Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia
Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh
Panduan Temuduga Dalam Talian
Panduan Temuduga Online
Panduan Hadiri Temuduga
Panduan Hadiri Temuduga
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Showing posts with label SDH. Show all posts
Showing posts with label SDH. Show all posts
Alhamdulillah Dapat 5A UPSR Walaupun ulang alik 500km ke hospital
By Puan Ummi Friday, November 29, 2013
Cabaran Menjaga Orang Sakit, Kesihatan, kisah kejayaan, Kisah Masyarakat, kisah motivasi, OKU, Pautan Orang Kurang Upaya, Pelajar cemerlang, Pengalaman Pesakit, Pesakit, SDH, Sekolah Dalam Hospital, UPSR No comments
SDH Sekolah Dalam Hospital diperluas
By Puan Ummi Monday, August 05, 2013
about me, dunia pendidikan, Kerjaya Kesihatan, Kerjaya Pendidikan, kerjaya perguruan, kesihatan kanser, Pengalaman Pesakit, Pesakit, SDH, Sekolah Dalam Hospital No comments
SDH Sekolah Dalam Hospital diperluas
Asslamualaikum dan selamat sejahtera. Pengalaman berada di lantai wad memberi saya banyak pengajaran, pengalaman dan iktibar. Walau di mana berada, sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling, budaya ciri-ciri kaunselor bagai telah sebati dengan saya. Menjadi 'kaunselor tidak rasmi' kepada pesakit lain saling sharing is caring di lantai wad.
Melihat pelbagai gelagat masyarakat pesakit menghadapi dugaan kehidupan membuatkan saya perlu lebih bersyukur kepada nikmat Allah iaitu nikmat iman dan Islam, dua nikmat terbesar.
Selain ketika berada di Wad Kelas 3, diri rasa perlu membantu orang lain yang lebuh memerlukan. Ketika berada di Kelas Wad 1, rasa diri insaf melihat ada insan lain yang lebih hebat diuji Allah namun masih tersenyum. Bahkan mereka terus mendirikan solat dan membaca Al Quran meskipun mereka tiada upaya dek kesan kimoterapi yang dilalui dan lain-lain lagi.
Kepada anak-anak pelajar saya yang sedang diuji dengan masalah kesihatan (sila klik di sini)samada berpunca dari kemalangan motorsikal dan gangguan kesihatan, sila patuhi temujanji yang telah hospital berikan ya.
Kepada anak-anak yang sedang dilanda dugaan masalah gangguan kesihatan samada disebabkan oleh masalah kesihatan dan akibat kemalangan, SEKOLAH DALAM HOSPITAL , sila klik di sini ya.
Di Pahang, Sekolah Dalam Hospital dijalankan di HOSHAS, Temerloh. Dalam program ini, cikgu akan datang ke wad dan mengajar di katil pesakit.
Banyak anak-anak yang terpaksa tinggal lama di hospital memperolehi faedah. Sekurang-kyrangnya anak-anak yang berada di wad ini tidaklah ketinggalan dalam silibus matapelajaran mereka di sekolah.
Banyak anak-anak yang terpaksa tinggal lama di hospital memperolehi faedah. Sekurang-kyrangnya anak-anak yang berada di wad ini tidaklah ketinggalan dalam silibus matapelajaran mereka di sekolah.
Walaupun sakit, sesungguhnya kesakitan tidak mengahalang anak-anak ini belajar dan mereka seronok pembelajaran begini. Sebenarnya telah ramai individu yang menghidapi penyakit sejak kecil tetapi mereka berjaya dalam kehidupan mereka berkat izin Tuhan Yang Maha Kuasa, mereka berjuang mengatasi sakit mereka selain berfikiran positif.
Sesungguhnya meskipun saya tidak terlibat dalam Program Sekolah Dalam Hospital Ini namun saya percaya program ini memberi sinar baru bagi anak-anak yang menjadikan hospital sebagai rumah kedua mereka untuk mereka mengharungi masa depan dengan lebih ceria dan cemerlang.
INFO: SDH
* Penubuhan SDH hasil kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan YNY.
* Hanya empat subjek utama diajar di SDH iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
* Dua sesi persekolahan iaitu pagi (10 pagi - 12 tengah hari) dan petang (2 petang hingga 4 petang).
* Langkah pencegahan perlu diikuti khususnya pelajar yang berada di wad pengasingan.
* Semua kemudahan termasuk buku dan peralatan menulis disediakan secara percuma.
* Maklumat prestasi pelajar akan dirujuk kepada sekolah asal selepas pelajar tamat rawatan.
* Perkhidmatan pendidikan di sekolah dimulakan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia sejak era 30-an.
Untuk melihat foto aktiviti SDH, sila ke blog seorang Pediatik yang ramah. Jom zoom ke Blog beliau; http://fahzahida.blogspot.com/
Sekolah Dalam Hospital diperluas
Kesungguhan Nurul Sofiya Irwan Simbol Kejayaan Sekolah Dalam Hospital
By Puan Ummi Wednesday, April 03, 2013
anak kecil, dunia pendidikan, jiwa anak, keibubapaan, Kesihatan, Kisah Masyarakat, SDH, Sekolah Dalam Hospital No comments
Kesungguhan Nurul Sofiya Irwan Simbol Kejayaan Sekolah Dalam Hospital
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ketabahan Adik Nurul Sofiya Irwan dalam menghadapi penyakit kanser otak sejak berusia 3 tahun haruslah adik-adik para pelajar lain contohi.
Nurul Sofiya, mula menjalani rawatan kerana ketumbuhan otak, sejak berusia tiga tahun. Semangatnya kental, keinginannya untuk pulih memacunya untuk terus mendapatkan rawatan, meskipun tercicir daripada pendidikan arus perdana kerana kerap kali bermastautin di hospital.
Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (empat,
kanan) yang juga Penaung Projek Hati Nurani melihat pesakit kanak-kanak
Nurul Sofiya Irwan, 11, yang menghidapi ketumbuhan otak sedang diajar
oleh gurunya Nor Aishah Parijan (duduk, kanan) ketika melawat Sekolah
Dalam Hospital (SDH), di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM), Cheras di sini, pada 13 Mac 2013 lalu. Turut hadir Naib Chanselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Tan
Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahbudin (tiga, kiri).
KUALA
LUMPUR, 13 MAC: Sekolah Dalam Hospital, inovasi pendidikan yang
diinspirasikan daripada keprihatinan isteri Timbalan Perdana Menteri,
Puan Sri Noorainee Abdul Rahman terhadap pelajar yang keciciran kerana
menerima rawatan kesihatan jangka panjang, baru beroperasi kurang dari
dua tahun di Negara ini.
Namun,
impaknya terhadap kanak-kanak dan remaja yang memerlukan rawatan serta
proses pemulihan jangka panjang kerana pelbagai jenis penyakit, sudah
dapat dilihat dengan jelas.
Bagi pelawat ke Sekolah Dalam Hospital di
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), iltizam yang
ditunjukkan pesakit berusia 11 tahun dari Selayang, Nurul Sofiya Irwan,
ketara menampakkan kejayaan projek kerjasama pintar di antara Badan
Bukan Kerajaan (NGO) Hati Nurani, Kementerian Pelajaran dan Kementerian
Kesihatan ini.
Sekolah Dalam Hospital di Hospital Universiti Sains Malaysia
By Puan Ummi Monday, February 11, 2013
Anak Istimewa, anak kecil, anak remaja, civil servant, dunia pendidikan, Pendidikan Perkembangan Remaja, Pesakit, SDH, Sekolah Dalam Hospital No comments
Sekolah Dalam
Hospital di Hospital
Universiti Sains Malaysia
Sekolah Dalam
Hospital (SDH) Ke 4 di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Suasana Chinese New Year terasa. Lebuhraya LPT (Lebuhraya Pantai Timur)
kelihatan banyak kenderaan termasuk kereta yang mengambil peluang cuti panjang tahun Baru Cina untuk bercuti di kampung. Exit LPT misalnya Exit Chenor, exit Temerloh dan lain-lain kelihatan sesak.
Gerai jagung bakar dan pelbagai gerai di tepi jalan kelihatan ramai pengunjung. Anak-anak rantau pulang ke desa menziarahi ibu bapa.
Buat bekas pelajar yang menyambut Chinese New Year,
terutama x-SSAJ dan X-STARS Bagan Datoh,
semoga anda riang bersama keluarga tercinta. Buat semua. Berhati-hati di jalan raya.
Buat anak-anak yang terpaksa menjadi penghuni wad di hospital-hospital semoga anda tabah selalu. Mari kita sama-sama muhasabah diri kita, jom hayati Artikel InshaAllah Sakit Itu OK, OKU Itu Pun OK, dengan bantuan Allah
SELASA (25 September 2012 ) – Selepas
kejayaan tiga sekolah perintis di Lembah Klang, program Sekolah Dalam Hospital (SDH) diperluas dengan pembukaan sekolah keempat di Hospital
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Isteri Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selaku Penaung Jawatankuasa
Hati Nurani yang melawat SDH, Hospital USM pada hari ini berkata, dalam
masa terdekat beberapa sekolah lagi akan dibuka.
“Hal demikian akan diumumkan dengan lebih lanjut oleh Kementerian Pelajaran nanti.
“Program Sekolah Dalam Hospital
digerakkan bertujuan untuk memastikan pelajar yang menerima rawatan di
hospital tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka,” katanya dalam siri
lawatan kerja ke SDH, Hospital USM, hari ini.
Sekolah Dalam Hospital Beri Harapan Baru
By Puan Ummi Sunday, January 13, 2013
anak remaja, dunia pendidikan, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Perkembangan Remaja, Pesakit, prihatin, SDH, Sekolah Dalam Hospital No comments
Sekolah Dalam Hospital Beri Harapan Baru
Kepada Pesakit Muda
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bagi saya secara peribadi, Sekolah Dalam Hospital telah memberi harapan baru kepada pesakit muda yang terpaksa menjadi penghuni wad hospital.
Pesakit-pesakit ini yang juga merupakan murid dan pelajar sekolah terpaksa berehat seketika daripada menjalani rutin harian sebagai pelajar sekolah atas sebab-sebab perlu menjalani rawatan pemulihan dan kesihatan di wad hospital. Ada kalanya memakan masa berminggu-minggu bahkan ada berbulan-bulan.
Dalam tempoh menjadi pesakit di dalam wad, apabila diberi peluang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran sekurang-kurangnya ia memberi harapan baru kepada anak-anak ini. Ia bagaikan terapi minda positif menjalani hari muka dengan lebih baik walaupun terpaksa merasai kesakitan yang telah bercambah dan bersarang di dalam tubuh.
Artikel-artikel berkaitan Sekolah Dalam Hospital pernah saya muatkan di blog wordpress saya.
Projek sekolah dalam hospital diterus
Sekolah Dalam Hospital
yang dilancarkan oleh
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd
Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.
Sumber Gambar : Website KPM
Program Sekolah Dalam Hospital bermula
By Puan Ummi Thursday, July 21, 2011
anak kecil, civil servant, dunia pendidikan, Kesihatan, Pesakit, prihatin, SDH, sekolah, Sekolah Dalam Hospital No comments
Program Sekolah Dalam Hospital bermula:
Nur Hafsah Azmi, 10, (kanan) dan Sri Alda Agustina, 8, yang menghidap asma mengikuti pembelajaran disampaikan guru, Azura Sulaiman di Hospital Ampang, semalam. Mereka antara pelajar mengikuti program Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang memulakan sesi pembelajaran fasa pertamanya baru-baru ini, termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Serdang. Sebelum ini, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dilaporkan berkata, seramai 18 guru berkhidmat sebagai tenaga pengajar dengan lapan guru ditempatkan secara tetap di HKL, manakala masing-masing empat guru di Hospital Ampang dan Serdang. - Foto Effendy Rashid
Sesi Pembelajaran Sekolah Dalam Hospital Bermula Esok
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
KUALA LUMPUR: Projek Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan memulakan sesi pembelajarannya untuk pelajar yang dirawat di hospital bermula Jumaat.
Isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Penaung Projek Hati Nurani, Puan Sri Nooraniee Abd Rahman berkata, sebanyak tiga hospital terpilih sebagai perintis fasa pertama projek SDH.
“Hospital berkenaan adalah Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang yang sudah dilengkapi oleh infrastruktur dan kakitangan.
“Seramai 16 guru dipilih yang mula mengajar esok di mana lapan orang di HKL dan masing-masing empat orang di Hospital Ampang dan Hospital Serdang,” katanya pada sidang media di Institut Pediatrik HKL di sini, Khamis.
Norainee berkata, Projek Hati Nurani merupakan projek yang ditubuhkan oleh jawatankuasa khas dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.
Menurut beliau, kesemua guru yang dipilih berdasarkan berdasarkan beberapa kriteria menjalani latihan selama sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut Pediatrik HKL.
“SDH menggunakan sukatan pelajaran kebangsaan yang sama seperti di sekolah rendah dan sekolah menengah namun guru yang berkhidmat di hospital dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran terapi, kaunseling, kaunseling, komunikasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),” katanya.
Norainee menjelaskan, SDH adalah program khas pembelajaran untuk pelajar yang dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan jangka panjang.
“Ini dapat mengatasi masalah pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran kerana menerima rawatan untuk tempoh yang lama atau berulang kali di hospital,” katanya.
Beliau menambah, tiga hospital itu akan melalui program tersebut bagi fasa pertama sebelum ia diperluaskan ke hospital utama di setiap negeri pada masa akan datang.
Sesi pembelajaran di SDH bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan 2 petang sehingga 4 petang dari Isnin sehingga Jumaat.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dijadualkan merasmikan ketiga-tiga SDH berkenaan secara serentak pada 26 Julai ini.
sumber; Mstar
Sesi Sekolah Dalam Hospital Di Tiga Hospital Bermula Jumaat
KUALA LUMPUR, 14 Julai -- Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang, akan memulakan sesi pembelajaran untuk pelajar yang dirawat di hospital berkenaan mulai Jumaat.
Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang juga penaung SDH berkata seramai 16 guru yang dipilih berdasarkan beberapa kriteria akan memulakan sesi kelas di bilik darjah hospital berkenaan untuk pelajar yang boleh menghadiri kelas Jumaat.
Daripada jumlah itu, lapan guru akan mengajar di HKL, manakala di Hospital Serdang dan Ampang akan menyediakan khidmat empat guru, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majis penutupan kursus guru SDH di Intitut Pediatrik HKL di sini, pada Khamis.
Beliau berkata guru-guru itu menjalani latihan sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut Pediatrik HKL bagi menyediakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran asas untuk menangani kelompok pelajar yang bermasalah kesihatan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual merasmikan serentak ketiga-tiga SDH itu pada 26 Julai ini.
Noorainee berkata SDH merupakan program khas pembelajaran untuk pelajar yang dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan jangka panjang dan bertujuan mengatasi masalah keciciran pelajar yang ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan untuk tempoh lama di hospital.
"SDH akan menggunakan sukatan pelajaran kebangsaan sama seperti di sekolah rendah dan menengah biasa, bagaimana pun guru yang berkhidmat di hospital turut dilengkapi pengetahuan dan kemahiran terapi kaunseling dan psikologi, komunikasi dan ICT," katanya.
Noorainee berkata sesi pembelajaran di SDH bermula pada 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 4 petang dari Isnin hingga Jumaat.
"Ia akan memfokus kepada empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sekiranya pelajar tidak datang ke kelas, guru akan pergi ke katil pesakit untuk mengajar," katanya.
Norainee berkata program SDH akan diperluaskan ke semua hospital di seluruh negara kelak.
Sementara itu, suri rumah Siti Norbaya Abdullah, 49, menyifatkan penubuhan SDH sebagai langkah yang harus dipuji kerana memberi ruang kepada pesakit muda untuk meneruskan pembelajaran mereka walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
"SDH bagus kerana anak-anak yang sakit tidak akan tercicir dan ketinggalan dalam pelajaran akibat gangguan kesihatan," katanya yang mempunyai seorang anak perempuan menghidap leukemia dan mendapat rawatan di HKL sejak Februari lalu.
Bagi Noor Esqwani Nidayu Muhamad, 15, beliau bersyukur dengan penubuhan SDH kerana membolehkan dirinya mengikuti kelas seperti pelajar normal yang lain.

Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .