Permohonan Diploma in Vehicle Inspection (DVI) ICAM tajaan PUSPAKOM
PUSPAKOM mencari individu berbakat yang memiliki semangat atau pengalaman dan sikap positif untuk menyertai pasukan kami.
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling di
SMK Lepar Hilir, (di sini ada 3 orang kaunselor dan saya salah seorang
daripanya), halatuju kerjaya sering saya terapkan dalam sesi kaunseling
individu mahupun kelompok saya. Pendekatan kaunselor bukanlah hanya
bercakap kosong sahaja. Selain didokong oleh teori ilmu psikologi, teori
kaunseling kerjaya dan ilmu tebat diri serta informasi terkini sering
saya terapkan dalam setiap sesi kaunseling saya. Oleh itu web blog ini
sebagai medium buku skrap online saya berkaitan Klinik Kerjaya yang saya
jalankan sepanjang saya berada di arena pendidikan ini.
Program Penajaan : Diploma in Vehicle Inspection (DVI)
By Puan Ummi Friday, January 31, 2014
Halatuju, ICAM, Institusi Kemahiran, kaunseling kerjaya, Kerjaya Akauntan, Kerjaya Automatif, Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Pahang, Pekan, selepas SPM
Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) Pekan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling di SMK Lepar Hilir, (di sini ada 3 orang kaunselor dan saya salah seorang daripanya), halatuju kerjaya sering saya terapkan dalam sesi kaunseling individu mahupun kelompok saya. Pendekatan kaunselor bukanlah hanya bercakap kosong sahaja. Selain didokong oleh teori ilmu psikologi, teori kaunseling kerjaya dan ilmu tebat diri serta informasi terkini sering saya terapkan dalam setiap sesi kaunseling saya. Oleh itu web blog ini sebagai medium buku skrap online saya berkaitan Klinik Kerjaya yang saya jalankan sepanjang saya berada di arena pendidikan ini.
ICAM yang terletak di Pekan, Pahang menambahkan lagi mercu tanda Pekan yang dikenali sebagai Pekan Bandar Diraja kini mungkin boleh dikatakan juga sebagai bandar ilmu. Selain ICAM, di Pekan juga terdapat UMP Kampus Pekan, IKM Pekan dan Institut Latihan Kemahiran Pekan. Semasa SEMINAR IPT PERHATI (Program Anak Yatim Permata Hati) KUANTAN 2013, Klik di sini. dan di sini,saya berkesempatan bertemu dengan Puan Noraini Pegawai ICAM yang sangat peramah dan baik hati. Beliau ada menawarkan jika sekolah saya hendak mengadakan akwatan ke ICAM namun mungkin waktu tidak sesuai pada penghujung September tahun lalau, lawatan ke ICAM terpaksa dibatalkan. Oh iya para pelajar boleh rujuk entry saya sebelum ini. Entry saya sebelum ini, UPNM Bekerjasama dengan ICAM, klik di sini.
Kursus di ICAM Pekan
By Puan Ummi Saturday, September 21, 2013
bimbingan kerjaya, Halatuju, ICAM, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Automatif, Kerjaya Kejuruteraan, Kerjaya Perajurit, Pahang, Pekan, Selepas Matrikulasi, selepas SPM, UPNM
UPNM Bekerjasama dengan ICAM Pekan Perkenal Dua Program Sarjana Muda
UPNM To Introduce Two New Undergraduate Programmes
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar Tingkatan 5 di Pahang khususnya Kuantan, pasti anda pernah mendengar tentang ICAM di Bandar Diraja Pekan atau melihat iklan ICAM di Lebuhraya Pantai Timur. Bagi pembaca setia blog saya ini, pasti anda telah mengikuti artikel blog ini sebelum ini, Halatuju Selepas SPM, Cara Menjadi Pegawai Kadet UPNM, KLIK DI SINI
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan memperkenalkan dua program Ijazah Sarjana Muda di Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM), sebuah institusi swasta di bawah DRB-HICOM Berhad.
UPNM pengerusi lembaga pengarah Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, program itu akan membantu ICAM dengan membina kapasiti dan membangunkan Pusat mereka Kecemerlangan Kenderaan Armour Advanced melalui penempatan empat pensyarah UPNM di ICAM.
UPNM Perkenal Dua Program Sarjana Muda
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .