CMS aplikasi bina laman web
Bangun laman web guna CMS
ADA yang mengatakan mudah untuk membangunkan laman sesawang dengan menggunakan CMS. Boleh tuan jelaskan perkara ini.- Stanggi, Penang.
Bangun laman web guna CMS
CMS adalah singkatan bagi Content Management System iaitu sebuah aplikasi web yang digunakan untuk membangunkan sesebuah laman atau gerbang web mengikut kerangka-kerangka pembangunan web yang telah disediakan.
CMS lebih kepada aplikasi pengarangan berkenaan kandungan dalaman bagi sesebuah laman web.
CMS juga dikatakan mudah kerana tidak memerlukan kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan dan hanya perlu mengikut templat yang disediakan.
Namun begitu, bagi pembangunan laman web yang lebih kompleks dengan penambahan modul-modul tersendiri, ia memerlukan seseorang itu mahir dengan bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh aplikasi CMS yang digunakan.
Dalam penghasilan sesebuah laman web, proses-proses seperti pembangunan, penerbitan, kandungan yang pelbagai dan kecepatan penghasilan dapat diwujudkan dalam penggunaan aplikasi CMS.
Ini memudahkan pengguna aplikasi CMS ini membangunkan sesebuah laman web.
Kesemuanya memerlukan pengguna mengikut templat yang disediakan. Ini memadai untuk pengguna aplikasi CMS hanya perlu tahu menggunakan aplikasi-aplikasi komputer seperti Word, Excel dan sebagainya untuk mengoperasikannya.
Kebanyakan perisian pengurusan kandungan ini menyediakan satu prosedur untuk mengurus satu aliran kerja dalam persekitaran kolaborasi.
Prosedur tersebut boleh berada dalam bentuk manual atau dioperasikan secara automatik.
Namun begitu, fungsi utama bagi sistem pengurusan kandungan ini adalah untuk memaparkan maklumat yang terkandung dalam sesebuah laman web.
Antara beberapa fungsi yang ada dalam sistem pengurusan kandungan berasaskan web ini adalah penerbitan, pengurusan format, kawalan penyemakan semula, pengindeksan, carian dan dapatan.
Kelebihan penggunaan CMS seperti proses pengeditan laman web dilakukan menerusi pelayar web, pengeditan laman web mudah, reka bentuk dan persembahannya mengikut templat yang sedia ada.
Selain itu, kandungan web dapat dipersembahkan dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian dan terdapat kandungan web yang kaya dengan pelbagai format kandungan.
Kelemahan penggunaan CMS dalam menerbitkan sesuatu laman web ialah memerlukan seorang pentadbir web untuk mengurus keselamatan dan fungsi-fungsi yang sedia ada, kurang daya kreativiti dalam menghasilkan sesebuah laman web kerana bergantung kepada templat yang telah disediakan.
Penggunaannya juga memerlukan seseorang yang pakar dalam sesuatu perisian CMS yang digunakan.
Perisian CMS menyediakan sebuah gerbang laman web yang bersifat dinamik.
Di setiap bahagian atau muka surat pada laman web tersebut boleh dikemas kini dan diedit secara fleksibel dan dinamik dan mempunyai pangkalan data bagi setiap bahagian kandungan dalam gerbang laman web tersebut.
Kebanyakan perisian CMS ini dihasilkan untuk membangun sesebuah web portal yang bersifat seperti blog.
Antara perisian CMS yang popular digunakan adalah seperti WordPress untuk blog, Joomla untuk gerbang web, Mambo untuk web e-pembelajaran, Drupal dan lain-lain.
Ada perisian CMS berasaskan sumber terbuka yang biasa diberi secara percuma dan bersifat komersial yang perlu dibeli.
Sekiranya seseorang itu mahir dengan bahasa pengaturcaraan web seperti PHP, Java, ASP dan lain-lain
0 Comments:
Post a Comment