Lagu "Rindu Guru" Cover Aisyah The Projector Band Malaysia oleh murid dari Indonesia
Khamis. 14/5/2020. 21 Ramadan 1441 Hijrah. Simpan sini lagu, "Rindu Guru" oleh murid dari Indonesia. Dapat dari wassap sahabat Guru dari Indonesia. Terima kasih sahabat.
Saya tujukan lagu ini buat guru-guru saya. Maaf ye jika tidak ter tag.
Selamat Hari Guru, guru-guru saya dan Guru Malaysia semuanya. Juga buat semua yang bekerjaya dalam bidang pendidikan, insan-insan pendidik.
Lagu asal dari The Projector Band,"Aisyah" (Malaysia) pada tahun 2017 lalu. Diolah semula "Cover" menjadi lagu Islami, "Aisyah Isteri Rasululluah" oleh Mr Bie (Malaysia)
COMET ISON berhampiranmatahari,menunjukkantanda-tanda kehidupan
Comet ISON is on a “sungrazing” course for Earth’s nearest star. If
it survives, it could become one of the most brilliant visible comets in
modern history.
Gambar kredit Damian Peach FB Astronomi Falak Online
LONDON: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Seri Zakaria
Sulong mengesahkan Kamarmahtum Abdul Wahab telah berjumpa dengan Siti
Aishah di suatu lokasi rahsia. Perjumpaan selama setengah jam
itu dilakukan di sebuah lokasi yang dirahsiakan oleh pihak Scotland
Yard, dan ia merupakan perjumpaan pertama bersendirian di antara
kedua-duanya. Dalam pertemuan itu, Kamarmahtum meminta adiknya agar mengutus surat buat ahli keluarga yang masih diingatinya di Malaysia.
Dalam pada itu, Zakaria turut memberi jaminan kepada Siti Aishah bahawa
pihaknya akan memberi bantuan sewajarnya kepada wanita terbabit yang
menjadi hamba di London selama 30 tahun. Zakaria turut
merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Britain kerana
telah memberi kerjasama dan bantuan dalam mengaturkan pertemuan
kedua-dua saudara yang terpisah selama 30 tahun itu.
Media Britain, The Independent semalam
melaporkan bahawa pemimpin kumpulan Maoist, Aravindan Balakrishnan atau
lebih dikenali sebagai ‘Komrad Bala’ yang didakwa telah menjadikan
ketiga-tiga wanita sebagai hamba selama 30 tahun telah dikatakan mengaku
dirinya sebagai ‘Nabi Isa’. Sementara itu, akhbar Britain, The Telegraph dan Daily
Mail melaporkan salah seorang dari wanita yang dijadikan mangsa
perhambaan itu, Josephine Herivel, 57, dari Ireland merupakan anak
kepada seorang pakar Matematik negara tersebut, John Herivel yang turut
bertanggungjawab menjadi instrumen kepada Tentera Berikat dalam
memecahkan beberapa kod rahsia tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua.
Sebagai ‘Nabi Isa’, beliau telah menggesa pengikutnya dalam kumpulan
itu supaya menyerahkan segala ribuan wang Pound Sterling dengan alasan
untuk digunakan sebagai tujuan ‘perjuangan’ kumpulan tersebut. Dalam pada itu, harapan Kamarmahtum Abdul Wahab, untuk bertemu dengan adiknya, Siti Aishah yang menjadi mangsa kepada aktiviti perhambaan selama 30 tahun di London akhirnya tercapai.
Ini apabila beliau dibawa ke sebuah lokasi yang tidak didedahkan oleh
pihak polis Britain, Scotland Yard dan untuk kali pertamanya dalam
beberapa dekad, mereka berjaya ditemukan. Perkara tersebut
disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong
kepada kepada Editor Majalah Astro Awani, Zan Azlee Zainal Abidin yang
turut sama dalam misi menjejak Siti Aishah Abdul Wahab di kota London. Zan Azlee juga merupakan anak saudara kepada Siti Aishah Abdul Wahab. Dalam catatan terkini blog,
‘tukartiub.blogspot.com' milik aktivis politik, Hishamuddin Rais yang
turut mengikuti perjalanan menjejak Siti Aishah pula memberitahu bahawa
“Pegawai polis, Neil Hamilton akan menerima surat dari cikgu Kamar. Ini
akan dilakukan di kedutaan. Surat ini untuk disampaikan kepada adiknya,
Siti Aishah”. Siti Aishah
adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25
Oktober lalu selepas salah seorang daripada mereka menghubungi
pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.
KUALA LUMPUR: Polis Britain mendedahkan bahawa mereka baru sahaja
memulakan siasatan dan menemubual ketiga-tiga wanita yang ditahan
sebagai hamba di London selama 30 tahun itu hari ini lapor Astroawani.
Menurut laporan AFP, Polis Britain sebelum ini tidak dapat berhubung
secara terus dengan ketiga-tiga wanita terbabit kerana masih menunggu
kebenaran untuk menemubual daripada pakar trauma.
Komander Steve Rodhouse dari Polis Metropolitan London berkata,
kesemua mangsa masih belum ‘ditemubual secara rasmi’ dan kerana itu,
mereka masih belum memahami keseluruhan dan kebenaran tuduhan yang kini
tersebar di media.
Beliau turut menambah bahawa ketiga-tiga mangsa kini berada di dalam
jagaan pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam menjaga individu yang
mengalami trauma, dan nasihat daripada pakar amat diperlukan polis dalam
menanggani kes ini.
AFP turut melaporkan bahawa sesi temubual telah dimulakan. Media Britain pula melaporkan oleh kerana tidak mendapat rawatan
ekoran strok merupakan punca wanita-wanita terbabit untuk ‘membebaskan’
diri dan memohon bantuan.
Polis Britain percaya bahawa ketiga-tiga wanita terbabit telah
diindoktrinasi atau ‘brainwash’ dan kemungkinan didera secara fizikal
namun bukan secara seksual. Mereka juga dipercayai sesekali dibenarkan keluar dari rumah.
Polis kini sedang cuba untuk memahami “gari ghaib” yang digunakan untuk mengawal ketiga-tiga hamba tersebut.
Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London
Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London
KETUA Unit Pemerdagangan Manusia Polis
Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata kepada media mengenai
penahanan dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing
berusia 67 tahun - ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan
buruh paksa. - Foto AP
LONDON: Tiga wanita, termasuk seorang warga negara Malaysia
diselamatkan selepas menghabiskan masa lebih 30 tahun ditahan di dalam
rumah di selatan London, termasuk seorang dipercayai menjadi hamba
sepanjang usianya.
Polis Metropolitan London mengumumkan
kejayaan operasi menyelamat itu selepas dua orang - seorang lelaki dan
seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun -ditahan awal pagi
semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa.
Kedua-dua suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan.
Penahanan itu adalah sebahagian daripada penyiasatan
membabitkan penggunakan hamba selepas seorang wanita menghubungi badan
amal mendakwa dia ditahan bersama dua yang lain.
Badan kebajikan
itu kemudian membuat laporan polis dan wanita berkenaan, warga negara
Malaysia berusia 69 tahun dan seorang wanita warga Ireland berusia 57
tahun dan wanita Britain berusia 30 tahun - dibebaskan pada 25 Oktober
lalu.
Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan
London, Kevin Hyland, berkata wanita berkenaan kini dalam keadaan 'amat
trauma' dan tidak pernah terdedah di dunia luar yang sebenar sejak 30
tahun lalu.
“Untuk cuba mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu tentunya akan mengambil masa," katanya.
Polis setakat ini tidak mendedahkan warga negara suspek terbabit dan sama ada suspek adalah pasangan suami isteri.
Namun persoalan berkisar bagaimana semua wanita ini boleh terperangkap dan dalam tempoh yang sangat lama.
Apakah yang membawa mereka ke London? Apakah jiran pernah melihat mereka? Adakah mereka cuba untuk melarikan diri?
Haylan
berkata, nama semua wanita terbabit bagaimanapun tidak didedahkan dan
mereka kini dalam keadaan selamat di satu lokasi di Britain. - AP. Sumber; Berita Harian, 2013/11/22 - 09:28:43 AM
Wanita Malaysia dakwa mangsa hamba domestik di Britain adalah adiknya
LONDON 26 Nov. - Seorang wanita Malaysia mendakwa seorang daripada
tiga wanita yang ditahan sebagai hamba selama 30 tahun di Britain
merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai
fahaman komunis Maoist.
Kamar Mahtum Abdul Wahab, seorang guru bersara, ketika diwawancara akhbar Britain, The Daily Telegraph
hari ini berkata, adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdul
Wahab, 69, dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan
Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis
pada 1970-an.
Kamar Mahtum berkata, Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku
Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam
bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel. Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama
tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara
tersebut bersama keluarga.
Pasangan itu kemudiannya terlibat dalam Forum Pelajar Malaysia dan
Singapura (Mass) yang mempunyai reputasi sebagai sebuah kumpulan
ekstremis Maoist yang beroperasi di London.
"Namun, adik saya terlibat dalam politik pelampau dan meninggalkan
segalanya termasuk tunangnya, Omar untuk mengikuti fahaman Maoist yang
diketuai Balakrishnan.
"Dia begitu mengagumi Balakrishnan yang dikenali sebagai Komrad Bala
dan Chanda atau Komrad Chanda sehingga sanggup membuang cincin
pertunangannya ke Sungai Thames sebagai membuktikan kesetiaan terhadap
fahaman komunis itu," katanya.
Menurut keluarga Siti Aishah, kerajaan Malaysia mengikuti
perkembangan politik wanita itu di London dan pernah memberi amaran pada
1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk pulang ke
tanah air.
Siti Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dipercayai
pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di London dengan
ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan.
Dia juga dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis, Hishamuddin
Rais yang mendakwa wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist
dan pemikiran pemimpin China, mendiang Mao Zedong.
Pada 1991, abang Siti Aishah pernah meminta bantuan Hishamuddin yang
ketika itu hidup dalam buangan untuk mencari adiknya yang hilang sejak
berpindah ke Britain.
Sementara itu, di Negeri Sembilan, Kamar Mahtum, 73, berlepas ke London malam ini bagi tujuan pengecaman adiknya.
Menurut abang ipar mangsa, Md. Noh Md Dom, 67, isterinya itu diiringi oleh penulis blog, Hishamuddin bersama seorang wartawan The Telegraph yang beribu pejabat di London.
"Isteri saya diminta melakukan pengecaman dan dia juga membawa
barangan milik Siti Aishah seperti gambar serta pakaian yang masih
tersimpan," katanya.
Md. Noh berkata, dia tidak pernah bertemu dengan Siti Aishah sejak berkahwin dengan Kamar Mahtum pada 1970.
''Saya hanya pernah dimaklumkan oleh isteri saya tentangnya dan
sebelum ini diberitahu bahawa Siti Aishah melanjutkan pelajarandi
London.
''Malah, sebelum ini adik-beradik Siti Aishah juga pernah cuba
mencarinya tetapi gagal. Dua abangnya juga pernah ke London untuk
mencarinya," ujar beliau.
Jelasnya, Siti Aishah yang merupakan anak ke-11 daripada 12
adik-beradik dikatakan tidak mahu pulang kerana kecewa selepas ikatan
pertunangannya putus.
Pada 22 November lalu, polis Britain melaporkan tiga wanita termasuk
seorang warga Malaysia diselamatkan selepas mereka didakwa menjadi hamba
domestik selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan ibu negara itu.
Terletak diSiberia,Rusia, di tebing 8,500kaki (2,600meter) di atasparas laut.
Semasa musim sejukpenggunatandasbuatair sembahyangmerekadi atas awan di pinggirgunungsaljidihadkan.
Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.
Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di
Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di
atas paras laut. Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen
yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air
dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.
Namun,
mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan
itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di
stesen itu.Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan. Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh
dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai
tandas paling ekstrem.
Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu. - Agensi
LONDON: Seorang lelaki Perancis yang terkandas di Amerika Syarikat kerana dikatakan terlalu gemuk untuk menaiki kapal terbang akhirnya menaiki pesawat untuk ke Britain tetapi dihalang pula untuk menaiki keretapi balik ke negaranya.
Kevin Chenais, 22, yang beratnya 230 kilogram tiba di lapangan terbang
di Heathrow bersama ibu bapanya pada Selasa selepas syarikat penerbangan
Virgin Atlantic setuju menerbangkan mereka dari New York.
Al fatihah kita hadiahkan kepada semua saudara SeIslam kita yang telah meninggal dunia...
Penaja swasta diminta tangguh hantar pelajar ke Mesir
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak swasta yang menaja pelajar baharu untuk
melanjutkan pelajaran ke Mesir diminta supaya menangguh penghantaran
pelajar berkenaan demi keselamatan mereka berikutan pergolakan yang
semakin memuncak di negara itu.
Banyak jenazah masih belum dikenalpasti
KAHERAH 16 Ogos - Dua hari selepas pasukan
keselamatan melancarkan operasi pembersihan ke atas dua buah kem utama
penunjuk perasaan pro-bekas Presiden, Mohammed Mursi di sini dan
menyebabkan beribu-ribu orang maut, penduduk bandar raya ini kini
meratapi kematian mangsa.
Mesir Bergolak Penghantaran pelajar baharu ke Mesir ditangguhkan: Muhyiddin
Gambar-gambar situasi di Mesir
Gambar perhimpunan besar-besaran yang dilancarkan dari Masjid Al
Sharbiny, di Jalan Abaas El Aqad, Madinah Nasr. Orang ramai semakin
meningkat dan mereka menjangkakan ada perhimpunan lain akan menyertai
mereka. - Sumber: Rabaa Today
Penunjuk perasaan menulis tentang maklumat diri mereka diatas
tangan untuk membolehkan kaum keluarga mereka mengecam sekiranya mereka
syahid. - Sumber : masr25channel
Muslim Brotherhood supporters carry a
wounded protester in Cairo's Ramses square on Aug.
16, after clashes
broke out with police during a demonstration in support of ousted
president Mohammed Morsi. Sumber; NBC News
Sedih tengok gambar jenazah bergelimpangan, seolah-olah nyawa manusia tak bernilai. Ada anak kecil, ada gadis. Allah, Kuatkan lah hati mereka ya Allah. Kuatkan lah hati mereka ya Allah. kuatkan lah hati mereka ya Allah. Al Fatihah buat saudara seIslam yang telah meninggal dunia walau di mana mereka berada..... Al Fatihah
Bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar mendapatkan maklumat terkini,
bilik operasi KPM telah dibuka mulai semalam (16 Ogos) dan boleh
dihubungi di talian 03-8870 6611 dan 03-8870 6627; e-mel:
egypterisis@mohe.gov.my dan facebook:
www.facebook.com/pages/StudentWorld/207845832591425.
Penghantaran pelajar baharu ke Mesir ditangguhkan: Muhyiddin
Tiada siapa yang mampu melebihi sifat penyayangnya Allah.
Jika seorang ibu amat sayang kepada anaknya,
maka sifat penyayang seorang ibu tidak akan dapat mengatasi sifat Maha Penyayangnya Allah.
Sifat penyayang Allah lebih hebat dari sifat kasih sayang ibu kepada anaknya.
Lebih hebat dari kasih sayang seorang pencinta kepada kekasih hatinya.
Hayati satu cerita.
Suatu ketika Siti Aisyah rha. menceritakan kepada Rasulullah saw sebuah
peristiwa yang baru dilihatnya mengenai seorang ibu dengan dua anaknya
yang sedang kelaparan. Seorang yang bersimpati memberikan tiga potong
roti kepada keluarga tersebut. Si ibu memberikan seorang sekeping kepada
anak-anaknya dan sekeping untuk dirinya yang juga lapar. Kerana
kelaparan si anak dengan cepat menghabiskan roti masing-masing. Atas
belah kasih sayang sebagai seorang ibu, dia tidak sampai hati memakan
roti yang dihajatkan untuk dirinya, lalu roti yang sekeping itu dibelah
dua dan diberikan kepada anak-anaknya. Si ibu sanggup kelaparan demi
anak-anaknya. Setelah mendengar cerita Aisyah, Rasulullah saw bersabda:
“Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu itu.”
BAYI berusia lapan bulan, Kio Bao bernasib baik kerana masih hidup selepas ditikam 90 kali oleh ibunya.
Semoga anak kecil ini mendapat tempat perlindungan sewajarnya. Sebarkan kasih sayang sesama manusia agar kita turut menerima kasih sayang dari-Nya!
Gambar atas diambil di Malaysia Malam Ini Kredit Shahrin Ahmad Shahgazer
Full Moon @ Perigee. Nisfu Sya’ban Full Moon
23 Jun 2013 9:18 PM MYT (13:18 UTC)
Skywatcher 120ED, F=900mm.
Canon 5DMkii, 1/80s, ISO 200
Cropped. Processed in PixInsight
ShahGazer Observatory, Sri Damansara, Malaysia
Batmantelevisyenmenunjukkan, yang orangboleh naikdi NewJerseyState Fair,Sabtu JUN 22, 2013, di EastRutherford,NJBulan, yang akansampai ke peringkatpenuhpada hari Ahad,dijangka13.5 peratuslebih dekatke bumisemasafenomena yang dikenali sebagaisupermoon
Satubulan penuhnaikbelakangMemorialJeffersondi Washingtonsabtu, 22 Jun, 2013.Yang lebih besar daripadabulanbiasadipanggil "Supermoon"berlaku hanyasetahun sekaliini sebagaibulan padaorbitelipsadalah padatitikyang paling dekat denganbumi.(APPhoto /J.DavidAke)
SINGAPORE - JUNE 23: A plane passes in front of the haze obscured ' Supermoon' over Singapore on June 23, 2013 in Singapore. The haze eased Sunday with PSI levels stable in the 'moderate' range after a week of record highs. Singapore officials announced they would pursue any local companies found to be involved in the forest fires in Indonesia. (Photo by Chris McGrath/Getty Images)
Super Moon over Stanley Park Vancouver BC.
Gambar 1 ialah Fenomena Supermoon 23 Jun 2013 Di Malaysia. Bulan yang lebih besar dari normal.
Ini kerana kedududkan bulan berada hampir dekat dengan bumi dan fenomena
ini dikenali supermoon. Mesti ramai yang ingin melihat fenomena yang
jarang berlaku ini.
Bulan berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur
dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan
kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.
Fenomena Supermoon pada 23 Jun 2013 yang lalu atau di kenali sebagai Lunar Perigee
ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi
berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang
berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat
dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.
A full moon rises beside an office building in downtown Charlotte, N.C.,
Saturday, June 22, 2013. The larger than normal moon called the
"Supermoon" happens only once this year as the moon on its elliptical
orbit is at its closest point to earth.(AP Photo/Chuck Burton)
Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh
dengan Bumi dipanggil apogi. Apapbila bulan berada pada kedudukan
perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan
akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.
Pelajar UCL Malaysia Maut dalam Kemalangan di Jordan Al Fatihah
Cikgukaunseling.com menerima berita sedih ini semalam petang namun hanya pada pagi ini dapat mempublish di blog ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjangkan ucapan
takziah kepada ibu-bapa, saudara-mara serta sahabat-sahabat
Allahyarhamah di atas kententuan dan dugaan daripada Allah ini.
Semoga
roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan hamba Allah yang sentiasa
disayangi Allah. Marilah kita hadiahkan Al-fatihah ke atas roh Sumaiyah Binti Romli dan semoga mangsa-mangsa kemalangan jalan raya di Jordan yang lain selamat. Amin.
Pelajar University College London Maut dalam Kemalangan di Jordan Al Fatihah
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung
kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan.
Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 - 6.00 petang (waktu Jordan)
sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang
pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan
antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.
Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Sumaiyah Binti
Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti
Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin
Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan
islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili
Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of
Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar
tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan
Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan
perbankan islam di Universiti Yarmouk.
Kesan runtuhan yang ditemui pakar arkeologi di bandar Chactun
di Semenanjung Yucatan di Mexico.
Bandaraya Mexico: Sepasukan pakar arkeologi menemui sebuah bandar
purba kaum Maya yang tersembunyi di dalam hutan hujan di timur Mexico
sejak beberapa kurun, penemuan yang diharap dapat membongkar punca
kejatuhan tamadun mereka 1,000 tahun lalu.
Ketua pasukan itu, Profesor Madya Ivan Sprajc dari Akademi Sains dan
Kesenian Slovania, berkata pihaknya menemui 15 piramid termasuk satu
daripadanya setinggi 23 meter, gelanggang bola, plaza dan tiang batu
berukir dikenali stelae.
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .