Doa dan Tip Motivasi Pecutan Akhir SPM
Buat semua calon SPM 2013.
Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN
1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.
2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.
3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
5.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
MEMULAKAN PEPERIKSAAN
1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.
2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
3.Lihat semua soalan.
4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
Artikel sebelum ini, Menjelang Peperiksaan, sila klik di sini.
SEDIKIT PERKONGSIAN DOA JIKA TERLUPA
Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan.
Doa apabila terlupa
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -
| Doa ketika terlupa jawapan |
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ
اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
|
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya.
Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku |
|
Kepada semua calon yang berjuang di dalam
kelas dan dewan peperiksaan… Semoga Allah SWT memberikan ketenangan,
dipermudahkan segala urusan dan proses mengingat, dapat menjawab dengan
baik dan menepati kehendak soalan seterusnya diberikan kejayaan
cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah…
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar) | | | |
By Puan Ummi Sunday, August 18, 2013
Bidang Perkhidmatan UBK, bimbingan dan kaunseling, kaedah belajar, kemahiran belajar, Motivasi, peperiksaan, Petua, Tip Menjelang Peperiksaan, tips, Tugas Hakiki
TIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013 Negeri Pahang, anda telah pun selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2013 pada Ramadhan lalu.
Kepada
calon PMR, saya ucapkan semoga anda telah dapat mengukur kekuatan diri
dan kelemahan diri anda semasa Percubaan PMR tempoh hari. Selepas ini
guru-guru akan berbincang
mengenai hasil pencapaian anda. Keputusan peperiksaan percubaan PMR adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda.
Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan
anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti.
Jadikanlah semua program yang dijalankan oleh pihak
sekolah sebagai peluang dalam memantapkan persiapan sebelum PMR.
Sekiranya persiapan anda masih belum mantap untuk menduduki PMR, anda
sebenarnya masih belum terlewat, kerana setiap saat adalah di dalamnya
kesempatan. Selagi PMR belum bermula, selagi itulah masa dan ruang masih
ada.
Bagi calon SPM peperiksaan percubaan
SPM InshaAllah akan dijalankan pada akhir Ogos 2013 ini. Di sini saya kongsikan Tip Belajar Untuk Peperiksaan.
BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
KAKI TERSELIUH APA NAK BUAT?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara pelajar yang datang berjumpa saya di Bilik Kaunseling di mana-mana saya bertugas ialah berkaitan kesihatan mereka. Antara kecederaan sukan yang dialami mereka ialah terseliuh kaki. Sebagai rawatan awal, saya sudahs ediakan first aid di bilik saya.
Oleh itu, sedikit sebanyak saya perlu mengambil tahu berkaitan tip kesihatan dan rawatan kecemasan. Di sini saya kongsikan artikel berkaitan Terseliuh kaki.
Terseliuh kaki ketika berfutsal
BAGI penggemar permainan futsal khususnya anak-anak muda, mereka perlu berwaspada terhadap risiko kaki terseliuh.
Kecederaan ligamen buku lali adalah perkara biasa semasa bersukan
seperti bermain bola sepak. Hampir 25,000 orang di seluruh dunia
direkodkan mengalami masalah tersebut setiap hari.
By Cikgu Ma Thursday, May 16, 2013
Halatuju, IPTA, kerjaya, kisah kejayaan, kisah motivasi, Motivasi, Pelajar cemerlang, Petua, tips, UiTM
Rahsia Pelajar Cemerlang UiTM 2013 Belajar Berkumpulan
Belajar berkumpulan rahsia tiga pelajar UiTM cemerlang
ABDUL RAZAK (kiri), Muhammad Asyraf (dua dari kiri) dan Ahmad Zahir (kanan) berkongsi kegembiraan bersama rakan mereka.
SHAH ALAM – Tiga sahabat karib berkongsi kegembiraan apabila mereka
dipilih sebagai penerima Anugerah Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen
Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-78 di kampus universiti itu di sini
semalam.
Cara Nak Buang Timeline dalam Facebook
SAYA hendak bertanya, bagaimana untuk membuang bentuk pandangan secara Timeline di laman sosial Facebook? Kewujudan Timeline ini agak menganggu saya ketika bersosial di Facebook.
- Shahira Ramli, KL.
Buang Timeline dalam Facebook
Apabila pihak Facebook membuat pengumuman berkenaan reka bentuk baru profil pengguna iaitu Facebook Timeline, keputusan tersebut tidak mengambil masa yang lama bagi pengguna melihat, mencuba dan menguji kesesuaian penggunaannya.
Sehingga sekarang, jutaan pengguna Facebook mempunyai reka bentuk profile Timeline ini. Tidak semua pengguna Facebook berminat dengan reka bentuk profil ini tetapi terpaksa menggunakannya dan reka bentuk profil ini menjadi sesuatu yang mesti.
KERJAYA PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dahulu sewaktu bergelar mahasiswa, saya sering mendengar senior-senior saya yang berada di sebuah kampus bertaraf international di Lembah Klang, bercerita akan kerjaya PTD. Ramai senior-senior berkenaan lulus temuduga PTD peringkat pertama (penulisan) seterusnya lulus pula di INTAN.
Kemudian apabila saya melanjutkan pengajian di sebuah IPTA tempatan dalam bidang pendidikan, saya tidak dengar lagi kisah rakan atau senior yang mahu menjadi PTD melainkan Kaunselor di HEP yang sangat menggalakkan saya memohon PTD setelah tamat pengajian.
Cuma dek kerana kecintaan saya terhadap pendidikan, saya memilih tidak memohon PTD seperti mana rakan-rakan senior saya di sebuah IPTA. Kini setelah menjadi Kaunselor Pelajar, kerjaya PTD ini adalah antara kerjaya yang saya dedahkan kepada pelajar-pelajar saya.
Sebelum cerita panjang, tahukan anda apakah itu PTD? Pejabat Tanah
Daerah? Pusat Tanam Duku? Pak Tam Duda?? Sudah pastinya jawapan itu
semua melencong dari matlamat tajuknya. Okaylah mungkin ramai tahu dan
tak kurang yang ‘blur’..
PTD merupakan singkatan bagi Pegawai Tadbir Diplomatik.
Ia merupakan antara jawatan yang mampu memberikan peluang yang besar
kepada penjawat awam untuk menaiki tangga ke kedudukan tinggi dalam
organisasi kerajaan..
Mungkin juga ramai dari anda yang masih kurang arif tentang kerja
sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. . Mungkin ada yang ingatkan bahawa
kerja PTD ni adalah berkenaan dengan urusan luar negara seperti duta dan
sebagainya.
Sebenarnya jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik
merupakan jawatan yang berfungsi sebagai ketua atau perancang dalam
sesuatu jabatan.
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Jenis-jenis lelaki yang perlu diketahui oleh wanita
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Artikel yang ada pada entry ini Mungkin kenyataan ini benar, mungkin tidak.
Setiap individu itu punyai karekter berbeza. Selain itu, definisi bahagia atau tidak, bergantung kepada setiap pasangan suami isteri itu (dalam konteks hubungan percintaan suami isteri).
Lihat artikel Dr Sapora Sipon dalam memberikan definisi bahagia dalam Perkahwinan, Apa Maksud Perkahwinan Bahagia, klik sini
Dicintai dan Menyintai adalah fitrah manusia. Dan cinta teragung ialah cinta kepada Allah dan RasulNya.
Jom lihat.....
1) Lelaki Bersemangat
Personaliti lelaki bersemangat ini dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Mereka mempunyai semangat tinggi dalam hidup yang akan menyebabkan mereka kelihatan seperti kepenatan.
Mereka juga antara golongan yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu mewah. Mereka agak sederhana.
Biarpun mereka ini sering keletihan tetapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup. Mereka sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Biasanya, dengan lelaki jenis ini, wanita boleh mengharapkan lelaki seperti ini sebagai dahan tempat berpaut.
2) Lelaki anti perempuan
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga
sendiri.
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!
3) Lelaki takut komitmen
Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.
Selain itu, Lelaki yang selalu sangat hantar sms tak kira masa. Jangan terpedaya dengan laki sebegini. Pada mulanya anda akan rasa dialah tempat anda mengadu segala masalah. Dia selalu ada.
Tapi hakikatnya, dia akan mengeluarkan kata-kata manis bila dia benar-benar memerlukan anda dan anda pula sekadar tempat menghiburkan hati dia. Tapi, bila anda benar-benar perlukan dia, langsung dia tidak balas sms anda tu.
4) Lelaki tradisi
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.
5)Lelaki korporat
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.
6)Lelaki playboy
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali.
Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.
Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan!
Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!
Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tapi mesra.
Awas, dia Cuma ajak anda keluar sbb dia takda kawan , tapi anda pula yg terperasan lebih. Jangan buang masa, OK?
Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tapi tetap mahukan anda. walaupun mungkin anda telah menutup aurat, tapi anda tetap diburunya. Aduhai, ini lah spesis yang sangat bahaya yang perlu anda jauhi!
7) Lelaki Yang Tak Boleh Diharap
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.
Ciri-ciri lelaki jenis yang tidak boleh diharap ini, antara lain seperti Lelaki yang sangat naif, mementingkan diri semata-mata. Kita sudah berterus-terang tentangg sesuatu perkara atau masalah, tapi sebaliknya dia tidak peduli pun. Yang menambah sakit hati di hati kita apabila lelaki ini berkata yang kita ini suka memiikirkan perkara yang bukan-bukan. Dengan kata lain, perkara yang kita fikirkan itu remeh-temah sahaja.
Pernah kah anda menemui lelaki yang tidak tahu kehendak diri?
Lelaki sebegini selalunya hendak membuat keputusan pun susah. Contoh, lelaki ini tidak tahu cara hendak memaklumkan kepada ibunya bahawa dia sedang berkomitmen dengan seorang gadis. Alasannya, mak dia ni 'lain dari yang lain'.
Ops atau itu cuma alasan untuk dia, atau itukah 'clue' bahawa dia tidak menjalinkan hubungan dengan anda secara serius lalu mencari alasan mudah?
Lelaki yang suka mengganggu anda walaupun diberitahu anda sibuk, dia nak mengganggu juga. Biasakan jumpa lelaki jenis ini? Kalau tahap gangguan begitu bahaya, cepat-cepatlah anda tamatkan zaman dara.
Lelaki yang sering mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tak akan mendekati lelaki yang dikutuknya itu. Padahal, dia ni seorang yg cemburu dan sentiasa mengawasi anda
Jika anda menemui lelaki jenis tidak boleh diharap ini, ia memang tidak sesuai untuk dijadikan suami kerana perangainya memang tidak bertanggungjawab. Contohnya, asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor. Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.
8) Lelaki yang tiada ciri-ciri kepimpinan.
Sila hantar dia pegi Kursus Kepimpinan jika perlu, atau menghadiri program motivasi diri oleh motivator atau kaunselor bertauliah. sebenarnya, kepimpinan ini bermula dari rumah. Budaya yang dibentuk dalam sesebuah keluarga akan membentuk peribadi seorang lelaki atau wanita itu.
Sesetengah orang menyatakan, kepimpinan itu adalah tradisi seseorang itu. Tetapi, sebenarnya, kepimpinan itu boleh dipupuk walaupun seseorang itu sudah dewasa. Kerana, kepimpinan juga adalah sebahagian ilmu dalam kehidupan kita, kan. Inshaallah ia boleh dipelajari dan diperbaiki. Yang penting kemahuan dan azam untuk berubah,kan?
Baiklah setakat ini dulu cataan ini. Harap teman-teman bloggers tidak berkecil hati dengan artikel yang saya siarkan ini.
Sekian, terima kasih
By Puan Ummi Thursday, February 24, 2011
akademik, Bidang Perkhidmatan UBK, catatanku, Dedikasi, Halatuju, Halatuju Selepas STPM, kaunseling kerjaya, kerjaya, parenting, selepas STPM, tips
Halatuju Selepas STPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar kawan-kawan myraudhatulukhuwah?
Kali ini, myraudhatulukhuwah ingin mencatatkan sesuatu yang benbentuk akademik sedikit bagi membantu pelayar blog ini terutama insan-insan yang signifikan dalam hidup myraudhatulukhuwah sekarang ini.
Semoga perkongsian ini, kita mendapat menafaatnya. Jika ada kawan-kawan dan pelayar-pelayar ingin memberi cadangan, silakanlah ya. Jangan malu-malu.
Halatuju Selepas STPM
DEBARAN menunggu keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sudah terlerai, tetapi bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengupan penantian belum reda.
Sesekali telefon myraudhatulukhuwah berdering, menandakan beberapa panggilan daripada bekas pelajar calon SPM 2010 yang ingin tahu tentang bilakah keputusan SPM 2010 mereka akan keluar.
PILIH DENGAN TEPAT..
.pelajar perlu memilih bidang yang diminati dan kesesuaian dengan keputusan diperoleh.
SETELAH menerima keputusan STPM, lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kini mula memuktamadkan pemilihan kursus dan institusi pengajian tinggi (IPT) sesuai, yang bakal menentukan hala tuju kerjaya mereka apabila tamat pengajian kelak.
Keputusan di peringkat SPM dan STPM penting kerana ia bakal menentu hala tuju pelajar, sama ada mencongak ke menara gading, memohon pekerjaan atau mengambil jurusan kemahiran atau teknikal. Bagi yang bersedia, mereka sudah tahu apa yang patut dilakukan selepas mendapat keputusan peperiksaan kelak.
Namun, ramai masih keliru serta tidak tahu hala tuju selepas SPM atau STPM apatah lagi jika gagal melanjutkan pengajian di menara gading walaupun mendapat keputusan cemerlang.
Justeru, bagi pelajar SPM atau STPM, ke mana hala tuju mereka selepas mendapat keputusan peperiksaan?
Mengapa menunggu terlalu lama untuk menentukan masa depan sedangkan mereka sepatutnya sudah bersedia atau berbincang dengan guru kerjaya selepas peperiksaan.
Entry myraudhatulukhuwah sebelum ini, HALATUJU SELEPAS PMR, Klik sini.
PROGRAM KERJAYA DI SEKOLAH
Kepada adik-adik pelajar di sekolah menengah, biasanya adik-adik pelajar telah didedahkan kaedah memilih bidang atau kerjaya yang sesuai dengan minat dan akademik.
Seawal Minggu Orientasi Tingkatan 1, biasanya Guru Bimbingan dan Kaunseling anda telah memberi taklimat tentang Dunia Kerjaya. Seterusnya mengadakan Iventori Minat Kerjaya. Oleh itu, myraudhatulukhuwah syorkan kepada dik-adik pelajar, usahlah malu bertemu guru anda.
Sebenarnya, selepas peperiksaan PMR diumumkan, dan kemudian pelajar akan ditempatkan di kelas Tingkatan 4 di sekolah masing-masing. Biasanya, berdasarkan keputusan PMR itu, pelajar akan mengikuti aliran yang bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar dan pencapaian akademik yang dicapai dalam PMR.
Oleh itu, dalam menentukan hala tuju selepas alam persekolah, myraudhatulukhuwah syorkan kepada para pelajar , elok benar datang berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling pelajar di sekolah.
Selain untuk mendapatkan pendedahan kerjaya yang bersesuaian dengan aliran yang pelajar ambil semeasa di Tingkatan 4 dan 5, pelajar biasanya akan lebih yakin diri dan mempunyai hala tuju yang jelas selepas bersemuka dengan Guru Bimbingan dan kaunseling pelajar.
Oleh itu, siapa kata peperiksaan PMR itu tidak penting, kan? Myraudhatulukhuwah berharap adik-adik pelajar yang berada di Tingkatan 4 sekarang sudah bersedia menghadapi peperiksaan SPM setahun lebih akan datang, inshaAllah, dengan penuh persediaan rapi.
Tips Pemilihan kursus di universiti
Tentang pemilihan bidang atau kursus yang bakal diambil oleh pelajar di universiti, pada pandangan myraudhatulukhuwah, pelajar lebih elok memilih kursus mengikut minat, tetapi ia turut mengambil kira keputusan peperiksaan.
Minat dan kelayakan akademik memang perkara utama dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, suatu hal yang penting, jangan dilupa mengambil kira pasaran kerjaya.
Senario hari ini juga menyaksikan, Jika memilih bidang yang mudah mendapat pekerjaan, ia memang baik. Tetapi jika memilih bidang yang sukar mendapat pekerjaan, kadangkala ia menyebabkan berlakunya kesukaran memperolehi jawatang yang bersesuaian dengan kelulusan sebagai siswazah.
Semua bidang kerjaya mempunyai saingan kerana setiap tahun ramai pelajar menamatkan pengajian, samada lulusan IPTA, atau IPTS, bahkan jua Lulusan dalam dan luar negara kita.
ISI SEGERA BORANG UPU DALAM TALIAN
Bagi pelajar lepasan STPM atau SPM beberapa minggu lagi, perkara yang sering menjadi persoalan mereka ialah tentang penempatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi pengisian borang Unit Pengambilan Universiti (UPU).
Selesai saja menduduki peperiksaan, calon peperiksaan SPM atau STPM dan yang setaraf dengannya, dinasihatkan perlu mengisi borang UPU secara talian ke IPTA dengan segera.
Selepas mendapat keputusan, mereka hanya perlu mengemas kini borang yang diisi dan kelayakan mereka memasuki IPTA akan dinilai secara terus.
Tetapi pelajar juga harus ingat, kelambatan pelajar mengisi borang UPU menyebabkan peluang mereka ke IPTA tipis walaupun mendapat keputusan cemerlang. Oleh itu, elakkan kesilapan tidak mengemas kini secepat mungkin ini.
Baiklah, tentang borang UPU ini, sering juga kita keliru untuk melakukannya dengan baik. Myraudhtaulukhuwah juga sering mendapat maklumbalas begini ketika membantu pelajar-pelajar myraudhatulukhuwah.
Dalam hal ini, ketika mengisi borang permohonan UPU ini, calon dinasihatkan bersifat bertenang, tidak tergopoh gapah, membaca satu persatu yang terkandung di dalam borang UPU online berkenaan dengan sabar dan meminta pandangan orang yang lebih berpengalaman.
Contohnya, ibu bapa, atau kakak atau abang atau pergi berjumpa guru-guru di sekolah pelajar, khususnya Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Ketika mengisi borang UPU dan memilih IPTA, pada pandangan myraudhatulukhwuh, adalah lebih baik jika pelajar memilih yang terbaik untuk diri sendiri dengan bimbingan insan-insan yang menyayangi anda.
Contohnya, ada sesetangah calon tidak berminat menjadi guru, tetapi disebabkan desakan ibubapa, calon memohon juga kursus pendidikan. Akhirnya, calon berjaya dipilih menjadi mahasiswa pendidikan.
Dalam hal ini, minat dan cinta boleh dipupuk. Maka, sepanjang kursus atau pengajian itu, elok benar jika pelajar memupuk rasa cinta pada kursus yang diambil seterusnya profesion yang bakal diceburi kelak, sbeaik tamat pengajian anda.
Ada juga sesetengah pemohon U, yang memilih sesuatu kursus atau universiti, sedangkan calon itu tahu kurus yang dipohon tidak sesuai dengan keputusan peperiksaan yang dimilikinya, disebabkan tidak mahu berpisah dnegan kawan baik atau klik-klik pelajar dan juga kekasih hati.
Apa yang penting, pelajar perlu melihat kesesuaian minat dengan keputusan akademik. Jika berminat dan akademik pula baik, ia tiada masalah. Tetapi jika minat tidak sesuai dengan akademik, guru kaunseling akan memberi panduan.
APLIKASI I-MAS-C-U
Aplikasi ini membantu calon membuat pilihan kursus yang bertepatan dengan keputusan STPM calon. Aplikasi ini adalah percuma sahaja.
Sila layari entry sebelum ini,
Tarikh keputusan STPM 2010, klik sini.
atau terus ke Artikel di educational blog ini, di sini ada diterangkan cara menggunakan kaedah apliaksi ini. Aplikasi i-MAS-C-U, Sistem Aplikasi Kelayakan Akademik, klik sini.
Sila rujuk entry myraudhatulukhuwah sebelum ini,
Permohonan ke IPTA, TEVT & ILKA2011, klik sini.
Permohonan ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf 2011/2012, klik sini.
BUKU 50 KERJAYA PILIHAN
Pengarang 50 Kerjaya Pilihan, Mohd Mohamed telah mengarang dan mengolah bukunya secara mudah bertujuan memudahkan para pelajar memilih kerjaya.
Sebahagian daripada bidang-bidang kerjaya yang terdapat di dalam buku tulisannya itu pernah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Buku ini amat sesuai untuk para pelajar sekolah menengah, khususnya bakal calon dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Buku berkenaan juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dan kaunselor sebagai bahan untuk memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pelajar mereka berkaitan peluang-peluang melanjutkan pelajaran.
Antara bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh pengarang buku berkenan ialah aktuari, arkitek, bioteknologi, bioperubatan, verterinar, dietetik, juruterbang, dan sains nuklear.
PERANAN IBUBAPA
Myraudhatulukhuwah juga berpendapat, dalam membantu pelajar mengisi borang UPU, ibu bapa juga berperanan penting bagi membantu pelajar lepasan SPM atau STPM membuat keputusan yang tepat.
Ini memandangkan, ibubapa lebih berpengalaman dan memahami anak mereka jika dibandingkan dengan orang luar.
Dalam membuat pilihan jurusan yang sesuai untuk diambil oleh anak-anak, adalah lebih manis, tiada paksaan daripada ibubapa. Ibubapa boleh memberi pandangan bernas, perkongsian pendapat dan pengalaman dan nasihat serta bimbingan kepada anak-anak seumpama seorang kawan kepada kawannya yang lain.
Ibubapa ada impian sendiri. Anak-anak juga ada impian mereka. Moga kita dapat membimbing anak-anak kita ke jalan yang diredhai Allah SWT.
readmore...
Petikan dari Berita Harian Online, April 2009;
Sebahagian petikan berita itu...
Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Radin Umar, berkata analisis data permohonan ke IPTA sebelum ini menunjukkan terdapat kecenderungan pelajar memilih program pengajian melebihi tahap kemampuan dan mensasarkan universiti perdana saja sebagai IPT pilihan.
Beliau berkata, strategi terbaik dalam pemilihan kursus di IPT adalah bersesuaian dengan minat, kebolehan serta tahap kemampuan pelajar yang dicerminkan menerusi keputusan peperiksaan.
Status universiti yang dipohon juga, katanya, adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan permohonan pelajar kerana syarat kelayakan minimum bagi bidang yang sama adalah berbeza di kalangan IPT.
“Percaturan strategi permohonan tanpa mengambil kira kedua-dua faktor penting ini boleh mengakibatkan pelajar yang cemerlang sekalipun gagal dalam permohonan mereka mengikuti pengajian bidang diminati.
“Sebagai contoh kebarangkalian bagi lepasan matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.8 dan menetapkan permohonan mengikuti pengajian perubatan di universiti baru sebagai pilihan pertama adalah lebih tinggi berbanding pemohon dengan PNGK 3.999 yang memohon kursus sama di universiti perdana.
“Ini kerana syarat kelayakan bagi program kompetitif seperti perubatan lazimnya lebih rendah di universiti baru dan sederhana berbanding universiti perdana yang turut menerima jumlah permohonan yang amat tinggi serta kebanyakannya berkelulusan PNGK 4.0,” katanya.
Radin berkata, kecenderungan membataskan pilihan bidang pengajian juga antara faktor yang membuatkan pelajar gagal dalam permohonan kerana enggan mengikuti bidang berkaitan sedangkan hakikatnya jurusan alternatif masih dalam skop minat pelajar sementara syarat kelayakannya pula lebih bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka.
Katanya, hal ini terbukti apabila masih ada pelajar yang menandakan tidak bagi pilihan memproses permohonan mereka kepada bidang pengajian berkaitan jika gagal mendapat kursus yang diminta.
“Sebagai contoh, jika pelajar gagal dalam permohonan asal mengikuti kejuruteraan kimia kerana tidak mencapai tahap kelayakan ditetapkan, permohonan boleh diproses untuk jurusan berkaitan yang masih dalam skop minatnya tetapi memberi penekanan berbeza seperti kejuruteraan industri.
“Malah, dengan mengikuti program berkaitan di politeknik terlebih dulu sebelum layak mengikuti pengkhususan program di universiti adalah satu lagi alternatif bagi mereka yang berkelayakan rendah tetapi mahu meneruskan minat dalam bidang kejuruteraan. Tetapi tempoh pengajian mereka lebih lama,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi supaya meneliti semua pilihan program pengajian yang ada serta IPT yang menawarkannya supaya pilihan dibuat berasaskan pengetahuan dan bukan sekadar ikutan.
Guru kaunseling sekolah, pakar industri dalam bidang berkaitan, ahli akademik serta program hebahan termasuk Karnival Jom Masuk U kementerian serta pameran pendidikan, katanya, antara sumber serta saluran terbaik bagi pelajar mendapatkan bimbingan pemilihan program yang sesuai.
“Pemilihan program pengajian di IPT ini antara keputusan penting dalam kehidupan dan perlu disesuaikan dengan kemampuan, minat dan perawakan pelajar kerana ia juga penentu masa depan kerjaya mereka.
“Justeru biarlah asas pilihan itu adalah pengetahuan dan bukan berasaskan faktor yang tidak sewajarnya seperti mengikut pilihan kawan sedangkan calon tidak tahu langsung apa tuntutan kelayakan serta kriteria bagi membina kerjaya bersesuaian dengan program dipilih,” katanya.
Untuk info lanjut, sila klik;

Minyak naik? Jom Berjimat
Benar, ada cadangan supaya kita beralih semula kepada penggunaan kenderaan awam. Namun tidak semua destinasi boleh kita gunakan kenderaan awam.
Begitu juga pada golongan OKU. Tidak semua pengangkutan awam mesra OKU dan bersedia mengambil penumpang OKU.
Tidak dinafikan, kenaikan seperti ini tidak dapat dielakkan. Namun sebagai pengguna, kita boleh jadi lebih bestari dan menjadi pengguna bijak serta pengguna bestari dengan mengetahui amalan penjimatan petrol ketika berkereta.
Dengan Garis Panduan yang diberikan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ini, anda dapat menjimatkan antara 30 hingga 50 peratus penggunaan minyak.
Jom kita ikuti tips jimat minyak ini;
1. Sikap Pemandu
- Selalu fikirkan mengenai penjimatan minyak semasa memandu.
- Elakkan memandu jika anda dalam keadaan marah dan kecewa.
- Gunakan pengangkutan awam jika ada kesempatan.
2. Panaskan enjin 30 saat
- Matikan semua peralatan yang menggunakan tenaga sebelum menghidupkan enjin untuk meminimumkan penggunaan bateri semasa permulaan berikutnya.
- Biarkan enjin berbunyi semasa menghidupkannya tidak lebih daripada 30 saat. Enjin kereta lebih cepat panas apabila ia bergerak.
- Jika enjin dibiarkan lebih 30 saat, bukan sahaja membazir minyak tetapi juga boleh merosakkan enjin kereta kerana minyak tidak dapat melakukan fungsi pelinciran dengan baik melainkan apabila ia bergerak.
- Tekan pemecut sekali sahaja kerana jika ditekan berkali-kali akan mengepam lebih banyak minyak.
- Jangan meligatkan enjin sebelum menghentikannya. Ini akan melonggokkan minyak menah ke dinding silinder, membuang lapisan minyak pelincir dan meningkatkan kerosakan enjin ketika menghidupkan enjin selepas itu. Ini juga akan membazirkan minyak.
3. Elakkan permulaan ciutan
- Pecutan tersentak-sentak atau permulaan ciutan boleh meningkatkan penggunaan minyak dengan mengurangkan hampir 1 kilometer untuk seliter dalam pemanduan di bandar.
- Kurangkan kelajuan di jalan berbatu atau licin.
4. Pandu pada kelajuan sederhana
- Biasakan diri menekan minyak dengan lembut kerana dapat menjimatkan minyak.
- Patuhi tahap kelajuan kerana itu akan menjimatkan minyak dan wang anda.
- pandu bawah had kelajuan yang dibenarkan di lebuh raya akan menjimatkan minyak.
5. Elakkan gear rendah, cepatkan kelajuan.
- Kekalkan kelajuan kereta melebihi 35 kilometer sejam jika boleh.
- Lompat gear, pergi dari gear satu ke 3 atau 4. Jika anda di jalan rata atau turun bukit.
- Masuk semua gear dengan cepat dan cermat semasa naik bukit.
- Dengan transmisi automatik, gerakkan kereta, kemudian kurangkan tekanan pada pedal minyak sambil mendaki bukit dengan cepat.
- Jika mempunyai trasmisi pacu dengan lima kelajuan, jangan fikir gear lima hanya digunakan di lebuh raya. Jika enjin bergerak lancar dalam 5 gear pada kelajuan rendah, gunakan gear tersebut, kerana ia akan menjimatkan minyak anda.
6. Teknik pemanduan semasa naik bukit.
Memandu di kawasan berbukit, menggunakan lebih banak berbanding di jalan raya. panduan ini dapat menjimatkan minyak;
- Bina kelajuan sebelum mendekati bukit untuk mengelak pembaziran minyak dengan kelajuan semasa atas bukit nanti.
- Keseimbangan yang dibina akan membawa kenderaan anda ke kemuncak dan graviti akan membantu anda menuruni bukit.
7. Tayar bertekanan tinggi.
Pastikan tayar mempunyai tekanan seperti yang disarankan:
- Tayar yang kurang angin boleh meningkatkan penggunaan minyak. Ia juga akan meningkatkan kehausan di bahagian tepi luar tayar, selain merosakkan brek dan kuasa tarikan semula jadi.
- tayar yang terlebih angin pula akan menyebabkan bahagian tengah cepat haus dan menjadikan pemanduan tidak lancar. elakkan juga terkena benda tajam seperti bebendul jalan, batu atau lubang.
8. Elakkan perjalanan dekat antara 1 sehingga 8km
- Perjalanan dekat menyebabkan penggunaan banyak minyak kerana enjin yang sejuk, tayar yang sejuk dan pelinciran enjin yang tidak sempurna.
- Ia memerlukan sekurang-kurangnya 25 kilometer untuk melicinkan pergerakan minyak sesebuah kenderaan.
- Rancang perjalanan, senaraikan destinasi, kemudian jadikan dalam satu perjalanan.
9. Pilih laluan untuk jimatkan minyak
- Jalan raya di bandar yang kerap sesak sehingga menyebabkan kita terpaksa memberhentikan kenderaan berkali-kali sebenarnya menyebabkan poembaziran masa dan minyak.
- Jalan raya yaag kasar atau licin boleh mengurangkan penjimatan minyak sebanyak 10 peratus sehingga 30 peratus.
- Pilih laluan yang agak jauh, rata dan tidak sesak, sebagai ganti laluan yang dekat, sesak dan berbukit.
- Letak kenderaan di ruang letak yang mula-mula ditemui.
10. Menjangkakan keadaan pemanduan
Corak pemanduan yang lancar menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda;
- Lihat di jalan raya sekurang-kurangnya dua kereta di hadapan dan elakkan kerap berhenti dan bergerak kerana ia membazirkan minyak.
- Kerap membrek dan berhenti yang tidak penting bermakna lebih pecutan dan penggunaan minyak untuk kembali kepada kelajuan.
- Minyak dibazirkan jika memandu terlalu hampir dengan kereta di hadapan anda kerana anda harus selalu menggunakan brek dan pedal minyak.
- Elakkan menggunakan penyaman udara pada kelajuan rendah.
- Bergerak ketika bukan amsa puncak apabila jalan raya kurang sibuk.
11. Penyelenggaraan Secara Keseluruhan
- Untuk menjadikan bateri kereta lebih tahan, periksa paras asid setiap sel dalam bateri dan tambah cecair jika perlu. Pastikan bateri berada di tempatnya dan tidak bergerak. gegaran dan kejutan boleh merosakkan bateri.
- Untuk mendapatkan tabiat pemanduan yang menjimatkan minyak, anda juga perlu menjaga enjin supaya ditala dengan betul.
- Yang penting, pastikan kereta dalam berkeadaan baik dengan sentiasa diselanggarakan. Carilah mekanik dan bengkel yang boleh dipercayai.
Rehat seketika elak tekanan
Semoga pelajar-pelajar yang menduduki SPM dapat menjawabnya dengan tenang. Terutama bekas pelajar saya, di TJ dan di Felda Bandar TR. Amin. Tips dari Cikgu Normah boleh diambil perhatian. Jom kita kongsi tips Motivator Osman Affan
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
“APABILA calon asyik memikirkan peperiksaan, mahu tidak mahu mereka akan rasa berdebar dan bimbang.
“Ini kerana mereka bimbang jika tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Apa yang perlu dilakukan ialah me rehatkan minda buat seketika dengan melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian.
“Contohnya, bersukan yang tidak terlalu berat, berjalan di taman atau di kawasan perumahan, menonton televisyen dan bermain permainan video.
“Namun, ini hanya untuk mengalihkan perhatian buat seketika. Elak daripada melakukan semua aktiviti ini terlalu lama hingga hilang masa untuk belajar dan mengulangkaji,” kata pengendali program motivasi, Osman Affan.
Dia tidak menafikan, debaran yang semakin rancak setiap hari itu boleh mengganggu persediaan yang dijalankan.
“Jika anda sedang membuat persiapan terakhir untuk peperiksaan dan mula berasa resah, gelisah, tidak tenteram dan tak boleh menumpukan perhatian, mohonlah bantuan ibu bapa serta keluarga.
“Mereka paling rapat dengan anak dan ingin melihat anak berjaya dalam peperiksaan, seterusnya masa depan ma sing-masing.
“Bantuan apakah yang perlu diminta? Ini terpulang kepada situasi anda. Jika anda menghadapi masalah belajar kerana adik-beradik suka membuat bising, minta kerjasama supaya mereka tidak mengganggu. Minta ibu bapa jelaskan kepada adik-beradik daripada menambahkan bebanan yang sedang ditanggung.
“Jika ada ibu bapa menyuruh anda melakukan perkara itu dan ini menjelang peperiksaan, terangkan dengan baik yang anda sedang bersedia menghadapi peperiksaan. Anda per lukan lebih masa untuk belajar dan mengulang kaji,” ka tanya.
Untuk mereka yang mengalami tekanan perasaan, luangkan masa berbual-bual dengan ibu bapa dan ahli keluarga tanpa berbicara mengenai peperiksaan kerana ia akan menam bahkan resah.
“Selain itu, dalam kesungguhan untuk mendapat keputusan baik, ada pelajar yang terlupa untuk berehat dan ada yang mula mengabaikan masa tidur. Belajar hingga lewat malam menunjukkan seseorang pelajar itu bekerja keras dan bakal berjaya sebenarnya satu tanggapan salah,” katanya.
Dia turut mengingatkan calon bahawa aset utama pelajar ialah otak mereka. Mereka perlukan otak dalam keadaan segar dan cergas untuk mengingati serta memahami pelajaran.
“Namun, jika otak dalam keadaan letih dan lesu akibat kurang rehat serta tidur, bagaimana proses ulangkaji menjadi sesuatu yang berkesan? Bayangkan pelumba kereta yang mahu berlumba dengan kereta yang rosak. Bolehkah dia menang?” katanya yang mengendalikan motivasinya me nerusi www.MotivasiBelajar.com.
Osman turut menyarankan waktu tidur awal manakala waktu terbaik adalah sebelum jam 12 tengah malam dan sebaik-baiknya antara jam 10 hingga 11 malam.
Namun, calon peperiksaan disarankan bangun awal ke esokan harinya untuk menyambung belajar. Ini akan mem buat otak lebih segar dan bertenaga sekali gus lebih mudah untuk mengingati pelajaran.
Berikut panduan yang boleh dimanfaatkan oleh calon peperiksaan dan ahli keluarga mereka:
# Yakinkan anak jika cukup tidur dan rehat, mereka rasa selesa semasa belajar. Selain itu, ibu bapa harus berikan bantuan dengan menimbulkan rasa yakin anak boleh meng hadapi peperiksaan dengan baik.
# Sebagai ibu bapa, hentikan membebel dan menyuruh anak belajar setiap masa. Ini berlaku kerana ibu bapa sendiri yang rasa berdebar dan bimbang, sama seperti anak mereka yang bakal menghadapi peperiksaan.
Akibatnya, ibu bapa mudah melepaskan rasa berdebar itu dengan leteran pada anak.
# Elakkan daripada terlalu mengingatkan anak mengenai peperiksaan kerana anak mempunyai cara mereka tersen diri.
# Sebagai ibu bapa, bantu anak menyediakan apa yang mereka perlukan seperti tempat belajar selesa, alat tulis dan buku.
Elakkan daripada cuba membantu dengan mengingatkan mereka mengenai peperiksaan setiap masa. Semakin banyak anda bercerita mengenai peperiksaan, semakin kuat tekanan perasaan yang mereka alami.
# Tanya anak-anak secara bersahaja mengenai persiapan mereka. Anda cuma perlu senyum dan tanya, “Macam mana dengan persiapan? Ok ke tidak?” Elakkan daripada me nunjukkan anda resah dan berdebar kerana ia akan membuat keadaan mereka lebih teruk.
# Menjelang peperiksaan, ibu bapa perlu kurangkan ber ceramah mengenai kepentingan mendapat keputusan pe periksaan yang baik. Anak-anak sudah tahu perkara itu.
Mereka sudah diingatkan sepanjang tahun di rumah dan di sekolah. Semasa makan bersama, anak-anak yang sibuk belajar perlukan masa untuk melegakan fikiran mereka.
# Selain itu, jangan asyik berceramah mengenai kesan buruk jika keputusan tidak baik. Ini juga boleh membuatkan mereka lebih tertekan.
# Dalam program pecutan akhir menjelang peperiksaan, satu perkara yang amat dititikberatkan ialah rasa tenang semasa menghadapi peperiksaan.
Perasaan tenang boleh membuat pelajar rasa lebih selesa dan mudah ingat apa saja yang sudah dipelajari. Satu cara paling mudah untuk menenangkan hati dan perasaan ialah melalui doa.
# Berdoa, bayangkan apa yang diminta menjadi kenyataan. Selepas solat bersama keluarga, bapa atau imam berdoa dengan kuat (supaya boleh didengar dengan jelas oleh makmum) dengan memohon ketenangan hati dan keupayaan untuk mencapai kejayaan.
Jika boleh, berdoa dalam bahasa ibunda supaya apa yang didoakan difahami oleh sesiapa yang didoakan itu. Ini pasti akan menambahkan rasa tenang di dalam hati.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .