Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Sukarelawan. Show all posts
Showing posts with label Sukarelawan. Show all posts

The Positive Warrior Support Pesakit HIV AIDS

The Positive Warrior Support Pesakit HIV AIDS







Legasi Budi Anak pengasas Keluarga Besar Norlina Alawi

                          Legasi Budi Anak pengasas Keluarga Besar Norlina Alawi komited pelihara 
kanak-kanak penghidap HIV/Aids, terabai
 

LEGASI BUDI



Anak pengasas Keluarga Besar Norlina Alawi
 komited pelihara kanak-kanak penghidap HIV/Aids, terabai


 NORLINA Alawi di samping anak-anak penghuni PERNIM.

Anak-anak yang diberi perlindungan KBNAB mendapat
 kasih sayang dan perhatian sewajarnya demi perkembangan diri mereka.
 
KE mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Perumpamaan itu paling tepat untuk menghuraikan kisah dua beranak ini menabur budi dalam kerja kebajikan. Anak gadis pengasas Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (PERNIM), Norlina Alawi yang cukup dikenali atas kesanggupan memelihara kanak-kanak dijangkiti virus berbahaya itu, kini menjadi penyambung legasi ibunya.

Selepas sebulan menjaga bayi dengan tangan saya sendiri, tiba-tiba hati menjadi sayang kepadanya. Apabila mama beritahu mahu serahkannya kepada orang lain untuk dijaga, saya tidak izinkan. - Noor Emylia

Biarpun baru berusia 20 tahun, Noor Emylia Erna Roslan komited meneruskan perjuangan ibunya dalam membela nasib kanak-kanak penghidap HIV/Aids dan terabai, menjaga mereka persis darah daging sendiri.





Norlina Pengasas Keluarga Norlina Alawi Berhad (KNAB) Syukur


Norlina Pengasas Keluarga Norlina 
Alawi Berhad (KNAB) Syukur

 KNAB Pertubuhan sukarela yang memelihara
 dan menguruskan kanak-kanak penghidap HIV


Petikan artikel Norlina Syukur di akhbar Harian Metro



Norlina syukur

  KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur apabila berjaya meraih diploma meskipun berdepan dugaan hebat apabila kehilangan dua orang tersayang iaitu anak anugerah, Muhammad Amir Hamzah, 11, dan bapa, Alawi Tahar, 68, ketika dalam tempoh pengajian.”

Demikian kata Pengasas Keluarga Norlina Alawi Berhad (KNAB), Norlina Alawi, 40, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) ke-26 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM).
KNAB adalah pertubuhan sukarela yang memelihara dan menguruskan kanak-kanak penghidap HIV berpusat di Cheras.



Prof Adeeba pakar HIV/Aids

Prof Adeeba pakar HIV/Aids

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada entry kali ini, saya membawakan pembaca blog ini kepada seorang Tokoh Perubatan di tanahair kita ini. Beliau telah banyak menyumbangkan bakti dalam bidang Perubatan HIV/AIDS.
 Prof Dr Adeeba Kamarulzaman


Perjalanan Kerjaya Prof Dr Adeeba Kamarulzaman

PENAMPILAN dan keperibadian Prof Dr Adeeba Kamarulzaman cukup sederhana, namun siapa sangka wanita itu sebenarnya berjiwa besar dan bersemangat kental.

Minat mendalami kepakaran dunia perubatan khususnya bidang penyakit berjangkit seperti HIV/Aids selain sumbangan besarnya kepada negara serta masyarakat dalam menangani isu dan permasalahan penyakit berbahaya itu membuktikan beliau bukan calang-calang orang. 

Kini menerajui Unit Penyakit Berjangkit, Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Prof Adeeba antara individu dikagumi dan disegani ramai khususnya dalam dunia perubatan HIV serta Aids

“Saya mula mendalami kepakaran dalam bidang penyakit berjangkit khususnya HIV ketika bertugas di Fairfield Infectious Diseases Hospital, Melbourne, Australia pada 1996.

“Ketika itu, penularan virus HIV di dunia baru lapan tahun dan rata-rata pesakitnya ialah kalangan generasi muda, manakala rawatan pula masih lagi baru. Faktor inilah menjadi tarikan kuat untuk saya mendalami kepakaran dalam bidang ini,” katanya.

Akur berdepan dengan banyak cabaran sepanjang kariernya, beliau bagaimanapun tekad meneruskan perjuangan membantu pesakit yang hidup dengan HIV dan Aids kerana sedar akan tanggungjawab dipikulnya.

Pengalaman kerjaya di luar negara banyak mematangkannya, malah beliau sama sekali tidak pernah jemu menggali ilmu dan kepakaran dalam bidang berkaitan. 

“Secara umumnya, masyarakat masih belum terbuka dengan idea hidup bersama mereka yang hidup dengan HIV dan Aids kerana perasaan syak wasangka serta prejudis masih tebal dalam diri mereka.

“Halangan sebegini yang paling sukar sepanjang karier saya kerana majoriti masih enggan menerima mereka yang hidup dengan HIV dan Aids sebagai sebahagian daripada masyarakat,” katanya.

Tempoh 15 tahun di luar negara dirasakan sudah cukup sehingga akhirnya Prof Adeeba akur dengan permintaan ibunya agar kembali berkhidmat kepada negara.

“Awalnya, saya serba salah untuk kembali ke Malaysia kerana sudah selesa dengan persekitaran kerjaya di sana, apatah lagi saya bersuamikan warganegara Australia selain jaminan pendapatan yang cukup lumayan.

“Namun segala-galanya berubah selepas termakan pujukan ibu yang mahu saya kembali menyumbang bakti kepada tanah air selepas banyak wang kerajaan dilaburkan bagi membiayai pengajian saya di Australia,” katanya.

Beliau berkata, banyak perbezaan dirasainya sebaik kembali ke Malaysia khususnya dalam persekitaran kerjaya dan kemudahan perubatan yang disediakan kepada mereka yang hidup dengan HIV/Aids.

Katanya, pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap bahaya HIV belum meluas selain kekangan kos perubatan pada ketika itu amat tinggi.

“Saya ditugaskan di PPUM dan skop pekerjaannya lebih kepada pencegahan wabak penyakit berjangkit seperti HIV, denggi, tibi dan virus baru. Pengalaman paling getir ialah ketika kami perlu mengkaji dan mencari rawatan sesuai menangani virus Nipah yang melanda negara pada 1999. Situasi ketika itu amat genting dan menakutkan hingga suami menggesa saya beralih ke unit lain.

“Apapun, pengalaman menjalankan Projek Harapan membabitkan banduan yang hidup HIV di Penjara Kajang bersama rakan karib, Prof Dr Rick Altice dari Yale University cukup mengharukan.

“Detik itu cukup bermakna apabila satu hari saya didatangi seorang bekas banduan yang tidak putus-putus merakamkan ucapan terima kasih atau usaha saya melaksanakan projek sehingga berjaya membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi insan yang lebih baik. Perasaan saya ketika itu sukar digambarkan namun dalam hati terdetik rasa bangga menjadi seorang doktor,” katanya. 

Baca artikel ini selanjutnya, klik ya....

Pengalaman luas Dr Adeeba menangani isu HIV dan Aids, selain berdepan teman rapat yang disahkan hidup dengan virus itu, membuatkan beliau terus aktif dalam pelbagai aktiviti berkaitan HIV/Aids di seluruh dunia.

“Saya juga kerap ke luar negara menghadiri bengkel serta seminar berkaitan Aids selain aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Majlis Aids Malaysia dan Yayasan Aids Malaysia.

“Apa yang saya lakukan ini ialah untuk sama-sama membantu masyarakat mendalami pengetahuan penyakit itu, jangan wujudkan unsur diskriminasi terhadap mereka dan sebaiknya, bantulah mereka daripada segi sokongan dan keperluan lain,” katanya yang berjaya merealisasikan penubuhan Pusat Kecemerlangan Kajian Aids (Ceria) di UM pada 2007.
Graduan perlu terus timba ilmu

“KELAYAKAN dalam bidang perubatan bukanlah penamat segala-galanya, sebaliknya sebagai seorang doktor, pencarian ilmu dan kepakaran perlu diteruskan selagi mereka memikul amanah itu,” itulah pesanan Prof Adeeba kepada graduan dan mahasiswa perubatan.

Katanya, ilmu yang dipelajari di universiti perlu diperkukuhkan dengan inisiatif graduan itu sendiri menggali maklumat bagi mempersiapkan diri menjadi seorang doktor yang terbaik.

“Jangan rasa diri sudah cukup dengan ilmu perubatan apabila berjaya menggenggam ijazah. Anggapan itu salah kerana perkembangan bidang perubatan begitu pantas, ada saja wabak baru melanda dunia, begitu juga kemajuan teknologi yang diguna pakai.

“Selari dengan itu, seorang doktor juga perlu bergerak bersama-sama perkembangan dalam dunia perubatan selain bersedia untuk melakukan perubahan,” katanya.

Beliau yang bimbang melihat sikap segelintir mahasiswa perubatan masa kini yang disifatkannya lalai dan tidak serius mendalami bidang pengajian itu mengakui faktor itu dikhuatiri mampu merencatkan usaha melahirkan bakal doktor yang terbaik.

Katanya, mahasiswa perubatan perlu sedar realiti profesion itu yang menuntut pengorbanan tinggi dan jika faktor mereka mengambil jurusan perubatan sekadar memenuhi impian atau desakan keluarga, ia satu alasan yang salah. 


PROFIL

Prof Dr Adeeba Kamarulzaman

Pendidikan: 
Felo Royal Australiasian College Of Physicians MBBS Monash University, Australia Pencapaian: 
Pakar Perunding dan Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Pusat Perubatan Universiti Malaya
Ahli Australasian Society for HIV Medicine
Felo Academy of Science, Fellow, 2010
Penasihat Yayasan Aids Malaysia
Editor Tamu, The Lancet Special Series : HIV and Injecting Drug Use 2009-2010
Ahli Australasian Society for Infectious Diseases, 2008
Ahli Majlis International Society for Infectious Diseases, 2008
50 Emerging Women Leader in Asia Pacific 2011 Advance Australia, Australian Government, 2011
Australian-Asian Fellowship Award, Australian Government, 2002
Fellow in Infectious Diseases, Senior Medical Staff, Fairfield Hospital, 1995
Merdeka Award, Exxon Mobil, Petronas and Shell, 2008
Tun Mahathir Science Award, Malaysian Academy of Science, 2008
Prof Adjung School of Public Health and Tropical Medicine, Tulane University, New Orleans, Amerika Syarikat , 2008 - 2011
Prof Adjung, Department of Tropical Medicine, Tulane University 1 Januari 2008
Visiting Consultant Physician, Institut Jantung Negara, 1 Januari - 31 Disember 2000
Clinical Research Fellow, Fairfield Infectious Diseases Hospital, Melbourne , Australia, 1 Februari 1995 - 31 Januari 1996
Infectious Diseases Registrar, Austin Hospital, Melbourne, Australia, 1 Februari 1994 - 31 Januari 1995
Senior Infectious Diseases Registrar, Fairfield Infectious Diseases Hospital, Melbourne , Australia, 1 Februari 1992 - 31 Januari 1994


Sumber: Berita harian.

Redha Dengan Ujian Allah

HIDUP ini sememangnya suatu ujian. Apa jua yang Allah SWT sediakan kepada setiap hamba-Nya, sama ada diuji dengan masa yang lapang, masa yang sempit, gembira dan sedih, sakit dan sihat tidak akan pernah tersisih daripada yang dinamakan ujian.

Yakinlah segala yang berlaku adalah dengan takdir-Nya. Allah mengkehendaki berlakunya kepayahan dan kesusahan di dalam hidup.

Semua itu untuk mengangkat martabat manusia.

Yang pastinya, setiap ujian dalam hidup adalah medan tarbiah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Ibnu Qayyim pernah menyebut: "Dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT."

Lantas, peribahasa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul paling sesuai bagi menyimpulkan keseluruhan program Jejak Prihatin Peringkat Wilayah Utara anjuran Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (Pertubuhan IRM) awal April lalu.

Program tiga hari dua malam itu juga tidak akan mencapai misi utamanya iaitu membantu rakyat Malaysia yang miskin dan daif yang benar-benar memerlukan pertolongan tanpa sokongan padu dan keikhlasan daripada kumpulan sukarelawan cawangan Kedah.

Ini membuktikan Islam adalah agama yang bersatu padu umpama sebuah binaan yang teguh.

Ikuti beberapa kisah penderitaan dan kesengsaraan penerima sumbangan yang berjaya dijejaki di negeri yang diberi jolokan negeri Jelapang Padi, baru-baru ini.

Belajar mengurus bencana

Belajar mengurus bencana

 Assalamualaikum dan sleamat sejahtera. Artikel ini diambil disalin semula daripada akhabar Utusan Malaysia, Jumaat, 18/3/2011 untuk renungan bersama.

Belajar mengurus bencana

KEMUSNAHAN akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun memberi pengajaran kepada manusia terhadap kehebatan kuasa alam. – Gambar hiasan


Gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter yang diikuti tsunami setinggi 10 meter di Jepun, seminggu lalu berjaya mengalihkan persepsi masyarakat antarabangsa yang sejak awal tahun ini tertumpu kepada bencana protes yang berlaku di Asia Barat. Berita mengenai Asia Barat sudah menjadi berita kecil, kerana ketakutan masyarakat antarabangsa menjadi semakin mendalam setelah berlakunya beberapa letupan loji nuklear di Fukushima akibat tsunami.

Banyak juga laporan spekulasi mengenai kadar radiasi yang dianggap bakal mengancam manusia seluruh dunia apabila angin yang bertiup boleh membawa sisa-sisa radioaktif dan rakyat Malaysia dikatakan tidak terkecuali bakal menerima kesan negatif.

Rakyat Malaysia ada juga yang panik apabila menerima pesanan ringkas (SMS) meminta agar tidak keluar rumah, mengelakkan terkena hujan dan menutup semua tingkap kerana angin yang membawa radiasi radioaktif akan sampai juga. Buat masa ini, tahap keselamatan udara Malaysia belum terjejas, kerana kesan pembebasan gas hidrogen dari letupan reaktor nuklear itu belum sampai, malah agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan tahap kebocoran itu masih pada tahap yang selamat.

Pengajaran yang kita peroleh daripada bencana tersebut adalah bagaimana kita boleh menguruskan kepanikan masyarakat tentang musibah yang berlaku. Kita mungkin dapat memahami jika perkara ini berlaku di Malaysia, suasana panik dan takut akan menyebabkan ramai pihak menyalahkan kerajaan, sebagaimana berlaku peringkat awal menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang terperangkap dengan protes rakyat Mesir ke atas pentadbiran Presiden Hosni Mubarak pada Februari lalu.


Bagi pihak kerajaan, segala upaya telah dilaksanakan termasuk mengenal pasti rakyat Malaysia di Jepun yang terbabit. Upaya pertama ialah mendapatkan pengesahan mengenai keselamatan mereka sama ada menghubungi sendiri mereka yang terbabit ataupun merayu agar rakyat Malaysia menghubungi Kedutaan Malaysia ataupun menyalurkan maklumat melalui agensi berkaitan.

Teknologi maklumat banyak membantu, termasuk pengesanan ke atas lebih 400 rakyat Malaysia yang masih trauma dengan gempa bumi dan tsunami di Miyagi. Apa yang menyedihkan ialah sekilat itu jugalah ada pihak terus memberikan sorotan mengenai kebocoran loji nuklear Chernobyl, Ukraine pada 1986, walaupun kesan buruk kepada rakyat Malaysia tidak berlaku.

Bagi menguruskan bencana, kita mungkin boleh menyingkap sejarah bagaimana Nabi Yusuf a.s. memberi tafsiran terhadap dua mimpi Raja Firaun dalam sejarah Mesir kuno.

Ini difirman oleh Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat 43 yang bermaksud: “Dan (pada suatu hari), raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku bermimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang-orang yang pandai menafsirkan mimpi.”

Nabi Yusuf a.s. telah memberikan gambaran bahawa tujuh ekor lembu dan tujuh biji gandum yang baik melambangkan kemakmuran selama tujuh tahun, manakala tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh biji gandum yang busuk ialah tujuh tahun berada dalam kesukaran.

Bagi menjamin kesejahteraan kehidupan, Nabi Yusuf a.s. mencadangkan agar seorang yang bijaksana dan berperibadi mulia dipilih bagi mentadbir Mesir agar dapat membuat simpanan ketika tujuh tahun dalam kemakmuran bagi kegunaan tujuh tahun yang sukar. Atas nasihat tersebut, akhirnya Nabi Yusuf a.s. telah dipilih oleh Raja Firaun mentadbir Mesir. Kemakmuran dan kesedihan merupakan putaran yang perlu dihadapi oleh semua manusia.

readmore...


Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .