Mesej Iklan Raya Petronas 2013 Jahit
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelayar blog ini Muslim, khususnya followers, silent readers, para pelajar dan bekas pelajar saya serta sesiapa sahaja yang terjumpa blog ini, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Ramadhan kian pergi. Berbaki tak sampai 10 hari sahaja lagi. Baki seminggu lagi sahaja untuk kita raih ruang dan peluang melipatgandakan amalan soleh. Amin.
Sempena pagi Sabtu yang sungguh nyaman
ni, saya ingin berkongsi berkaitan
iklan raya petronas 2013 ni. Mesej kesusahan hidup menjadi motivasi kejayaan pelajar untuk lebih bersungguh-sunggh dalam pelajaran dan menghargai pengorbanan seorang ibu.
Iklan Raya Petronas 2013 – Jahit
Kisah yang dilakonkan oleh dua beranak
ni memang menyentuh perasaan. Pengorbanan seorang ibu yang bekerja
sebagai tukang jahit memang tiada nilainya.
Sanggup bekerja siang dan
malam mengambil upah menjahit baju
demi melihat anaknya berjaya dalam pelajaran dan dapat menyambung
pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
By Puan Ummi Saturday, May 04, 2013
GLC, Halatuju, IKBN, ILKA, Institut Latihan Kemahiran Awam, JOHOR, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kejuruteraan, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, PETRONAS, selepas SPM
Permohonan Ke Program Kemahiran Minyak Dan Gas
di IKBN Bandar Penawar
Perjanjian memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani KBS dan
Petronas.
Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran (Minyak Dan Gas) di IKBN Bandar Penawar
Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar Bidang Minyak & Gas
Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar akan
melaksanakan program berasaskan latihan dalam Bidang Minyak & Gas.
Melalui kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS), SIRIM Berhad dan Johor Petroleum Development Corporation (JPDC)
pada November 2012 telah mencapai satu persetujuan untuk menjadikan
IKBN Bandar Penawar sebagai hub Pensijilan Profesional Antarabangsa
yang menyediakan latihan kemahiran bersepadu bagi memenuhi keperluan
sektor minyak dan gas di Malaysia.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .