Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Dokumentari. Show all posts
Showing posts with label Dokumentari. Show all posts

Tahniah Pemenang Educational Blogging 2013

Tahniah Pemenang Educational Blogging 2013


Senarai Pemenang Educational Blogging 2013

Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Educational Blogging telah diadakan pada:

                      Tarikh: 13 November 2013
                      Jam: 8.00pm - 11.00pm
                      Lokasi: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, 
                      Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Kategori Sekolah



Johan; Klik untuk disini untuk lihat blog 
Naib Johan: Klik untuk disini untuk lihat blog 
Ketiga: Klik untuk disini untuk lihat blog 


 Kategori Sekolah Rendah

 

 Johan sila klik untuk disini untuk lihat blog 
 Naib Johan sila klik untuk disini untuk lihat blog 
Ketiga klik untuk disini untuk lihat blog


 Kategori Sekolah Menengah

 

 Johan sila klik di sini untuk lihat blog  
Naib Johan, Klik di sini untuk lihat blog 
 Ketiga sila klik d isini untuk lihat blog -

 Kategori IPTA/IPTS

 

Klik untuk disini untuk lihat blog 
 Klik untuk disini untuk lihat blog 
Klik untuk disini untuk lihat blog

KATEGORI TERBUKA

 

Klik untuk disini untuk lihat blog Dr Nor Liyana
 Klik untuk disini untuk lihat blog Mr Chang Hon Woon -
 Klik untuk disini untuk lihat blog Encik Kerul 

Terima kasih kepada penganjur iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kementerian Pendidikan Malaysia, barisan jamaah hakim, para penaja dan kakitangan Unit ICT UPSI yang sangat prihatin membantu saya yang baru boleh berjalan ini. 

Alhamdulilllah ya Allah....Semuanya daripada Allah jua.

Educational Blogging 2013

Pusat ICT telah berjaya menganjurkan beberapa siri Program Hari ICT  yang merupakan program tahunan di UPSI. Pada tahun 2006, Perpustakaan dan Pusat ICT telah mengadakan buat kali pertamanya sambutan Bulan Membaca dan Hari ICT secara bersama. 


Melalui program ini, warga UPSI dan masyarakat sekitar Tanjong Malim telah mendapat  pendedahan kepada kepentingan pengetahuan dan ilmu, serta mengikuti perkembangan teknologi semasa dan peranan ICT untuk  kehidupan masa kini. Bermula hari ICT 2008, pertandingan educational blogging akan dijadikan acara tahunan pada Hari ICT UPSI bagi menggalakkan perkembangan blogging di Malaysia. 


Sejak itu, pertandingan 'Educational Blogging' telah sinonim dengan Hari ICT, Pusat ICT, UPSI yang menawarkan hadiah lumayan kepada semua pemenangnya.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Educational Blogging telah diadakan pada:

                      Tarikh: 13 November 2013
                      Jam: 8.00pm - 11.00pm
                      Lokasi: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, 
                      Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Untuk makluman tuan/puan, pihak UPSI Tidak menyediakan sebarang penginapan dan kenderaan untuk pemenang hadir ke majlis ini.
Jamuan disediakan kepada pemenang sahaja.


Syarat-syarat penyertaan PDF Print E-mail
Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa.

Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia
bagi membangunkan blog masing-masing yang tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan.

Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi
kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.

Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.

Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.

Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta.

Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.

Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.

Pemenang dimestikan hadir untuk mengambil hadiah pada hari penyampaian hadiah, jika tidak secara automatik hadiah tersebut akan dibatalkan

Penilaian Blog Terbaik
Blog yang menyertai pertandingan akan dinilai oleh jawatankuasa panel hakim yang dilantik oleh jawatankuasa  pertandingan.

 

Subhanallah Ismail Clement Bicara Mata

Subhanallah Ismail Clement Bicara Mata 



Subhanallah. Kuatnya semangat seorang saudara seMuslim saya ini. Walaupun lumpuh seluruh tubuhnya, dan kini telah berada di sebuah pusat perlindungan orang tua namun beliau seorang yang positif dalam hidup. Semangat dan positifnya beliau ingin saya jadikan aspirasi kehidupan saya, InshaAllah.

Petikan Harian metro:

Seluruh tubuhnya lumpuh, hanya kepala boleh digerakkan dan dia berbicara menggunakan kerdipan mata dibantu teknologi komputer, namun kegigihan Ismail Clement Abdullah, 50, berjuang untuk meneruskan kehidupan wajar menjadi contoh kepada insan lain.


Muat Turun PBS KBSM Tingkatan 1

Muat Turun PBS KBSM Tingkatan 1

Hari Guru 2013 Aspirasi guru OKU

Hari Guru 2013 Aspirasi guru OKU

hz


Mohd Huzaire bin Ahmad, 37, seorang guru OKU, 
Pengerusi Orang Cacat Bentong, Pahang dan telah menerima Anugerah Guru Cemerlang OKU peringkat kebangsaan pada tahun 2010.



Sambutan hari guru yang jatuh pada tanggal 16 Mei setiap tahun pasti mengimbau kembali suka-duka dan pahit manis sewaktu di alam persekolahan.
Guru merupakan insan yang berusaha keras bagi memberi kefahaman dan pendidikan kepada pelajar yang masih mentah dan serba kekurangan dalam mengenali dunia yang serba luas.

Tema sambutan hari guru tahun ini "Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda" pastinya membawa seribu pengertian kepada guru yang masih berkhidmat apatah lagi dengan penambaikan yang dilakukan oleh Perdana Menteri bagi membela nasib guru yang penuh dengan cabaran.

Lain pula ceritanya kepada guru kelainan upaya atau guru OKU yang pastinya berdepan dengan 1001 dugaan dan cabaran yang lebih menduga berbanding guru yang dikurniakan pancaindera yang sempurna.

Sempena sambutan Hari Guru 2013, Astro Awani berpeluang menemubual tiga guru OKU bagi memahami aspirasi, cabaran dan perspektif dari kaca mata seorang guru OKU.

Istimewanya Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi

Istimewanya Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi Untuk Golongan OKU



Keprihatinan PLPP Kepada OKU Fizikal





DI PLPP JUGA TERDAPAT KEMUDAHAN UNTUK PEKERJA MEREKA UNTUK NAIK KE TINGKAT ATAS TANPA MENGUNAKAN TANGGA..KEMUDAHAN INI AMAT BERGUNA DAN MESIN INI BOLEH MENGANGKAT BEBAN SEHINGGA 206 KG..


ANTARA KURSUS-KURSUS YANG DISEDIAKAN; KURSUS VOKASIONAL SEPERTI PEMBANTU TADBIR SISTEM MAKLUMAT,MULTIMEDIA DAN PEMBUATAN KERUSI RODA, KURSUS PRA VOKASIONAL SEPERTI ELELKTRIK DAN KOMPUTER SERTA PEMULIHAN PERUBATAN SEPERTI WAD PERUBATAN DAN FISIOTERAPI.

 Program Rehabilitasi Harian (PLPP) oleh Hospital Serdang:

Unit Fisioterapi juga memberikan perkhidmatan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi sejak tahun 2006 secara lawatan klinikal bagi membantu keperluan rawatan Fisioterapi atas arahan KKM. Perkhidmatan dikurangkan kekerapan dengan adanya Jurupulih Perubatan Anggota yang ditempatkan di PLPP (2009) dan pada April 2012 lawatan dihentikan tetapi masih membantu untuk khidmat nasihat apabila diperlukan. Sila rujuk Website Hospital Serdang Jabatan Perubatan Rehabilitasi, di sini.


PLPP MELIPUTI KAWASAN SELUAS 25 EKAR DAN TURUT MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASRAMA KEPADA PARA PELAJAR.


Bas yang mempunyai kemudahan untuk OKU

Bas yang menggunakan kuasa Hidraulik ini, memudahkan golongan 
OKU yang berkerusi roda untuk menaiki ke bas.

Untaian Kata Untuk Dirasa;

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal". Saidina Ali Bin Abi Thalib

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi

PUSAT Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya (OKU) melalui latihan vokasional dan pemulihan perubatan.

Dibangunkan pada Mac 1999, penubuhan PLPP yang terletak di Sungai Merab, Kajang, Selangor itu adalah untuk memberi perkhidmatan komprehensif kepada OKU untuk mendapatkan kemahiran vokasional yang bersesuaian.


Kisah Juruterapi Refleksologi OKU Penglihatan Asalnya tak dapat restu keluarga

Kisah Juruterapi  Refleksologi OKU Penglihatan Asalnya tak dapat restu keluarga



Allah SWT amat memberikan perhatian kepada hati. Al Quran menggunakan istilah qalb (hati) sebanyak 132 kali, makna dasar kata itu ialah membalik, kembali, berubah atau naik-turun. Sesuai dengan latar belakangnya hati mempunyai sifat yang selalu berubah, sebab hati adalah nukleus dari kebaikan dan kejahatan, kebenaran dan kesalahan. 

Hati kita unik, boleh jadi kuat, dinamik, juga boleh sakit dan menjadi buta. Firman Allah SWT: “Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada” (al-Hajj:46)

 Sila klik kisah sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah Ibn Umm Maktum Si Buta Yang Celik hatinya, di sini. 

Sila klik butang readmore di post ini bagi membaca kisah kegigihan 2 warga Malaysia yang buta mata tetapi cekal berusaha mengharungi kehidupan, sebagaimana yang tersiar di Harian Metro.

Kisah Juruterapi  Refleksologi OKU Penglihatan Asalnya tak dapat restu keluarga




Bekas pelatih di MAB ini mula menjinakkan diri di Nuri Reflexology Center sejak 25 Mei 1995. 

Mislan Jamburi, 45, yang berasal dari Rengit, Johor adalah pekerja paling lama dan masih setia untuk menaburkan khidmatnya di premis terbabit. 



Pada awal pembabitannya sebagai juruterapi, dia tidak mendapat restu keluarganya.
"Pada awalnya, ahli keluarga terutama emak tidak membenarkan saya berhijrah ke Kuala Lumpur. 



Pembelaan Terhadap OKU Tidak Sepenuh Hati

Pembelaan Terhadap OKU Tidak Sepenuh Hati

 

Artikel ini diambil dari Harian Metro, sebagaimana yang ditulis oleh Noor Mohamad Shakil Hameed

Minda: Pembelaan tidak sepenuh hati


Baik dari segi peluang pekerjaan mahupun dari segi kemudahan lain golongan ini masih menerima nasib malang dan sering diketepikan dengan pelbagai alasan. Misalnya alasan paling mudah untuk menafikan peluang pekerjaan kepada mereka ialah keadaan fizikal tidak sesuai untuk sesuatu jawatan di samping kelayakan akademik.

Perkara ini berlaku baik di sektor swasta mahupun sektor awam. Walaupun pihak kerajaan memutuskan untuk mewujudkan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008, namun pelaksanaan dan pencapaiannya tidak begitu memberangsangkan.

Terapi OKU tunggang kuda Kuantan

 Terapi OKU tunggang kuda Kuantan

 

 ADNAN Yaakob beramah mesra dengan penunggang kuda orang kurang upaya (OKU), Wong Jing Shuen, 17, pada majlis perasmian acara menunggang kuda bagi Persatuan Orang Cacat Malaysia (RDA) di Pusat Ekuestrian Pahang di Kuantan. Turut hadir Pengerusi RDA, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (kanan). - BERNAMA

 Kaedah terapi dengan menunggang kuda untuk golongan orang kurang upaya (OKU) mungkin agak asing bagi masyarakat di negeri ini tetapi merupakan rawatan terbaik membantu golongan itu meningkatkan kecergasan mereka.

Sehubungan itu, Persatuan Menunggang Bagi Orang Kurang Upaya Malaysia (RDA) mengorak langkah meluaskan kaedah tersebut dengan mengadakan latihan di Pusat Ekuestrian Pahang Tanjung Lumpur di sini.


Cerita OKU Jangan Anak Tirikan OKU

Cerita  OKU Jangan Anak Tirikan OKU



NORIAH Kasnon menyampaikan replika Kad OKU kepada Noryanti Mahbub sebagai simbolik perasmian SMOKU pada majlis sambutan Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan 2012 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, baru-baru ini


WALAUPUN ditakdirkan kekurangan anggota badan, namun Orang Kelainan Upaya (OKU) mempunyai potensi tersendiri dalam menyumbang kepada pembangunan negara.
Ini telah dibuktikan melalui kejayaan OKU yang pernah mencipta nama dan mengharumkan nama Malaysia ke persada antarabangsa.




Zainun pendidik sejati, Kaki lumpuh bukan halangan,

Zainun pendidik sejati

Kaki lumpuh bukan halangan


 
Buatlah suatu kebaikan yang terus

hidup, walaupun setelah kita mati



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sedikit petikan dari artikel sepenuhnya di bawah:

“Kesakitan yang diberikan Allah ini menguji saya untuk bersabar dan reda dengan ketentuan-Nya. Selagi saya mampu bernafas di dunia ini, selagi itulah saya ingin berbakti dengan ilmu yang ada kerana ia adalah amanah kepada saya.

Bagi Zainun, hanya kakinya yang lumpuh tetapi anggotanya yang lain masih lagi mampu bergerak untuk menyumbangkan khidmat seperti guru normal.



“Anak murid adalah penawar hati saya. Kadang-kadang mereka ada bertanya kenapa saya menggunakan kerusi roda. Tapi lama-kelamaan mereka sudah mula faham dengan situasi saya," katanya yang tidak dikurniakan cahaya mata.

InshaALLAH, Puan Zainun, lama kelamaan anak murid kita takkan bertanya lagi kepada kita, kenapa kita berkerusi roda. (Semoga beliau membaca entry ini)

Ikuti lanjut kegigihan wanita tabah ini, petikan dari Berita Harian.

Zainun pendidik sejati, Kaki lumpuh bukan halangan


WALAUPUN berstatus guru kurang upaya (OKU) dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda akibat lumpuh kedua-dua belah kaki sejak 2006, seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong, Zainun Abdul Jalil, 46, dari Melaka, masih terus bertekad menggagahkan diri hadir ke sekolah untuk mengajar anak murid tercinta.



Raut wajahnya sentiasa ceria, melayan kerenah anak murid yang disayangi walaupun hakikatnya beliau menanggung kesakitan. Bagi wanita berhati waja ini, selagi hayat dikandung badan, selagi itu beliau melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru sebaik mungkin demi mencorak masa depan yang sempurna buat pelajarnya.

“Kesakitan yang diberikan Allah ini menguji saya untuk bersabar dan reda dengan ketentuan-Nya. Selagi saya mampu bernafas di dunia ini, selagi itulah saya ingin berbakti dengan ilmu yang ada kerana ia adalah amanah kepada saya.

Mengajar seakan sudah sebati dalam diri saya dan ini adalah pekerjaan saya sebelum menghidap penyakit ini,” katanya ketika ditemui RATU, baru-baru ini.



Katanya, bukan setakat anak murid memberi beliau semangat untuk terus hidup, kehadiran suami di sisi, Nor Haime Abdul Rahim, 47, memberi suntikan yang lebih hebat kerana pengorbanan beliau yang sanggup mendukungnya setiap kali masuk ke dalam kereta. Malah, mereka berdua mengajar di sekolah yang sama.



Kadang-kala, akibat terlalu lama duduk di atas kerusi roda, pinggangnya akan sakit, namun digagahkan juga kerana tidak mahu mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas.



Zainun lumpuh selepas berlaku komplikasi pada tulang belakangnya ketika rawatan susulan bagi masalah ketumbuhan dalam perut. Beliau disahkan doktor menghidap penyakit Spinal Hematoma, yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh berjalan dan sejak itu, sebanyak lapan pembedahan sudah dilaluinya.
Wanita yang terbabit dalam dunia pendidikan sejak 1989 ini sudah banyak kali berpindah sekolah, antaranya SK Rancangan Suan Lamba dan SK Sungai Anib di Sabah, manakala di Melaka pula ialah SK Limbongan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tijah.




Katanya, sebelum ini, beliau mampu untuk berjalan dan bergiat aktif dalam sukan bola baling, selain terbabit dalam aktiviti kebudayaan di sekolah.



“Saya akur dengan ujian yang diberikan oleh Allah walaupun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan dibantu oleh suami. Anak murid saya juga seakan memahami dengan kepayahan saya ketika mengajar di sekolah,” katanya.



Menurut wanita cekal ini, beliau memulakan tugas sebagai guru selepas bercuti lama sejak Ogos, tahun lalu dan bertekad untuk meneruskan kerjaya itu dengan mengajar murid Tahun Tiga dan Enam untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris.



Tiada perkara yang paling menggembirakan dirinya selain menerima keputusan daripada doktor yang membenarkannya untuk kembali mengajar selepas lima tahun terlantar sakit.

Jauh di sudut hati, Zainun menaruh harapan untuk kembali sembuh dan berjalan seperti biasa walaupun doktor sudah mengesahkan peluang untuk beliau sembuh dari lumpuh amat tipis.



Namun, itu juga bukan halangannya untuk terus menyumbang bakti. Bagi Zainun, hanya kakinya yang lumpuh tetapi anggotanya yang lain masih lagi mampu bergerak untuk menyumbangkan khidmat seperti guru normal.



“Anak murid adalah penawar hati saya. Kadang-kadang mereka ada bertanya kenapa saya menggunakan kerusi roda. Tapi lama-kelamaan mereka sudah mula faham dengan situasi saya," katanya yang tidak dikurniakan cahaya mata.



Guru Besar SK Seri Duyong, Aminah Aman, berkata beliau kagum dengan semangat yang dipamerkan oleh Zainun dalam mencurah bakti sebagai pendidik.



“Memang kecekalan dan kegigihannya tidak mampu ditandingi orang biasa, malah beliau juga tidak pernah mengambil cuti rehat khas yang diperuntukkan untuk setiap guru selama tujuh hari dalam setahun,” katanya.



Katanya, Zainun turut aktif dalam kokurikulum dengan mengendalikan aktiviti public speaking dan coral speaking untuk muridnya menyertai pertandingan mewakili sekolah.

Membina Impian di Wisma Harapan

Membina impian di Wisma Harapan

MELANGKAH masuk ke bangunan Wisma Harapan yang menempatkan Persatuan Untuk Orang Kurang Upaya Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (SAMH), membuatkan hati tersentuh. Melihat wajah -wajah pelatih persatuan itu yang tersenyum ceria bagaikan masing-masing tiada sebarang kekurangan.

Namun hakikatnya, mereka adalah golongan orang kurang upaya (OKU) yang mengalami kegagalan mental untuk berfungsi secara normal. Ini menyebabkan mereka perlu dibantu atau diawasi pada kebanyakan masa.

Justeru SAMH ditubuhkan sejak tahun 1964 bagi membantu serta memberi panduan kepada ibu bapa bagaimana cara terbaik untuk mendidik dan membesarkan anak yang mengalami kecacatan mental.

Presiden SAMH, Datin Fauziah Idris berkata, penubuhan persatuan itu bertujuan membantu golongan OKU cacat mental melalui penyediaan pendidikan, latihan dan penjagaan sejak bayi sehingga dewasa supaya ibu bapa dan pelatih sendiri mengetahui potensi diri.

Bermula dengan hanya empat pelatih dan seorang guru, persatuan itu kini mempunyai 12 sekolah khas dan pusat latihan bersama 560 kanak-kanak.

Katanya, setiap ibu bapa disarankan menghantar anak mereka yang cacat mental sejak kecil, seboleh-bolehnya ketika bayi untuk memudahkan mereka dididik.

"Pada usia sehingga enam tahun, mereka akan dimasukkan ke prasekolah yang dibina SAMH di Selangor dan Kuala Lumpur, sebelum diserapkan ke sekolah rendah bermula umur tujuh tahun hingga 12 tahun serta sekolah menengah dari usia 13 tahun hingga 17 tahun.

"Mereka ini ke sekolah mengikut waktu yang disediakan serta menjalani pendidikan khas mengikut keupayaan masing-masing dan akan dihantar serta dijemput ibu bapa, bukannya menetap di SAMH.

"Selepas usia 17 tahun, mereka akan dimasukkan ke kelas khusus bagi melihat potensi mereka sama ada mampu menguruskan diri atau sebaliknya.

"Kami akan membenarkan mereka keluar bekerja di luar dengan majikan yang menyediakan pekerjaan yang sesuai. Namun bagi yang tidak mampu menguruskan diri, mereka akan menghabiskan masa bekerja di bengkel," katanya ketika ditemui di Wisma Harapan, Brickfields, baru-baru ini.

Bagaimanapun ujarnya, jumlah pelatih yang semakin bertambah membuatkan SAMH membina Bengkel Perlindungan di Klang untuk memberi peluang kepada golongan cacat mental meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna dan bermakna.

"Ia penting bagi menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan memperlihatkan mereka mampu menjalani dunia pekerjaan seperti orang normal.

"Mereka akan melakukan kerja yang ringkas dan bersesuaian dengan keupayaan mereka seperti membungkus majalah, melipat risalah dan menampal alamat dengan sedikit pemantauan dan bantuan daripada guru.

"Pelatih ini akan memperoleh wang poket sehingga RM500 sebulan, bergantung kepada keupayaan dan kecekapan mereka menyelesaikan kerja," ujarnya.

Sementara itu dan Pengurus SAMH, T. Kamaraj, berkata, setakat ini hanya beberapa pelatih yang dibenarkan bekerja di luar kerana mereka benar-benar layak dan kelihatan hampir seperti orang normal.

"Kebanyakan pekerjaan memerlukan petugasnya bercakap dan tangkas, jadi faktor ini yang menyukarkan pelatih kami untuk bekerja di luar.

"Ada majikan yang tidak bersedia mengambil golongan OKU bekerja kerana mereka tidak memahami dan kurang sabar.

"Ini menyebabkan golongan OKU seperti didiskriminasi, kurang diterima masyarakat dan meningkatkan kos perbelanjaan kami yang terhad," katanya.

Berbicara lanjut, Fauziah membongkar 1001 kesukaran kewangan yang ditempuhi pengurusan SAMH dalam memastikan ia berjalan lancar dan dapat terus membantu golongan cacat mentalnya.

Jelasnya, SAMH memerlukan kira-kira RM2 juta setahun bagi menampung kos perbelanjaan untuk 12 sekolahnya dan separuh daripadanya diberikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Manakala separuh lagi kami terpaksa usahakan dengan menganjurkan program jualan amal dan ada yang turut disumbangkan organisasi korporat serta orang ramai namun tidak mencukupi.

"Kos ini adalah untuk kegunaan pelbagai keperluan termasuk makan dan minum pelatih, kelengkapan pembelajaran, air, elektrik, gaji guru serta wang poket mereka yang bekerja di bengkel.

"Sehubungan itu, kami amat berharap sekiranya ada syarikat korporat dan orang ramai bersama-sama membantu kami untuk membantu golongan yang memerlukan dengan menghulurkan dana ikhlas," tambahnya.


Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, mereka boleh mengunjungi SAMH di Wisma Harapan,
Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur atau menghubungi talian 03-22741457 / 75.

7 wonders of The Muslim World Merakam detik perjalanan keimanan



 7 wonders of The Muslim World

JIKA anda berpeluang menyaksikan segmen dokumentari bertajuk
 Seven Wonders of The Muslim World di saluran Discovery Astro 551 yang ditayangkan baru-baru ini, pasti perasaan terharu menyelubungi diri terutama bagi mereka yang beragama Islam.


Apabila mengimbas semula perjalanan dakwah dan perkembangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, mustahil jika seseorang itu tidak merasai getaran keinsafan jauh di dalam sudut hati. Ternyata, peninggalan dan pengorbanan Baginda dapat dilihat hingga ke hari ini.

Dokumentari itu bermula dengan menyingkap sejarah keagungan tujuh buah masjid paling ikonik dalam dunia Islam. Ia meliputi aspek seni bina dan rekaan yang diilhamkan melalui ayat-ayat dalam al-Quran oleh individu ternama yang telah memeluk Islam.


Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .