Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label peta minda. Show all posts
Showing posts with label peta minda. Show all posts

Pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1S Peta Minda Mencari Isi Penting

Pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1S Peta Minda Mencari Isi Penting 

Aktiviti Tingkatan 1S dalam Kelas Bahasa Melayu

Gaya persembahan kunmpulan pertama dalam membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.


 Perbincangan Kumpulan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara aspek dalam Bahasa Melayu ialah penulisan karangan. Namun, kebanyakan pelajar mempunyai masalah untuk menulis karangan. Mereka sukar untuk mencari dan juga mengembangkan idea semasa menulis karangan. Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid semasa menulis karangan ialah

  • Kekurangan idea
  • Kosa kata terhad
  • Isi berulang


Oleh itu, guru berperanan untuk merangsang minda  murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan. Guru berperanan untuk merangsang minda  murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan agar pembelajaran berlangsung 
dengan berkesan. Guru boleh menggunakan PETA MINDA bagi membolehkan murid mengembangkan isi untuk menghasilkan karangan mereka dengan baik. 

Kemahiran Belajar Dengan Peta Minda

Kemahiran Belajar Dengan Peta Minda

  1. Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan.
  2. Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis).
  3. Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja.
  4. Fokus kepada isu sebenar meningkat.
  5. Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna.
  6. Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat.

Perisian Peta Minda Percuma

Perisian Peta Minda Percuma


Sila rujuk post sebelum ini mengenai Peta Minda di blog ini.  Disini saya nak berkongsi salah satu perisian yang dibangunkan secara percuma ( opensource ) yang boleh digunakan untuk membuat peta minda dengan menggunakan komputer.

Boleh rujuk artikel Apakah perisian terbuka di blog ini di sini,http://www.cikgukaunseling.com/2011/06/apakah-perisian-terbuka.html.

 Saya telah pun mencuba, dan amat berpuas hati dengan perisian percuma ini. Jadi, sebaiknya perisian ini saya dedahkan agar pelajar juga boleh menggunakan perisian tersebut.

Kelebihan perisian Xmind ( buat peta minda )

1. Perisian percuma
2. Senang digunakan
3. Guru dan pelajar boleh gunakan samada untuk mengajar atau belajar
4. Mudah untuk di'edit' sekiranya nota dalam bentuk peta minda nak di'upgrade'

PETA MINDA ITU PENTING

PETA MINDA ITU PENTING

 Sumber gambar di atas dari google.


PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.

Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya.

Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.

Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.

Nota Minda: Sejarah Tingkatan 1, Pentafsiran Sejarah

Nota Minda: Sejarah Tingkatan 1, Bab 5, Pentafsiran Sejarah.

 Nota Minda, Pentafsiran Sejarah
sila klik pada gambar untuk membesarkan atau print out

Bab 5: Pentafsiran Sejarah

1. Tafsiran menjadikan peristiwa bermakna.

2. Sejarawan berusaha mencari jawapan

3. Tafsiran tepat memerlukan penyelidikan

4. Tafsiran mungkin berbeza antara sejarawan.

   i. ada yang kata pembunuhan Birch kerana beliau memperkenalkan sistem cukai.
   ii. Sejarawan lain - pembunuhan kerana Birch ambil alih kuasa pembesar dan raja

5. Tafsiran berbeza disebabkan pandangan yang berlainan antara sejarawan.

   i. Sejarawan barat - penjajahan British kerana ingin membantu raja mententeramkan kacau bilau
   ii. Sejarawan lain - penjajahan kerana British ingin membolot kekayaan ekonomi Tanah Melayu.
  iii. Sejarawan Barat - anggap Tok Janggut, Dato Bahaman sebagai pemberontak.
iv. Sejarawan tempatan - anggap pahlawan Melayu sebagai pejuang tanah air.

6. Sejarawan mestilah jujur dan bertanggungjawab ketika membuat penyelidikan dan penilaian peristiwa sejarah

Nota Minda; Kaedah Arkeologi

Nota Minda: Sejarah Tingkatan 1

Kaedah Arkeologi Sebagai Salah Satu Kaedah Pengkajian Sejarah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya membuat nota minda berdasarkan mata pelajaran Sejarah.

Di dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1, Dalam Bab 1; Sejarah dan Kita. Kaedah Pengkajian Sejarah:

 Nota Minda; Kaedah Kajian Sejarah


Nota Minda Kaedah Arkeologi
(Sejarah Tingkatan 1), sila klik pada gambar 
untuk membesarkannya atau untuk memprint out.


Kaedah Pengkajian Sejarah:

Kaedah Lisan
  • Sumber lisan ialah sesuatu yang duucapkan atau diberitahu oleh orang sumber
  • Ahli sejarah memperolehi maklumat sejarah malalui cerita-cerita lisan atau pengucapan oleh seseorang tokoh
  • Maklumat yang diperolehi terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan dan perbualan dinamakan kaedah lisan
  • Sumber sejarah yang diperolhi melalui akedah lisan berkait rapat dengan sastera rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi
  • Ahli sejarah perlu mengelakkan diri daripada memasukan undur tokok tambah
  • Ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet, televedio, cakera padat pita rakaman menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar
  • Menonton berita dan liputan secara langsung melalui televiisyen dianggap sebagai sumber lisan
  • Kaedah mendapat sumber lisan yang lain ialah a. Temu ramah b. Penceritaan
  • Kaedah temuramah dan penceritaan ini bertujuan untuk mendapatkan latar belakang ataupun pandangan daripada seorang tokoh
Kaedah Bertulis
  • Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis
  • Pengkaji telah menggunakan alat-alat di bawah untuk mentafsir fakta yang diperolehi:
  • Catatan perjalanan 
  • Diari 
  • Tujuan dan gambar pada kulit binatang 
  • Duit syiling 
  • Daun
  • Kesan pahatan di batu nisan atau di dinding gua, daun kayu, kulit kayu 
  • gading dan kertas
  • surat
  • Manuskrip
  • Melalui sumber yang ditulis dilakar dan di pahat membantu sejarawan memperolehi maklumat mengenai Sesuatu perkara,  Peristiwa, Tokoh, Kejadian, Perundangan, dan Adat resam.
  • Contoh sumber bertulis ialah Sejarah Melayu mengenai Kesultanan Melayu Melaka

Kaedah Arkeologi
  • Melalui kaedah arkeologi, fakta yang diperolehi didapati dengan proses gali cari bahan- bahan purba yang tertanam di dalam tanah atau dasar laut
  • Ia juga merupakan kaedah saintifik
  • Bahan yang dijumpai dipanggil sebagai artifak
  • Kebanyakan bahan ini disimpan di Muzium atau Arkib
  • Artifak ini dapat menjelaskan kegiatan dan kebudayaan manusia zaman dahulu.
  • Melalui proses pentakrihan radiokarbon, ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah dapat disahkan.

Peta Minda; Karya HAMKA

Peta Minda; Karya HAMKA
http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/


Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Pada entry ini, saya telah memuatnaik Nota Peta Minda untuk calon SPM 2010. Nota ini diadaptasi daripada Ustaz Muhammad Bin Abdullah @ Ab Shatar yang menulis artikel bertajuk, "Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Nyatakan karya peninggalan HAMKA kepada Umat Islam di Nusantara Melayu?"
Para pelajar Tingkatan 5 di SMK Jengka Pusat 2 bolehlah mengambil salinan nota minda di atas untuk kemudahan anda membuat  ulangkaji saat akhir. Semoga tips dan perkongsian ini, diambil manfaat oleh pelajar sekalian.
 

1. Hasil karya HAMKA boleh dibahagikan kepada bidang iaitu:

i. Agama: Kitab Tafsir al-Azhar, Tasawuf Moden, Arkanul Al-Islam, Revolusi Agama, Sejarah Umat Islam

ii. Falsafah: Kitab Falsafah Hidup, Lembaga Hidup, Pandangan Hidup Muslim

iii. Sastera: Novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Laila Majnun, Menunggu Biduk Berbunyi, Mandi Cahaya Di Tanah Suci.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar, blog ependidikanislam

4 Jenis Nota


Cara Membuat 4 Jenis Nota



1. Nota Istilah

Nota istilah digunakan untuk menyalin secara ringkas istilah, formula atau definisi. Anda boleh gunakan kertas biasa atau kad yang agak tebal. Saiznya eloklah kecil agar anda  boleh bawa dengan mudah. Ianya juga boleh dibaca di mana-mana. Anda boleh gunakan berbagai warna ketika menulis nota sesuai dengan fakta yang mahu anda fokuskan.

2. Nota Contoh Jawapan Fokus kepada gaya Soalan dan Bentuk Soalan suatu Topik.
Ia digunakan untuk mengulangkaji. Nota ini tidak smeestinya ditulis, mungkin anda boleh fotostat dari buku atau mana-mana artikel yang anda jumpai.
3. Nota Gambarajah

Nota gambarajah biasanya dibuat agar ianya dapat memberikan suatu gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang topic yang berkaitan. Biasanya gambarajah yang dibuat nota dipilih bagi memudahkan anda mengingati hubungkait antara fakta. Hanya gambarajah yang penting sahaja disalin atau difotostat dari mana-mana sumber.

4. Nota Peta minda
Tony Buzan pada awal tahun 1970-an telah membentuk satu teknik bagi mengingat yang dipanggil Mind Mapping. Kaedah  ini memuatkan intipati sesuatu bab di atas sekeping kertas dnegan menggunakan kaedah visual berbentuk gambar, symbol atau corak. Ia jua menjalinkan kaitan antara fakta-fakta. Kaedah ini boleh anda gunakan untuk membuat nota yang baik, ringkas, padat serta mudah diingat.

Contoh Nota Minda

Contoh Nota Minda: Selaut Budi Dalam Ingatan

Selaut Budi Dalam Ingatan ini dipetik dari Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2007, mukasurat 23.

Artikel ini berkaitan Allahyarham Dr Shaharom Husain. Beliau seorang mentor, tokoh guru, budayawan, sejarawan serta penggiat seni yang begitu berpengaruh. Allahyarham telah meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat sakit tua pada detik sekitar 7.45 pagi di kediaman putera sulung beliau, Dr. Mohammad Hatta Shaharom di Gombak, sumber;Ilham Pak Yob, klik sini.

Saya sendiri tidak pernah menemui allahyarham. Saya pertama kali mengenali karya allahyarham, naskah skrip drama berjudul “Tun Seri Lanang”" semasa di sekolah rendah di perpustakakaan ayah saya. Sejak membelek naskhah itu, saya tertarik pada karya allahyarham yang lain.

Nama Allahyarham Dr. Shaharom Husain tentulah tidak asing dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden, khasnya dalam genre drama. Adakah anda mengenalinya?

Bagi mengenali  Allahyarham Dr. Shaharom Husain dengan lebih lanjut, di sini disertakan sedikit biodata allahyarham. Allahyarham telah dilahirkan pada 4 November 1919 di Kampung Peserai, Batu Pahat, Johor. Nama pena allahyarham ialah Dharmaya, Mashor Malaya dan Shabi. Antara kerjaya allahyarham ialah guru dan pensyarah maktab.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Peserai di Batu Pahat dari tahun 1928 hingga tahun 1934. Di sana allahyarham belajar dari darjah 1 hingga darjah 4. Kemudian allahyarham melanjutkan pelajaran dalam darjah 5 di Sekolah Melayu Bagan Tinggi, Batu Pahat pada tahun 1935 hingga 1936.

Allahyarham kemudian melanjutkan pengajian ke Maktab Perguruan Sultan Idris dari tahun  1938 hingga 1940. Allahyarham mempelajari Bahasa Jepun semasa Perang Jepun meletus.

Pada tahun 1958, allahyarham menuntut di Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bahru. Seterusnya beliau mengikuti kursus Bahasa Inggeris secara pos (Australia).

Allahyarham seorang yang gigih dalam menuntut ilmu. Allahyarham kemudiannya melanjutkan pengajian di Fakultas Sastera Universitas Nasional, Indonesia pada 1963. Allayrham mengikuti kursus prauniversiti secara bertulis (jarak jauh) dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia.

Antara hasil karya Allahyarham Dr. Shaharom Husain dalam kategori novel ialah 10 Julai 1511, Hantu Laut, Korban Sungai Muar, Tun Fatimah, Jiwa Melarat, Seri Nara dan Keris Laksamana Bentan. Bagi kategori drama pula antara karya allahyarham ialah "Lawyer Dahlan", Tun Seri Lanang, Tonggak Kerajaan Johor, Si Bongkok Tanjung Puteri dan Di Atas Pentas.

Karya berbentuk biografi atau autobiografi pula ialah Biografi Perjuangan Politik Dato Onn Jaafar dan Memoir Shaharom Husain.Antara kajian beliau ialah Antara Pengarang-pengarang Melayu dan Karyanya dan Kajian Novel Hantu Laut.

Manakala karya berbentuk umum, beliau telah menghasilkan Meliahat Australia 1, Tawarikh Johor dan Kesan Sejarah tanah Ayer.

Di bawah ini adalah contoh peta minda berkaitan artikel, "Selaut Budi dalam Ingatan".














      " Shaharom Husain berminat mengarang novel sejarah. Minatnya ini sejajar dengan pendirian beliau bahawa masyarakat perlu mengetahui sejarah kegemilangan bangsanya pada masa lampau.


Cara ini akan dapat meningkatkan semangat  cinta  akan negara dikalangan rakyat.  

                                                                                                            Mohd Thani Ahmad,1988.

Saya akhiri entry ini dengan kiriman Alfatihah buat allahyarham Shaharom Husain. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.


Nota kaki;
  1. Dipetik dan diubahsuai daripada "Selaut Budi dalam Ingatan", muka surat 23, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, DBP, 2007.
  2. Mohd Thani Ahmad. 1988. WAJAH: Biografi Penulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa Pustaka.
  3. Website Sekolah Kebangsaan Peserai; klik sini.
  4. Blog Ilham Pak Yob; klik sini.

Tips Mudah Mengingat

Tips Mudah Mengingat


Alhamdulillah, pada kali ini saya ingin berkongsi tips ringkas, "Tip Mudah Mengingat". Sebenarnya banyak tips untuk mudah kita ingat dalam pelajaran. Namun kali ini, saya kongsikan dahulu secara umumnya.


Tips Mudah Mengingat:

1) Berikan tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2) Sentiasa konsisten membuat ulangkaji pada matapelajaran yang diambil. 


3) Selalu bertanya kepada guru kepada perkara/ topik yang tidak difahami.


4) Hadir dalam program peningkatan akademik yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Skim Tiusyen Felda (STF) dan Kelas Kecemerlangan.


5) Rajin Berdoa dan rajin solat hajat.


6)  Hindari dosa, hati akan bersih. hati yang bersih mudah menerima ilmu.


7)  Jika anda belajar secara biasa, maka penampilan/ hasilannya juga adalah biasa. Jika anda belajar secara luar biasa, maka penampilan dan hasilannya juga adalah secara luar biasa. InsyaAllah.

Semoga semua para pelajar SMKJP2 dapat mengambil manfaat dari perkongsian ini dalam memudahkan proses pembelajaran.


Sesungguhnya, jalan menuju kejayaan itu memerlukan pengorbanan. Seringkali airmata menemani perjalanan menuju kejayaan. Namun hapuskanlah airmatamu kerna airmata itu biarlah hanya untuk yang bernilai sahaja. Pasti kamu kan  mengerti bahawa nilai pengorbanan itu amat bermakna demi masa depan kamu.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .