Guru SMKJP2 Pemenang Pertandingan National Educational Blogging,



Senarai pemenang Pertandingan National Educational Blogging 2011, National Educational Blogging Summit UPSI 2011:

KATEGORI SEKOLAH

TEMPAT PERTAMA

Laman Pengajian Am

Abd Malek Selamat

650921-10-XXXX
http://pa900.blogspot.com/ 
(Guru Tingkatan 6)



TEMPAT KEDUA

Cg Narzuki Online - Blog Prinsip Perakaunan SPM
http://cgnarzuki.com/ 
(Blog Cikgu Narzuki memang banyak informasi)

Mohd Narzuki Bin Yaacob

691010-03-XXXX

TEMPAT KETIGA

ICTL Is Fun
http://ictlisfun.blogspot.com/
(Blog berbahasa Inggeris ini dibangunkan oleh seorang 
guru wanita yang bertugas di Sabah)

Norhaizan Binti Abd Kadir

780927-03-XXXX

KATEGORI IPT


TEMPAT PERTAMA

Tesl Malaysia
(Pensyarah UNIMAS)
http://www.teslmalaysia.com/

Encik Chuah Kee Man

831013-03-XXXX

Kepada para pelajar yang berminat menjadi guru mahupun pensyarah Bahasa Inggeris, elok benar melayari website ini. Semasa bertemu dengan Encik Chuah, yang berasal dari Kelantan. Walaupun followers beliau sudah berjumlah lebih 11 ribu orang,  Beliau sangat peramah dan sedia berkongsi ilmu.



TEMPAT KEDUA

HBMT 2103: Teaching Matematics In Year Two
(Pensyarah OUM)
http://oumhbmt2103.blogspot.com/

Japaruddin Bin Mohamad @ Lamat

810418-13-XXXX



TEMPAT KETIGA

SPSS Suka Penyelidikan Suka Statistik
( Pensyarah UPSI)
http://drotspss.blogspot.com/

Othman Talib

630708-05-XXXX


KATEGORI TERBUKA

TEMPAT PERTAMA
Dimenangi Oleh Guru SMK Jengka Pusat 2, Maran, Pahang

Asma' Bt Ahmad

Jurnal Kehidupan


780102-01-XXXX
Alhamdulillahirabbilalamin  

TEMPAT KEDUA

Fun + Mental = Fundamental
http://norazharishak.blogspot.com/ 
(Blog Encik Nor Azhar ini memang menarik, ada fakta sains dan pemikiran mental)

Nor Azhar Ishak

721108-14-XXXX



TEMPAT KETIGA
(Bloggers berusia 15 tahun ini, berasal dari Perak, tersiar beritanya di Astro.
Adik Tamilpandiyan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar. Website sekolah beliau,

http://www.smksisi.com)

Science Facts

Tamilpandiyan A/L K Balachandran

960119-08-XXXX

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Apa khabar pelajar-pelajar SMKJP2 yang mengetahui kewujudan blog saya ini? Apa khabar, bekas pelajar-pelajar SMKJP2? Apa khabar yang mengikuti perkembangan blog Cikgu Kaunseling. com?

Alhamdulillah, saya semalam telah selamat pergi dan balik dari Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Alhamdulillah, suami saya turut menemani dan sudi bersama-sama saya untuk kami hadir ke Majlis National Educational Blogging Summit 2011 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Saya hadir ke majlis tersebut, kerana untuk mengambil hadiah dan sijil penghargaan daripada penganjur program Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2011. Alhamdulillah, salah satu blog yang saya kendalikan, blog berbentuk pendidikan, agak semi-formal, telah mendapat perhatian pihak barisan panel hakim yang terdiri daripada pihak Jaring Communications Sdn Bhd, dan beberapa panel lagi.







Saya percaya, pendidikan secara maya, semakin berkembang. Kewujudan dan penggunaan jaringan media sosial dan web blog yang semakin bercambah di internet, menyemarakkan lagi penggunaan ICT di kalangan rakyat Malaysia. 

 Johan setiap kategori menerima sebuah iPAD Apple.
Saya juga menerima sebuah iPAD, :).
Informasi lanjut tentang iPAD dalam dunia pendidikan, 

Sebagai guru, saya ingin menyahut cabaran dunia ICT ini, dengan bersama-sama menyediakan web blog berbentuk pendidikan samada berasaskan blogspot mahupun wordpress selfhosting. Namun secara peribadi, sebagai seorang pengguna dan pengendali web blog, apa yang saya dapati bahawa, blog berasaskan wordpress self hosting (web blog berbayar) adalah lebih mudah dijumpai cariannya di pakcik google. Nampaknya, google sangat mesra SEO kepada blog berasaskan wordpress self hosting. 

Cuba kawan-kawan perhatikan data statistik pengunjung blog wordpress Jurnal Kehidupan saya:


 Alhamdulillah, dalam sehari, pengunjung Blog wordpress saya itu berjumlah sekurangnya 1 200 hits. Ada kalanya, dalam seminggu, ada beberapa hari hits/ visitor blog berkenaan melebihi 3 ribu hits hingga 4 ribu hits. Namun, hits tersebut juga adalah kerna, kesudian followers blog saya tersebut yang sudi add url blog saya ke blog mereka. 

Bagaimanapun, saya meminta maaf kepada rakan-rakan followers. Saya sangat jarang meninggalkan komen di blog rakan followers, memandangkan masa sangat cemburu dengan saya. Selain capaian internet yang low, saya tidak boleh menghadap PC terlalu lama. Selalunya selepas saya publish sesuatu artikel, saya akan tutup akaun blog saya dan melakukan tugas hakiki saya. Ini kerna saya berblog untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berkualiti. Kita berblog, bukanlah bermakna sentiasa menghadap komputer, jika di rumah.

Ada yang bertanya, adakah benar, saya yang membuat blog-blog ini? Iya, benar, saya yang membuat termasuk mengubahsuai themes dan layout serta mengendalikannya. Kenapa, tak percaya ke? :) . Walaupun suami saya dalam bidang ICT, namun, suami saya sangat sibuk dengan tugas dan tanggungjawab hakikinya untuk membuat dan mengemaskini blog

InshaAllah, rakan-rakan di luar sana, yang tidak mempunyai blog, dan bukan latar belakang ICT, InsyaAllah boleh membuat blog. Blog berasaskan blogspot, mudah difahami dibandingkan dengan wordpress self hosting, drupal apatah lagi JOOMLA. Dengan 3 langkah mudah, inshaallah anda sudah memiliki blog anda sendiri.

Yang penting, dalam dunia ICT ini, kita kena berani, try and error.

Ada juga yang bertanya, bilakah saya berblog? Alhamdulillah, suami saya mengizinkan saya berblog. Selalunya saya menggunakan masa di sekolah, daripada saya menangisi takdir diri berada dalam perjawatan pool, lebih baik saya membuat sesuatu yang boleh memberi kebaikan kepada insan lain, di luar sana.


SEKALUNG PENGHARGAAN

Terima kasih diucapkan kepada UPSI, JARING Communications Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, Extreme Networks, Technitium Sdn Bhd,, NEC Corporation of Malaysia Sdn Bhd dan semua penaja program ini. Terima kasih atas sumbangan hadiah, sijil dan goodies yang diberikan.


Tidak lupa, terima kasih kepada pihak SMK Jengka Pusat 2 yang menyediakan kemudahan cpaaian wi fi di sekolah. Namun demikian, selalunya saya menggunakan broadband saya jika capaian low.

Selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat. Sekian, wassalam.

Contest Aku Berpuisi, Muhasabah Ramadhan, Syukur Merdeka,

Ingin Sertai, Contest Aku Berpuisi,




Pengenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Seni puisi tradisional merupakan salah satu khazanah bangsa yang sangat beharga. Seni yang indah ini disampaikan dalam gaya bahasa yang penuh maksud tersirat. Mungkin ramai yang kian melupakan warisan ini.

Bangsa Melayu juga kaya dengan kesusasteraannya. Lemah gemalai, liuk lintuk, barisan katanya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger, Mohamad Azhan kerana sudi menganjurkan pertandingan menulis puisi.

Contest Aku Berpuisi



Muhasabah Ramadhan, Syukur  Merdeka




Muhasabah Ramadhan,

Muhasabah Ramadhan, Syukur Ya Tuhan,

Bertemu kembali Bulan Ramadhan;

Bulan penuh keberkatan, penuh keistimewaan,

Diberi pahala, amalan dilipatgandakan.



Syukur Ramadhan, Syukur Alhamdulillah,

Usia kita masih dipanjangkan oleh Allah;

Untuk mengimarahkan Ramadhan dengan ibadah,

Solat wajib, puasa, dan solat sunat kerana Allah.



Hikmah ramadhan, hikmah berpuasa,

mengajar erti ketabahan, erti redha,

erti keimanan, menahan nafsu, lapar, dahaga;

erti kesusahan dan penderitaan, saudara seagama.



Di Bulan Ramadhan, Al Quran diturunkan,

Al Quran datang untuk memerdekakan;

Daripada perhambaan sesama makhluk yang diciptakan,

Kepada menjadi hamba Allah, Tuhan pencipta sekalian.





Muhasabah Ramadhan 1432 Hijrah ini,

Andainya Ini Ramadhan terkahir kali;

Layakkah diri ini,

Merebut singgahsana fiardausi Ilahi...


Syukur Merdeka,

54 Tahun Sudah,

Nikmat Merdeka Diraih;

Aman, bebas, maju tanah bertuah,

Terima kasih, ya Allah.



Merdeka ini, mahal harganya,

Airmata, darah, lelah telah tumpah;

Perjuangan pahlawan negara,

Membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah.



Merdekaku, menghalau penjajah kejam,


Merdeka kau, hisap dadah dan hidu gam;


Merdekaku, bangsaku, kuajar,


Merdekamu, kau belajar, kurang ajar.

Ayuh generasiku, ingatlah,

Tugas mengisi makna merdeka;

Itu lebih payah,

Dari perjuangan menuntut merdeka.



Demikian tadi, sedikit catatan saya untuk menyertai, Contest Aku Berpuisi anjuran http://www.mohamadazhan.com/2011/07/contest-aku-berpuisi-tarikh-akhir-16.html

Tag 3 orang kenalan blog :

Ashra, http://ashra-aulia.blogspot.com/

Linda, http://ibusumaiyah.blogspot.com/

Ros Putih, http://bungarosputih.blogspot.com/

Oleh kerana syarat penyertaan, kena tag 3 orang kenalan blog, saya men tag senarai blog di atas. Bagaimanapun, kepada semua yang berminat, sertailah contest penulisan puisi ini, seperti Kak Hanim, Aku Hiv Positif, Makcik Werdah dan Adik Chibi.
Tarikh Akhir penyertaan contest aku berpuisi ini ialah pada 16 Ogos 2011.


baca selanjutnya..



Ribuan terima kasih juga kepada para penaja hadiah pertandingan ini,  Warna dan Aku, klik sini.

Ribuan terima kasih kepada Saudara Miecyber, blog beliau di sini, juga penaja pertandingan, yang juga merupakan salah seorang follower teratak myraudhatulukhuwah ini.

Terima kasih juga kepada Kakak Zakie Purvit,  blog beliau http://zakiepurvit.blogspot.com/, di sini, kerna melalui blog beliau, di sini, saya mengetahui contest ini. Walaupun saya tidak di tag oleh beliau, sebagai salah seorang pecinta Sastera Melayu, saya akan sertai jua penulisan puisi ini.



Tajuk puisi myraudhatulukhuwah ialah, Muhasabah Ramadhan, Syukur  Merdeka.



Sempena bulan kemerdekaan ini, saya rasa, ada baiknya, saya sertakan sedikit beberapa puisi kesusasteraan Melayu, sebagai suatu catatan sejarah bangsa, yang akan diingati oleh generasi muda dan generasi akan datang.

Contoh Pantun Melayu Lama:


Dari Jawa ke Bangkahulu,



Membeli keris di Inderagiri;



Kawan ketawa ramai selalu,



Kawan menangis seorang diri.
...Pantun Nasib....







Pantai Lukut luas terbentang,



Teluknya penuh berbatu karang;



Ibarat melukut di tepi gantang,



Masuk tak penuh keluar tak kurang.
Gambar salah satu tempat bersejarah di Melaka, sumber, klik sini.

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan.


Tafsiran pantun, "Kalau roboh Kota Melaka", agak berbeza daripada kebiasaan persepsi cinta teruna dara, boleh lihat di sini.

PUISI GURINDAM

Gurindam di bawah adalah salah satu karya agung Raja Ali Haji. Kumpulan gurindam yang dikarang oleh Raja Ali Haji dari Riau.

Dinamakan Gurindam Dua Belas oleh karena berisi 12 pasal, antara lain tentang ibadah, kewajiban raja, kewajiban anak terhadap orang tua, tugas orang tua kepada anak, budi pekerti dan hidup bermasyarakat.

Gurindam pasal yang kesepuluh:


Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.



Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.



Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai.



Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,


supaya kemaluan jangan menerpa.


Dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kafill.


Sedikit latar belakang Raja Ali Haji:



Raja Ali Haji hidup pada zaman Kerajaan Riau- Johor. Pada zaman kerajaan Riau-Johor pada zaman dulu memang ramai ulama pendatang di antaranya Habib Syaikh keturuan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri dan ramai lagi.

Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh saudara sepupunya itu mengajar agama Islam, (Raja Ali bin Raja Ja’far juga ikut belajar kepada Raja Ali Haji).



- Sumber Sejarah ini adalah daripada Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Maklumat Lanjut, latar belakang  Raja Ali Haji, sila klik Kota Gurindam, di Pulau Penyengat, Riau, klik di sini, dan klik di sini.
selamat berbuka puasa nanti, ya teman-teman.

Sekian, terima kasih, wassalam.

Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah.

Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat berpuasa buat semua Muslimin Muslimat yang melayari blog myraudhatulukhuwah. Apa khabar kawan-kawan followers myraudhatulukhuwah? Semoga dikurniakan eksihatan yang baik bagi memudahkan urusan ibadah.












Ganjaran Puasa Ramadhan
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”













Riwayat Bukhari & Muslim


Kali ini, myraudhatulukhuwah ingin menyertai Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah, yang dianjurkan oleh



http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html
SEGMEN TAULADAN : JOM INGAT PESANAN IBU AYAH


Pesan Ibu Ayah,

Pergi ke mana pun,

tinggal solat usah sekali,

kerana solat itulah sendi

tiang agama, kukuh sekali.




Pesan ibu ayah,


pergi ke mana pun

ini Bumi Tuhan

usah sekali dicemarkan

dengan maksiat mahupun kekotoran




Pesan ibu ayah


pergi ke mana pun

hidup mesti bersendi syariat

adat yang baik diikut

moga hidup kan selamat




Pesan ibu ayah


pergi ke mana pun

jagalah nama baik keluarga

jagalah akhlak dan budi

kerna yang baik itu budi

yang indah itu bahasa




Pesan ibu ayah


pergilah ke mana pun

di mana bumi dipijak

di situ, langit dijunjung.

Itulah antara pesanan-pesanan ibu ayah saya. Bagaimana pula dengan pesanan ibu ayah anda?

Jom, ramai-ramai meriahkan segmen tauladan ini.

Untuk itu, saya ingin men tag rakan-rakan followers:

1) http://akuhivpositif.blogspot.com/

2) http://ibusumaiyah.blogspot.com/

3) http://bulanjatuhkeriba.blogspot.com/

4) http://www.zulkbo.com/

5) http://azrinrahim.blogspot.com/

6)http://afidaanuar.blogspot.com/

7) http://atuk-phd.blogspot.com/

8) http://luahfikiran.blogspot.com/

9) http://permatainn.blogspot.com/

10) http://ilahihediya.blogspot.com/

11) http://warkahbersama.blogspot.com/

Kepada rakan-rakan lain yang nak join, silakanlah ke Blog Syafiq mokhtar untuk melihat syarat-syaratnya. Sekian, wassalam.

Tahniah Kepada Pemenang Educational Blog 2011

Tahniah Kepada Pemenang Educational Blog 2011




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun Blog Pendidikan Pencegahan Anti Dadah dan HIV/AIDS SMKJP2 ada menyertai pertandingan Educational Blog 2011, dan tidak terpilih memenangi sebarang hadiah, saya bersyukur kepada Allah SWT, Kerana salah satu web blog yang saya bangunkan, mendapat perhatian juri.

Mungkin ini adalah salah satu hikmah saya berada di perjawatan pool, suatu jawatan yang memberi saya banyak masa di hadapan komputer. Sungguhpun begitu, saya rindukan saat-saat bertugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa, termasuk sebagai Guru Pendidikan Pencegahan Anti Dadah  dan SLAD.

Alhamdulilllah, antara kenangan indah sewaktu bertugas sebagai Guru PPDa ialah, pihak sekolah saya mewakili peringkat daerah seterusnya ke peringakat Negeri Johor, dalam Pertandingan Buku Skrap Anti Dadah  pada 2003. Sebagai guru penasihat, saya gembira dengan pencapaian bekas pelajar saya itu.

Alhamdulillahirabbila'lamin. Blog Pendidikan Pencegahan Anti Dadah dan HIV/AIDS ini, akan terus saya bangunkan, selagi diizinkan Allah, dan selagi diperlukan.

Terima kasih kepada para pentadbir  SMKJP2, khususnya Encik Yahya bin Awang, Pengetua SMKJP2 2011 dan Encik Abdul Latif, GPK HEM SMK JP2 yang memberi sokongan atas pembinaan Web Blog PPDa SMKJP2.

Begitu juga kepada Puan Umi Kalsom dan Puan Nazila Fauzai selaku Guru Penasihat PPDa SMKJP2 yang memberi keizinan untuk saya menguruskan blog PPDASMKJP2 ini.

Untuk melihat senarai pemenang, sila klik http://ict.upsi.edu.my/index.php/keputusan-pemenang

Terima kasih kepada penganjur, yang mengadakan Pertandingan Educational Blog 2011. Sekian wassalam.

Pertandingan Educational Blogging Anjuran UPSI

Pertandingan Educational Blogging Anjuran UPSI

Tahniah, Pemenang Educational Blog 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Untuk melihat senarai pemenang, sila klik http://ict.upsi.edu.my/index.php/keputusan-pemenang


Memetik sebahagian artikel yang tersiar di Website ICT UPSI, berkaitan Program Hari ICT:

Pusat ICT telah berjaya menganjurkan beberapa siri Program Hari ICT  yang merupakan program tahunan di UPSI. Pada tahun 2006, Perpustakaan dan Pusat ICT telah mengadakan buat kali pertamanya sambutan Bulan Membaca dan Hari ICT secara bersama. 

Melalui program ini, warga UPSI dan masyarakat sekitar Tanjong Malim telah mendapat  pendedahan kepada kepentingan pengetahuan dan ilmu, serta mengikuti perkembangan teknologi semasa dan peranan ICT untuk  kehidupan masa kini. 

Bermula hari ICT 2008, pertandingan educational blogging akan dijadikan acara tahunan pada Hari ICT UPSI bagi menggalakkan perkembangan blogging di Malaysia.

Tahun ini, sekali lagi Pusat ICT UPSI Mengadakan Pertandingan Educational Blogging, yang berlangsung dari 12 Mei hingga 15 Julai 2011 yang lalu.

Keputusan pertandingan telah pun diumumkan. Tahniah kepada semua pemenang.

Secara peribadi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur pertandingan ini. Ia banyak mencungkil bakat dan memberi lebih ruang kepada blog yang berbentuk pendidikan.

Saya juga berharap, pertandingan seumpama ini diperbanyakkan lagi oleh banyak pihak, memandangkan kini telah ramai para pendidik yang mempunyai blog mereka, dalam menyampaikan dan menyebar luaskan perkongsian ilmu dengan pelajar mereka dan lain-lain.

Sekian, terima kasih. Wassalam.


CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU! 




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada petang ini, saya ingin mengambil kesempatan menyertai sebuah pertandingan sempena Hari Guru 2011 yang dianjurkan oleh Encik Shah, pemilik blog  http://www.abgshah.com/.

 CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!
Oleh Dunia Cikgu Kaunseling. 
Sebuah Karya bertajuk, 
Terima kasih, cikgu.


Diadaptasi daripada pengalaman Dunia Cikgu Kaunseling semasa sesi kaunseling. 
Watak di sini bukan  menggunakan nama sebenar. 



Pagi itu, hujan turun renyai-renyai. Seorang pelajar perempuan, Enon  sedang menikmati sekeping biskut.  Tadi, sewaktu bertemu guru yang berada di Bilik Kesihatan tersebut, Enon mengadu sakit perut, pedih.  

Apabila ditanya adakah sudah mengambil sarapan pagi, jawab Enon , dia tidak suka ambil sarapan pagi.

Lalu, Cikgu Onah telah  memberikannya sekeping biskut keping oatmeal dan segelas air susu Green Tea Colustrum.  Kebetulan Cikkgu Onah memang sudah menyediakan stok makanan tersebut. Ini memandangkan ada di antara pelajar yang  datang berjumpanya, mengadu sakit perut. Apabila diberi susu dan sekeping biskut, sakit perut mereka hilang lalu mereka dapat meneruskan pembelajaran mereka seperti biasa.

Selesai makan, Enon menyapukan Minyak angin jenama Minyak Angin Ambar Kenanga yang disediakan oleh Cikgu Onah. Kemudian, Enon meletakkan minyak tersebut ke tepi katil.

Manakala Cikgu Onah memerhatikan Enon dari tempat duduknya. Cikgu Onah yang sedang mengenalpasti akan penyakitnya, samada benar-benar sakit atau tidak,  kemudian menghampiri  Enon.

"Saya telefon penjaga kamu, ya Enon?" tanya Cikgu Onah.

"Erm, takpelah cikgu. Tak perlulah. Saya sakit sikit je. Mungkin saya sakit perut sebab pagi tadi tak sarapan. Malam tadi masa ibu panggil makan pun, saya tak lalu makan," ujar Enon.

"Kalau begitu, kamu kena balik ke kelas. Kamu tak boleh berehat lama-lama di bilik kesihatan ini," ujar Cikgu Onah.

"Tapi, saya pening sangat cikgu," Enon memicit-micit kepalanya. Bau minyak kapak melatari ruang sickbay khas untuk pelajar perempuan itu.  

"sekarang pukul 9.20. Kamu rehat 10.20 kan?"

"Ya, cikgu,"

"Waktu rehat nanti, kamu keluar rehat. Makan dan minum di kantin Busu, ya",

"InshaAllah, cikgu," jawab Enon, sedikit ceria di wajahnya.

Itu adalah kali pertama Enon masuk meminta minyak angin di Bilik kesihatan tersebut. Bermakna, pertama kali Cikgu Onah menemui Enon secara personal.

Memerhatikan gaya tubuh pelajar berkenaan, Cikgu Onah merasakan perlu untuknya mengadakan sedikit temubual dengan Enon.

Diringkaskan cerita, setelah Enon kelihatan sihat sedikit, sebelum waktu rehat tiba, Cikgu Onah menembual Enon. 

Setelah proses mengenali pelajar terbabit sebagaimana panduan kaunseling individu,  Enon akhirnya berkongsi cerita hatinya.

MENGAPA IBU DAN AYAH MEMBUANG KAMI, CIKGU?

"Mengapa ibu buat kami begini, cikgu? Mengapa ayah meninggalkan kami begitu sahaja, cikgu? Adakah sebab adik saya cacat, lalu kami dibuang?" 

"Enon, kita tidak tahu mengapa ibu dan ayah Enon buat begitu pada Enon dan adik Enon.  Walaupun ibu ayah enon membuang Enon dan adik, sekurang-kurangnya mereka tidak membiarkan enon dan adik begitu sahaja, kan? Ayah tinggalkan juga surat beranak Enon dan adik,"

"Tapi, itu bermakna mereka membuang kami, cikgu,''

"Mereka mungkin terpaksa buat begitu, Enon. Mungkin sebab ibu dan ayah Enon sudah bercerai, lalu ibu buntu hendak menyara Enon dan adik, atau saja mungkin mereka hidup miskin dan melarat. Mereka tinggalkan kamu berdua di surau itu mungkin besar harapan mereka agar kamu berdua ditemui orang baik-baik yang sudi memelihara kamu," terang Cikgu Onah.

"Sampai hati ibu dan ayah tinggalkan kami begitu saja. Bukankah adik saya baru berusia 8 bulan ketika itu, terlalu kecil untuk dibiarkan sendirian dengan si kakak ini yang hanya berusia 3 tahun untuk menjaganya?"

"Enon, sekarang enon sudah berusia berapa tahun?" tanya Cikgu Onah, cuba mengajak Enon berfikir.

"15 tahun, cikgu,"

"Ha, dah 15 tahun pun Enon hidup di dunia ni. Sudah besar remaja Enon. Adik, berapa tahun?"

"13 tahun, cikgu," jawan enon lagi.

"Cuba enon lihat. Sepanjang 15 tahun ini, tolak 3 tahun tempoh enon bersama ibu dan ayah, Enon sudah menikmati kehidupan yang baik, kan?"

"Ya, cikgu. Saya ada ibu angkat yang baik hati, ada adik-adik yang ramai di asrama anak yatim kami....,"

"Enon rasa susah tak selama hidup ini?"

"Tak, cikgu. Cuma ...,"

"Cuma pa, Enon?" tanya Cikgu Onah pabila melihat Enon mula memberhentikan bicara.

"Cikgu, saya seperti ada yang tak puas dalam hidup ini. Iaitu ibu, ayah kandung di sisi seperti keluarga orang lain," lemah tutur bicara Enon.

Kemudian Cikgu Onah meminta Enon membuat satu lukisan. Ia bagaikan satu terapi untuk Enon. Enon kelihatan ceria dengan hasil lukisan ringkas itu.


DOA ANAK SOLEH/ SOLEHAH 

''Sebagai tanda kita anak yang solehah, selalulah kita panjatkan doa kepada Allah SWT agar ibu ayah kita diampunkan doasanya oleh Allah. Semoga dengan doa anak yang soleh dan solehah ini, Enon dapat berjumpa dnegan ibu ayah Enon di syurga kelak," tutur Cikgu Onah.

"Ini kerana, Di antara amalan yang diajar oleh Islam untuk kita membalas jasa ibu bapa adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan ke atas mereka,"

"Walaupun ibu ayah buang saya cikgu?" tanya Enon lagi.

"Ya walaupun ibu ayah berbuat tidak baik kepada kita, kita mesti memaafkan mereka. Kerna jasa mereka  sangat besar dalam mengandung dan melahirkan kita dengan penuh susah payah,"

"Walaupun saya cuma anak angkat tapi kasih sayang ibu di rumah anak yatim itu melebihi segalanya. Saya sedar cikgu, sebenarnya saya dikelilingi oleh insan yang mulia hatinya.  Ibu angkat dan  kawan-kawan yang senasib yang saling membantu,"

"Ibu dan ayah mungkin tidak mampu menjaga saya dan adik. Saya sekarang faham cikgu, kerna ibu dan ayah saya saya  kini disini, kerna mereka juga  saya melihat keindahan bulan dan matahari. aSya hari ini tidak hidup melarat,"  bicara Enon dengan linangan air mata.
HARGAI APA YANG KITA ADA KINI, USAH DITANGISI MASA LALU KITA, KERNA HIDUP KITA CUMA SEBENTAR UNTUK TERUS BERDUKACITA

Setelah beberapa ketika proses provokasi, dan proses menolong bantu berjalan, sampai ketikanya, akhirnya Enon meluah bicara,

"Betul kata cikgu, hidup kita cuma sebentar untuk kita terus meratapi masa lalu kita. Yang penting, kita harus menghargai kehidupan yang kita kecapi sekarang, kan cikgu?"

"Hmm macam tulah anak murid saya.

"Yang penting, Enon tumpu dan fokus pada pelajaran ya. PMR dah semakin dekat....,"
," tutur Cikgu Onah.

"Terima kasih, cikgu. Terima kasih sebab cikgu memberikan saya panduan dalam kehidupan ini," Enon mencium tangan Cikgu Onah sewaktu sesi kaunseling itu berakhir. 

"Oh iya, cikgu. Terima kasih susu yang cikgu berikan tadi tu. Alhamdulillah perut saya tak mem memulas lagi," kata Enon sambil menjijit beg sekolah. 

Izinkan saya akhiri entry ini dengan kad ucapan mengandungi Puisi  Guru Oh Guru Karya Allahyarham Usman Awang. 



Sekian.....





 

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .