Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1. Apa itu SPPK/SPK?
SPPK
ialah satu system pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran yang
dikendali secara bersama oleh Lembaga Peperiksaan dan pentaksiran yang
dikendali oleh sekolah.
2. Apa
itu PBS?
PBS
merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang,
ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah
dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran
Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
3. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang
baru?
















