Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Segmen Blogger. Show all posts
Showing posts with label Segmen Blogger. Show all posts

Malaysia Social Media Week 2016 Soft Launch

Malaysia Social Media Week 2016 Soft Launch


Sumber Imej : Akaun email peribadi






Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak (dua,kiri) pada pra pelancaran ‘Malaysia Social Media Week’ diiringi Pengasas Universiti, Tan Sri Lim Kok Wing (kiri) di ‘LimKokWing University Of Creative Technology’ pada 20 Januari 2016. Program akan berlangsung bermula 7 Mac hingga 13 Mac tidak lama lagi.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (tiga,kanan). 


Sumber foto ;FB Limkokwing Jakarta

APA ITU MSMW MINGGU MEDIA SOSIAL MALAYSIA?

Media sosial merupakan sesuatu perkara yang penting dalam kehidupan golongan generasi muda masa kini. Ianya dianggap sebagai kelebihan  dalam jaringan perhubungan yang tanpa sebarang batasan dengan kelancaran serta pantas daripada mana-mana medium perhubungan yang pernah wujud. Namun penyalahgunaannya boleh menjadi satu penderitaan.


Contest Aku Berpuisi, Muhasabah Ramadhan, Syukur Merdeka,

Ingin Sertai, Contest Aku Berpuisi,




Pengenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Seni puisi tradisional merupakan salah satu khazanah bangsa yang sangat beharga. Seni yang indah ini disampaikan dalam gaya bahasa yang penuh maksud tersirat. Mungkin ramai yang kian melupakan warisan ini.

Bangsa Melayu juga kaya dengan kesusasteraannya. Lemah gemalai, liuk lintuk, barisan katanya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger, Mohamad Azhan kerana sudi menganjurkan pertandingan menulis puisi.

Contest Aku Berpuisi



Muhasabah Ramadhan, Syukur  Merdeka




Muhasabah Ramadhan,

Muhasabah Ramadhan, Syukur Ya Tuhan,

Bertemu kembali Bulan Ramadhan;

Bulan penuh keberkatan, penuh keistimewaan,

Diberi pahala, amalan dilipatgandakan.



Syukur Ramadhan, Syukur Alhamdulillah,

Usia kita masih dipanjangkan oleh Allah;

Untuk mengimarahkan Ramadhan dengan ibadah,

Solat wajib, puasa, dan solat sunat kerana Allah.



Hikmah ramadhan, hikmah berpuasa,

mengajar erti ketabahan, erti redha,

erti keimanan, menahan nafsu, lapar, dahaga;

erti kesusahan dan penderitaan, saudara seagama.



Di Bulan Ramadhan, Al Quran diturunkan,

Al Quran datang untuk memerdekakan;

Daripada perhambaan sesama makhluk yang diciptakan,

Kepada menjadi hamba Allah, Tuhan pencipta sekalian.





Muhasabah Ramadhan 1432 Hijrah ini,

Andainya Ini Ramadhan terkahir kali;

Layakkah diri ini,

Merebut singgahsana fiardausi Ilahi...


Syukur Merdeka,

54 Tahun Sudah,

Nikmat Merdeka Diraih;

Aman, bebas, maju tanah bertuah,

Terima kasih, ya Allah.



Merdeka ini, mahal harganya,

Airmata, darah, lelah telah tumpah;

Perjuangan pahlawan negara,

Membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah.



Merdekaku, menghalau penjajah kejam,


Merdeka kau, hisap dadah dan hidu gam;


Merdekaku, bangsaku, kuajar,


Merdekamu, kau belajar, kurang ajar.

Ayuh generasiku, ingatlah,

Tugas mengisi makna merdeka;

Itu lebih payah,

Dari perjuangan menuntut merdeka.



Demikian tadi, sedikit catatan saya untuk menyertai, Contest Aku Berpuisi anjuran http://www.mohamadazhan.com/2011/07/contest-aku-berpuisi-tarikh-akhir-16.html

Tag 3 orang kenalan blog :

Ashra, http://ashra-aulia.blogspot.com/

Linda, http://ibusumaiyah.blogspot.com/

Ros Putih, http://bungarosputih.blogspot.com/

Oleh kerana syarat penyertaan, kena tag 3 orang kenalan blog, saya men tag senarai blog di atas. Bagaimanapun, kepada semua yang berminat, sertailah contest penulisan puisi ini, seperti Kak Hanim, Aku Hiv Positif, Makcik Werdah dan Adik Chibi.
Tarikh Akhir penyertaan contest aku berpuisi ini ialah pada 16 Ogos 2011.


baca selanjutnya..



Ribuan terima kasih juga kepada para penaja hadiah pertandingan ini,  Warna dan Aku, klik sini.

Ribuan terima kasih kepada Saudara Miecyber, blog beliau di sini, juga penaja pertandingan, yang juga merupakan salah seorang follower teratak myraudhatulukhuwah ini.

Terima kasih juga kepada Kakak Zakie Purvit,  blog beliau http://zakiepurvit.blogspot.com/, di sini, kerna melalui blog beliau, di sini, saya mengetahui contest ini. Walaupun saya tidak di tag oleh beliau, sebagai salah seorang pecinta Sastera Melayu, saya akan sertai jua penulisan puisi ini.



Tajuk puisi myraudhatulukhuwah ialah, Muhasabah Ramadhan, Syukur  Merdeka.



Sempena bulan kemerdekaan ini, saya rasa, ada baiknya, saya sertakan sedikit beberapa puisi kesusasteraan Melayu, sebagai suatu catatan sejarah bangsa, yang akan diingati oleh generasi muda dan generasi akan datang.

Contoh Pantun Melayu Lama:


Dari Jawa ke Bangkahulu,



Membeli keris di Inderagiri;



Kawan ketawa ramai selalu,



Kawan menangis seorang diri.
...Pantun Nasib....







Pantai Lukut luas terbentang,



Teluknya penuh berbatu karang;



Ibarat melukut di tepi gantang,



Masuk tak penuh keluar tak kurang.
Gambar salah satu tempat bersejarah di Melaka, sumber, klik sini.

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan.


Tafsiran pantun, "Kalau roboh Kota Melaka", agak berbeza daripada kebiasaan persepsi cinta teruna dara, boleh lihat di sini.

PUISI GURINDAM

Gurindam di bawah adalah salah satu karya agung Raja Ali Haji. Kumpulan gurindam yang dikarang oleh Raja Ali Haji dari Riau.

Dinamakan Gurindam Dua Belas oleh karena berisi 12 pasal, antara lain tentang ibadah, kewajiban raja, kewajiban anak terhadap orang tua, tugas orang tua kepada anak, budi pekerti dan hidup bermasyarakat.

Gurindam pasal yang kesepuluh:


Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.



Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.



Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai.



Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,


supaya kemaluan jangan menerpa.


Dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kafill.


Sedikit latar belakang Raja Ali Haji:



Raja Ali Haji hidup pada zaman Kerajaan Riau- Johor. Pada zaman kerajaan Riau-Johor pada zaman dulu memang ramai ulama pendatang di antaranya Habib Syaikh keturuan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri dan ramai lagi.

Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh saudara sepupunya itu mengajar agama Islam, (Raja Ali bin Raja Ja’far juga ikut belajar kepada Raja Ali Haji).



- Sumber Sejarah ini adalah daripada Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Maklumat Lanjut, latar belakang  Raja Ali Haji, sila klik Kota Gurindam, di Pulau Penyengat, Riau, klik di sini, dan klik di sini.
selamat berbuka puasa nanti, ya teman-teman.

Sekian, terima kasih, wassalam.

Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah.

Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat berpuasa buat semua Muslimin Muslimat yang melayari blog myraudhatulukhuwah. Apa khabar kawan-kawan followers myraudhatulukhuwah? Semoga dikurniakan eksihatan yang baik bagi memudahkan urusan ibadah.












Ganjaran Puasa Ramadhan
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”













Riwayat Bukhari & Muslim


Kali ini, myraudhatulukhuwah ingin menyertai Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah, yang dianjurkan oleh



http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html
SEGMEN TAULADAN : JOM INGAT PESANAN IBU AYAH


Pesan Ibu Ayah,

Pergi ke mana pun,

tinggal solat usah sekali,

kerana solat itulah sendi

tiang agama, kukuh sekali.




Pesan ibu ayah,


pergi ke mana pun

ini Bumi Tuhan

usah sekali dicemarkan

dengan maksiat mahupun kekotoran




Pesan ibu ayah


pergi ke mana pun

hidup mesti bersendi syariat

adat yang baik diikut

moga hidup kan selamat




Pesan ibu ayah


pergi ke mana pun

jagalah nama baik keluarga

jagalah akhlak dan budi

kerna yang baik itu budi

yang indah itu bahasa




Pesan ibu ayah


pergilah ke mana pun

di mana bumi dipijak

di situ, langit dijunjung.

Itulah antara pesanan-pesanan ibu ayah saya. Bagaimana pula dengan pesanan ibu ayah anda?

Jom, ramai-ramai meriahkan segmen tauladan ini.

Untuk itu, saya ingin men tag rakan-rakan followers:

1) http://akuhivpositif.blogspot.com/

2) http://ibusumaiyah.blogspot.com/

3) http://bulanjatuhkeriba.blogspot.com/

4) http://www.zulkbo.com/

5) http://azrinrahim.blogspot.com/

6)http://afidaanuar.blogspot.com/

7) http://atuk-phd.blogspot.com/

8) http://luahfikiran.blogspot.com/

9) http://permatainn.blogspot.com/

10) http://ilahihediya.blogspot.com/

11) http://warkahbersama.blogspot.com/

Kepada rakan-rakan lain yang nak join, silakanlah ke Blog Syafiq mokhtar untuk melihat syarat-syaratnya. Sekian, wassalam.

Terima Kasih, Penulis Senja

Terima Kasih, Penulis Senja



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kepada Penulis Senja di atas review beliau ke atas blog saya ini.

http://www.penulissenja.com/2011/06/blog-baru-yang-simple-dan-kemas.html

Jom lihat blog beliau yang kemas dan ceria:



http://www.penulissenja.com/

Penulis Senja Cari Blog Simple Dan Kemas

Penulis Senja Cari Blog Simple Dan Kemas


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ketika menlihat blog Cik Anis Melon, klik sini. Blog Cik Anis melon memang kemas dan menarik. Lalu saya tertarik dengan segmen yang beliau sertai di Segmen Penulis Senja Cari Blog Simple dan Kemas Untuk Direview, klik sini.

Alamak, rajinlah pula myraudhatulukhuwah nak sertai segmen ye sejak akhir-akhir ni. Kebetulan hari ni hujung minggu dan berkelapangan nak tulis serba sedikit di blog ni.

Walaupun blog myraudhatulukhuwah ini rasanya tidaklah simple sebab ada lagu Maher Zain tapi blog myraudhatulukhuwah tetap nak sertai juga segmen anjuran Penulis Senja ini.
"Penulis Senja Cari Blog Simple Dan Kemas "


Saya temui Blog Penulis Senja,   semasa melayari Blog Abgshah.com.  Saya cuma silent reader di blog Penulis Senja.


Suatu hal yang menarik, Penulis Senja menulis dengan kreativiti sendiri. Bait-bait puisinya pun bermadah indah.


Tapi kan, sebenarnya, masa mula-mula lihat nama penanya, saya fikirkan penulis blog ialah seorang yang sudah agak berusia dari segi usianya. Sekali lihat pada tuan empunya blog, oh, muda lagi. Jangan marah ya...


Sebenarnya, terasa di hati ingin mempelawa lebih banyak rakan-rakan blog menyertai segmen Penulis Senja ini. Bagaimanapun, syaratnya kena 3 blog jer.  Kali ini saya pilih blogger yang belum lagi saya tag.

Jadi, saya juga  ingin  tag  3 blogger yang berikut:



1) Kak Hanim, klik sini.



2) Nida, klik sini.



3)Ayie, klik sini.

Kepada rakan-rakan bloggers yang ingin menyertai segmen anjuran Penulis Senja ini, jom cepat-cepat sertai sebab tarikh tutup penyertaan ( Ahad 29 Mei 2011 ) pukol 08.00 PM.

Sekian, wassalam.

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai menghargai follower blog saya, saya dengan gembiranya menyertai contest ini. Lagipun syarat-syaratnya tidaklah sesusah mana. Jika anda berminat sertai contest ini, silakanlah ya, ramai-ramai kita sertai contest ini.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN MUDAH JE , ops kalau nak tau, silalah ke blog beliau ya.



SELAMAT HARI GURU



Guru itu

insan yang banyak berjasa

mengajar menulis baca jua mengira

mendidik muridnya

agar menjadi insan berguna

untuk nusa dan bangsa.



Guru itu

di perkebunan ilmu

dialah ibu

dialah ayah

insan yang wajar dihormati

dan dikasihi

bukan digeruni

dan diumpat caci.



Guru itu

mungkin saja ada khilafnya

bisa saja pernah melukakan hati muridnya

namun  percayalah

marahnya bukan kebencian

tegurannya bukan untuk memalukan

..................................



jauh di sudut hati sang guru

dia amat risaukan

pelajaran

kebajikan

kehidupan

percintaan

dan

perjalanan

anak muridnya



sang guru itu

mengeluarkan duit poketnya sendiri

demi membantu anak muridnya ini

yang sering kali

tidak diketahui

oleh sang muridnya sendiri



lalu,

terasa malu sendiri

diri ini

kepada guruku yang banyak berbudi.



Terima Kasih, Cikgu

January Top Commentors & Emneya Giveaway

January Top Commentors & Emneya Giveaway


Pengkomen ke 13 tak sempat nak save sebab line putus dahhh tapi saya ingat siapakah dirinya..


Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW yang tercinta.


Pada entry ini, myraudhatulukhuwah ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua teman-teman blog yang sudi menjenguk blog ini. Begitu juga kepada semua teman yang sudi add blog myraudhatulukhuwah ini di blog teman-teman.

Terima kasih buat teman-teman bloggers yang sudi rajin meninggalkan komen pada entry myraudhatulukhuwah. Di sini, ialah pengkomen terbanyak myraudhatulukhuwah di bulan Januari 2011.

1) Blog Afida Anuar, klik sini.

2) Blog Abd Razak, klik sini.

3) Blog Tn Hj Rozali (Atuk), klik sini.

4) Blog  Dari pena Farhana, klik sini.

5) Blog Pemerhatidunia, klik sini.

6) Blog kak Werdah, Nota untuk Diri, klik sini, dan Bangkit Kembali,  klik sini.

7) Blog Kak Erna, Coretanku, klik sini.

8) Blog Kak Hanim, Kerdipan Rohani, klik sini.

9) Blog White Rose, klik sini,http://bungarosputih.blogspot.com/

10) Blog Al Mu'allim, http://kalkulus2102.blogspot.com/klik sini.

11) Blog Zulkbo, klik sini.

12) Blog Bro From Cemomoi, klik sini.

13) Kak Zue, klik sini.


Emneya written by Deena Farhana Numan


Blog  Dari Pena Farhana, klik sini. Ada menganjurkan contest yang menarik untuk para bloggers sertai. Sila lihat di sini, http://farraoshin.blogspot.com/2009/09/emneya-contest-giveaway.html

Oleh kerana peluang untuk menyertai Emneya Contest Giveaway masih dibuka lagi, sila lihat di sini, http://farraoshin.blogspot.com/2011/01/peserta-contest-emneya.html Maka, sebagai tanda sokongan kepada teman blogger, myraudhatulukhuwah turut berasa berbesar hati untuk  menyertai giveaway ini. Maaf ya Deena hanya baru kini berkesempatan membuat ulasan tentang novel online yang menarik ini.

Bermula sebagai silent reader blog beliau, myraudhatulukhuwah akan membaca entry-entry beliau.

Cuma myraudhatulukhuwah  jarang-jarang dapat meninggalkan komen di blog Deena mahupun di blog kawan-kawan yang lain disebabkan line internet. Kadang kala faktor diri myraudhatulukhuwah yang tidak dapat duduk lama-lama depan PC, jadi myraudhatulukhuwah cuma dapat membaca sahaja blog teman-teman. Maaf ya.

Baiklah, kita berbalik pada Novel Emneya ini. Emneya, seorang gadis yang cekal meniti ranjau kehidupan. dilahirkan dari rahim seorang wanita berhati suci, Mak Wa. Walaupun memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM, Emneya terpaksa melupakan hasrat dan cita-citanya dalam pelajaran dek dihimpit kemiskinan hidup. Emneya, sebagai anak gadis yang tidak mahu menyusahkan ibu, lebih rela membantu ibunya berniaga di warung.

Bermula episod yang membahagiakan Emneya, bahkan jua mana-mana wanita di atas bumi ini, apabila Emneya diperisterikan oleh seorang lelaki budiman yang tidak memandang kepada keturunan sebagai penghalang  dalam membina ikatan percintaan yang murni di antara seorang lelaki dan seorang waniata iaitu ikatan rumahtangga.

Melalui fasa perkahwinan, Emneya sangat bahagia. Bagi Emneya, kasih sayang tulus seorang isteri kepada lelaki bernama Syed Erman Haikal, adalah kasih sayang yang murni dan cintanya cinta sejati. Biar diduga dengan hubungan yang agak tidak baik dengan ibu mertua, Emneya tabah menghadapinya.

Hasil asuhan allahyarhamah ibunya, Emneya lebih banyak bersifat sabar dan mengalah dalam mengatasi kemelut dengan mertua. Bagi Emneya, mengalah dengan mertua adalah lebih baik meski bagai menelan pahitnya hempedu.

Dalam hal ini, myraudhatulukhuwah tertarik dengan pendekatan yang diambil oleh Emneya dalam mewujudkan hubungan harmoni di antara suaminya dan ibu mertuanya serta ibu mertuanya dengan Emneya sendiri. Meskipun usaha Emneya dipandang sepi, namun kesabaran dan ketabahan Emneya ini wajar dicontohi oleh mana-mana isteri.

Percintaan suami isteri, Emneya- Erman, berlainan darjat ini akhirnya sampai ke kemuncak dugaan.

Setelah 3 tahun berkahwin, Emneya masih belum hamil lagi. Lalu alasan ini dijadikan alasan kukuh oleh  ibu mertua Emneya yang  mencadangkan agar suami Emneya berkahwin lagi dengan gadis pilihan ibu Syed Erman Haikal.

Demi cinta yang terlalu suci buat suami tersayang, Emneya rela dimadukan asalkan dia masih boleh sentiasa di sisi suami. Namun, adakah berbaloi pengorbanan Emneya itu?Apakah nasib Emneya selepas suaminya berkahwin lain? Adakah pengorbanan perasaan Emneya itu dihargai oleh keluarga mertuanya? Siapa pula Syahriz?

Jom kita ikuti perjalanan kisah Emneya ini. Dengan ini, saya mentag  untuk menyertai giveaway ini;

1) Kak Werdah, Nota untuk Diri, klik sini, dan Bangkit Kembali,  klik sini.

2) Kak Erna, Coretanku, klik sini.

3) Kak Hanim, Kerdipan Rohani, klik sini.

4) Maiyah, klik sini, perjalananku masih panjang,

5) Kak Zue, klik sini.

Jom kita baca novel ini.

Emneya Part I, klik sini, http://farraoshin.blogspot.com/2010/10/emneya-part-1.html

Emneya Part 2, klik sini, http://farraoshin.blogspot.com/2010/10/emneya-part-2.html

Emneya Part 3, klik sini, http://farraoshin.blogspot.com/2010/12/emneya-part-3.html

Emneya Part 4, Klik sini, http://farraoshin.blogspot.com/2010/12/emneya-part-4.html

Emneya Part 5, klik sini, http://farraoshin.blogspot.com/2010/12/emneya-part-5.html

Emneya Part 6, klik sini, http://farraoshin.blogspot.com/2011/01/emneya-part-6.html

Sekian, wassalam.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .