Dari Ibu kita Aisyah radiallahuanha, Bonda berkata :
Seorang
wanita datang ke rumahku bersama dua orang anak perempuannya meminta
sesuatu. Sedangkan tidak ada sesuatu untuk diberi selain sebiji tamar.
Maka aku berikan tamar itu kepadanya. Wanita itu membahagikan buah tamar
itu kepada dua anaknya tanpa ia makan sedikit pun. Kemudian wanita itu
bangun dan keluar. Maka Nabi pun masuk ke dalam rumah kami dan aku
ceritakan kepadanya. Maka Nabi pun bersabda :
"Barangsiapa
diuji sesuatu dengan anak-anak perempuan ini kemudian ia berlaku baik
kepada mereka maka mereka itu akan menjadi penghalang baginya dari api
neraka".
Jangka hayat wanita Malaysia kini 79 tahun - Kajian Ahli Akademik UiTM
Kajian akademik terbaharu mendapati purata jangka
hayat wanita Malaysia kini meningkat kepada 79 tahun berbanding 77
tahun yang dilaporkan dua tahun lalu manakala jangka hayat lelaki pula
kekal di paras 77 tahun.
Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof.
Datuk Dr. Khalid Yusof berkata, jangka hayat lelaki yang lebih pendek
berpunca daripada kegagalan mereka mengamalkan cara hidup lebih sihat
dan mudah terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit.
Jurnal Kehidupan Cerita seorang isteri penagih dadah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini pernah saya muat naik di blog Jurnal kehidupan pada 2011 lalu. Namun ia antara data yang tidak dapat diselematkan. Kisah ketabahan isteri dan ibu ini wajar kita contohi. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Mempunyai suami yang ketagih dadah dan suami asyik keluar masuk pusat pemulihan, membuatkan isteri ini berdikari dan mendidik anak-anaknya sendirian. Syukur alhamdulillah, saya pernah dihubungi penulis kisah ini sendiri yang menyatakan kesyukuran di atas kejayaan anak-anaknya di dalam pelajaran.
Cerita seorang isteri penagih dadah
RAMAI yang beranggapan apabila suami seorang penagih dadah dan keluar
masuk penjara atau pusat pemulihan, maka hidup isteri dan anak-anak
akan menjadi tidak ketentuan.
Isteri akan merana, anak-anak pula menjadi liar dan tidak tentu hala
tuju hidup. Apakah senario ini saja yang berlaku dalam kehidupan isteri
dan anak seorang penagih? Atau mereka juga boleh berjaya seperti
keluarga cemerlang yang lain?
Inilah kisah yang akan saya bawa untuk dikongsi bersama pembaca
minggu ini. Kisah pengorbanan dan luahan hati seorang isteri penagih
yang terpaksa mengharungi hidup membesarkan anak-anak tanpa suami yang
sering keluar masuk penjara dan pusat pemulihan kerana menagih.
Semoga pengorbanan Shakira menjadi teladan buat para isteri yang
kemungkinan sedang menghadapi masalah yang sama. Inilah kisah yang
dikirimkan Shakira dari pantai Timur untuk renungan kita bersama.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat berpuasa buat semua Muslimin Muslimat yang melayari blog myraudhatulukhuwah. Apa khabar kawan-kawan followers myraudhatulukhuwah? Semoga dikurniakan eksihatan yang baik bagi memudahkan urusan ibadah.
Ganjaran Puasa Ramadhan
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
Riwayat Bukhari & Muslim
Kali ini, myraudhatulukhuwah ingin menyertai Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah, yang dianjurkan oleh
Dalam kebudayaan Timur, masih ramai ibubapa yang menganggap anak-anak adalah milik orang tua. Khalil Gibran seorang sasterawan menulis;
“Anak hanya titipan Sang Pencipta”.
Anak itu bukan ditentukan oleh tangan orang tuanya. Anak-anak berhak memiliki kehidupannya sendiri. Namun sebagai orang tua, sebagai ibubapa, tentu sahaja peranan ibubapa sangat besar ertinya.
Sewaktu kecil dahulu, saya selalu mendengar orang-orang tua berkata,”Menjadi orang itu mudah. Sebab ‘orang-orang’ yang berdiri tegak di tengah sawah itu juga dipanggil orang. Tetapi menjadi manusia itu, kita mesti hidup mengikut aturan. Agama dijunjung, diamal dan budaya dikendung dan dikelek”.
Kata-kata itu dilontarkan sewaktu saya bertanya kepada pengasuh saya, “Apa itu?” Sambil menunjukkan ke tengah sawah yang tidaklah seluas seperti di Negeri Jelapang Padi.
Dalam soal pendidikan anak-anak, terdapat 4 pendidik yang sangat mempengaruhi mutu didikan anak-anak. Keempat-empat pendidik ini harus berganding bahu bertindak secara sepadu menyokong antara satu sama lain untuk melakar kejayaan pendidikan anak-anak.
Pendidik yang empat itu ialah:
1.Ibu Bapa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasululluah SAW bersabda;
“Tidak ada seorang pun dilahirkan kecuali dalam keadaan fitrah (Suci). Kedua orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, atau Nasrani atau Majusi”
(Riwayat Bukhari)
2.Guru-guru
Untuk mendalami selok belok ilmu pengetahuan agama(Ilmu Fardhu Ain) dan kemahiran hidup (Ilmu fardhu Kifayah), kita memerlukan bimbingan daripada guru-guru.
3.Rakan Taulan
Pergaulan banyak mempengaruhi anak-anak hinggakan jika ingin tahu perangai seseorang, maka lihat sahaja tingkah-laku kawan-kawan rapatnya.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Manusia dipandang atas perjalanan kawannya. Maka hendaklah seseorang kamu memilih siapa yang perlu dia berkawan dengannya.”
(Riwayat Tirmizi)
4.Persekitaran
Persekitaran lingkungan dan kejiranan.
Sifat anak-anak yang mudah meniru dan mengambil contoh daripada kelakuan yang mereka lihat menjadikan mereka mudah terpengaruh dnegan keadaan sekeliling. Contohnya, anak-anak mudah mudah dipengaruhi oleh Suasana dalam rumahtangga dan persekitaran kejiranan kita.
Faktor media massa mutakhir ini, yang menjadi bahan bacaan, tontonan dan pendengaran anak-anak semakin mempengaruhi perkembangan emosi, pembelajaran dan gaya anak-anak masakini.
Di antara keempat-empat pendidik ini, ibubapalah yang berperanan penting dan paling berpengaruh terhadap corak perkembangan anak-anak mereka.
Firman Allah SWT, maksudnya:
“Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka….”.
(At –Tahrim: 6)
BUKAN SATU PILIHAN TETAPI KEWAJIPAN
Menyorot kepada perkara-perkara di atas, tugas mendidik anak-anak bukanlah lagi suatu pilihan tetapi suatu kewajiapan kepada para ibubapa. Pendidikan bukanlah hadiah daripada ibubapa kepada anak-anak tetapi amanah Allah kepada orang tua anak-anak.
Oleh hal yeng demikian, apabila ibubapa memahami bahawa besarnya impak lingkungan rumah dalam perkembangan anak-anak, maka ibubapa harus mempersiapkan anak-anak dan melindunginya dariapda sebarang bentuk kehinaan dan kehancuran.
Rumah adalah institusi pendidikan yang utama dan pertama sekali bagi setiap anak-anak. Persiapan benteng haruslah dilaksanakan dengan kawalan pada setiap sudut benteng dari diterobos oleh anasir yang merosakkan pembentukan murni jiwa tauhidic anak-anak.
Lihat petani yang sentiasa mencabut duri pada tanaman asing yang sentiasa mengganggu di antara tanaman yang ditanam dan dalam masa yang sama petani perlu sentiasa membuang benah yang menjadi musuh tanaman.
Kenapa petani itu perlu buat begitu?
Ya, pastinya petani itu mahu tanaman tersebut dapat tumbuh dengan subur dan berkembang dengan baik. Begitulah tamsilannya peranan ibubapa terhadap pendidikan anak-anak.
Kisah Abdul Malik Bin Marwan sewaktu menghantar anaknya kepada pendidik anaknya, beliau pernah berkata kepada pendidik anaknya, katanya;
“Ajarkanlah mereka kebenaran, sebagaimana engkau mengajar mereka membaca Al Quran, sentiasa biasakan mereka dengan akhlak yang baik, bicarakan kepada mereka dari syair-syair supaya mereka berani dan bersemangat, biasakan mereka duduk bersama orang-orang yang mulia dan ahli ilmu pengetahuan, dan jauhkanlah mereka dari bercampur baur dengan orang yang rendah budinya, sebab mereka itulah orang-orang yang paling buruk kelakuannya. Hormatilah mereka di hadapan ramai, dan cela mereka secara rahsia. Dan Pukullah mereka jika mereka berdusta, kerana dusta itu menarik kepada maksiat, dan maksiat pula menarik kepada api neraka”.
Sikap salafussoleh ini terhadap pendidikan anak-anak wajar dicontohi oleh ibubapa. Tanggungjawab bagi melahirkan kejayaan pendidikan anak-anak, samada kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik, kemantapan jatidiri dan sakhsiah serta kesimbangan emosi, seharusnya tidak diserahkan secara bulat-bulat kepada para cikgu dan sekolah sahaja.
Mengikut pandangan ahli psikologi, kanak-kanak dibesarkan mengikut di mana suasana anak itu berada.
Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia belajar berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, dia belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi, dia belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia belajar percaya diri.
Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik, dia belajar keadilan.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, dia belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dokongan, dia belajar menyayangi dirinya.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan…
oleh Dorothy Law Notle
Proses pendidikan anak-anak perlu sentiasa berterusan tanpa mengira waktu dan tempat. Pendekatan holistic dan bersepadu dari semua pihak diperlukan bagi memastikan acuan yang kita impikan menjadi kenyataan. Semua itu juga memerlukan ilmu kemahiran, ilmu tebat hidup, kerajinan, menjiwai fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, memerlukan kaedah pengajaran yang betul, prinsip pendidikan yang amali lagi sihat , insyaAllah lahirlah seperti kata pepatah Melayu,”Jika jatuh ke laut, menjadi pulau. Jatuh ke hutan menjadi lading”.
Walaupun yang terlibat dalam proses pendidikan anak-anak ini melibatkan banyak pihak, namun yang pastinya, di bahu bapalah sebagai ketua keluarga akan dipertanggungjawabkan memikul amanat Allah yang akan dihisab nanti.
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .