Permohonan Ke ILP, ADTEC, JMTI -
ILJTM Januari 2013
PANDUAN AM KEMASUKAN KE ILJTM (ILP, ADTEC, JMTI)
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan
bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran
pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institut Latihan
Perindustrian (ILP), enam (5) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi
(ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
Pengambilan Pelajar
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada
bulan Januari dan bulan Julai. Permohonan yang diterima selepas tarikh
tutup permohonan pada sesi yang berkenaan akan diproses untuk kemasukan
sesi yang akan datang.
Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (
online) melalui:
a)
Laman web JTM www.jtm.gov.my/online bagi permohonan kemasukan Sesi Januari (tiada No Unik ID diperlukan)
b)
Laman web UPU http://upu.mohe.gov.my bagi permohonan kemasukan Sesi Julai (pembelian No Unik ID diperlukan)
Pilihan Institut & Kursus Di ILJTM
Setiap pemohon bebas memilih institusi latihan, namun JTM
adalah berhak untuk menentukan institusi latihan dan kursus yang akan
ditawarkan jika pemohon tidak layak/ tidak memenuhi syarat kelayakan
yang telah ditetapkan atau tiada kekosongan tempat .
Pemohon hanya
boleh memohon sekali sahaja bagi satu-satu sesi. Pemilihan kursus
hendaklah mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.
Bayaran
Yuran pengajian adalah
percuma bagi semua kursus di peringkat
Sijil
dan
pinjaman daripada
Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)
disediakan bagi pelajar program pengajian
Diploma & Diploma
Lanjutan (bagi yang layak).
Lain-lain bayaran akan dikenakan semasa hari pendaftaran
(Anggaran bayaran pendaftaran adalah antara RM400-RM700 tertakluk
kepada institut).
Elaun sara hidup RM100 sebulan dan RM300 sebulan semasa latihan industri (bagi program peringkat Sijil sahaja).
Bagi pelajar
Orang Kurang Upaya (OKU), elaun sara diri RM300 sebulan dan yuran pengajian percuma.
Syarat Kemasukan Am ILJTM
A. Syarat Kemasukan Am Program Lepasan SPM:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Syarat khas kursus sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM;
- Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata
/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau
cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi
pembelajaran.
B. Syarat Kemasukan Am Program Lepasan SKM /ST:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Syarat khas kursus sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM & ST;
- Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.
- Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata
/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau
cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi
pembelajaran.
KOMPOSISI LATIHAN
MAKLUMAT PENTING:
|
1.
|
Petak bertanda (*) wajib diisi untuk membolehkan permohonan dihantar.
|
|
2.
|
Anda mempunyai tiga (3) kali sahaja peluang mengemaskini maklumat permohonan.
|
|
3.
|
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses untuk kemasukan ke ILJTM.
|
Sila baca maklumat di bawah sebelum anda membuat
permohonan (Pastikan anda mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader untuk
membuka fail dibawah
Panduan Am Kemasukan, klik di sini.
Panduan Syarat Kemasukan Ke ILP, ADTEC Bagi Lepasan SPM, klik di sini
Panduan Syarat Kemasukan Ke Lepasan SKM, ST, klik di sini
MAKLUMAT AM ILJTM