Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label JPN Pahang. Show all posts
Showing posts with label JPN Pahang. Show all posts

SARANA PSIKOSOSIAL ZON PANTAI TIMUR 2016 SEJAHTERA DI RUMAH, SEJAHTERA DI TEMPAT KERJA


SARANA PSIKOSOSIAL ZON PANTAI TIMUR 2016

 BERTEMAKAN

 "SEJAHTERA DI RUMAH, 

SEJAHTERA DI TEMPAT KERJA"




Berdasarkan website Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan program SARANA PSIKOSOSIAL ZON PANTAI TIMUR 2016 bertemakan "Sejahtera di Rumah, Sejahtera di Tempat Kerja".

Tarikh:    1-2 Mac 2016
Tempat:
  ¨ Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
  ¨ Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
  ¨ Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Objektif:   ¨ Membantu dan memberi ilmu pengetahuan kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia dari pelbagai peringkat melalui pendekatan psikologi dan kaunseling.
¨ Membantu Kementerian Pendidikan Malaysia menjayakan Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan (Anjakan 9 - Berkerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta  secara meluas)
¨ Meningkatkan pelaksanaan program pencegahan, pengembangan, pemulihan dan intervensi melalui aplikasi Modul Perkhidmatan Kaunseling Keluarga, Bahagian Psikologi Dan Kaunseling, KPM.

 
Sekian, terima kasih.

 
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA





















TAHNIAH TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN PAHANG PUAN HAJAH RASHIDAH BINTI MD ARIF

TAHNIAH TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN PAHANG YANG BARU
 PUAN HAJAH RASHIDAH BINTI MD ARIF


 Sumber gambar; FB Sektor Pengurusan Akademik Pahang

Program Ikon Murid Kuantan 2013 Lepasan PMR Di Agro Resort Semuji

Program Ikon Murid Kuantan 2013 Lepasan PMR Di Agro Resort Semuji



















Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah saya telah terpilih sebagai salah seorang fasilitator Program Pemantapan Jatidiri Murid Lepasan PMR 2013- IKON MURID DAERAH KUANTAN LEPASAN PMR- Di Agro Resort Semuji dari 30 Oktober hingga 1 November 2013.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program 3 hari 2 malam itu.

Majlis penutupan dirasmikan oleh En Mohd Fizer Bin Mohd Ali, Pegawai Kaunseling dari JPN Pahang

Pengarah Pendidikan Pahang yang baru Tahniah

Encik Rosdi bin Ismail Pengarah Pendidikan Pahang yang baru Tahniah daripada warga SMK Lepar Hilir

Sumber gambar; Website JPN Pahang

Senarai Sekolah Rancangan Khas Pahang

Senarai Sekolah Rancangan Khas Pahang

Berikut adalah senarai 22 buah Sekolah-sekolah Rancangan Khas Negeri Pahang:


Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur Kuantan Pahang 2013

Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur Kali ke 2 Kuantan Pahang 2013


Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur 
Kuantan Pahang 2013


Alhamdulillah pada Hari Selasa, 2 Julai 2013 yang lalu, penulis blog cikgukaunseling.com berkesempatan mengikuti
Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur Kuantan Pahang 2013
di  BTPN Beserah, Kuantan, Pahang.

Maaf ye pelayar blog ini sebab saya dah kurang dapat kemaskini blog ini memandangkan banyak tugas hakiki di alam realiti yang perlu saya tuntasi.
Terima kasih kepada anak-anak SMK Lepar Hilir yang membuatkan
Bilik Unit Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir sentaisa hot market,:).

Berita yang saya tulis ini pun dah seminggu berlalu, namun saya tetap akan muatnaik di sini memandangkan bagi saya program ini sangat bermanfaat kepada semua peserta program.

FORUM KERJAYA INDUSTRI ICT KAUNSELOR SEKOLAH JPN PAHANG 2013

FORUM KERJAYA ICT UNTUK KAUNSELOR SEKOLAH JPN PAHANG 2013

En Mohd Fizer Bin Mohd Ali,
  Pegawai Kaunseling dari JPN Pahang sedang berucap.


Puan Fazidah Akmal dari MDEC sedang memberi penerangan.


Mr KC Tan dari IBM


 Teknologi Pendidikan Apple IPAD


Demonstrasi Aplikasi Apple


Kelihatan Penceramah sedang membuat demonstrasi membuat video segera di IPAD. Kelihatan Para kaunselor termasuk Cik Emas Sani dari SMK Keratong dan Puan Aida dari Selanchar sedang khusuk mendengar taklimat.


Mr Hussin Khan Yusof Khan


Para penanya soalan sedang mengemukakan pertanyaan.
Gambar Kaunselor dari SMK Semambu, Kaunselor SMK Seri Mahkota ,
 Encik Ahmad Rizal MGKK Pahang dan Kaunselor dari Kuala Lipis.


Para penceramah meneriama cenderamata yang disampaikan oleh
 En Mohd Fizer Bin Mohd Ali, Pegawai Kaunseling dari JPN Pahang

 Para peserta forum bergambar ramai bersama penceramah dan 
 En Mohd Fizer Bin Mohd Ali, Pegawai Kaunseling dari JPN Pahang.

DUNIA ICT


Information Communication Technology (ICT) mempengaruhi kehidupan manusia sejagat. Perkembangan teknologi komputer yang begitu pesat menunjukan peradaban manusia berkembang begitu pantas.
Penguasaan ilmu dan pengetahuan moden membolehkan manusia merekayasa ciptaan baharu untuk manfaat kehidupan. ICT sebagai suatu medium komunikasi membolehkan manusia berinteraksi dengan pantas,mudah dan berkesan melalui emel,tweeter, blog , facebook , skype dan webcam dimana saja kita berada walau pun dibatasi jarak ribuan kilometer. Kemampuan daya cipta manusia meneroka dunia ICT menjadi wadah dan pemangkin yang paling berkesan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sesebuah organisasi .
 

Jerebu di Kuantan Semua sekolah di Kuantan dibuka esok

Jerebu di Kuantan Semua sekolah di Kuantan dibuka esok

 Keadaan Jerebu di Felda Lepar Hilir 2

KUANTAN - , Semua sekolah di Kuantan yang ditutup hari ini akibat jerebu akan dibuka semula seperti biasa mulai esok, kata Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail.


Sejarah PERHATI Program Anak Yatim Permata Hati Di Pahang

Sejarah PERHATI Program Anak Yatim Permata Hati 
Di Pahang



Firman Allah SWT:

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
 
 Surah Al Baqarah, Ayat 83 


                      Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah    
                                                         al-Mustain Billah, Tengku Mahkota Pahang

  PROGRAM PENDIDIKAN DAN KEMASYARAKATAN
Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI)


Idea Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah, Tengku Mahkota Pahang. Majlis Penyampaian Hadiah dan Bantuan Tautan
Kasih anjuran Yayasan Pahang pada bulan Ramadhan 1429H
 
Program Anak Yatim Permata Hati merupakan program kebajikan dan kemasyarakatan Yayasan Pahang





Tahniah Kepada Encik Yahya Bin Zainal Abidin

Tahniah Kepada Encik Yahya Bin Zainal Abidin


Assalam dan selamat sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada Encik Yahya Bin Zainal Abidin, AAP,AMP yang akan meneruskan kecemerlanagannya di JPN Pahang sebagai  Pengarah Pelajaran Pahang yang baru. 

Kepada para pelajar, jom jengah blog pendidikan Tuan Pengarah kita. Ok, apa lagi. Jom kita terjah blog beliau:

http://cemerlangmatematik.blogspot.com/

http://cemerlangmatematik.blogspot.com/

http://memoripengetua.blogspot.com/


Sekian. Wassalam.

Jom Ke Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang

Perkongsian Sesawang Akademik
=Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Pahang 



 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pelajar? Pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan  Sijil Pelajaran Malaysia, diharap sudah bersedia. Walaupun peperiksaan PMR pada Oktober nanti dan SPM pada November, sebenarnya masanya sudah semakin hampir. Selain persediaan fizikal, mental dan emosi yang mantap,  pastikan juga  keselamatan dan kesihatan diri diutamakan. Samada di rumah, sekolah, lebih-lebih lagi di atas jalan raya.

Di sini saya ingin kongsikan pautan website, iaitu Portal Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Pahang.  Klik sini. Pada pendapat saya ia boleh dilihat oleh pelajar samada yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi mahu pun yang berada di Tingkatan 4 pada tahun ini, khususnya pelajar di Negeri Pahang mahupun dari negeri lain.

Bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT, khususnya pelajar Tingkatan 4,  anda boleh layari portal ini,  klik sini, http://ict.akademikpahang.edu.my/v2/index.php/bahan-rujukan/tingkatan-4   dan  http://ict.akademikpahang.edu.my/v2/index.php/bank-soalan 

Bagi mata pelajaran di Bidang sains dan matematik, sila layari sini, Portal Sains dan Matematik Pahang, klik sini, Portal Sains Kemasyarakatan Pahang, klik sini, Portal Teknik dan Vokasional Pahang, klik sini, Pautan utama, sila layari; www.akademikpahang

Selamat melayari portal berkenaan.Wassalam

Jom Ke Website Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Pahang

Jom Ke Website Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Pahang 

Perkongsian Website Akademik
=Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Pahang 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kawan-kawan? Pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, diharap sudah bersedia. Pastikan keselamatan diutamakan, samada di rumah, sekolah, lebih-lebih lagi di atas jalan raya. Juga berhati-hati dengan air...jika di tempat kamu dilanda banjir.

Di sini saya ingin kongsikan pautan website, iaitu Portal SPN JPN Pahang.  Pada pendapat saya ia boleh dilihat oleh pelajar samada yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi mahu pun yang berada di Tingkatan 4 pada tahun ini, khususnya pelajar di Negeri Pahang mahupun dari negeri lain.

Bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT, khususnya pelajar Tingkatan 4 tahun 2009,  anda boleh layari portal ini,  klik sini, http://ict.akademikpahang.edu.my/v2/index.php/bahan-rujukan/tingkatan-4 dan  http://ict.akademikpahang.edu.my/v2/index.php/bank-soalan

Bagi mata pelajaran di Bidang sains dan matematik, sila layari sini, http://sainsmatematik.akademikpahang.edu.my/v2/. Pautan utama, sila layari; www.akademikpahang

Selamat melayari portal berkenaan. Selamat menduduki peperiksaan SPM.Wassalam

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .