Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Fadhilat Anak Perempuan Dalam Islam

Fadhilat Anak Perempuan Dalam Islam





Dari Ibu kita Aisyah radiallahuanha,  Bonda berkata :


Seorang wanita datang ke rumahku bersama dua orang anak perempuannya meminta sesuatu. Sedangkan tidak ada sesuatu untuk diberi selain sebiji tamar. Maka aku berikan tamar itu kepadanya. Wanita itu membahagikan buah tamar itu kepada dua anaknya tanpa ia makan sedikit pun. Kemudian wanita itu bangun dan keluar. Maka Nabi pun masuk ke dalam rumah kami dan aku ceritakan kepadanya. Maka Nabi pun bersabda :

"Barangsiapa diuji sesuatu dengan anak-anak perempuan ini kemudian ia berlaku baik kepada mereka maka mereka itu akan menjadi penghalang baginya dari api neraka".





Dari Ibnu Abbas radiallahuanhuma berkata : Bersabda Rasulullah :

"Barangsiapa mempunyai anak perempuan, tidak menanamnya hidup-hidup, tidak mengabaikannya dan tidak membeza-bezakannya dengan anak lelaki , nescaya Allah akan memasukan dia ke dalam syurga"





0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .