Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label dunia pendidikan. Show all posts
Showing posts with label dunia pendidikan. Show all posts

Lagu "Rindu Guru" Cover Aisyah The Projector Band Malaysia oleh murid dari Indonesia

Lagu "Rindu Guru" Cover Aisyah The Projector Band Malaysia oleh murid dari Indonesia




Khamis. 14/5/2020. 21 Ramadan 1441 Hijrah. Simpan sini lagu, "Rindu Guru" oleh murid dari Indonesia. Dapat dari wassap sahabat Guru dari Indonesia. Terima kasih sahabat.
Saya tujukan lagu ini buat guru-guru saya. Maaf ye jika tidak ter tag.
Cikgu
Nor Asmah
.
Cikgu Rosmawar Ramli
Selamat Hari Guru, guru-guru saya dan Guru Malaysia semuanya. Juga buat semua yang bekerjaya dalam bidang pendidikan, insan-insan pendidik🤩.
Lagu asal dari The Projector Band,"Aisyah" (Malaysia) pada tahun 2017 lalu. Diolah semula "Cover" menjadi lagu Islami, "Aisyah Isteri Rasululluah" oleh Mr Bie (Malaysia)

Misi Menyelamatkan Dokumen dan Barang Banjir di Arau 22/9/2017

Misi Menyelamatkan Dokumen dan Barang Banjir di Arau 22/9/2017





International Psychology Counseling & Social Worker Conference, di Universitas Medan Area, Sumatera Utara

International Psychology Counseling & Social Worker Conference, di Universitas Medan Area, Sumatera Utara

MOU & MOA  antara Universitas Medan Area, Saffone Academy & Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia.



Presiden PEKA, Dr Siti Taniza Toha.
















Alhamdulillah PEKA KPM bersama Saffuan Academy dan Universitas Medan Area telah selamat menganjurkan seminar.

Perjanjian Antara PEKA, Saffone Academy dan Universitas Medan Area telah ditandatangani bersama. Semoga jalinan kerjasama antara pihak yang terlibat ini terus berjalan dengan jayanya.

MOU & MOA  antara Universitas Medan Area, Saffone Academy & Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia.

Allah beri rezeki pelbagai cara, kita perlu sediakan teknik dan cara yang pelbagai juga untuk mendapatkannya

Alhamdulillah saya juga telah selamat membuat pembentangan di International Psychology Counseling & Social Worker Conference ini. Presenter came from different countries and different backgrounds.

 We've discussed each others for our young generation. They're our next generation.

Alhamdulillah pengalaman manis bersama para cendekiawan pelbagai negara. 

Program anjuran PEKA KPM , Saffone Consultant Academy dan Universitas Medan Area. Semoga Allah menganugerahkan kebaikan dan merahmati usaha Murni ini.





SUB Bahagian Psikologi KPM Putrajaya, Puan Mazwin bersama Pegawai-pegawai Kaunseling dari BPSk turut hadir ke program ini.








Puan Mimi Nurbaya salah seorang pembentang
 dalam sidang pararel.






Doa Guru Buat Murid Yang Bakal Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2017

Doa Guru Buat Murid Yang Bakal 
Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2017






Masa berlalu sangat pantas. Rupanya pelajar Ting 1 SMKLH yang belajar BM dan Sivik dengan saya pada tahun 2013 kini dah berada di Tingkatan 5. 

Doa saya untuk mereka, doa saya juga bekas pelajar saya di SMK Seri Mahkota, juga doa saya untuk pelajar Ting 5 di tempat Kerja sekarang.

 Peperiksaan Percubaan SPM 2017 akan anak-anak hadapi. 


. *بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*


*Ya Allah,*
Minggu ini adalah minggu anak2 Pelajar menduduki peperiksaan Percubaan SPM. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.




*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.



*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.



*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami.
 Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.



*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.



*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. 

Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.



*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.



*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak jiran jiran dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejyaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.



*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.



رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 
وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. 
سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

امين يا رب العالمين.

Tip Temuduga Ujian Kecergasan Calon Guru IPG KPM 2017

Tip Temuduga Ujian Kecergasan Calon Guru IPG KPM 2017  


Assalamualaikum dan selamat pagi. Tahniah kepada yang berjaya ke temuduga pemilihan ke IPG.

Saya dapat maklumat ini daripada group telegram.

 Mungkin berguna untuk calon temuduga IPG. Berikut adalah ujian kecergasan  yang akan ditempuhi dalam pemilihan ke Institut Pendidikan Guru KPM.

UJIAN BERTULIS

Masa selama 45 minit. Jika calon lewat ketika ujian bertulis dijalankan, masa tambahan tiada. Walaupun lewat untuk 20 minit sekalipun. UKCG bermula pada waku pagi, jadi semua calon haruslah bersedia!

 Ujian Bertulis ada 2 bahagian. UKCG ada satu sahaja aspek yang disoal,  INSAK merupakan ujian psikologi (seperti ujian kaunseling)

Bahagian 1:

Ada 135 soalan. Masa selama 30 minit. Ada dua pilihan jawapan. Sama ada YA/TIDAK, WAJAR/TIDAK WAJAR atau pilihan jawapan. 

Mindset harus seperti seorang guru.
Contoh:

 Definisi amanah seorang guru ialah:

A. Tidak curi tulang semasa bekerja
B. Mengajar mengikut waku yang ditetapkan

p/s: Calon mesti menjawab secepat mungkin. Soalan boleh guna logik akal.

 Jawab dengan berhati-hati dan tidak perlu semak. Jangan tinggal soalan. Masa yang dicadangkan 10 soalan selama  1 minit. Jaga masa.

Bahagian 2:

Ada 60 soalan. Masa selama 15 minit. Ada empat pilihan jawapan. Antara Sangat Tidak Setuju(STS), Tidak Setuju (TS), Setuju(S), Sangat setuju (SS)

Cnth: Anda seorang yang suka menangguhkan kerja.

A. Sangat setuju (SS)
B. Setuju(S)
C. Tidak Setuju (TS)
D. Tidak Setuju(STS)

p/s: Calon mesti menjawab secepat mungkin. Kebanyakan soalan berkaitan diri dan tiada jawapan yang tepat. 

Jawab dengan berhati-hati dan tidak perlu semak. Jangan tinggal soalan. Cuba hadkan masa untuk 10 soalan selama  1 minit. Jaga masa.

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Terdapat 5 aspek :

BMI, Bangun Tubi 5 Variasi, Tekan tubi Nonstop, Jangkauan Melunjur, Bleep test.

Check Point Pertama (1)
Ukuran berat badan dan tinggi (BMI). BMI bagi yang normal (20.7-26.4) full marks.
Berat ÷ (Tinggi x Tinggi) —--- kg/m²

Check Point Kedua (2):

Bangun Tubi Variasi 5 jenis. Setiap satu variasi sekali sahaja. Selepas berjaya boleh proceed yang seterusnya. 

Ada 3 percubaan. Kalau gagal kesemua percubaan sampai situ sahaja markah dikira. Kalau lulus untuk kelima-lima variasi, full marks. 

Ujian ini agak mencabar terutama pada variasi ke-4 dan ke-5;

1. Tangan sentuh lutut
2. Siku sentuh lutut
3. Tangan pada dada then up
4. Tangan belakang kepala then up
5. Tangan sentuh skapula then up


Check Point Ketiga (3):

Tekan tubi tanpa henti. Full marks bagi lelaki (40 kali) dan perempuan (30 kali).

Cuba sedaya upaya. Masa tiada tapi non stop. Teknik tekan tubi mesti betul. 

Kalau salah, tidak dikira.
Disini ada nak kongsikan tips;

-  Lakukan secara cepat dan sistematik
-  Pastikan kena pada span yang disediakan


Check point Keempat (4):

Jangkauan melunjur. Full marks bagi lelaki (47 dan ke atas) dan perempuan (44 dan ke atas) 

*kalau tak silap* 
Diberi peluang sebanyak 4 kali. Markah dikira pada tolakan yang keempat.

Check point Kelima (5):

 *killer test*

Bleep test. Lari 20m. Secara berterusan. Kelajuan akan meningkat untuk setiap level. 

Lulus mandatori lelaki (Level 4-1), full marks (Level 7-6) dan lulus mandatori perempuan (Level 3-1), full marks (Level 6-1), kalau tak silap. 

Tiada rehat. Kalau tidak berjaya sampai garisan sebelum beep!! dia angkat bendera kuning. 

Sekiranya 2 kali BERTURUT-TURUT gagal, dia angkat kad merah – tanda tidak boleh meneruskan. Kuatkan semangat sebab check point ini palingggg memenatkan dan mencabar.

 Jangan paksa diri, takut pitam.

Level 1➡(7 kali ulang alik)
Level 2➡(8 kali ulang alik)
Level 3➡(8 kali ulang alik)
Level 4➡(9 kali ulang alik)
Level 5➡( 9 kali ulang alik)
Level 6➡(10 kali ulang alik)
Level 7➡(10 kali ulang alik)

Panduan UKF ini merupakan ujian yang dijalankan pada hari ini--10 April, iaitu hari pertama sesi UKCG 2016 dijalankan. 

Mungkin UKF ini sama untuk semua tempat dan hari seterusya dan mungkin juga berbeza. Apa apa pun, all the best untuk semua calon. Strive for the best. Pastikan target highest mark tau. Yakin pada diri.

p/s: Bagi perempuan, elakkan berpakaian ketat atau betul-betul muat badan sebab UKF yang dijalankan agak lasak yang boleh menampakkan bentuk badan. 

Bawa botol air mineral dan alat tulis.





KURSUS ASAS CREATIVE COUNSELLING & ART WORK SEBAGAI MODALITI DALAM HUBUNGAN MENOLONG ANJURAN PEKA KPM DAN UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) AR-RANIRY ACHEH

KURSUS ASAS CREATIVE COUNSELLING & 
ART WORK SEBAGAI MODALITI
 DALAM PROSES HUBUNGAN MENOLONG
ANJURAN KERJASAMA PEKA KPM DAN 

UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) AR-RANIRY ACHEH







JADUAL TENTATIF KURSUS ASAS CREATIVE COUNSELLING & 
ART WORK SEBAGAI MODALITI
 DALAM PROSES HUBUNGAN MENOLONG
ANJURAN KERJASAMA PEKA DAN 

UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) AR-RANIRY ACHEH






JADUAL TENTATIF KURSUS ASAS CREATIVE COUNSELLING & 
ART WORK SEBAGAI MODALITI
 DALAM PROSES HUBUNGAN MENOLONG
ANJURAN KERJASAMA PEKA DAN 
UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) AR-RANIRY ACHEH


HARI/WAKTU

PROGRAM
PENGENDALI

HARI PERTAMA                                  KLIA – BANDARA ACHEH-LAWATAN
HARI KEDUA
8.00 AM 
PENDAFTARAN PESERTA 
8.30 AM 
PEMBUKAAN PROGRAM 
9.30 AM 
Ucapan Aluan 

Ucapan Perasmi
Universiti Islam Ar Raniry  (UIAN)

Dr. Siti Taniza Toha 
Presiden 
Persatuan Kaunseling Pendidikan (PEKA) 
10.30 AM
Tea Break 
11.00 AM
Pengenalan Creative Counselling
Encik Safuan Abdullah
12.30 AM
Makan & Solat 
14.30 PM
Creative Art Therapy (CAT) dan     Hubungan Menolong:Asas kemahiran
Dr. Azizah Abdullah
22.30 PM
Super Rest

HARI KETIGA                                 
08.30 AM
Kemahiran: Self Expression & Self Healing menggunakan aktiviti seni  
(lukisan, pupet & massive play)
Puan Cr. Siti Fatimah Abdul   Ghani 
10.00 AM
Tea Break 
SESI PERKONGSIAN PENGENDALIAN CISM
PEKA & UIAN ACHEH
10.30 AM
Pendekatan Cat Di Malaysian Semasa Bantuan CISM Di Pusat Transit

Dr.Azizah Abdullah
12.00 AM
Perkongsian Pengalaman Mengendalikan CISM Di Aceh: Pendekatan Kreatif
PM Dr.Kusumawati Hatta
13.00 PM
Lunch, Solat and rest 
SESI PARALAL
 14.00 PM
PESERTA MALAYSIA
Critical Incident Stress Management 4: Crisis Intervention & Case Manangement


















PESERTA ACEH

1.Mengendalikan CISM Bencana Banjir Besar di Kelantan: Tuan Haji Ahmad Termizi B.Musa 

2.Mengendalikan Latihan CISM kepada Ahli Sukarelawan: Dr. Siti Taniza Toha &
Halawiyah Safinas Ishak 

3. Art Work Modality: Cr. Siti Fatimah Ab. Ghani

4.Terapi Bermain dalam PdP di Pusat CISM : En. Umar Norman 

5. Latihan Art Therapy CISM   Untuk Sukarelawan Banjir : Cr. Asma’ Binti Ahmad

Pensyarah – Pensyarah Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Acheh

Penutup & Penyampaian Sijil


20.30 PM                                                          Super Rest

HARI KEEMPAT . 
08.30 AM 
Lawatan psikososial  
Dr.Kusmawati Hatta
10.00 AM
Tea Break 
10.30 AM
Lawatan psikososial
Dr.Kusmawati Hatta
12.00 AM
Lawatan Psikososial
Dr.Kusmawati Hatta
17.00 PM
Diner, Solat & Rest 
HARI KELIMA
Bertolak Pulang BANDARA ACHEH - KLIA



Cadangan Tarikh Program  Ialah 19-23 September 2016.

Perkara Yang Telah Dipersetujui Dengan Dekan Fakultas Psikologi , Ibu Profesor Madya Dr.Kusmawati Hatta & Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Acheh:


1. HARI PERTAMA:          Setibanya Di Banda Acheh Ahli Rombongan Terus Melakukan  Lawatan Di Bandar Acheh.


TEMPAT DILAWATI:       Muzium Tsunami, Kuburan Besar Magsa Tsunami Di Ulele, Masjid Baitul Rahman & Baitul Rahim,Rumah Cut Nyak Dhien Pahlawan Wanita Aceh Dan Lain-Lain Tempat Yang Menarik Mengikut Kesesuaian Masa.


2. HARI KEDUA:                Ahli-Ahli Rombongan Boleh Bersama-Sama Dalam Sesi Latihan/Bengkel  Creative Counselling Yang Akan Dijalankan Kepada Mahasiswa Fakultas Psikologi Oleh En. Safuan Abdullah  ,Dr. Azizah Abdullah  & Cr. Siti Fatimah Ab.Ghani

3. HARI KETIGA:               Semua Ahli Rombongan Bersama-Sama Mahasiswa Mendengar Sesi Perkongsian Tentang Penggunaan Cretive Counselling & Art Work As Modality  Dalam Cism Dan Pengalaman Mengendalikan Cism Di Acheh & Malaysia

4. HARI KEEMPAT:          Program Psikososial Kesekolah Dimana Mahasiswa Yang Berkursus Creative Counselling  Akan Membuat Amali Disekolah.Ahli Rombongan Juga Ikut Serta Menjadi Fasilitator
·         Slot NLP Best Belajar Kepada Murid-Murid Sekolah Oleh Tuan Syed Faizal Abd.Rahman

5. HARI KELIMA:              Ahli Rombongan Bertolak Balik Ke Klia/Subang




Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .