Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

MITOS PEMILIHAN KERJAYA YANG PERLU ANDA KETAHUI

MITOS PEMILIHAN KERJAYA YANG PERLU ANDA KETAHUI

9 MITOS pemilihan kerjaya

1.Memilih kerjaya adalah mudah- Sebenarnya, pemilihan kerjaya adalah suatu proses dan anda perlu memperuntukkan masa untuknya. Perancangan terhadap kerjaya memerlukan beberapa langkah yang perlu anda pertimbangkan dan penilaian terhadap kemampuan anda sebelum sebarang keputusan dibuat. Ia tidaklah semudah yang disangkakan.




2.Orang lain mampu memberitahu kerjaya yang sesuai dengan anda- Walaupun mereka seorang kaunselor kerjaya, pembangunan kerjaya atau seorang yang profesional terhadap kerjaya sekalipun, pasti tidak akan mampu untuk memberitahu kerjaya yang sesuai dengan anda. Apa yang orang lain mampu lakukan adalah membantu terhadap memudahkan untuk anda membuat keputusan. Pemilihan kerjaya yang sesuai seharusnya dilakukan oleh anda sendiri.

3.Seseorang tidak mampu hidup dengan hobi- Hasil daripada kajian menunjukkan seseorang yang menjadikan hobi sebagai kerjaya akan mendapat lebih kepuasan terhadap apa yang mereka lakukan dan juga kewangan yang kukuh.

4.Memilih kerjaya berdasarkan senarai kerjaya yang mendapat permintaan yang tinggi- Pada zaman yang serba canggih ini, pasti amat mudah untuk anda mendapatkan senarai kerjaya yang mendapat permintaan tinggi. Senarai tersebut hanya boleh dijadikan sebagai rujukan sahaja. Apa yang lebih penting adalah pemilihan kerjaya yang anda lakukan adalah berdasarkan minat,kemahiran dan kemampuan anda.

5.Mampu membuat wang yang banyak akan menggembirakan anda untuk bekerja- Terlalu ramai yang beralih kerjaya daripada seorang jurutera atau accountant kepada seorang guru. Ini menunjukkan bahawa wang tidak sepatutnya mempengaruhi terhadap pemilihan kerjaya anda.

6.Apabila saya sudah bekerja, saya akan terikat dengannya untuk selama-lamanya- Ia semestinya tidak benar sama sekali. Anda adalah orang yang paling berhak untuk membuat keputusan terhadap pekerjaan pilihan anda.



7.Apabila saya menukar pekerjaan, kemahiran yang saya miliki sebelum ini tidak akan digunakan- Kemahiran adalah suatu perkara yang bernilai untuk seseorang. Walaupun anda sudah bertukar pekerjaan yang jauh berbeza daripada bidang pekerjaan yang sebelumnya, kemahiran yang anda miliki tidak sesekali akan menjadi sia-sia. Mungkin anda boleh mempraktikkan kemahiran yang anda miliki terhadap pekerjaan yang anda lakukan sekarang tetapi dengan cara yang berlainan.

8.Sekiranya rakan baik, adik beradik atau orang terdekat yang lain seronok terhadap pekerjaan yang mereka lakukan, saya juga akan berasa seronok terhadap pekerjaan itu- Setiap manusia mempunyai citarasa yang tersendiri. Pemilihan kerjaya haruslah didasarkan terhadap diri anda sendiri dan bukannya orang lain.

9.Jangan sesekali menolak kerjaya pilihan anda sebelum anda sendiri melaluinya- Ramai yang menolak untuk tidak melakukan sesuatu pekerjaan kerana mendengar pendapat orang luar atau sebagainya. Mungkin pekerjaan tersebut tidak sesuai dengan mereka tetapi bersesuaian dengan anda.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .