Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Skim Latihan Teknikal Automotif Generasi Baharu FELDA & PYTP 2013

Skim Latihan Teknikal Automotif Generasi Baharu FELDA & PYTP 2013

Sijil Kemahiran Percuma Anjuran FELDA dan PERODUA

Berita baik untuk generasi baharu Felda yang meminati bidang automotif! Khususnya bekas pelajar saya yang merupakan anak-anak FELDA. (Felda Lepar Hilir, Felda Wilayah Jengka, Felda Keratong)
 
Peluang baik untuk anak-anak peneroka FELDA melalui usahasama FELDA dan Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) mereka ingin menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1-3 dalam bidang Automotif.


 Mohonlah untuk SKIM LATIHAN TEKNIKAL AUTOMOTIF GENERASI FELDA 2013. 



Sesi temuduga akan bermula pada 13 Mei 2013. 


Program ini hanya terbuka kepada anak peneroka FELDA (lelaki sahaja) yang berumur diantara 18-22 tahun.


Kelayakan:
- Anak peneroka FELDA
- Lelaki sahaja
- Berumur diantara 18-22 tahun
- Kredit Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Lulus Bahasa Inggeris & Matematik
- Tiada Kecacatan Fizikal
- Memiliki Lesen Memandu (D)



Untuk anak-anak FELDA jangan dilepaskan peluang ini. Sila hubungi cawangan/rancangan FELDA terdekat atau Ibu Pejabat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program ini.


Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan dan sesi temuduga dengan melayari http://www.perodua.com.my/felda



 




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .