Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Blog Untuk Ibu Catatan di Bulan Rejab 1434

Blog Untuk Ibu Catatan di Bulan Rejab 1434


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah hari ini cuaca agak baik di sini. Entry 2 dalam 1 kali ini. 

Blog untuk ibuku:

http://memoirseorangguru.blogspot.com/

Semoga bekas anak-anak murid ibuku mendpaat manfaat dari kewujudan blog itu. Meskipun saya sudah lama tidak menolong ibu mengemaskini blog itu dek kesibukan saya, saya gembira dapat membantu ibu menjadi guru yang punya talian pendidikannya sendiri meski ibu termasuk warga usia emas.

Semoga Allah memberkati ibuku. Amin ya Rabbal Alamin.
Sedar tak sedar hari ini Bulan Rejab telah pun beberapa hari menguak tirainya. 

Marilah kita sama-sama membaca doa yang dititipkan dari lidah kekasih agung, yang telah lama pergi meninggalkan kita namun sang kekasih sebenarnya sangat rindukan kita, umatnya di akhir zaman, (sila klik di Salam Maulidur Rasul Rindu dan Cinta Rasululluah)

“Ya Allah
berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta pertemukanlah
kami dengan Ramadhan.”
(HR.Ahmad dan Ath-Thabrani)

Bulan Rejab adalah bulan istimewa. Bulan ini juga disebut oleh AL-Qur’an. Ianya adalah bulan untuk kita mengiatkan membajak, melatih nafsu dan berkorban bagi persediaan kita menghadapi bulan agung Ramadan dan Zulhijjah.





 Pertengahan dua bulan Rejab/Ramadan adalah bulan Syaaban, dimana Rasululah s.a.w mengusahakan untuk berpuasa dan bersedekah.

Enam bulan tahun Hijrah 1434 telah kita lalui. Bagai batu dihempas ombak, kita masih mengeras hati dan amalan. Jauh sekali mencairkan airmata takutkan azab Tuhan. Maka ALLAH memberi kita bulan-bulan maghfirah untuk kita koreksi diri.  

Enam bulan Islam telah kita lewati. Alhamdulillah. Bersyukurlah kita kepada Allah yang masih memanjangkan lagi usia kita hingga kini. Muharram, Safar, Rabiul Awwal, Rabiul Akhir, Jamadil Awwal, Jamadil AKhir......


Universiti Ramadhan: Persediaan dan penerusan

Tidak lain hanyalah niat dan penerusan amal ibadah serta kebajikan. Sebermula niat untuk menjadikan seluruh kehidupan sebagai ibadah kepada Allah dan memohon agar terus istiqamah hingga berpeluang diterima masuk ke Ramadhan yang mulia dan penuh barakah.

Tidak dinafikan ada yang tidak bersedia dan tidak punya niat nan satu ini turut diterima masuk melalui tempoh dalam Ramadhan. Tapi sebagai seorang yang berIman, inilah tamayyuz yang wujud di antara kita dan mereka yang telah Allah pilih untuk sama-sama menikmati Ramadhan.
 

Mereka yang berniat berpaksikan Allah dan RasulNya, pasti akan merasai kemanisan melalui pengajian sebermula Rejab dan Syaaban hingga akhirnya bertemu Ramadhan. Pasti kan merasai memasuki pintu-pintu rahmat Allah yang terbuka luas buat mereka yang berusaha memasukinya. Namun demikian, bagi mereka yang lain sudah pasti tidak sabar hanya untuk meraih keseronokan Syawal. Maka, dapatlah kita lihat di sana sini kemeriahan Syawal itu lebih dirai dari melalui dan menikmati Ramadhan.
 
Beberapa bulan lagi, Ramadhan akan tiba. Mungkin Ramadhan buat kita. Esok juga mungkin tiada. Mati itu pasti, hidup insyaAllah. Terus pasakkan niat dan panjatkan pengharapan agar berpeluang melalui sekali lagi Ramadhan kali ini biarpun ini mungkin yang terakhir.

Programkan diri, koreksi hati dan tetapkan minda agar Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Mudahan Allah kurniakan ijazah Ramadhan kita sebagai saham untuk meraih syurgaNya kelak. Amin ya Rabbal Alamin.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .