Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Foto. Show all posts
Showing posts with label Foto. Show all posts

MAJLIS RESTU ILMU MOTIVASI PECUTAN AKHIR TINGKATAN 5 2013

MAJLIS RESTU ILMU MOTIVASI PECUTAN AKHIR TINGKATAN 5 2013 
MOTIVATOR RAZALI BERSAMA PELAJAR,  IBUBAPA PELAJAR DAN GURU SMKLH


Majlis restu ilmu diadakan bagi merestui segala ilmu yang telah dicurahkan para guru kepada pelajar-pelajar SMKLH agar mendapat mendapat keberkatan dalam menjawab peperiksaan seterusnya dalam hidup.

Seseorang pelajar yang cemerlang bukan hanya berjaya dalam bidang akademik malah harus mempunyai sahsiah dan akhlak yang terpuji agar dapat dijadikan modal insan untuk generasi muda seluruhnya selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dalam dunia yang serba mencabar.





          Tarikh                          :               25 Oktober 2013 (Hari Jumaat)
          Masa   Program       :                8.30 pagi -12.00 tengah hari
          Tempat                      :               Dewan Seri Bestari, SMK Lepar Hilir.



Program dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SMK Lepar Hilir, Encik Hawari Bin Bachik. Terima kasih pihak kami ucapkan di atas kesudian YDP PIBG SMKLH merasmikan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa yang hadir.



Aturcara Majlis Restu Ilmu Calon SPM
2013 SMK Lepar Hilir Jumaat 25 Oktober 2013



7.30 am                   :               Perhimpunan Pelajar
8.10 am                   :               Semua guru tingkatan, guru ketua bidang dan guru matapelajaran mengambil tempat.                                                   Pelajar Tingkatan 5 Masuk ke Dewan Seri Bestari SMK Lepar Hilir
                                                Kehadiran ibubapa.
8.30 am                   :               Bacaan Doa Selamat
                                                 Al Fadhil Ustaz  Tn.Hj.Ikmal Hisham b. Kamal Hakim.
8.40 am                   :               Ucapan Perasmian Oleh Pengurus Felda Lepar Hilir
                                                Encik Za’aber Bin Abdul Rasid
8.50 am                   :               Ceramah Pecutan Akhir SPM-
                                                Tip Menghadapi Peperiksaan Untuk Pelajar, Ibubapa dan Guru
                                                Oleh Motivator Jemputan, seorang pensyarah dan penulis,  Encik Mohd Razali Maarof
10.10 am                 :               Rehat
                                                Ibu Bapa Bersurai
10.30 am                 ;               Semua guru tingkatan, guru ketua bidang dan guru matapelajaran mengambil tempat.                                                   Pelajar Tingkatan 5 Masuk ke Dewan Seri Bestari SMK Lepar Hilir     
10.35am                  :               Bacaan Doa Menghadapi Peperiksaan
                                                Al Fadhil Ustaz  Tn.Hj.Ikmal Hisham b. Kamal Hakim.
10.55am  :               Ucapan Wakil Pelajar Tingkatan 5
10.55 am                 :               Ucapan YDP PIBG
11.10 am                 :               Ucapan GPK Penolong Kanan Pentadbiran           
                                                Puan Norilah Binti Adam
11.20       am           :               Ucapan Pengetua
Puan Siti Mariam Binti Baharudin
11.35 am                 :               Tayangan Multimedia Tingkatan 5 SMK Lepar Hilir
11.40 am                 :               Sesi bersalaman dengan guru-guru.



BIODATA PENCERAMAH MOTIVASI:

MOHD RAZALI MAAROF (ABU RIDHWAN)
Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS), UiTM
Ijazah Pengurusan Perniagaan(Pemasaran) (BBA) – UiTM
Bertugas sebagai Pengurus Pembangunan dan Hubungan Luar, Kolej Teknologi Darulnaim

Dilahirkan di Kajang, Selangor dan dibesarkan di Lenggeng, Negeri Sembilan. Sudah berkeluarga dan memiliki dua orang cahaya mata. 

Pengalaman Kerjaya:
Head Supervisor, Mydin Wholesale Emporium (1997-1998)
Pengurus Operasi Hisham & Co. (1998-1999)
Pengurus Pemasaran Anis Pharmacy Group (2000-2003)
Pengurus Berkat Istiqamah Sdn Bhd (2003-2004)
Pengurus ProCAST Consultancy (2004-2007)
Pengurus Pembangunan & Hubungan Luar Kolej Teknologi Darulnaim (2007 – kini)


Pengalaman Berkaitan:
1. Banyak mengendalikan program-program motivasi, kem kepimpinan, khemah ibadah, kursus jatidiri untuk remaja sekolah rendah, menengah dan IPT.
3. Penceramah jemputan untuk program remaja yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah, IPT serta badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.


Lain-lain Pengalaman:
1. Alumni ESQ Training Angkatan 1, Malaysia
2. Menyediakan Modul dan Mengendalikan Program-program Remaja dan Mahasiswa

Gambar Sambutan Maulidur Rasul 1434 SMK Lepar Hilir

Gambar Sambutan Maulidur Rasul 1434 SMK Lepar Hilir
Bicara Hati Penghayatan Asmaul Husna Allah SWT
Bersama Bersama Prof.Wan Masri UMP






 Selawat nabi berkumandang di Dewan Bestari SMK Lepar Hilir

Gambar semasa Slot Bicara Hati seorang pelajar


 Gambar sebelum majlis bermula


Bantuan RM100 Sesi 2013 Untuk Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Hilir

Bantuan RM100 Sesi 2013 Untuk Pelajar Sekolah Menengah 
Majlis Penyerahan Bantuan RM100 Sesi 2013 Untuk Pelajar 
Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Hilir 

Image

 YB. Encik Mohd.Shohaimi Bin Jusoh




YB. Encik Mohd.Shohaimi Bin Jusoh

telah datang ke SMK Lepar Hilir bagi merasmikan 
Majlis Penyampaian Bantuan RM100 Sesi 2013. 

Majlis telah diadakan pada Hari Selasa, 22/1/2013 di
Dewan Bestari, SMK Lepar Hilir, Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Kuantan, Pahang.


 

Berikut adalah pekeliling mengenai pembayaran bantuan RM100 kepada pelajar sekolah sesi 2013. Ini merupakan berita baik kepada semua pelajar. 

Gambar Minggu Orientasi Tingkatan 1

Gambar Minggu Orientasi Tingkatan 1 2013
SMK Lepar Hilir, Kuantan, Pahang


Gambar di hadapan SMK Lepar Hilir, Kuantan, Pahang

Gambar persekitaran SMK Lepar Hilir, Kuantan, Pahang

 
 Dewan Bestari SMK Lepar Hilir 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah Minggu Orientasi Tingkatan 1 2013 SMK Lepar Hilir telah berjalan dengan jayanya. 

Bermula pada Hari Rabu, 2.1.2013 hingga hari Jumaat 4.1.2013, pelbagai aktiviti Minggu Orientasi telah dijayakan oleh semua Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir dengan kerjasama semua guru-guru SMK Lepar Hilir.
 

Pengetua SMK Lepar Hilir, Puan Siti Mariam Bt Baharuddin
 sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup
 Minggu Orientasi Tingkatan 1 2013 pada Hari Jumaat, 4.1.2013 .


 Taklimat daripada Bina Insan oleh Puan Khazimah Bt Adam

 Wajah-wajah Pelajar Tingkatan 1 2013


   
Taklimat PBS oleh GPK Pentadbitan SMK Lepar Hilir ,
Pn Norilah Adam.
Kelihatan di gambar atas juga Puan Normah Bt Buyong, 
Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir  sedang mengendalikan
 Minggu Orinetasi pada pagi 2.1.2013.



Hari Koperasi Jengka 2

Hari Koperasi Jengka 2 2012 kembali Lagi


Panorama SMK Jengka 2 

Pintu Masuk SMK Jengka 2

Assalamualaikaum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar, ibubapa, keluara SMK Jengka 2 mari kita meriahkan Hari Koperasi Jengka 2.

Hari Koperasi SMK Jengka 2 kembali lagi.

Hari : Rabu, Khamis dan Jumaat
Tarikh :  27,28 dan 29 Jun 2012

SMK Jengka 2 Catat Kejuaraan Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah Maran

Keratan Akhbar: SMK Jengka 2 Catat Kejuaraan Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah Maran



MARAN 30 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2 muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Maran selepas menewaskan SMK Jengka 6 dengan jaringan 5-2 dalam perlawanan akhir baru-baru ini.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan, Abdul Rahman Ahmad berkata, kemenangan itu merupakan satu sejarah tersendiri buat SMK Jengka 2 kerana muncul juara buat tahun ketiga berturut-turut.

''Keseluruhannya tahun ini 16 pasukan dari sekolah menengah daerah Maran berentap bagi memilih juara, sekali gus mewakili daerah Maran ke peringkat negeri.

Selamat Tinggal, SMKJP2

Selamat Tinggal, SMKJP2






   Terima Kasih, Tuhan
   Atas izinMu
   Di SMKJP2
   Saya beroleh kebaikan, kesihatan
   ...dan pemulihan

Dari on wheel chair
ke walker frame

  Terima Kasih, teman
  Di SMKJP2
  Saya beroleh persahabatan, pertolongan
  ..... dan pengertian.

  Terima kasih, tuan
  Di SMKJP2
  Saya beroleh perhatian, bantuan
  ..... dan kejayaan.

  Terima kasih, semua
  Di SMKJP2
  Yang banyak meninggalkan
  kenangan
  pahit manis dunia pendidikan

Selamat Tinggal, SMKJP2.

Jalur Gemilang, berkibar di Maran

Jalur Gemilang, berkibar di Maran

 Jalur Gemilang, berkibar di pagar, Masjid di Maran.

Jalur Gemilang, di hadapan, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Maran.

Jalur Gemilang, di hadapan, Bangunan Wisma Gunasama Maran.
 Jalur Gemilang, di kawasan letak kereta, SK Jengka Pusat 2.


 Jalur Gemilang, di kawasan Dataran Ilmu, SMK Jengka Pusat 2.

Jalur Gemilang, Jom Kibarkannya

Jalur Gemilang, Jom Kibarkannya

Jalur Gemilang


DR. RAIS Yatim bersama penduduk kampung dan para peserta konvoi mengibarkan bendera Jalur Gemilang 
di Kampung Kuala Dulang, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam. 


Jalur Gemilang dikibarkan di SMK Jengka Pusat 2.
Ustaz Asri, Encik Andul Latif dan tukang kebun sekolah sedang memacakkan tiang bendera.

Lirik Lagu Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur Gemilang

Kibar Jalur Gemilang semarak cintakan negara

JELEBU 7 Ogos - Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 anjuran Jabatan Penerangan dianggap sebagai platform terbaik bagi menyemarakkan semangat kecintaan kepada negara di kalangan masyarakat tanah air ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, program kembara selama sebulan itu bertujuan untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan warga tanah air ini.

"Kembara ini akan dijalankan ke seluruh tanah air, di mana kita akan menjelajah ke kampung, daerah serta bandar-bandar di seluruh Malaysia untuk membawa mesej bahawa sudah tibanya bulan kemerdekaan.

"Objektif utamanya adalah untuk dirasai oleh masyarakat bahawa kita perlu mengibarkan bendera kita bagi menyambut bulan kemerdekaan kita," katanya.

Rais berkata demikian selepas menghadiri Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 dan Majlis Berbuka Puasa Parlimen Jelebu di Masjid Kampung Kuala Dulang, di sini malam tadi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu meminta semua masyarakat agar memberi sokongan sepenuhnya terhadap pengelolaan program itu dengan mengibarkan jalur gemilang sepanjang bulan ini sehingga 16 September depan.

"Ini kerana sambutan hari kemerdekaan kita yang sepatutnya dilangsungkan pada 31 Ogos akan disambut pada 16 September kerana ada kemungkinan hari raya Aidilftiri akan jatuh pada hari merdeka," jelasnya.

Dalam pada itu, Rais memberitahu, orang ramai diminta untuk mendapatkan bendera masing-masing seterusnya mengibarkannya di seluruh pelosok negara demi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan ke-54 ini.

''Bendera bukan mahal, kalau tidak mampu minta daripada jabatan atau agensi berkaitan, kita akan berikan. Yang penting kita bersama-sama kibarkan jalur gemilang untuk menyatakan cinta kita kepada Malaysia," ujarnya. (Utusan Malaysia)

Suntikan Imunisasi ATT

Suntikan ATT di SMK Jengka Pusat 2
Suntikan Imunisasi ATT


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekali lagi, Bilik Kesihatan, tempat Dunia Cikgu Kaunseling menjalankan tugas, dimeriahkan dengan aktiviti Kesihatan. 

Suntikan ATT atau nama penuhnya dikenali sebagai ‘Anti Tetanus Toxoid’ merupakan suntikan wajib untuk semua pelajar tingkatan 3. Suntikan ATT ini diberikan bertujuan adalah untuk menggelakkan mendapat penyakit ‘Kancing Gigi’ yang disebabkan oleh virus.

Seramai 4 orang kakitangan termasuk seorang pemandu dari Klinik Kesihatan Bandar  Tun Abdul Razak Jengka, Pahang  telah datang ke SMK Jengka Pusat 2 pada 11 Julai 2011,  untuk memberikan suntikan imunisasi ini. 

Sebelum menerima suntikan mereka diberi taklimat tentang perlunya suntikan tersebut daripada pihak Pejabat Kesihatan.

Ramai pelajar yang berkobar-kobar dan tidak ketinggalan ada juga yang ketakutan. Namun ada juga pelajar yang  menangis semasa suntikan diberikan. 

Selain itu, ukuran tinggi dan berat pelajar Tingkatan 3 turut diambil bagi memastikan ukuran BMI pelajar stabil.

Dunia Cikgu Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kesihatan yang datang ke sekolah, selain kerjasama para guru mata pelajaran seperti Puan Rohaiza dan Puan Selmah,  para pelajar Tingkatan 3A, 3B, 3C Dan 3D yang memberikan kerjasama dengan menunjukkan disiplin  yang baik. 

Tidak lupa juga kepada Puan Aziah, yang juga Guru Kesihatan SMKJP2 yang turut memantau perjalanan suntikan ini berjalan dengan baik.

Gambar Program Suntikan ATT

Tatapilah sebahagian wajah-wajah mereka yang sedang menunggu giliran masing-masing. pelbagai raut muka terlukis di wajah mereka, semantara menanti giliran untuk dicucuk.


Wajah-wajah Pelajar Tingkatan 3 yang kena suntikan ATT.

Sedikit Info berkaitan tetanus:
Tetanus / Kancing Gigi

Kancing gigi atau juga dikenali sebagai tetanus

readmore...

Gotong-royong Bersihkan Bilik Kesihatan

LADAP 4; PROGRAM PENAMBAH BAIKAN, BERSIH BILIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Alhamdulillah pada 9 Julai 2011 lalu, Sabtu, cikgukaunseling.com pun melibatkan diri dalam LADAP SIRI 4. Sebahagian besar gambar semasa program teresbut sila klik http://smkjengkapusat2.blogspot.com/2011/07/ladap-siri-4-program-penambahbaikan.html

Terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Syed dan para pengawas dari Tingkatan 4A dan 4B yang bertungkus-lumus membersihkan Unit Kesihatan, dan Bilik Pengawas juga.



sekian, wassalam.

TAKLIMAT KERJAYA MGKKDM & IIUM HIGHER EDUCATION

TAKLIMAT KERJAYA OLEH  MGKKDM (MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN DAERAH MARAN) & IIUM HIGHER EDUCATION DI SMK JENGKA PUSAT 2

Pada Hari Sabtu, 23 April 2011 telah diadakan sebuah sesi Taklimat Kerjaya dan Peluang Melanjutkan Pengajian di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2 kepada para pelajar lepasan SPM 2010.

Taklimat ini dianjurkan oleh Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Maran, (MGKKDM) Pahang dengan kerjasama IIUM Higher Education.

Aktiviti sekitar program boleh tinjau ke http://smkjengkapusat2.blogspot.com/2011/04/taklimat-kerjaya-oleh-mgkk-daerah-maran.html

MINGGU ANTI DADAH SMKJP2

MINGGU ANTI DADAH SMKJP2

Alhamdulillah, pelancaran Minggu Anti Dadah telah bermula di SMKJP2.






Para pelajar mendengar ceramah yang disampaikan oleh Pegawai AADK.



Antara peserta pertandingan melukis poster Anti dadah.

Gambar-gambar di bawah ialah jenis-jenis dadah:












Tuan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada Pegawai AADK Maran.

Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2

Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2

Assaalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2 di atas kejayaan kelulusan 100% dalam SPM 2010. Antara berita yang tersiar di akhbar Sinar Harian, edisi Pahang...


"“Selain itu, prestasi kategori sekolah Felda juga meningkat iaitu SMK Jengka 10, Maran dan SMK Jengka Pusat 2, Maran yang mencatat seratus peratus lulus,” katanya."


Sumber daripada akhbar Sinar Harian, klik sini.

KUANTAN - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini mencatatkan peningkatan dalam pencapaian semua A sebanyak 0.27 peratus atau 64 calon berbanding 317 pada 2009 kepada 381 calon.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Datuk Mazlan Mohamad berkata, peningkatan jumlah pelajar cemerlang itu menunjukkan situasi positif yang dicapai di peringkat negeri.

Menurutnya, secara keseluruhan, keputusan SPM tahun ini menunjukkan prestasi membanggakan apabila Gred Purata (GP) negeri yang dicapai adalah 5.04 mengatasi pencapaian tahun lalu iaitu 5.19 sekaligus mengatasi GP peringkat nasional iaitu 5.09.

“Pencapaian ini secara tidak langsung menunjukkan prestasi calon di negeri ini melebihi sasaran awal.

“Malah pencapaian layak mendapat sijil juga meningkat sebanyak 00.30 peratus iaitu seramai 21,367 selain pencapaian sekolah yang mendapat semua A meningkat kepada 40 sekolah berbanding 35 sekolah tahun lalu,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena pengumuman keputusan SPM 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, di sini.

Turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Zainuren Mohd Nor dan Ketua Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Hashim Zayat.

Mazlan berkata, prestasi Sekolah Menengah Luar Bandar juga menunjukkan peningkatan malah jurang antara Sekolah Menengah Bandar juga berjaya dikurangkan kepada 0.23 peratus.

“Sebanyak 26 Sekolah Menengah Luar Bandar lulus seratus peratus manakala 11 Sekolah Menengah Luar Bandar lulus seratus peratus.

“Sebanyak tujuh daripada 175 sekolah memperoleh pencapaian cemerlang iaitu Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah 2.25 antaranya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (1.71), Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub (1.77) diikuti Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pekan (1.88).

“Selain itu, prestasi kategori sekolah Felda juga meningkat iaitu SMK Jengka 10, Maran dan SMK Jengka Pusat 2, Maran yang mencatat seratus peratus lulus,” katanya.

Kursus Pengacaraan dan Pengurusan Majlis

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP); Kursus Pengacaraan dan Pengurusan Majlis/ Acara & Protokol 2011 di SMK Jengka Pusat 2

KURSUS LADAP 


Pada Hari Sabtu, 12 Februari 2011, bermula pada pukul 8.00 pagi, di Dewan SMK Jengka Pusat 2, telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan atau singkatnnya LADAP.

Tuan Pengetua, Encik Yahya Bin Awang turut hadir dalam kursus ini. Begitu juga Encik Ismail, GPK 1 SMK Jengka Pusat 2,  dan Encik Abdul Latiff turut hadir. Semua guru hadir dalam kursus LADAP ini. Begitu juga dengan staf sokongan sekolah yang lain.

Cikgu Zairie sebagai pengacara majlis. Manakala Al Fadhil Ustaz Tuan Syed Fazhar membacakan doa selamat kursus ini.

Pada kurus kali ini, ia bertajuk, "Pengacaraan dan Pengurusan Majlis/ Acara & Protokol". Kursus ini disampaikan oleh Encik Ahmad Bin Ismail, Pemangku YDP PIBG SMK Jengka Pusat 2. Beliau bertugas sebagai Penyelia KEMAS Jengka, telah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengacaraan majlis.

Di sini, beberapa keping gambar sepanjang kursus berlangsung;


Keterangan Gambar; Tuan Pengetua berada di hadapan Penceramah, Encik Ahmad b Ismail sedang khusyuk mendengar ceramah beliau.

 Keterangan Gambar; Barisan guru dan staf sekolah sedang mendengar ceramah.

 Keterangan Gambar; Barisan guru dan staf sekolah sedang mendengar ceramah.






Antara perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Encik Ahmad Bin Ismail ialah Asas Pengacara Majlis yang merangkumi beberapa aspek seperti;

1) Peranan Pengacara Majlis

2) Pengacara Majlis Yang Baik Dari segi Protokol.

3) Penyediaan Teks.

4) Peranan dan tugas Pengacara Majlis.

5) Persediaan-persediaan yang perlu ada untuk menjadi pengacara majlis yang baik.  Dalam konteks ini,Encik Ahmad Bin Ismail telah membahagikan tahap-tahap persediaan yang baik untuk menjadi pengacara majlis yang baik.

6) Latihan.

7) Susunan Keutamaan dan Darjah Kebesaran.

juga beberapa informasi lain yang sangat berguna kepada para semua guru dan staf yang ada di SMKJP2 ini.

Selain itu, Encik Ahmad Bin Ismail juga menjelaskan beberapa permasalahan yang wujud dalam mengurus majlis dan jalan keluar dalam mengatasi masalah tersebut.

Terima kasih Dunia Cikgu Kaunseling blogspot ucapkan kepada Encik Ahmad Bin Ismail , kerana sudi berkongsi ilmu, "Kursus Pengacaraan dan Pengurusan Majlis' ini kepada kami semua.

Kursus LADAP tamat lebih kurang pada pukul 12.35 tengah hari.

MAJLIS PERPISAHAN

Kemudian, pihak Kelab Bilik Guru SMKJP2 telah menganjurkan Majlis Perpisahan bersama bekas guru-guru SMK Jengka Pusat 2 yang telah bertukar ke tempat bertugas yang lain. Guru yang diraikan ialah Cik Murhaini Termizi, Encik Wan Mohd Shukri Wan Sulaiman dan Encik Nasaharuddin Mohd Rashid, bekas GPK Pentadbiran SMK Jengka Pusat 2.


Terima Kasih, Cikgu

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Karya Allahyarham USMAN AWANG, 1979

Terima kasih, Cikgu. Jasa dan bakti cikgu  tetap akan dikenang sepanjang zaman.



Encik Busu, pengusaha kantin SMK Jengka Pusat 2 yang komited menyediakan perkhidmatan makanankepada peserta kursus dengan baik. Beliau sedang menyusun meja makanan dengan dibantu oleh Cikgu Irwan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kursus Pengacaraan dan Pengurusan Majlis Dan Majlis Perpisahan Guru SMK Jengka Pusat 2 yang telah bertukar tempat bertugas.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .