Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Unit HEM. Show all posts
Showing posts with label Unit HEM. Show all posts

JUALAN NO PIN UPU UNIK ID DI BSN 2014/2015

JUALAN NO PIN UPU UNIK ID DI BSN 2014/2015
Jualan Nombor Unik ID oleh BSN
Mon, January 20, 12am – Tue, April 8, 12am
MAKLUMAN AWAL MENGENAI NO UNIK ID/NO. PIN BG SESI AKADEMIK 2014/2015 :

1. Mulai Sesi Akademik 2014/2015 TIADA lg penjualan Nombor Unik ID secara Pukal. Pihak BPKP JPT akan menghantar pekeliling makluman kepada pihak sekolah.

2. Pemohon boleh membeli no. unik id/no. pin di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pemegang kad GIRO boleh membeli terus di mesin ATM atau secara SMS banking apabila permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA dibuka untuk capaian (**Tarikh tepat permohonan akan dimaklumkan kemudian).

2. Penjanaan Nombor Unik ID dikemaskini dengan penambahbaikan menggunakan hanya kategori bagi mengelaskan 

Instrumen Pemantauan BnK & DISIPLIN 2013

Instrumen Pemantauan BnK & DISIPLIN 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Instrumen Pemantauan BnK & DISIPLIN 2013 ini saya perolehi daripada Encik Rizal, MGKK Pahang, GBK dari SMK Sungai Isap Murni Kuantan. Untuk download perlu klik link di bawah ini:

https://drive.google.com/file/d/0B38MSa0cWQA8MVIxbDdwelY5VkU/edit?usp=sharing


Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) 2014

Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) 2014

Borang Permohonan SKIM BIASISWA SUKAN KPM 2014

Program Syarahan Kebangsaan UMP - Upin Ipin

Program Syarahan Kebangsaan UMP -  Upin Ipin






 Alhmdulillah kami telah hadir program Syarahan Umum di UMP (Universiti Malaysia Pahang - Kampus Gambang) pada 18 September 2013 lalu. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 1.40 petang dengan menaiki Bas UMP.  Program sebegini dapat mendedahkan peluang kerjaya dalam bidang ICT dan seni visual kepada pelajar-pelajar sekolah. Kami kembali semula ke sekolah pada pukul 5.05 petang. Terima kasih kepada UMP kerana sudi menjemput sekolah kami menghadiri program ini dnegan disediakan pengangkutan bas dan makanan secara percuma.

Petikan dari portal UMP:


WAHAI AYAH DAN IBU DENGARLAH RINTIHAN ANAKMU

WAHAI AYAH DAN IBU DENGARLAH RINTIHAN ANAKMU




Keluarga Bahagia Impian Semua


Guru ibarat ibu bapa kedua anak-anak  di sekolah.


PUISI BUAT AYAH DAN IBU 
YANG MEMPUNYAI ANAK REMAJA

Alhamdulillah pagi Sabtu 20 Syakban 1434 Hijri
yang cerah lagi ceria.
  Unggas dan kicau beburung memecah hening pagi.
Sore semalam hujan turun membasahi bumi. 
Syukur ku pada Ilahi.
 Doa hamba-hamba Allah yang dikasihi, 
telah perkenankanNya.
 Jerebu pun beransur pergi.

 Kasih sayang fitrah insan. Fitrah itu anugerah Ilahi.
 Keluarga entiti pertama masyarakat penyayang dan harmoni.
 Indahnya keluarga bahagia Nabi Muhammad SAW, menjadi impian kita semua.

 Wahai ibu wahai bapa.
 Anak itu adalah amanah Allah SWT kepada ibu bapa,
. Kita perlu ingat bahawa Rasulullah SAW sangat menyayangi kanak-kanak. Baginda sering dilihat bermain dengan cucu-cucunya, Hassan dan Hussien. 

Dalam satu hadis disebutkan Nabi SAW sujud lama ketika sedang solat kerana
 cucu Baginda sedang duduk di atas tengkok Baginda SAW. 
Baginda Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda
 kepada seorang sahabat,
" “Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak, tidak akan disayangi."

Wahai ayah. Wahai Ibu.
 Anak itu adalah titipan Sang Pencipta.
 Anak itu bukan hakmilik kita. 
Sampai masanya,
 kita atau mereka,
 pergi menemui Sang Pencipta.
 
 Wahai ayah. Wahai Ibu.
 Dengarlah rintihan anak-anak remajamu.
 Wahai ayah wahai Ibu
Tolonglah beri kasih sayang, perhatian dan didikan sempurna
 meskipun sibuk dengan pelbagai masalah rumahtangga berlaku,
 wahai ibu wahai bapa
janganlah dikau abaikan anak-anakmu.
 Andai dikau mahu anak-anak mengasihimu waktu tuamu, 
tolonglah hormati anak-anakmu 
sebagai insan sewaktu kecil dan remaja mereka.
 Agar anak-anakmu nanti akan penuh kasih sayang 
pada  ibubapa dan insan sejagat.

Wahai ayah wahai ibu
SALAH satu hak anak ialah hak mereka
Untuk dibesarkan dengan penuh kasih sayang. 
Ini bermakna ibu bapa yang membesarkan anak-anak
 dengan kebencian dan pergaduhan,
membesarkan anak dalam keadaan mereka merasa tertekan
 dan takut  penuh kebimbangan
 akan mengakibatkan anak-anak mengalami gangguan emosi

Wahai ayah wahai ibu 
percayakah kalian emosi yang terganggu ini beri kesan sangat besar?

Gangguan emosi seperti ini mengambil masa
 untuk menunjukkan kesan wahai ayah wahai ibu.
 Kesan yang paling biasa dialami 
oleh anak-anak yang dibesarkan dengan suasana sebegini
 Anak-anak mengalami kemurungan,  ponteng sekolah, ponteng kelas, 
 'blur' dalam pelajaran, vandalisme dan sakit. 
Sakit yang paling biasa dialami ialah muntah-muntah, sakit kepala dan demam. 
Fizikal melahirkan apa yang sudah tidak tertanggung oleh emosi....
 akan terganggu, 
Tumpuan belajar akan berkurangan bahkan kadang kala
 di tahap kronik anak ini bagai hilang ingatan seketika...

Wahai ayah. Wahai Ibu.
Kasihanilah anak-anakmu. Kasihilah anak-anakmu.
Titipkanlah rasa sayangmu pada anak yang kau benci itu.
Tegakah kau membiarkan anak-anakmu di injak-injak, 
dipukul di tulang belakangnya, dibaling pinggan kaca, 
belum lagi kata nista dan hina,
Siapapun anak di bawah jagaanmu
Tolonglah tolonglah pelihara amanah Sang Pencipta
Anak itu amanah, yang akan ditanya
oleh Allah SWT apabila kita mati.

 PUISI GURINDAM JIWA CIKGUKAUNSLEING.COM

Lepas tekanan di sekolah

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, isu disiplin pelajar sekolah kembali mencengkam institusi persekolahan negara .Masalah itu bukan sekadar mengundang kerisauan malah menimbulkan persoalan apakah tindak tanduk berkenaan ibarat bom jangka.


Usaha proaktif sudah dilakukan termasuk merombak pelaksanaan sistem dan modul namun isu disiplin pelajar masih belum menampakkan penurunan. Biarpun belum mencapai tahap paling kritikal dan dianggap kes terpencil, pelaksanaan tindakan perlu dibuat segera bagi menjamin masalah berkenaan tidak berpanjangan.


Ceramah Motivasi Pak Engku Yang Menyentuh Perasaan

Ceramah Motivasi Pak Engku Yang Menyentuh Perasaan

 
Minggu lepas, sekolah tempat saya bertugas telah mengadakan program Ibubapa Pelajar Tingkatan 3 dan 5 bersama Pak Engku.  Program ini diadakan oleh Pihak Pengurusan SMK Lepar Hilir di bawah seliaan Puan Hajah Hanisah Ketua Bidang Kemanusiaan SMK Lepar Hilir.

Secara peribadi, ini adalah pengalaman kedua saya bersama Ceramah Motivasi Pak Engku,.  Kali pertama sewaktu saya di SMK Jengka Pusat 2, sila klik di sini.

Ceramah motivasi oleh YM Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Engku'. Motivasi yang di sampaikan oleh motivator yang tidak asing lagi di negeri Pahang iaitu Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan Beliau adalah pengerusi rumah anak-anak yatim Tengku Ampuan Fatimah di Kuantan.

 Pak Engku memaparkan video anak-anak yatim di bawah jagaannya. Cerita tentang anak yatim. Beliau ada membuka sebuah rumah anak yatim. Di situ, ada anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat HIV.  Budak itu juga menghidap penyakit yang sama. 


Ceramah Isra' Mikraj Suatu Iktibar

Ceramah Isra' Mikraj Suatu Iktibar


Gambar Program Ceramah Isra' Mikraj, Semua Guru, Staf dan Pelajar...

Pada Hari Jumaat, 21/6/2013, Unit Bina Insan SMK Lepar Hilir telah menjemput Ustaz Mohd Sufian bin Majid dari KIPSAS untuk  menyampaikan Ceramah Isra' Mikraj.


Muat Turun Unit Hal Ehwal Murid (HEM)

Muat Turun Unit Hal Ehwal Murid (HEM) 

Bahan untuk muat turun oleh guru-guru berkaitan di bawah HEM. Unit Kaunseling juga adalah salah satu unit di bawah HEM.

 
Bil Keterangan
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 
1. (BOSD-A) Pin.1/2010 - Borang Penghantaran Buku Ke BOSD
2. (BOSD-B) Pin.1/2010 - Borang Pengambilan Buku Dari BOSD
3. SPBT/BB - Borang Pengambilan Buku Dari Sekolah Sekitar
4. KEW.PA-17 - Borang Pelupusan Buku Teks SPBT
  

Anak Aliran Sains Pelepasan cukai RM3,000

Anak Aliran Sains 

Pelepasan cukai RM3,000

 

Kuala Lumpur: Kerajaan menaikkan kadar pelepasan cukai daripada RM1,000 kepada RM3,000 untuk ibu bapa yang mempunyai anak mengikuti bidang sains dan teknologi di sekolah menengah dan program matrikulasi.

 
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) untuk pelajar aliran sains di Tingkatan Empat dan Lima turut dinaikkan daripada RM70 kepada RM200 sebulan, manakala Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi pelajar tingkatan enam ditambah RM110 kepada RM300 sebulan.




Sebahagian 61 perakuan


 

BIASISWA PERSEKUTUAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

BIASISWA PERSEKUTUAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

INFO BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAN UNIVERSITI (BKPU 

 

BKP diberikan kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam.

Kedua-dua biasiswa ini diberikan khusus kepada pelajar yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang ibu bapanya memiliki pendapatan rendah.

OBJEKTIF BKP DAN BKPU



SISTEM PELAPORAN L4 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SISTEM PELAPORAN L4 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH PULAU PINANG TAHUN 2012
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pekeliling ini saya muat naik di sini sebagai kemudahan saya membuat rujukan. Sekian terima kasih
 
 PROSES KERJA PENGISIAN PELAPORAN, PENGUMPULAN & PERUMUSAN DATA
 
 
Langkah 1
Pihak sekolah memuat turun Borang Laporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling L4 dari laman blog http://hemjpnpp.blogspot.com/ atau http://pelaporanl4penang.blogspot.com/ mulai 22 Oktober 2012 dan mengisi data bagi tarikh berakhir pada 31 Oktober 2012.



Langkah 2
Pengumpulan/pemindahan data dibuat secara berpusat di peringkat PPD masing-masing secara dalam talian menggunakan kaedah ‘file protocol transfer’ (ftp) yang disediakan/dibimbing oleh Jurulatih Utama/Pentadbir Sistem Pelaporan L4. Tempoh masa pengumpulan data : 01-06 November 2012.
 
 
Langkah 3
Perumusan data oleh JU/Pentadbir Sistem akan bermula pada 07 November 2012. Jika pihak sekolah masih GAGAL menghantar data sehingga tarikh tersebut pihak JU atau Pentadbir Sistem akan menghubungi terus pihak Pengetua atau Guru Besar untuk tindakan segera.
 
 
 Sila muat turun borang L4 KLICK DI SINI


Sumber; Kaunseling JPN Pulau Pinang

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .