Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

Smartphone Rebat RM200 beli telefon mula Selasa

Smartphone Rebat RM200 beli telefon mula Selasa

Permohonan boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian

Belia berusia di antara 21 dan 30 tahun boleh memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan. 



Tahniah Malaysia cipta rekod muncul juara AUG ke 16

Tahniah Malaysia cipta rekod muncul juara AUG ke-16

 

 

Perbarisan atlet Malaysia pada acara penutup Sukan Universiti ASEAN, di Laos, malam tadi.

Malaysia cipta rekod muncul juara AUG Sukan Universiti ASEAN


Catat sejarah sejak 30 tahun jadi johan bertanding di luar negara
Berakhirnya Sukan Universiti ASEAN (AUG) edisi ke-16 semalam, Malaysia secara rasminya mencipta rekod menjuarai kejohanan itu buat pertama kali di luar negara sejak 30 tahun sejarah penganjuran sukan universiti peringkat Asia Tenggara itu.

Hadir dengan hanya mensasarkan 36 emas, namun kejayaan membawa pulang 60 pingat emas, 48 perak dan 72 gangsa cukup melahirkan rasa bangga di kalangan setiap atlet dan pegawai kontinjen negara. 




Semakan Keputusan SBP 2013 dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1

Semakan Keputusan SBP 2013 
dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1


Semakan Keputusan Sekolah Berasrama Penuh  2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Para pelajar dan ibu bapa/ penjaga yang ingin menyemak keputusan permohonan SBP 2013 bagi Tingkatan 1 secara online anda boleh mula menyemak pada 16 Disember 2012 semalam. 
 

Bahaya air ketum sama seperti dadah

Bahaya air ketum sama seperti dadah

 

Mudarat air ketum sama seperti dadah

 PIHAK polis giat melancarkan operasi bagi membendung pengambilan air ketum yang berleluasa terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. - Gambar hiasan 


PENAGIHAN dadah dalam kalangan anak muda kita semakin membimbangkan. Munculnya pelbagai jenis dadah moden seperti ice, pil kuda, dan ekstasi bukan sahaja menjadikan cara manusia menghisap dadah berubah, malah menjadikannya merebak dengan begitu cepat.

Kini, di beberapa negeri di utara tanah air, muncul pula kegilaan baharu masyarakat terhadap air ketum. Ia merupakan daun yang diambil dari sejenis tumbuhan yang tumbuh secara melata di beberapa negeri utara tanah air. 

Suntikan Vaksin HPV 18 Tahun Percuma Bermula

Suntikan Vaksin HPV 18 Tahun Percuma Bermula









Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai salah seorang Pembantu Guru Kesihatan (2011), antara tugas saya ialah membantu program kesihatan di sekolah. 

 Artikel di bawah dipetik daripada BERNAMA. Gambar daripada Kosmo.

Kepada pelayar blog ini, boleh lihat entry sebelum ini,



TENGKU ADNAN bersama Aminah (kanan) menyampaikan replika kad Program Vaksinasi HPV kepada seorang pelajar Kolej PTPL di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA 16 Julai - Program suntikan vaksin HPV (Human Papilloma Virus) percuma kepada wanita berumur 18 tahun bermula hari ini dengan fasa pertama membabitkan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala fasa kedua di negeri-negeri lain bermula bulan depan.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, program itu merupakan usaha mempromosi suntikan vaksin bagi mencegah kanser serviks (pangkal rahim).

Beberapa fakta mengenai haid yang harus diketahui:

Pendidikan Seks, Beberapa fakta mengenai haid yang harus diketahui:




  • Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami perempuan akil baligh hinggalah menopaus (putus haid) kecuali ketika mengandung dan penyusuan.


  • Proses haid bermula dari umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun)
  • PERANAN SEORANG ANAK

    PERANAN SEORANG ANAK

    Daripada Abdullah bin Amru r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda,'' Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa''.

    (Hadist Riwayat at-Tirmizi)

    Memantapkan sahsiah pelajar

    Memantapkan sahsiah pelajar

     SAUDARA Malek Murad dalam rencananya ‘Krisis disiplin di kalangan penuntut sekolah’ Dewan Masyarakat April 1975, antara lain menyentuh tentang pentingnya sekolah mengenakan hukuman berat terhadap pelajar yang melakukan kesalahan di sekolah jika sekolah mahu mengekalkan peranan tradisionalnya sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.


    Rencana itu sudah lama ditulis, tetapi gaya dan permasalahan yang dibangkitkan masih sama dengan apa yang masih diperkatakan sampai sekarang.


    Ini bermakna masalah disiplin dan moral anak-anak muda bukan baru, cuma pendekatannya berbeza. Memang anak-anak muda zaman dulu tidak merempit, tidak melawan guru atau tidak memecahkan harta benda awam, tetapi kes lain seperti pergaduhan, mencuri, mencederakan rakan telah berlaku dan masih dalam ruang lingkup sama iaitu salah laku membabitkan pihak tersebut.

    Krisis nilai di kalangan anak-anak muda kini membimbangkan pelbagai pihak. Bukan saja ibu bapa yang pening memikirkan anak- anak mereka terutamanya ketika di luar rumah, masyarakat sekeliling turut bimbang dengan pelbagai keadaan yang berlaku membabitkan remaja.


    Jerawat? Oh, tidak,

    Jerawat? Oh, tidak


    JERAWAT merupakan masalah yang sering dilalui oleh remaja, perempuan mahupun lelaki. Jerawat pada kulit muka boleh menyebabkan seseorang itu rasa rendah diri kerana ia mengganggu penampilan diri.

    Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma. 

    Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut. 

    Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.


    Namun begitu, jerawat boleh diubati. Sekiranya anda menghadapi masalah jerawat, penjagaan kulit muka harus diutamakan kerana jerawat akan meninggalkan parut berlubang dan kesan hitam yang lebih sukar dirawat. 




    Sebab-sebab terjadinya jerawat


    1. Faktor yang menyebabkan jerawat terjadi berpunca daripada proses pembaharuan sel kulit berlebihan oleh sel keratinosit yang melitupi liang pori-pori dan mengakibatkan liang tersebut tersumbat yang dikenali sebagai "microcomedo".


    2. Apabila mencapai umur remaja, hormon androgen yang tinggi akan mengaktifkan pengeluaran sebum iaitu minyak.


    3. Akibatnya, kolonisasi bakteria Propionibacterium acnes bertambah kerana keadaan sangat sesuai untuk pembiakannya.


    4. P. acnes akan menyebabkan radang dan penghasilan sel keratinosit yang berlebihan. 

    Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
    • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
    • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
    • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
    • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
    • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
    • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
    • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
    • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
    • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
    • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
    • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
    • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

    Rawatan Untuk Jerawat.
    • Liang yang tersumbat harus dibuka.

      Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.
    • Mengurangkan jangkitan bakteria.

      Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".
    • Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.

      Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.
    Cara merawat jerawat Yang lain


    1. Penggunaan produk penjagaan muka yang tidak sesuai akan memburukkan keadaan. Gunalah produk penjagaan muka sedikit berasid yang mengandungi PHA (Poly Hydroxy Acid) atau Lactobionic Asid dari Neostrata menyebabkan eksfoliasi minimum dan tidak merengsakan kulit. Triclosan di dalam pencuci muka ini dapat membunuh bakteria pada muka. 

    Selepas mencuci muka, perlulah menggunakan pelembap. Walaupun kulit muka berminyak, penggunaan pelembap pada muka masih diperlukan untuk mengawal pengeluaran sebum supaya muka tidak berminyak.


    2. Penggunaan antibiotik pada permukaan muka juga dapat membantu membunuh bakteria yang ada pada kulit. Sekiranya jerawat tidak banyak, memadai dengan antibiotik sapuan sahaja.

    Sekiranya perlu, doktor akan menasihatkan supaya pesakit mengambil antibiotik dalam bentuk pil untuk ditelan dan perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya enam minggu seperti minocycline, tetracycline, doxycycline. Penggunaan krim tretinon atau retinol pada waktu malam juga dapat merawat jerawat. Jerawat yang tidak terkawal boleh dirawat dengan Ro-Accutane tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan dan memerlukan pemantauan pakar kulit.


    3. Rawatan "peel" dengan glikolik asid, salicylic asid atau Jessner's mampu merawat jerawat yang aktif. Rawatan ini dapat membunuh bakteria pada muka, mengurangkan pengeluaran sebum, membersihkan liang pori-pori dan melakukan exfoliation. 

    Bagi salicylic asid dan jessner's peel, kulit akan merasa panas sedikit semasa rawatan, jerawat akan kering dan kulit mengelupas sedikit beberapa hari selepas rawatan dilakukan. Sapu pelembap kulit supaya kulit cepat sembuh. Rawatan peel boleh dilakukan sebulan sekali sehingga masalah jerawat dapat dikawal. Rawatan peel selamat jika dilakukan atas nasihat doktor. 


    4. Pastikan kesemua produk penjagaan muka tidak menyebabkan muka berminyak. Gunalah krim penghalang matahari yang berasaskan gel supaya muka tidak berminyak atau makan pil penghalang matahari seperti heliocare oral (dari sejenis paku pakis polypodeum leucotomus) untuk mengelak parut kehitaman akibat radang dari jerawat.


    5. Elak mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.


    6 Selain itu, makanlah lebih sayur-sayuran dan buah-buahan untuk zat dan vitamin pada kulit muka. Perbanyakkan minum air kosong, ambil probiotik untuk mengimbangkan bakteria dalam badan.


    7. Sesetengah kaedah perancangan keluarga boleh menyebabkan hormon tidak stabil dan masalah jerawat. Pil perancang kehamilan Diane-35 boleh diambil untuk mengawal jerawat ataupun boleh merancang keluarga dengan alat cegah kehamilan IUCD Cu250, yang tidak berasaskan hormon.


    8 Jangan sesekali memicit atau menekan jerawat, ini akan menyebabkan bakteria tersebar dan kulit luka akan meninggalkan parut hitam dan berlubang. 


    Pada peringkat awal rawatan, jerawat mungkin akan bertambah dahulu sebelum ia berkurangan. Ini merupakan perkara biasa, janganlah cemas, lakukan penjagaan muka dengan tekun dan ikutilah nasihat doktor. Jangan hentikan pengambilan antibiotik sesuka hati. Percayalah, setiap penyakit itu ada penawarnya.

    Remaja, Tip Untuk Menjadi Remaja Berjaya


    Remaja, Tip Untuk Menjadi Remaja Berjaya


    Berikut adalah beberapa tip yang boleh dipraktikkan remaja dalam persediaan mereka untuk menjadi remaja yang berjaya;

  • Menjalin hubungan yang rapat dengan ibu bapa dan ahli keluarga

  • Membajai hubungan rapat dengan rohani individu, Tuhan yang Maha Esa, keluarga dan rakan-rakan serta persekitaran

  • Menerima perpisahan sebagai pengalaman hidup

  • Memperoleh kemahiran membuat keputusan

  • Bertolak ansur dalam membuat keputusan apabila wujud perbezaan pendapat

  • Belajar menangani konflik

  • Ambillah pengajaran daripada kesilapan

  • Kekecewaan adalah asam garam kehidupan

  • Perasaan gembira dan merasai nikmat adalah satu keperluan dalam kehidupan yang sejahtera

  • Bersabar menunggu hasil usaha anda. Kerja dengan tekun dan bijak menghasilkan kejayaan

  • Beribadat, berdoa, bersantai dan beriadah membantu mencapai ketenangan dan kemahiran sosial komunikasi

  • Gunakan perkataan, simbol, imej dan gambar bagi menyatakan fikiran dan perasaan anda

  • Tetapkan arah tujuan dan makna hidup anda

  • Hormatilah dan sayangilah diri anda

  • Jadilah orang yang bersyukur dan berterima kasih

  • Anda adalah orang yang paling penting untuk diri anda 


  •  

    Macam Mana Nak Buang Tabiat Merokok, Cikgu?

    Macam Mana Nak Buang Tabiat Merokok, Cikgu?
    Dipetik daripada http://ppdasmkjp2.blogspot.com/ 

    Tabiat Merokok Boleh Menyebabkan Mati Otak

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelayar web blog ini khususnya para pelajar sekolah, bersama-samalah kita menghindari perbuatan yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kebinasaan.

    Sebagai contoh, perbuatan merokok. Merokok ternyata membawa lebih banyak kebinasaan daripada kebaikan. Terdapat insan yang ingin berubah ke arah kebaikan. 



    Sebagai rakan, sama-samalah kita menyokong niat dan usaha murni rakan dan sahabat baik kita itu. Bukanlah membantu orang lain yang ingin berubah kepada kebaikan, sangat disukai oleh Tuhan?

    "Saya merokok sebab nampak macho lah," 

    Oh alasan seperti di atas tidak bertepatan langsung untuk pelajar merokok. Merokok tidak menyebabkan anda menjadi macho. 

    Baiklah di bawah ini, sedikit perkongsian cikgu, Tip Membuang Tabiat Merokok. Percayalah, anda boleh melakukannya. Jom bertindak sekarang, jom berubah ke arah kebaikan skearang.

    GUNAKAN KAEDAH YANG BETUL UNTUK BERHENTI MEROKOK :)

    • tetapkan tarikh untuk  berhenti merokok
    • yakinkan diri
    • buat nota peringatan
    • katakan pada diri"aku bukan perokok"
    • tumpukan pada hari itu
    • sentiasa berfikiran positif
    • dapatkan sokongan
    • lawan keinginan untuk merokok
    • gunakan terapi gantian nikotin(contoh macam niquitin)
    • amalkan petua 12M untuk berhenti merokok

    Amalkan Petua 12M Untuk Berhenti Merokok
    1. Melengah- lengah untuk merokok
    2. Minum banyak air 
    3. Lakukan senaman pernafasan/tarik nafas panjang 
    4. Membuat sesuatu/menyibukkan diri 
    5. Menjauhkan diri dari orang/kawan yang merokok 
    6. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah 
    7. Mandi dengan kerap 
    8. Melakukan senaman rengangan 
    9. Meditasi 
    10. Mengelakkan diri dari situasi yang mendorong untuk merokok 
    11. Dekatkan diri dengan Tuhan Selalu.  Bagi pelajar Muslim, dirikanlah solat 5 waktu dengan khusuk dan ikhlas. 
    12. Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya.  Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu. Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan. 

    Tips Pelajar Cemerlang: Nur Syuhadah

    TIPS 1: Nur Syuhadah antara pelajar cemerlang

    SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.

    Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

    Pada entry ini, saya ingin memuat naik berita dari akhbar beberapa bulan dulu, untuk kita renungkan bersama. Kisah kejayaan para pelajar cemerlang di Malaysia sering dimuatkan di dada-dada akhbar selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan. Semoga tips dan perkongsian rahsia kejayaan calon peperiksaan awam ini, diambil iktibar oleh para ramaja yang masih berada di bangku sekolah khususnya para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM, STPM dan STAM.

    KOTA BHARU 11 Mac 2010 - ''Terima kasih, terima kasih cikgu," ujar Nur Syuhadah Muhamad, pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) di sini yang muncul sebagai salah seorang pelajar cemerlang peringkat kebangsaan pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

    Nur Syuhadah yang ditemui di sekolahnya hari ini menyatakan rasa syukur di atas kejayaan yang dicapainya itu dan menyifatkan komitmen guru dalam menyampaikan kepakaran masing-masing begitu banyak membantunya.

    ''Hal ini membolehkan saya membuat persiapan dengan yakin bagi menduduki peperiksaan tersebut. Saya banyak memberi tumpuan semasa di dalam kelas," ujarnya.

    Anak kepada pasangan pesara guru dan pesara jururawat itu memperoleh keputusan 10 A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Sejarah, Pendidikan Islam dan English for Sience and Technology (EST).

    Dia yakin, kemahiran hafaz ayat-ayat al-Quran semasa di sekolah rendah yang diamalkan secara berterusan memudahkannya memahami dan mengingati apa yang diajar oleh guru.

    Nur Syuhadah mendapat tawaran ke SMSTMFP semasa di tingkatan empat dan peluang ke sekolah ternama itu tidak disia-siakan dengan tumpuan penuh terhadap pelajaran justeru katanya, tumpuan berkenaan membolehkannya menyertai pelbagai pertandingan akademik peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

    ''Antaranya, Olympiad Kimia Kebangsaan, ASEAN and Eropah Classroom (Matematik) dan National Science Challenge yang membolehkan saya mendapat sijil dan merit," katanya.

    Penyertaan dalam pertandingan itu juga katanya, memberinya perangsang berkesan dalam membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

    Pelajar itu pernah menerima anugerah dari Sultan Kelantan semasa muncul pelajar cemerlang peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007.

    Luahan Hati Seorang Anak.......

    Luahan Hati Seorang Anak.......




    Di sini juga, saya ingin selitkan satu kisah benar, luahan hati anak luar nikah. Sumber kisah ini dicatatkan di iluvislam.com. Semoga kita mengambil pengajarannya. 
    Dedikasi khas buat insan yang bernama ibu,yang belum pernah ku cium manja dahinya,belum pernahpun kulihat wajahnya walau sekali cuma. 
     Dedikasi khas untuk masyarakat agar memahami dilema dan perasaan anak yang tak berbapa,hentikan membuat spekulasi dan pandangan negatif terhadap anak luar nikah. 

    Dedikasi khas buat remaja Adam dan Hawa yang sedang enak diburu dengan perasaan cinta sementara, membiar nafsu merajai hati,membuang ketepi sebab dan akibat hanya kerana sedetik kepuasan yang tak kekal lama; sementara cuma…
    Kutiplah sisa-sisa pengalamanku ini sebagai pengajaran. Bimbang mendung semalam akan berulang.
    *********

    Tatkala awan kelabu mula mundur untuk pulang ke kamar peraduan,sepasang pipit comel masih menari mengikut lagu hatinya. Kelihatan bayu malam seakan tidak sabar-sabar untuk keluar berjalan. Iman Nadrah masih leka dibelai angin petang yang berpuput lembut menghempas pipinya.


    Seketika,tudung biru yang dipakainya menari mengikut rentak angin. Sepasang matanya masih tak berkedip memandang ke arah langit. Ya,hidup ini umpama langit, bisik hatinya. Langit tak selalunya cerah. Dan dia akur andai hidup ini tak akan selalunya indah. Sejenak, mindanya menayangkan kembali video rakaman hidupnya lima tahun lepas.  

    “Iman,asal nama ayah kau Abdullah? Bukan ke orang panggil ayah kau Pak Leman,” tanya Badrul.

    ”Ye lah Iman. Asal ek? Entah-entah kau bukan anak Pak Leman,” ujar Rizal dalam nada menyindir diiringi gelak tawa teman-temannya. 

    Saat itu,Iman cuba memekakkan telinga. Dia tepu,jemu dengan sindiran teman-temannya terutama Rizal. Persoalan mereka sebentar tadi dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Lantas, Iman meneruskan latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Latifah. 

    Di satu sudut di hujung kamarnya, Iman diam membatu. Dirinya seakan mengiyakan persoalan Rizal. Walaupun dia masih belum sepenuhnya mengerti akan semua itu,tapi naluri ingin tahu yang menjalar dalam hatinya mendesak dia untuk bertanya pada ayahnya segera. Lantas,dia menuju ke arah Pak Leman yang asyik membelek akhbar. 

    “Ayah, tadi ada kawan Iman tanya kenapa dalam buku Iman nama Iman Nadrah binti Abdullah bukan Sulaiman? Bukan ke nama sebenar ayah Sulaiman?”

    Seketika Mak Leha berhenti melipat kain. Berdebar menanti reaksi dan tindakan suaminya. 

    ”Hmm,Iman,kawan-kawan Iman mungkin tak tahu kalau ayah Iman ada dua nama.” 

    Tersenyum Mak Leha.Lega.

    ”Boleh ke seorang tu ada dua nama?" Iman masih belum berpuas hati.

    ”Hmm,boleh. Mari duduk atas riba ayah sayang,bacakan surat khabar ni untuk ayah,Iman kan dah pandai membaca,mata ayah pedih la,” pujuk Pak Leman untuk mengalihkan perhatian Iman. 

    Pak Leman mengeluh kecil. Bimbang rahsia akan terbongkar,tapi sampai bila? Iman berhak untuk mengetahuinya. Mungkin belum tiba masanya,fikir Pak Leman.

    ”Iman, Iman anak ayah sayang.”

    Tak bersahut.

    ”Iman dah tidur bang,” sampuk Mak Leha.

    Sekejapnya dia lena,ujar Pak Leman perlahan lantas mendukung Iman ke kamarnya. 

    “Iman!Iman! Isyh,mengelamun pula budak ni,”leter Mak Leha. Lantas Mak Leha menepuk lembut peha anak gadisnya.

    ”Ya,mak!” serta-merta dia tersedar. Kembali pulang ke alam realiti setelah sejenak di dunia fantasi.

    ”Dah maghrib ni,tak baik kalau masih diluar, jom masuk!” Lantas tanpa sepatah kalam bicara,Iman menurut kata ibunya. 

    Dalam menongkah arus kehidupan di dunia yang serba mencabar,acap benar ujian bertandang tanpa diundang. Untuk itu,kita perlu sentiasa bersedia,iman kalau sekadar setebal kulit bawang,mana mungkin dapat digapai walau segenggam tabah. 

    Iman akur,dia perlu tahu ynag dirinya perlu menjadi seperti pohon,tetap menghasilkan buah walau dibaling dengan batu. Dan dia cuba menghadiahkan segaris senyuman pada teman-teman yang masih menghinanya,namun dia tidak setegar itu. Mereka perlu tahu, disebalik senyum palsu itu,hati Iman terluka.

    Dia tidak mahu membebankan hati kedua orang tuanya. Kerana Iman sedar,bukan setitis pengorbanan dan kasih sayang Pak Leman dan Mak Leha kepadanya. Iman umpama sebutir mutiara yng bersinar dalam keluarganya.Imanlah harapan mereka, Imanlah jantung hati mereka kerana Iman satu-satunya anak mereka. 

    Daun-daun kering yang berguguran walaupan sehelai, semuanya berlaku dengan izin Allah. Suasana nyaman itu agak tenang dan mendamaikan. Namun Iman merasakan hatinya membahang. Memikirkan persoalan yang entahkah wujud atupun tidak jawapannya. 

    Remaja asyik berbicara tentang cinta. Bagi mereka cinta satu kemestian. Melihat teman-teman umpama belangkas kehulur ke hilir demi sesaat kepuasan? Adakah menunggu natijah dan bala baru merasakan keinsafan? Umur baru setahun jagung, hingus masih dilap ibu, sudah pandai bermain api cinta. Apa salah ke,kolot ke mereka yang tidak bercinta?

    Hidup dalam kelompok masyarakat yang kebejatan akhlak, Iman harus bijak menilai sesuatu. Manusia memang susah menerima nasihat. Pantang ditegur,mulalah mencerakinkan satu–satu persatu kelemahan orang itu demi menunjukkan bukan dia sahaja yang melakukan kesalahan. 

    Memang benar andai setiap manusia tidak pernah terlepas daripada menelan duri kesilapan dalam kamus hidup. Kalaulah manusia memiliki prinsip seperti padi, makin berisi makin tunduk, pasti semua masalah dapat diuraikan kekusutannya. 

    “Eh!Iman, kau tak payah la susah-suasah nak nasihat aku. Aku tahulah jaga diri aku. Apa kau bimbang aku jadi macam mak kau?” Ujar Lina dalam nada menyindir.

    ”Mak aku? Kenapa dengan mak aku?” Soal Iman kebingungan.

    ”Eleh buat-buat tak tahu! Dasar anak luar nikah!”

    Pang! Satu tamparan hebat hadiah daripada Iman atas ucapan Lina
    .
    ”Soal maruah diri aku, kau jangan nak main-main! Apa,kau ingat kau…”

    Iman tak dapat menahan kata-katanya. Dia sebak lantas mengambil beg dan terus pulang.

    Diganggu Rizal


    Iman masih dibayangi dengan peristiwa tiga hari lepas. Hatinya tidak tenang. Jiwanya resah. Selesai subjek Sejarah, Iman pulang agak lewat sedikit kerana dia perlu membersihkan kelas. Bimbang dia terlewat kerana jarak rumahnya dengan sekolah bukanlah dekat.

    Ketika asyik mengemas meja guru,dia terasa bahunya dipegang oleh tangan seseorang. Lantas sepantas kilat dia memalingkan badannya. Tangan itu menjalar ke pipinya. Iman cuba untuk menjerit,namun terhalang seakan kerongkongnya tersumbat.

    ”Ala,rilek Iman.Ini ringan-ringan je.” 

    ”Binatang kau!” Iman meludah tepat ke arah muka lelaki tersebut lantas bergegas mengambil beg untuk pulang. Kerja membersih kelas dibiarkan separuh jalan. Sambil mengesat mukanya dengan tisu yang tersedia diatas meja guru, dia menjerit:

    ”Eh anak luar nikah! Sedar diri sikit! Kau tu bukannya suci sangat!”

    Persoalan Terungkai


    Dia masih lagi trauma dengan kalimah anak luar nikah! Seakan terngiang-ngiang kalimah itu dicuping telinganya. Baru tadi dia memastikan nama ibu pada sijil kelahirannya berbeza dengan nama yang tertera pada kad pengenalan Mak Leha. 

    Tahulah dia bila dipastikan ayahnya yang bernama Abdullah, segalanya terjawab. Benarlah anggapan dan omelan teman-temannya. 

    Kebetulan Pak Leman baru memasuki rumah seusai berjemaah di surau. Lantas Iman menuju ke arah Pak Leman dan memeluk ayahnya seeratnya. Mak Leha bergegas ke ruang tamu tatkala mendengar tangisan anak emas mereka.

    Iman menatap mata ayahnya. ”Ayah,jujurlah dengan Iman.Siapa Iman sebenarnya ayah?Katakanlah ayah,Iman bukan anak luar nikah! Iman bukan anak pungut ayah.”

    Pak Leman beristighfar. Mengucap. Tergamam. Mak Leha duduk di atas kerusi .Sebak.Terlalu sedih. Hatinya masih belum bersedia untuk kehilangan Iman. Iman seakan orang yang terkena histeria. Masih terkejut dengan rahsia yang baru terbongkar.

    ”Jadi,Rizal tu……,dan lebih tepat penghulu kampung itu adalah….”

    Pak Leman menggangguk walaupaun ayat itu tidak penuh kerana dia seakan dapat membaca fikiran anaknya itu. 

    Iman masih sedih. Dia masih belum dapat melelapkan mata walau jam telah menunjukkan tepat jam tiga pagi. Persoalannya telah terjawab. 

    Namun dia hilang kepercayaan kepada penghulu. Dimana sikap kepimpinan seorang ketua andai dia membuang cucunya sendiri. Inilah masyarakat yang mengheret sama anak yang tak berdosa ke lembah kemaksiatan bersama ibu bapa mereka.

    Meskipun mereka semua tahu,andai diberi pilihan,lebih baik tiada daripada ada. Lahir daripada rahim ibu yang memperjudikan hidup dengan setitis nafsu bersama kaum Adam di lembah hina. 

    Namun Iman nekad,walau apapun terjadi,dia tak akan meninggalkan Pak Leman dan Mak Leha meskipun Iman tahu siapa keluarganya yang sebenarnya.


    Dua minggu berlalu,ketika kelas matematik riuh rendah apabila seorang anggota polis datang mengetuk pintu. Selepas berbicara dengan cikgu Latifah,kelihatan penghulu yang datang dari arah pejabat terus menerkam ke arah Rizal kerana tuduhan memperkosa Lina,teman sekelasnya.

    Iman menatap sayu mata insan yang sepatutnya tapi tak selayaknya dipanggil datuk. Dia sedar,semakin tinggi kemajuan,makin lupus ketamadunan .Kuasa dan pangkat menjadi manusia lupa diri. Lantas demi menjaga nama baik keturunannya,Iman Nadrah “dijual” pada pasangan yang berhati mulia untuk menerimanya.

    Meskipun seakan tidak percaya, Rizal adalah adik kandung pada insan yang telah meminjamkan rahimnya untuk melahirka aku ke dunia. Tidak hairanlah ada yang bertanya,adakah mereka kembar? Rupanya ada rahsia yang tersirat disebalik iras wajah yang tersurat. Dan mereka yang telah menjadikanya telah dihukum buang daerah hampir 15 tahun lepas dan tak dibenarkan pulang ke kampung ini.

    Hari Ini..


    Ya,Rizal kita tetap saudara. Apa yang terjadi kepada Lina dan Rizal benar-benar memberi keinsafan kepada Iman dan teman-temannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian. Jangan tika ditelus duga kita goyah, tika diberi nikmat kita alpa. 

    Dan Iman perlu untuk menghadapi kenyataan siapa dirinya sebenarnya kerana dia yakin dengan firman Allah di dalam surah Al-furqan ayat ke-25:

    “Dialah yang menjadikan manusia dari setitis air mani yang hina dan menciptakan hubungan keturunan (nasab) dan perkahwinan.”

    Pada insan yang tak layak ku gelar bapa,meninggalkan aku tanpa bicara,moga hidayah Allah membimbingmu sebelum maut menjemput.

    Pada ibu yang tak kutahu dimana berada,meskipun payah menerima siapa aku,yang dilahirkan tanpa diundang,terima kasih.

    Andai kalian tahu,betapa deritanya aku yang dilahirkan dari setitik nafsumu yang diladungi dosa kemaksiatan, pasti kalian masih tidak mampu untuk menjernihkan kembali kolam hati yang berlumpur kesedihan.

    Dan andai diberi kesempatan,dia ingin bersalam dan menzahirkan segalur penghargaan pada seorang insan yang sudi menerima kehadirannya selama 9 bulan di dalam laman rahim seorang wanita.

    Dan dia ingin berjumpa dengan lelaki itu,menitipkan kalam keinsafan,sebelum pulang pada Ilahi,biarlah setiap denyut nadi dalam redha dan keampunanNya.

    Biarlah yang lepas itu adalah sejarah. Esok adalah masa depan.

    Ya Allah,Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku,kasihi dan terimalah taubat mereka kerana sesungguhnya kau maha pengampun dan penyayang. Aamin.

    Remaja Sihat

    Remaja sihat 

     

    Para pelajar khususnya yang berada di bangku sekolah menengah pasti sudah acap kali mendengar perkataan remaja. Melalui fasa remaja, pastinya ramai yang merasakan ia fasa yang menggembirakan. Pelbagai perkara dilakukan bagi meraih kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, sesekali langkah kaki yang sebegitu pantas seharusnya dihalakan ke jalan yang benar-benar memberi makna kebahagiaan yang hakiki.


    Sudah pasti dalam hidup kita, kita inginkan kebahagiaan. Seharusnya juga kebahagiaan itu biarlah berkait rapat dengan langkah yang bijak dan sihat. Jika pada entry-entry sbelum ini, terdapat beberapa tips yang saya catatkan, khusunya di kategori Motivasi atau Kemahiran Aserif Diri, apakata kali ini  jom kita ikuti pandangan Dr Ismail Zain berkaitan, "Remaja Sihat".

    Siapa yang digelar remaja? Sememangnya anda pelajar sekolah hinggalah ke pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) tergolong dalam golongan remaja. Sebagai seorang remaja yang sihat anda menjadi harapan keluarga dan negara. Harapan yang murni ini tidak harus dipersia-siakan kerana andalah generasi yang akan mewarisi segala bentuk agenda negara.



    Memandangkan betapa pentingnya peranan anda marilah kita renungi ciri-ciri remaja yang sihat yang boleh memberi sumbangan yang bermakna kepada negara.


    • Ketahanan fizikal: Sebagai remaja anda mempunyai daya ketahanan yang tinggi iaitu bertenaga, sihat, kuat dan mampu menggunakannya dalam sebarang aktiviti. Oleh itu pastikan segala tenaga yang Allah anugerahkan kepada kita digunakan secara maksimum dan bijak ke jalan yang betul dan menguntungkan. Tenaga yang banyak itu janganlah dicurahkan ke dalam kegiatan yang boleh menjerat diri sendiri ke arah kemusnahan. Alangkah ruginya diri anda, keluarga dan negara jika perkara ini berlaku.


    • Kehendak yang tinggi. Remaja inginkan kemewahan, keindahan & penghormatan. Jika anda mempunyai kehendak seumpama ini, anda ialah seorang remaja yang sihat dan hebat. Walau bagaimanpun keinginan kepada unsur-unsur kemewahan, keindahan dan penghormatan bukan bermakna ia ditujukan pada aspek material sahaja seperti memakai baju yang berjenama dan mahal, melakukan tindakan yang agresif atau berbelanja atau berada di tempat-tempat yang ekslusif. Sebenarnya kemewahan anda terletak kepada pemikiran anda, penghormatan anda pula terletak kepada prestasi akademik dan kokurikum yang anda ceburi, tingkah laku serta penampilan diri yang sihat.


    • Tabiat & amalan: Sebagai remaja anda juga inginkan kebebasan iaitu tidak suka dikongkong, mahu membuat keputusan sendiri serta ingin berdikari. Syabas! Ini merupakan ciri-ciri yang amat positif jika diamalkan secara sempurna melalui bimbingan yang baik. Kebebasan dan berdikari bukan bermakna anda melakukan tanpa bimbingan. Sebenarnya kebebasan dan berdikari ialah satu amalan yang dilakukan setelah mendapat bimbingan yang sempuran daripada mereka yang pakar atau lebih berpengalaman dan berpengetahuan dari kita. Ini bermakna dalam proses kita berdikari dan mendapat kebebasan kita juga harus mendapat bimbingan yang banyak, rujukan yang mendalam, ilmu yang padat agar segala amalan dan tindakan kita itu adalah mengikut lunas-lunas kehidupan yang tepat, unggul dan mendapat keberkatan daripada Allah.


    Justeru, marilah kita sebagai remaja yang sihat mengamalkan nilai-nilai murni yang disebutkan di atas supaya kehidupan kita di dunia ini akan selamat serta dapat membentuk satu generasi yang mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada bangsa dan negara.

    Membina Komunikasi Berkesan

    Membina komunikasi berkesan Antara anak dan ibubapa

     

    KADANG-KADANG setengah perkataan yang diucapkan oleh ibu bapa kepada anak remaja tidak dapat diterima dengan baik. Malah mengundang banyak masalah, terutamanya anak-anak remaja yang sedang bermasalah.

    Kebanyakan ibu bapa tidak tahu apa harus dilakukan apabila anak-anak remaja mereka datang dengan masalah atau perasaan. 


    Setengah ibu bapa langsung tidak membantu memainkan peranan sebagai kaunselor atau sesetengah itu langsung tidak mahu berperanan sebagai pembantu atau kaunselor kepada anak mereka sendiri.
    Apabila anak remaja mendapati ibu bapa mereka tidak peka dengan masalah mereka, maka mereka akan mencari alternatif sama ada merujuk kepada guru atau kaunselor di sekolah. 


    Ada juga yang akan mencari rakan baik atau memasuki mana-mana laman sosial dengan harapan ada insan yang prihatin akan membantu melegakan tekanan yang dihadapi. 


    Ibu bapa mempunyai dua alasan yang lumrah digunakan iaitu merasakan tidak pandai atau tidak berupaya untuk menangani masalah remaja dan kedua, merasakan apa yang diperkatakan sentiasa tidak diterima oleh anak remaja mereka.


    Mengikut kajian dan juga maklum balas daripada remaja, didapati ramai ibu bapa menggunakan bahasa yang kurang tepat dan kurang senang diterima. 


    Terdapat banyak mesej yang tidak boleh diterima yang diguna pakai oleh ibu bapa dan di sini dapat dikategorikan kepada 12. 


    Kesemua 12 jenis mesej ini merupakan halangan kepada komunikasi berkesan antara ibu bapa dan anak remaja. Ia boleh memperlahankan, atau menyekat proses komunikasi dua hala antara anak dan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja. 


    Terdapat juga tiga kategori mesej yang dianggap sebagai menghukum, menilai, menjatuhkan atau memandang rendah.


    Ramai ibu bapa berpendapat bahawa mesej begini penting untuk menunjukkan atau mengajar dan membetulkan atau memperbaiki apa kesalahan yang dilakukan oleh anak tetapi tidak kepada penerimanya (si anak):


    l Menghukum, mengkritik, menuduh atau menyalahkan. Contohnya; "kau ni malas" atau "dah besar macam ini pun masih buat kerja bodoh" atau "bila bercakap suka menipu" atau "bodohhh pakai seluar pun tak pandai londeh macam orang berak dalam seluar"


    l Melabelkan, name-calling (memberi nama gelaran). "Apa halnya perangai macam budak kecil saja?" atau "cakap pun tak betul macam budak cacat" atau "jangan takut macam pondan pulak"
    l Mentafsir (Interpreting), menganalisis atau mendiagnosis. "Jangan cuba buat helah aku tahu kau nak lari dari tugas ya?" atau "jangan buat-buat sakit, mak tahu…"


    Manakala terdapat dua jenis mesej yang digunakan ibu bapa untuk meredakan keadaan agar anak merasa lebih selesa walaupun tidak realistik, menyelesaikan masalah atau mengelak ia menjadi lebih serius.


    l Memberi pujian, bersetuju atau memberi penilaian positif. "Jangan risau mak dan ayah rasa kau ni patut dapat jadi pengawas" atau "anak abahkan lawa ramai orang nak?"

    l Simpati, memberi harapan, konsul. "Janganlah risau mak pun sama juga masa mak dulu…" atau "nanti sampailah tu jangan risau ayah pasti…"
    Banyak dari kalangan ibu bapa yang suka menggunakan halangan di bawah ini apabila menggunakan mesej dengan anak remaja, iaitu menggunakan soalan dengan harapan untuk mendapatkan penjelasan.


    l Menyoal, interrogate, cross-examining. "Siapa yang yang kasi, beri tahu ayah nama budak itu?" atau "Kenapa adik ikut budak yang poteng?" atau "Sebab apa tak minta izin dulu?"
    Kategori 12 pula mengandungi mesej yang digunakan oleh ibu bapa untuk mengubah cerita atau subjek atau cuba lari daripada masalah sebenar.


    l Sarkastik, gurauan, menarik diri atau mengalih. "Ok papa faham jom kita cakap benda lain lah yang lebih baik…" atau "tak elok sebut masa makan ni" atau " padan muka siapa suruh cari pasal."
    Ramai ibu bapa apabila berkomunikasi dengan anak remaja bermasalah atau tidak bermasalah telah menggunakan sekurang-kurangnya satu daripada 12 halangan di atas. Malah ramai yang tidak menyedari, ia akan memberi kesan yang kurang baik kepada anak-anak mereka dalam menyediakan ruang untuk berinteraksi dan meluahkan perasaan serta tekanan.


    Apabila anak remaja sedang mengalami masalah, sama ada masalah peribadi atau di sekolah, maka segala yang dituturkan dan dicakapkan oleh ibu bapa akan diandaikan oleh anak sebagai kurang selesa, sama juga dengan mesej pujian akan menjadi kurang kena jadinya.


    Apabila keadaan menjadi serba salah dan tidak kondusif, maka ibu bapa boleh membantu dengan cara yang lebih konstruktif iaitu:


    l Mendengar secara pasif - dengan tidak berkata-kata (berdiam) juga merupakan satu bentuk komunikasi penerimaan. Remaja tidak dapat bercakap mengenai masalah mereka apabila ibu bapa pada masa sama turut bercakap.


    l Tunjuk dan buktikan yang kita bersamanya - Berdiam ada ketikanya kurang membina kepercayaan remaja yang kita sebenarnya mendengar mereka. Oleh itu, setidak-tidaknya kita mesti menunjukkan isyarat tanpa lisan seperti angguk, memfokus mata atau memegang tangan sambil mendengar dengan empatik


    l Pembuka/door opener - tidak cukup sekadar mendengar dan mengangguk sahaja tetapi ibu bapa boleh bertindak dengan lebih berkesan dengan memberi laluan seperti "Ok dan mungkin Ani nak cerita lebih lanjut lagi dan Mama mendengar ni" atau "bagusnya anak mama ni apa lagi yang…" atau "nampaknya anak mak ni ada… mungkin kena kongsi dengan mak siapa kawan lelaki tu…"


    Kita diberikan dua telinga dan satu mulut, jadi adalah lebih berkesan dengan memberikan lebih tumpuan kepada kemahiran mendengar dan lebih berhati-hati apabila bercakap, kerana lontaran perkataan itu boleh menyinggung perasaan si pendengar itu seperti pepatah Melayu "Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata akan binasa."


    Selain itu, kemahiran mendengar juga perlu dipelajari dan keikhlasan dalaman adalah sangat penting dalam menghulurkan bantuan. Ibu bapa disarankan supaya bangun malam meminta dengan Allah SWT supaya hati dilembutkan untuk perubahan kepada kebaikan dan segala usaha kita dalam mendidik anak cuma 10 peratus dan selebihnya adalah ketentuan Allah. Maka, usaha, doa dan tawakal. Semoga Allah memberikan hidayah. Insya-Allah

    Selepas perut membesar, teman lelaki terus menghilang

    Selepas perut membesar, teman lelaki terus menghilang

     



    Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com sebagai rujukan dan medium pendidikan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan bersama Dang Setia .Semoga mendapat manfaatnya

    SOALAN

    Saya selalu baca kisah hidup orang lain di ruangan ini. Saya selalu bertanya, apalah bezanya hidup saya dengan mereka dan saya rasa penderitaan saya lebih teruk berbanding mereka. Dang Setia, bantulah saya.

    Sebelum ini saya ada seorang kekasih bernama Z. Dia amat baik pada saya pada awal perkenalan kami. Satu hari dia ajak saya berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dan di sinilah bermula detik kehancuran hidup saya.

    Ketika kami makan di restoran, saya terus tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati diri saya dalam keadaan berbogel di sebuah rumah dan di sisi saya ada sepucuk surat meminta maaf daripada Z. Saya amat tertekan dan benci sangat pada Z.

    Perkara itu saya sembunyikan daripada pengetahuan keluarga kerana saya tahu ia berlaku disebabkan salah saya sendiri. Saya bodoh kerana mudah percaya pada lelaki. Dua minggu selepas itu, saya disahkan hamil selepas merujuk doktor di sebuah klinik berdekatan.

    Saya bagaikan nak gila dibuatnya. Apa yang patut saya lakukan Dang Setia. Saya malu dengan keluarga. Saya malu! Z pula langsung tidak mahu bertanggungjawab. Dia memang syaitan!

    PEREMPUAN MALANG


    JAWAPAN


    Kandungan surat saudari jelas memberi gambaran kecelaruan fikiran dan tekanan yang saudari alami. Dang Setia simpati pada saudari. Apapun, penyesalan tidak banyak mengubah keadaan.

    Hidup perlu diteruskan dan melihat hari yang mendatang lebih penting daripada terus-terusan mengimbas memori silam.

    Dang Setia amat berharap saudari tidak melakukan perbuatan bodoh dan bertentangan dengan ajaran agama berikutan masalah yang saudari alami kini. Maksudnya, jika saudari masih belum melahirkan anak, jangan menggugurkan kandungan dan jangan sekali-kali membuang bayi yang bakal dilahirkan.

    Dang Setia juga menasihatkan saudari supaya berterus terang dengan ibu bapa dan keluarga. Ini kerana, beban yang saudari tanggung ini amat berat dan tidak mampu untuk saudari memikulnya sendirian.

    Jika saudari gagal menyerap tekanan yang datang, ia memungkinkan saudari melakukan tindakan bertentangan agama.

    Lagipun, bak kata bidalan bangkai gajah tak kan boleh ditutup hanya dengan sehelai daun. Jadi, sebelum rahsia saudari dibongkar orang lain dan sampai ke pengetahuan ibu bapa saudari, lebih baiklah saudari sendiri yang membuat pengakuan dan meminta maaf.

    Takut dimarahi? Ia memang tidak boleh dielakkan. Bila kita buat salah, kita kena berani mengakuinya dan jangan sekali-kali lari daripada masalah yang kita timbulkan sendiri, sebaliknya hadapilah ia dengan penuh kematangan.

    Selain itu, didik juga minda saudari untuk melihat perkara positif di sebalik musibah yang berlaku ini. Yakinlah, pasti ada hikmah tersembunyi yang tidak saudari sedari pada masa ini dan hanya dapat dilihat pada masa depan.

    Sebagai contoh, mungkin musibah ini akan mengubah diri saudari secara total untuk insaf, bertaubat dan seterusnya menjadi insan yang lebih bertakwa, insya-Allah.

    Hidung kembang bahan ejekan

    Hidung kembang bahan ejekan

    Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot sebagai rujukan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan kaunseling remaja bersama Dr Sapora Sipon.Semoga mendapat manfaatnya.





    SOALAN

    SAYA gadis berusia 19 tahun mempunyai masalah berkaitan paras rupa. Walaupun dilahirkan sempurna dan memiliki kulit putih, hidung saya besar dan kembang. Saya berasa sangat tertekan, lebih-lebih lagi saya sering dipandang hina masyarakat dan keluarga.

    Keluarga selalu mengejek dan mengatakan hidung saya ibarat buah jambu air yang masak apabila menangis.

    Patutkah saya membuat pembedahan hidung supaya nampak lebih cantik?

    Berapa pula kos untuk pembedahan itu? Saya berharap Dr dapat membantu saya.

    Gadis Bingung,
    Kedah


    JAWAPAN


    PUJANGGA Khalil Gibran ada berkata, kecantikan tidak boleh dilihat melainkan dengan hati dan minda yang tenang, manakala Roseanne pula mengatakan kecantikan bukan terletak pada paras rupa tetapi di hati. Kata-kata dua pujangga ini mungkin dapat membantu adik melihat kecantikan daripada pelbagai sudut dan membantu mengurangkan tekanan.

    Kata-kata itu boleh menerangkan bahawa walaupun paras rupa penting, kecantikan sebenar adalah dari hati dan manusia melihat kecantikan dari pelbagai bentuk dan rupa.

    Memang peranan paras rupa penting dalam mendapat pengiktirafan orang ramai terhadap diri kita. Apatah lagi, dalam dunia di mana kecantikan sering menjadi perhatian termasuk melariskan perniagaan.

    Bagaimanapun, banyak perkara lain memberi makna dalam kehidupan seseorang. Antaranya sikap dan personaliti yang baik. Individu yang baik peribadinya sering disukai ramai.

    Pengiktirafan dan nilai yang diberikan keluarga kepada individu memang sangat besar kesannya. Contohnya, pengiktirafan negatif keluarga terhadap bentuk hidung adik yang besar dan kembang.

    Dengan tidak menghargai dan menerima apa yang adik miliki bukanlah satu perkara baik dilakukan keluarga. Ia akan mengukuhkan pemikiran negatif yang seterusnya mencorak pandangan hidup seseorang.

    Dr tidak tahu sama ada keluarga mengetahui kesan ejekan mereka kepada harga diri adik dan seterusnya membuat adik sangat tertekan. Jika adik tidak suka sikap mengejek mereka, beritahu mereka perasaan sebenar.

    Jika mereka benar-benar sayangkan adik, mereka akan berhenti mengejek dan menghormati paras rupa adik.

    Memang ada klinik yang menjalani pembedahan untuk mengubah bentuk hidung adik itu. Mengenai kos pembedahannya, Dr tidak tahu. Persoalannya, adakah ia akan menyelesaikan masalah adik? Apa pula nilai dan anggapan keluarga terhadap hidung adik yang bukan lagi asli bentuk paras rupanya nanti? Adakah mereka akan berhenti mengejek?

    Islam melarang keras pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk cantik. Bagaimanapun, jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ia harus.

    Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa’.

    Dr berharap adik menghargai paras rupa yang dianugerahkan Ilahi. Ini kerana kecantikan datang dari pelbagai bentuk dan bagi setiap kecantikan, ada mata melihat, bagi setiap kebenaran ada telinga mendengar dan bagi setiap cinta ada hati yang sudi menerima.


    Dipulau Rakan

    Pelajar popular dipulau kawan



    Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot sebagai rujukan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan kaunseling remaja bersama Dr Sapora Sipon.Semoga mendapat manfaatnya.
     


    SAYA berusia 14 tahun dan di kelas, saya adalah antara pelajar cemerlang. Saya juga rapat dengan ramai guru dan setiap kali ada masalah, saya berkongsi bersama mereka.

    Namun, sejak akhir-akhir ini, setiap kali mendapat keputusan ujian atau peperiksaan, rakan-rakan mengutuk, membenci dan memulaukan saya.Mereka juga cemburu jika saya rapat dengan mana-mana lelaki.

    Mereka marah jika saya ‘couple’ dengan lelaki, tetapi pada masa sama, mereka juga menjalinkan hubungan cinta di sekolah. Saya tidak tahu bagaimana mahu mengatasi masalah ini.

    Remaja bingung,

    Kedah




    PERASAAN cemburu terhadap kebijaksanaan seseorang terutama yang kawan kita sendiri memang sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

    Pastinya, jika kita punya kelebihan, orang di sekeliling pastinya akan cemburu.

    Cemburu rakan-rakan adik itu disebabkan ketakutan, rasa tidak selamat dan konsep kendiri mereka yang rendah. Mungkin mereka menganggap diri sendiri tidak sebagus adik dari segi kepandaian dan hubungan dengan guru.

    Rakan-rakan adik ingin mendapat layanan seperti yang adik dapat dan mereka merasa terancam, termasuk juga dengan perhubungan cinta antara adik dengan lelaki lain di sekolah.

    Dalam hal ini, adik perlu memberitahu mereka apa yang adik rasakan kerana sikap mereka itu membuatkan adik tertekan.

    Tanyalah apa yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Mungkin ada perkara lain yang adik lakukan.

    Katakan kepada mereka bahawa adik masih ingin menjadi kawan dan sikap mereka yang mengutuk, membenci dan memulaukan adik boleh merosakkan perhubungan antara kalian.

    Jika benar-benar rakan adik, mereka sepatutnya memahami apa yang adik rasai dan menghormati tindakan itu. Rakan yang baik tidak akan memulau rakan lain.

    Andai mereka tetap mengutuk, membenci dan memulaukan adik selepas segala usaha sudah dibuat, carilah rakan-rakan lain yang ingin bersahabat dengan adik.

    Dr tahu, bukan mudah untuk melupakan persahabatan yang sudah terjalin terutama pada usia adik. Dr doakan rakan-rakan tidak lagi memulau adik.


    Hampir Gila desakan Ibubapa

    ‘Saya hampir gila ibu bapa desak jadi doktor’

    Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot  sebagai rujukan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan kaunseling remaja bersama Dr Sapora Sipon.Semoga mendapat manfaatnya.
    SOALAN

    BAPA saya seorang ahli akademik yang berjaya. Saya menuntut di tingkatan empat dan memperolehi keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

    Masalahnya, saya sangat tertekan dengan ibu bapa yang terlalu mendesak saya untuk berjaya seperti mereka. Bapa sentiasa mahu saya menjadi sepertinya. Saya mahu mendapatkan apa yang diperolehinya tetapi bukan atas desakan.

    Untuk pengetahuan doktor, hidup saya tidak bebas. Malah, saya langsung tidak boleh keluar menonton wayang dan berjalan bersama rakan. Mereka hanya mahu saya sentiasa membaca buku di rumah.

    Selain desakan belajar, bapa mahu saya menjadi doktor perubatan seperti anak rakannya tetapi saya meminati bidang ketenteraan. Saya takut tidak dapat memenuhi keinginan bapa. Saya tahu niatnya baik tetapi saya sangat tertekan dengan sikapnya. Saya seperti hampir gila apabila terlalu tertekan dengan masalah ini.

    AMIR,
    Kuala Lumpur.


    JAWAPAN

    KEJAYAAN ibu bapa sememangnya boleh mendatangkan tekanan kepada anak apatah lagi kejayaan mereka itu dijadikan batu pengukur untuk diikuti anak-anak.

    Kegagalan anak mengikut segala yang dikehendaki ibu bapa sememangnya akan memberi tekanan, kemurungan serta kebimbangan kepada si anak dan inilah yang berlaku pada diri adik.

    Dari sudut psikologi, hubungan rapat antara ibu bapa dan anak menyebabkan mereka berasa bertanggungjawab serta mempunyai harapan tertentu ke atas kehidupan anak masing-masing.

    Harapan itu biasanya akan lebih tinggi kerana ia melambangkan siapa diri mereka sebenarnya. Ibu bapa juga akan memperolehi status daripada kejayaan anak mereka. Mereka juga biasanya menggunakan anak untuk mencapai cita-cita yang tidak dapat diperolehi.

    Ibu bapa sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak dan mereka akan meletakkan harapan tinggi kerana realitinya, anak adalah gambaran siapa diri mereka. Ini kerana, anak yang tidak berjaya mencerminkan kegagalan mereka.

    Memaksa anak untuk melakukan apa yang mereka tidak suka boleh menyebabkan anak mencari tempat lain yang dirasakan lebih selamat dan tempat mengadu. Ini akan mengurangkan kuasa ibu atau bapa walaupun semua itu dilakukan untuk kebaikan anak.

    Ahli psikologi percaya, kehidupan bukan saja bergantung kepada kejayaan akademik tetapi keupayaan membina kehidupan yang lebih holistik. Ini diikuti dengan pembinaan modal insan yang juga sangat penting dalam kehidupan.

    Di sini, adik perlu menyuarakan apa yang diinginkan dalam kehidupan kepada bapa dengan penuh hormat. Katakan pada mereka, segala yang mereka lakukan itu sangat adik hargai malah adik mempunyai cita-cita serta keinginan kehidupan lain selain belajar.

    Tindakan itu mungkin boleh membuka ruang kepada perbincangan serta pemahaman yang lebih antara adik dan bapa.

    Ibu bapa yang baik adalah mereka yang berupaya membantu anak mencapai kejayaan dan menjadi contoh serta idola yang dapat mempengaruhi kejayaan anak. Oleh itu, doktor doakan adik berjaya mencapai cita-cita di samping menjadi anak yang taat kepada perintah ibu bapa.

    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .