Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa ditemuduga.
- Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
- Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
- Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
- Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
- Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
- Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
- Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.
TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA
- Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
- Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
- Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
- Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
- Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
- Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
- Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
- Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
- Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
- Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
- Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
- Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
- Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
- Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas guru/majikan anda.
- Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
- Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan bidang yang dipohon.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
InsyaALLAH anda berjaya!!!::..
"
http://panduandpli.com/hop.php?ref=tipmedsi"target="_blank" >PANDUAN MEdSI DAN TEMUDUGA GURU
0 Comments:
Post a Comment