Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Institusi Beraja Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Institusi Beraja Malaysia. Show all posts

Sembah Takziah, buat keluarga dan rakyat Kedah Darul Aman

KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman,  Mangkat




Dengan penuh kesedihan dan dukacita  bahawa KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman,  telah kembali ke Rahmatullah.

Almarhum mangkat pada petang Isnin semalam di Istana Anak Bukit,  Alor Star.

انا لله وانا اليه راجعون...

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

*Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah baginda, rahmatilah baginda, maafkanlah baginda, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kerabatnya, semoga almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...*

Al Fatihah buat Almarhum,  seorang Sultan yang menjiwai rakyat jelata.

Hari Keputeraan Sultan Pahang 2016

 Hari Keputeraan Sultan Pahang 2016




 Hari Keputeraan Sultan Pahang 2016 pada Hari Isnin, 24 Oktober 2016 bersamaan 23 Muharram 1438 Hijrah.


Sembah takzim daripada blog cgkaunseling.blogspot.my




Biodata Kebawah DuliYang Maha Mulia Sultan Pahang
sultan-pahang-new-1
NAMA
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH
IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH
DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK.(Perak), DK.(Johor), DK.(Kelantan),
DK.(Terengganu), DK.(Perlis), DK.(Kedah), DKMB., DK.(Brunei), DK.(Negeri Sembilan), DK.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia)., Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait)., Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya)., LLD. Hc. (Northrop USA)., Hon. D. Sc. (Bedfordshire, UK)., Hon. PhD. (Civil Engineering) (Universiti Malaysia Pahang).

KEPUTERAAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah telah diputerakan tepat jam 12.00 tengah hari pada hari Jumaat, 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal (bersebelahan Istana Kuning, Pekan Lama) Bandar Diraja Pekan.
Baginda merupakan anakanda ketiga Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah dengan Al-Marhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Hajjah Fatimah binti Al-Marhum Sultan Iskandar Shah.

PENDIDIKAN
Baginda diasuh dan dididik dalam pandangan serta perhatian Paduka Ninda baginda iaitu DYMM Sultan Iskandar Shah Perak yang bersemayam di Kuala Kangsar, Perak.
Kebawah Duli Yang maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu di Kuala Kangsar, Perak. Setelah tamat pelajaran darjah empat baginda telah melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala kangsar dan ketika itu baginda baru berusia 10 tahun.
Namun begitu, pelajaran baginda telah terganggu semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada akhir tahun 1941. Baginda kemudiannya dibawa pulang ke Pahang.
Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, baginda telah dihantar belajar asas-asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Baginda kemudiannya menyambung semula persekolahannya di Sekolah Clifford, Kuala Lipis. Di sana, baginda tinggal di asrama bersama-sama dengan para pelajar lain dan baginda sendiri tidak mahu dilayan seperti putera raja, sebaliknya baginda banyak bergaul dengan pelajar-pelajar dari kalangan rakyat biasa. Baginda kemudiannya dihantar semula untuk menyambung pelajaran di sekolah lama baginda iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Pada 25 Mei 1944, dalam satu upacara adat istiadat diraja yang meriah, baginda telah dikurniakan gelaran Tengku Mahkota Pahang di Istana Seri Terentang, Pekan. Sebagai waris takhta, gelaran tersebut telah dimasyhurkan bagi kali kedua pada 29 Mei 1949.
Pada tahun 1948, baginda telah ke England dengan menaiki kapal laut yang bernama Audre Lebon dan pelayaran tersebut telah mengambil masa selama 25 hari. Baginda melanjutkan pelajaran di Sekolah Persendirian Sussex sebelum memasuki Worchester College, Oxford bagi mengikuti Kursus Pentadbiran Awam dalam tahun 1950.
Setelah tamat pengajian di Oxford, baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti College Exeter, Devon dari tahun 1951-1953 dan mendapat latihan praktikal dalam bahagian Kerajaan Tempatan di Urban District Council Sidmouth, Devon.
  • Sumber daripada Pejabat KDYMM Sultan Pahang

PERKAHWINAN DENGAN KDYMM TENGKU AMPUAN PAHANG 
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan binti Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad pada 24 April 1954.
Perkongsian hidup di antara baginda dengan Kebawah Duli Yang  Maha Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan telah dikurniakan dua orang putera dan lima orang puteri.

PERLANTIKAN DIRAJA

Baginda pernah dilantik beberapa kali menjadi Pemangku Raja ketika Al-Marhum Seri Paduka Ayahanda baginda berangkat ke luar negeri dalam tahun-tahun 1956, 1959 dan 1965.
Pada 7 Mei 1974, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan segala jajahan takluknya menggantikan Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah yang mangkat pada 5 Mei 1974.
Setelah genap setahun di atas singgahsana takhta Kerajaan Pahang, satu Upacara Istiadat Diraja yang penuh kebesaran telah diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 8 Mei1975. Baginda telah ditabalkan dan dimahkotakan dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan segala jajahan takluknya.
Upacara pertabalan tersebut telah dijalankan dengan penuh istiadat tradisi dan penuh berwarna-warni. Bandar Diraja Pekan dihiasi indah bagi memuliakan istiadat yang bersejarah dan penuh makna itu.

PERLANTIKAN YANG DIPERTUAN AGONG 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu menjadi Yang Dipertuan Agong ke-VII menggantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong yang ke-VI, Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang telah mangkat pada 25 April 1979.
Sebelum bersemayam selaku Yang Dipertuan Agong, baginda telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk memegang jawatan Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 21 September 1975.

KEMANGKATAN KDYMM TENGKU AMPUAN PAHANG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah merasa amat dukacita di atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan binti Al-Marhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad pada 29 Jun 1988.
Takdir Ilahi ini berlaku hanya 6 hari selepas kemangkatan bonda baginda. Seluruh rakyat negeri Pahang berkabung selama empat puluh hari di atas kemangkatan ini.

PERKAHWINAN DENGAN DYMM SULTANAH HAJJAH KALSOM
Perkahwinan baginda dengan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom pada 14 Mac 1991 telah mengubah suasana kemasyghulan yang menyelubungi baginda atas kembalinya ke rahmat Allah, permaisuri dan bonda yang dicintai. Perkongsian hidup baginda dengan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom telah dikurniakan seorang putera yang dinamakan Tengku Fahd Mu’adzam yang kini bergelar Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang.

KEPIMPINAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah mempunyai pengalaman yang luas dalam lapangan ketenteraan. Pada tahun 1953, sekembalinya ke tanah air baginda beserta 116 anggota lain telah memasuki angkatan tentera sebagai Pelatih Pegawai Kadet di Port Dickson untuk menjalani latihan selama enam bulan. Latihan yang cukup intensif ini akhirnya hanya diselesaikan oleh 13 orang pelatih sahaja dan baginda adalah seorang daripada yang berjaya itu.
Baginda pernah ditugaskan berkhidmat dalam Batalion ke-4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Tapah, Perak dengan pangkat Kapten. Baginda juga pernah ditauliahkan dengan pangkat Major semasa berkhidmat dengan Askar Wataniah sebagai Pegawai Sementara.
Semasa Indonesia melancarkan kempen konfrontasi terhadap Malaysia pada tahun 1963-1965, baginda telah berkhidmat sepenuh masa dengan Pasukan Infantri ke-12 Batalion Askar Wataniah di Kem Batu 5, Mentakab sebagai Pegawai Pemerintah.
Baginda merupakan seorang Raja Pemerintah yang unggul dari segi budi pekerti, berhemah dan berpengetahuan tinggi.
Baginda mempunyai falsafah tersendiri iaitu ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’. Baginda selalu bercemar duli mengunjungi rakyat di setiap pelusuk negeri untuk mengenal dan mengetahui segala masalah mereka.
Ketokohan dan kewibawaan baginda sentiasa dikagumi. Baginda dikagumi atas keprihatinan serta sering menghulurkan bantuan terhadap rakyat yang menghadapi kesukaran.


NAMA ISTERI
D.Y.M.M.-Almarhumah-Tengku-Hajah-Afzan-binti-Almarhum-Tengku-MuhammadD.Y.M.M. Almarhumah Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad
DMN, DK, SSAP, SIMP
(Tarikh diputerikan :04 Disember 1933, di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman)
(Merupakan Raja Permaisuri Agong yang ke – tujuh pada tahun 26 April 1979 – 25 April 1984)
(Tarikh Mangkat : 29 Jun 1988, disebabkan Kanser di Istana Pahang, Kuala Lumpur)


D.Y.M.M.-Sultanah-Hajah-Kalsom-binti-Abdullah
D.Y.M.M. Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom binti Abdullah
DK.
(Tarikh Lahir :12/09/1951)


PUTERA DAN PUTERI
Lapan (Tiga Putera dan Lima Puteri)
YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang
Tengku Tan Sri Hajjah Meriam binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SIMP., PSM., JP.
YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang
Hajjah Tengku Dato’ Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SIMP.
YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang
Tengku Hajjah Dato’ Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SIMP.
KDYTM Tengku Mahkota Pahang
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SSAP., SIMP., DK (Terengganu)., DK (Johor)., SPMJ., PAT.
YAM Tengku Muda Pahang
Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SSAP.
YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang
Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SIMP.
YAM Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang
Tengku Dato’ Hajah Shahariah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SIMP.
YAM Tengku Arif Temenggong Pahang
Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK.
ALAMAT PEJABAT
Pengelola Bijaya Diraja
Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur
TEL: 09-422 1601
FAX: 09-422 3202
Sumber daripada Pejabat KDYMM Sultan Pahang

Johor Cuti hari Jumaat Menjelang 1 Januari 2014

Johor Cuti hari Jumaat Menjelang 1 Januari 2014 Johor ubah cuti hujung minggu

 Sultan Ibrahim Iskandar mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada Khaled yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan supaya cuti mingguan Negeri Johor yang kini Sabtu Ahad ditukar kepada Jumaat Sabtu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Baginda bertitah, Jumaat adalah penghulu kepada semua hari dan umat Islam  perlu mengambil peluang keberkatan hari Jumaat untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut. 


 Pada masa kini, kita dapat perhatikan golongan lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu berehat dan tidur. 

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menziarahi keluarga Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menziarahi keluarga Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek


SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah menziarahi keluarga Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek, 49. Gambar di atas kelihatan balu allahyraham Rosmawani Abdul Wahab, 41, kelihatan sugul ketika mengaminkan doa ketika baginda berkenan menziarahi keluarga mangsa di Taman Indera Mahkota Dua di Kuantan
- Sumber Foto BERNAMA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Takziah untuk keluarga Allahyarham 
Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek, 49. Saya sebagai rakyat marhaein dan juga tidak mengenali Allahyarham dan keluarganya apabila membaca berita ini 2 hari lalu rasa gembira di atas keprihatinan Sultan Pahang,  Sultan Ahmad Shah, yang turut diiringi oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob,
meluangkan kira-kira setengah jam bertanya khabar dengan balu dan anak-anak Allahyarham. Al Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik.

Tiga anak Raffli terima biasiswa Yayasan Pahang

 KUANTAN: Kerajaan Pahang akan memberi biasiswa kepada tiga anak Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Agama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), yang maut ditembak 10 November lalu. 

Sejarah PERHATI Program Anak Yatim Permata Hati Di Pahang

Sejarah PERHATI Program Anak Yatim Permata Hati 
Di Pahang



Firman Allah SWT:

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
 
 Surah Al Baqarah, Ayat 83 


                      Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah    
                                                         al-Mustain Billah, Tengku Mahkota Pahang

  PROGRAM PENDIDIKAN DAN KEMASYARAKATAN
Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI)


Idea Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah, Tengku Mahkota Pahang. Majlis Penyampaian Hadiah dan Bantuan Tautan
Kasih anjuran Yayasan Pahang pada bulan Ramadhan 1429H
 
Program Anak Yatim Permata Hati merupakan program kebajikan dan kemasyarakatan Yayasan Pahang





Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Kebesaran oleh DYMM Sultan Kedah

 Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh DYMM Sultan Kedah


 Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Kebesaran oleh DYMM Sultan Kedah


SEREMBAN 5 Feb. 2013 - Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, baru-baru ini.


Tengku Mahkota Pahang Berkenan Saksikan Persembahan Flash Mob Palestin Pelajar KTD

Tengku Mahkota Pahang Berkenan Saksikan Persembahan 
Flash Mob Palestin Pelajar KTD



KUANTAN, 29 Januari 2013 - Majlis Pelancaran dan Penyerahan Dana Tabung Palestin-Gaza oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah telah disempurnakan dengan jayanya di Dewan Perdana Ballroom, MS Garden di sini.

 Majlis yang julung kalinya diadakan ini merupakan cetusan idea Tengku Mahkota Pahang bertujuan mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.


Hampir 70 pihak yang terdiri daripada agensi kerajaan, pihak swasta serta individu telah tampil menghulurkan sumbangan yang mencecah sehingga RM1 juta pada program tersebut manakala sumbangan orang ramai melalui tabung-tabung masjid pula sebanyak RM117,118.


Tunku Annuar dimasyur sebagai Pro Canselor I Kuin


Tunku Annuar dimasyur sebagai Pro Canselor I Kuin


BALING - Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dimasyhur sebagai Pro Canselor I Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pada istiadat Konvokesyen Khas KUIN dekat sini hari ini.


Bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Afiffudin Omar pula dilantik sebagai Pro Canselor II pada istiadat sama yang turut menyaksikan perasmian Kampus Induk Kuin di Kuala Ketil dekat sini oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.



Tengku Puan Pahang di persada dunia

Tengku Puan Pahang di persada dunia


Artikel ini dipetik daripada Ruangan Kolumnis Cetusan,oleh Yang Berbahagia Tan Sri Abdullah Ahmad, di muka surat 48, Akhbar Sinar Harian, Ahad, 24 Jun 2012. Saya muat naik di blog ini sebagai kemudahan untuk saya membuat rujukan. Sekian, terima kasih.


Tengku Puan Pahang di persada dunia




Dari pertengahan Mei hingga pertengahan Jun, kolumnis bercuti sebbatical tahunan di London dan Belanda berkebetulan dalam period yang sama dengan perayaan 60 tahun atau Jubli Intan Ratu Elizabeth II naik takhta United Kingdom (UK), Larian Obor Olimpik, permulaan 
pertandingan juara bola sepak Euro 2012 dan berlangsungnya temasya Chelsea Flower Show yang termasyhur itu.


Kolumnis gembira walaupun matahari terbit dan bercahaya cuaca dingin - amat menyegarkan dan selesa.


Daulat Tuanku



Daulat Tuanku

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah al-Must'ain Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ria'yatuddin al-Muadzam Shah,

Sultan dan Raja Pemerintah Bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta Segala Jajahan Takluknya

sempena 

Hari  Keputeraan Baginda pada 24 Oktober 2010 bersamaan 16 Zulkaedah 1431 hijrah.


“Semoga Allah Ta'ala melanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan limpah lindungan keimanan, kesihatan dan kesentosaan. Semoga Allah Memberkati Pemerintah Berjiwa Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”


Dirgahayu Tuanku.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .