Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

Merdeka Rides 2017 di Perlis Sahabat Alam Malaysia

Merdeka Rides 2017 Sahabat Alam Malaysia














Sebahagian gambar program Merdeka  Rides 2017 di SMK Arau  Perlis 

Merafak sembah DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.. Raja dan rakyat berpisah tiada. Merdeka Rides 2017.



#MerdekaRides2017
#MerdekaRides
#merdeka
#arau
#Perlis



MERDEKA RIDES 2017 @ SMK Arau..
Lebih 300 buah motosikal berkuasa tinggi singgah di SMK Arau. 
Turut hadir bersama DYTM Raja Muda Perlis dan Menteri Besar Perlis..

#MerdekaRides2017
#SmkArau
#DYTMRajaMudaPerlis
#MenteriBesarPerlis

#SAMperlis

Warna Warni ...
Superbikes Association Malaysia
(S.A.M) Merdeka Rides 2017...
Dari Jeli Kelantan sampai di Sek Men Arau PERLIS...
Lebih 300 buah....
Menjunjung Kasih Tuanku Raja Muda Perlis.
Terimakasih YAB Menteri Besar
Terimakasih Presiden S.A.M Perlis
Terimakasih Setiausaha Agung S.A.M Malaysia...
Terimakasih Pegawai Khas TPM..
Terimakasih PDRM
Terimakasih Pengetua & Guru Guru Serta  Pelajar Pelajar Sek.Men.Keb.Arau
Terimakasih AADK Perlis
Terimakasih Jabatan Pelajaran Perlis
Terimakasih Perlisfm....
Terimakasih Bikers dari seluruh Malaysia
Terimakasih wakil Bikers dari INDONESIA & SINGAPURA....
Anda Semua Owesomes.....
Terimakasih Crew Prima Event....
Dan Terimakasih Pada Yang Terlibat
Secara Langsung & Tidak Langsung Dalam Menjayakan PROGRAM....
Semuga Bikers Semua Selamat Sampai ke PUTRAJAYA pada 10/9/2017..

Sambutan Kemerdekaan dan AidilAdha Yang Unik Lambang ukhuwwah warga Malaysia dan Indonesia di Pahang

Sambutan Kemerdekaan dan AidilAdha Yang Unik Lambang ukhuwwah warga Malaysia dan Indonesia di Pahang



 Sambutan AidilAdha pada Jumaat, 1 September 2017 di Felda Jengka, Negeri Pahang Darul Makmur, sangat unik. 

Selepas solat surat hari raya, selain Ibadah Qurban, ia turut diserikan dengan belon ini. 

Belon yang dihias cantik ini adalah hasil kerjasama pemuda penduduk-penduduk FELDA ini bersama pekerja Indonesia yang bekerja di FELDA ini.


 Mereka meraikan Hari Kebesaran Ummat Islam ini secara bersama. Juga Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 dan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke 72 tahun. 

Lihatlah Apa yang ditulis di belon ini. 
Terima kasih Encik Ahmad Husairi Bin Misran atas perkongsian ini.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 dan Salam Aidil Adha

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 dan Salam Aidil Adha



Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 kepada semua saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan alam blog, para kaunselor, para motivator, para guru Dan anak-anak murid saya di blog saya ini.


Mari kita bersama membebaskan roh, jasad dan akal fikiran kita daripada penjajahan bagi membentuk sebuah tamadun yang di pandang mulia.

Salam AidilAdha buat seluruh muslimin muslimat mukminin mukminat Di seluruh dunia.




DOA WAKTU ARAFAH - 31/8/17 (Khamis)

Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba....
Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah?

Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Selamat Beribadat 😊a

Hari Merdeka Malaysia 2013

Hari Merdeka Malaysia 2013 

Tema Hari Kemerdekaan Ke 56 2013

Tema Hari Kemerdekaan Ke 56 2013
 "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" 
tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun ini.



Gambar Logo Hari Kemerdekaan Tahun 2013



Rasional Logo Hari Kemerdekaan Ke 56 2013

Tema Hari Kemerdekaan Ke 56 2013
 "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" 
tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun ini.

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

"Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" dipilih tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini berkata tema tersebut telah dipersetujui Jemaah Menteri.

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos ini akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

MERDEKA HAYATI DAN HARGAILAH NILAI KEMERDEKAAN

MERDEKA HAYATI DAN 

HARGAILAH NILAI KEMERDEKAAN

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55


REMAJA, HAYATI DAN HARGAILAH NILAI KEMERDEKAAN

Malaysia telah banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yang tepat untuk mencipta kecemerlangan hasil kemerdekaan yang diraih sejak 1957. Kemerdekaan telah berjaya memberikan kita mutu kehidupan yang selesa dengan pelbagai peluang yang terbuka luas.

Negara kita telah mampu membina kedudukan yang kukuh dalam semua bidang, sama ada politik, ekonomi mahupun sosial agar generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara dan meneruskan kesinambungan usaha -usaha yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu.

Kesemua pihak yang mempunyai kepentingan di negara ini, daripada pemimpin, tenaga kerja kerajaan, swasta, mahupun golongan profesional, buruh, petani dan belia, mempunyai tanggungjawab penting untuk mewarnakan dan mencorakkan masa depan Malaysia hasil kemerdekaan yang dikecapi.

Golongan muda khususnya, tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan generasi terdahulu untuk memerdekakan negara ini selepas dijajah ratusan tahun lamanya. Menghayati sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas penting manakala usaha memupuk semangat cinta akan negara perlu diteruskan. Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang berguna hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara. 

Cantiknya Logo 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati

Cantiknya  Logo 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati

Keterangan Logo 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati

Tema Hari Kemerdekaan 2012 Janji Ditepati

Tema Hari Kemerdekaan 2012 Janji Ditepati




'Janji Ditepati' tema hari kemerdekaan 

 KUALA LUMPUR: ‘Janji Ditepati’ dipilih tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan membabitkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka, manakala pada sebelah malamnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

“Pada keseluruhannya, saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak,” katanya.

Jalur Gemilang, berkibar di Maran

Jalur Gemilang, berkibar di Maran

 Jalur Gemilang, berkibar di pagar, Masjid di Maran.

Jalur Gemilang, di hadapan, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Maran.

Jalur Gemilang, di hadapan, Bangunan Wisma Gunasama Maran.
 Jalur Gemilang, di kawasan letak kereta, SK Jengka Pusat 2.


 Jalur Gemilang, di kawasan Dataran Ilmu, SMK Jengka Pusat 2.

Hari Kebangsaan Malaysia ke 54

Tema Hari Kebangsaan ke 54,



“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”


Link Gambar: sila klik  Jabatan Negara Muzium Malaysia, http://www.jmm.gov.my/ms/sambutan-hari-kemerdekaan-hari-malaysia-2011, di sini.

Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-54 tahun 2011 nieh akan diadakan pada 16hb 9 serentak dengan Hari Malaysia menggantikan 31hb 8 dimana hari tu atau bulan tu kita umat Islam di Malaysia mengerjakan ibadah puasa

Jalur Gemilang, Jom Kibarkannya

Jalur Gemilang, Jom Kibarkannya

Jalur Gemilang


DR. RAIS Yatim bersama penduduk kampung dan para peserta konvoi mengibarkan bendera Jalur Gemilang 
di Kampung Kuala Dulang, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam. 


Jalur Gemilang dikibarkan di SMK Jengka Pusat 2.
Ustaz Asri, Encik Andul Latif dan tukang kebun sekolah sedang memacakkan tiang bendera.

Lirik Lagu Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur Gemilang

Kibar Jalur Gemilang semarak cintakan negara

JELEBU 7 Ogos - Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 anjuran Jabatan Penerangan dianggap sebagai platform terbaik bagi menyemarakkan semangat kecintaan kepada negara di kalangan masyarakat tanah air ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, program kembara selama sebulan itu bertujuan untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan warga tanah air ini.

"Kembara ini akan dijalankan ke seluruh tanah air, di mana kita akan menjelajah ke kampung, daerah serta bandar-bandar di seluruh Malaysia untuk membawa mesej bahawa sudah tibanya bulan kemerdekaan.

"Objektif utamanya adalah untuk dirasai oleh masyarakat bahawa kita perlu mengibarkan bendera kita bagi menyambut bulan kemerdekaan kita," katanya.

Rais berkata demikian selepas menghadiri Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 dan Majlis Berbuka Puasa Parlimen Jelebu di Masjid Kampung Kuala Dulang, di sini malam tadi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu meminta semua masyarakat agar memberi sokongan sepenuhnya terhadap pengelolaan program itu dengan mengibarkan jalur gemilang sepanjang bulan ini sehingga 16 September depan.

"Ini kerana sambutan hari kemerdekaan kita yang sepatutnya dilangsungkan pada 31 Ogos akan disambut pada 16 September kerana ada kemungkinan hari raya Aidilftiri akan jatuh pada hari merdeka," jelasnya.

Dalam pada itu, Rais memberitahu, orang ramai diminta untuk mendapatkan bendera masing-masing seterusnya mengibarkannya di seluruh pelosok negara demi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan ke-54 ini.

''Bendera bukan mahal, kalau tidak mampu minta daripada jabatan atau agensi berkaitan, kita akan berikan. Yang penting kita bersama-sama kibarkan jalur gemilang untuk menyatakan cinta kita kepada Malaysia," ujarnya. (Utusan Malaysia)

Tema Hari Kebangsaan Malaysia

Tema Hari Kebangsaan Malaysia





 


Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi, kita dikurniakan nikmat kemerdekaan. 

Pada tahun ini, kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan tanahair tercinta yang ke 53. Alhamdulillah, sudah kita rasai nikmat kemerdekaan selama tempoh itu. 

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Pada pagi tadi, sewaktu perhimpunan pagi, antara soalan Kuiz Sempena Bulan Kemerdekaan, ialah selama berapa tahunkah negara kita dijajah?



Cuba anak-anak bayangkan. Sejak 1511, selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis, sejak itu tanahair kita berada di bawah cengkaman penjajah. Bayangkan sudah tentu bukan sedikit nilai pengorbanan samada wang, tenaga, masa dan nyawa dalam usaha datuk nenek kita untuk memerdekakan tanahair kita.

Pada entry sebelum ini, Sambutan Hari Kemerdekaan-Malaysia  telah saya paparkan di blog ini. Oleh itu apa kata para pelajar mengimbas semula tema-tema hari kemerdekaan pada tahun-tahun lepas. 

Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970. 

Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970   Muhibah dan Perpaduan
1971   Masyarakat Progresif

1972   Masyarakat Adil
1973   Masyarakat Berkebudayaan Malaysia

1974   Sains dan Teknologi Alat Perpaduan

1975   Masyarakat Berdikari 1976 Ketahanan Rakyat
1977   Bersatu Maju
1978   Kebudayaan Sendi Perpaduan

1979   Bersatu Berdisiplin

1980   Berdisiplin Berbakti

1981   Berdisiplin Berharmoni
1982   Berdisiplin Giat Maju

1983   Bersama Ke Arah Kemajuan

1984   Amanah Asas Kejayaan

1985   Nasionalisme Teras Perpaduan

1986   Bangsa Tegas Negara Teguh

1987   Setia Bersatu Berusaha Maju

1988   Bersatu
1989   Bersatu

1990   Berjaya

1991   Wawasan 2020

1992   Wawasan Asas Kemajuan

1993   Bersatu Menuju Wawasan
1994   Nilai Murni Jayakan Wawasan

1995   Jatidiri Pengerak Wawasan
1996   Budaya Penentu Kecapaian
1997   Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998   Negara Kita, Tanggungjawab Kita

1999   Bersatu Ke Alaf Baru

2000- 2006      Keranamu Malaysia
2007   Malaysiaku Gemilang
2008   Perpaduan Teras Kejayaan

2009   1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapain Diutamakan

2010   “1Malaysia Menjana Transformasi”.

Update; 6/8/2013:


2011

1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

2010 
 
 
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.


Semoga kita memanfaatkan nikmat kebebasan ini ke jalan kebaikan.

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53

 sumber gambar;klik sini

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Sekarang kita telah masuk ke bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia).  Dalam masa yang sama kita sedang menjalani ibadah puasa. Semoga anak-anak pelajar dapat melalui inbadah puasa ini dengan penuh kesabaran dan keazamn jitu. InsyaAllah.

Sehubungan dengan itu, tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama, Kanggar Perlis dan berakhir dengan Sambutan Hari Kemerdekaan bermula pada 1 Ogos dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di Kota Kinabalu pada 16 September setiap tahun.
Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 53 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.

Pelancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2010 Peringkat Sekolah


 Para pelajar begitu bersemangat melaungkan Merdeka.

Alhamdulillah pada 16 Ogos 2010,bermula 7.30 pagi, Pelancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2010 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2 telah diadakan dengan jayanya.

Pelancaran  dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Jengka Pusat 2, Encik Yahya Bin Awang. Ia diadakan di Dataran Cemerlang SMKJP2. Semoga para pelajar dan hadirin yang mendengar ucapan perasmian Tuan Pengetua mendapat input berguna. Bak kata Tuan Pengetua, "Untuk menjadikan sebuah negara maju. berdaya saing, kita mesti mempunyai komitmen tinggi, pelajar-pelajar yang bersemangat tinggi dan waja".

Oleh itu, kita sebagai warga yang lahir selepas merdeka, seharusnya menghargai nikmat kemerdekaan ini. Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya. Untuk para pejuang kemerdekaan ini (khususnya yang beragama Islam) samada kita kenal atau tidak, samada nama mereka tercatat dalam sejarah atau tidak, marilah sama-sama kita hadiahkan Al Fatihah ke atas roh mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.


Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .