Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Suntikan Imunisasi ATT

Suntikan ATT di SMK Jengka Pusat 2
Suntikan Imunisasi ATT


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekali lagi, Bilik Kesihatan, tempat Dunia Cikgu Kaunseling menjalankan tugas, dimeriahkan dengan aktiviti Kesihatan. 

Suntikan ATT atau nama penuhnya dikenali sebagai ‘Anti Tetanus Toxoid’ merupakan suntikan wajib untuk semua pelajar tingkatan 3. Suntikan ATT ini diberikan bertujuan adalah untuk menggelakkan mendapat penyakit ‘Kancing Gigi’ yang disebabkan oleh virus.

Seramai 4 orang kakitangan termasuk seorang pemandu dari Klinik Kesihatan Bandar  Tun Abdul Razak Jengka, Pahang  telah datang ke SMK Jengka Pusat 2 pada 11 Julai 2011,  untuk memberikan suntikan imunisasi ini. 

Sebelum menerima suntikan mereka diberi taklimat tentang perlunya suntikan tersebut daripada pihak Pejabat Kesihatan.

Ramai pelajar yang berkobar-kobar dan tidak ketinggalan ada juga yang ketakutan. Namun ada juga pelajar yang  menangis semasa suntikan diberikan. 

Selain itu, ukuran tinggi dan berat pelajar Tingkatan 3 turut diambil bagi memastikan ukuran BMI pelajar stabil.

Dunia Cikgu Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kesihatan yang datang ke sekolah, selain kerjasama para guru mata pelajaran seperti Puan Rohaiza dan Puan Selmah,  para pelajar Tingkatan 3A, 3B, 3C Dan 3D yang memberikan kerjasama dengan menunjukkan disiplin  yang baik. 

Tidak lupa juga kepada Puan Aziah, yang juga Guru Kesihatan SMKJP2 yang turut memantau perjalanan suntikan ini berjalan dengan baik.

Gambar Program Suntikan ATT

Tatapilah sebahagian wajah-wajah mereka yang sedang menunggu giliran masing-masing. pelbagai raut muka terlukis di wajah mereka, semantara menanti giliran untuk dicucuk.


Wajah-wajah Pelajar Tingkatan 3 yang kena suntikan ATT.

Sedikit Info berkaitan tetanus:
Tetanus / Kancing Gigi

Kancing gigi atau juga dikenali sebagai tetanus

readmore...

 


Tanda-tanda

seperti kekejangan otot yang menyakitkan.


Kancing gigi terjadi akibat luka yang dicemari oleh spora bakteria jenis Clostridium tetani. Kancing gigi merupakan sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut dan menjadi punca utama kematian di Asia dan Afrika.


Clostridium tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas. Saluran usus, luka dan spora, tanah, najis mengandungi bakteria ini. 

Risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan mencucuk spora jauh ke dalam kulit.

Tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. 
Kancing gigi mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan trombosis. Kancing gigi hanya boleh dicegah melalui vaksinasi

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .