Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label IKBN. Show all posts
Showing posts with label IKBN. Show all posts

Road to IKBN Kuala Perlis

Road to IKBN Kuala Perlis





Ahad. 17/11/2019. Alhamdulillah. Bersama ini saya sertakan link video Program Jalinan Kerjasama IKBN Kuala Perlis, Kolej Komuniti Arau pada 25 April 2019 lalu. Jemput view, likes dan subscribed link https://youtu.be/QAo168W5Kdw

#spm2019
#spm
#ikbn
#arau
#perlis

Jom Masuk IKBN 2018 Mohon Lalu UPU 2018 Segera

Jom Masuk IKBN 2018 Mohon Lalu UPU 2018 Segera




Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan) IKBN
APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI HOSPITALITI?
i. Penerangan Kursus:


Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam penyediaan memasak pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa bermula dari hidangan sarapan pagi, hidangan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut melalui resepi-resepi dan teknik serta kaedah memasak mengikut prosedur yang ditetapkan bagi menjamin hasil produk yang berkualiti, menarik dan bersih selaras dengan kehendak industri.


ii. Prospek Kerjaya:


Peluang pekerjaan adalah meluas dimana pelajar berpeluang menceburi kerjaya dalam industri perhotelan dan perkhidmatan makanan, di sektor pendidikan - pengajar kolej swasta dan kerajaan ATAU di sektor industri sama ada di darat (keretapi, kabin bas, katering /makanan segera/gerai), laut (persiaran / perkapalan), udara (penerbangan) ATAU usahawan dalam bidang penyediaan makanan.

Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
 KOD IKBN: SHF 02
Bidang inilah yang banyak anak-anak tanya kat cikgu.
Syarat nak masuk IKBN dalam kursus Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan) ini:
Lulus SPM atau setaraf dah boleh mohon dear. 
So apalagi cepatlah memohon UPU hari ini juga. Mohonlah IKBN ya.
Mohon segera hari ini kerana belian no id
 di BSN akan ditutup esok dear.
klik kat sini untuk nak tau lebih lanjut

SENARAI IKBN YANG MENAWARKAN KURSUS 
Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)

Untuk info lanjut, anda boleh layari website http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hospitaliti.html

SYARAT UMUM PERMOHONAN KE IKBN :


  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  4. Belum berkahwin @ bujang
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  10. Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon

MAKLUMAT 
  1. Semua kursus dijalankan mengikut persijilan, tahap dan tempoh latihan seperti dinyatakan dalam ruang SIJIL & TAHAP serta TEMPOH KURSUS
  2. Permohonan hanya boleh dibuat secara 'On-Line' sahaja iaitu melalui lama web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my
  3. Sebarang kesilapan atau perbezaan menandakan keputusan kelayakan akedemik semasa mengisi permohonan 'On-Line' di laman web dengan keputusan sebenar boleh menyebabkan calon disingkir dari IKBN
  4. Keputusan permohonan ke IKBN boleh disemak melalui laman web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my
  5. Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan di IKBN
  6. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya
  7. Pelajar boleh ditempatkan dimana-mana IKBN seluruh Malaysia
  8. Pemohon juga dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN dalam tempoh iklan disiarkan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
  9. Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di IKBN
  10. Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga)
  11. Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan adalah termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu


Maklumat Kemasukan ke ILKBS Sesi Julai 2018



Entry blog cikgu sebelum ini:


PERMOHONAN KE IKBN JANUARI 2016

PERMOHONAN KE IKBN JANUARI 2016




KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN BAGI  INFO LANJUT


IKBN


Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.

SYARAT UMUM :


Permohonan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Januari 2015

 Permohonan  ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Januari 2015


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Kemahiran telah membuka tawaran Permohonan Kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bagi pengambilan pelajar sesi Januari 2015, bermula pada 24 September 2014 dan berakhir pada 31 Oktober 2014 melalui sistem atas talian Kementerian Belia dan Sukan di:

Kursus Penyediaan Makanan dan Pastri IKBN Kemasik Terengganu

Kursus Penyediaan Makanan dan Pastri IKBN Kemasik Terengganu

 Kursus Penyediaan Makanan IKBN Kemasik

  Kursus Penyediaan Pastri  IKBN Kemasik

Rayuan Ke IKBN Peretak Kuala Kubu Bharu

Rayuan Ke IKBN Peretak Kuala Kubu Bharu Sesi Januari 2014


Permohonan Rayuan IKBN Peretak bagi sesi 1/2014 sedang dibuka bagi Kemasukan Januari 2014. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Rayuan Kemasukan IKBN Peretak


IKBN Kursus sepenuh masa yang ditawarkan

IKBN Kursus sepenuh masa yang ditawarkan




Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir.


PERMOHONAN KE IKBN JANUARI 2014 PELUANG KEDUA LEPASAN SPM

PERMOHONAN KE IKBN JANUARI 2014 PELUANG KEDUA LEPASAN SPM

 


PERMOHONAN KE IKBN JANUARI 2014 PELUANG KEDUA LEPASAN SPM. IKBN ADALAH SALAH SATU INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM NEGARA.


Pengambilan pelajar baru kemasukan Januari 2014, dibuka  dari 30 September 2013 sehingga 31 Oktober 2013.


SENARAI IKBN DI MALAYSIA

SENARAI IKBN DI MALAYSIA
SENARAI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA 
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang
 Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan
 Tel : 03-87061720 & 8461722 Faks : 03-87061725
Portal Rasmi : www.iktbnsp.gov.my
E-mel : iktbn_sepang@kbs.gov.my


Permohonan Ke Program Kemahiran Minyak Dan Gas di IKBN Bandar Penawar

Permohonan Ke Program Kemahiran Minyak Dan Gas 
di IKBN Bandar Penawar







Perjanjian  memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani KBS dan Petronas.


Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran (Minyak Dan Gas) di IKBN Bandar Penawar

Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar Bidang Minyak & Gas
 

 Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar akan melaksanakan program berasaskan latihan dalam Bidang Minyak & Gas. Melalui kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS), SIRIM Berhad dan Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) pada November 2012 telah mencapai satu persetujuan untuk menjadikan IKBN Bandar Penawar sebagai hub Pensijilan Profesional Antarabangsa yang menyediakan latihan kemahiran bersepadu bagi memenuhi keperluan sektor minyak dan gas di Malaysia. 

Senarai IKBN Seluruh Malaysia dan Website IKBN

Senarai IKBN Seluruh Malaysia dan Website IKBN



`

Dusun Tua Motosports Development Team (DTMDT) dari IKBN Dusun Tua bersama Jentera DT003 yang mendapat tempat ke-3 di Kejohanan EIMARace 2012.


1. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang
Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang, Selangor
Tel : 03-87061720 /21 22
Faks :03-87061725
FB; http://www.facebook.com/pages/IKBN-Dusun-Tua/130329827003591



2. Institut Kemahiran Belia Negara Peretak
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Tel : 03-60651401
Faks :03-60641941



3. Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua 

Batu 16, Dusun Tua,
43100 Hulu Langat,
Selangor.
Tel : 03-90217100
Faks :03-90211839



Senarai Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Di Malaysia

Senarai Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) &
 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Di Malaysia


 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ada para pelajar yang terlepas pandang untuk memohon Institusi Kemahiran Mara IKM kerana tidak memohon melalui UPU.


Sebenarnya ada banyak institusi yang menawarkan latihan kemahiran termasuk dari TEVT ataupun dari ILKA iaitu institut dibawah latihan Kemahiran.

Berikut maklumat senarai institut latihan kemahiran awam dan pengajian di teknik vokasional.

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut  :



Permohonan Ke IKBN Kemasukan Januari 2011

Permohonan Ke IKBN Kemasukan Januari 2011


Pengambilan pelajar baru kemasukan Januari 2011, dibuka sehingga 2 November 2010. kepada yang berminat sila layari web Kementerian Belia dan Sukan, http://www.ekbs.gov.my/. Permohonan adalah secara online.

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 hingga 30 tahun, tamat Tingkatan 5, sihat tubuh badan dan belum berkahwin. Pemohon boleh mengikuti Latihan Kemahiran peringkat Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan PKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Antara bidang yang ditawarkan seperti Teknologi Mekanikal, Teknologi Automotif, Teknologi Makanan, Teknologi Marin dan lain-lain, sila rujuk iklan di atas.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .