Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label KPT. Show all posts
Showing posts with label KPT. Show all posts

Pertandingan Selfie 2016 Sempena Jom Masuk IPT KPTN 2016

Pertandingan Selfie 2016 Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016

Aktiviti Booth Kolej Komuniti Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016






Pertandingan Selfie 2016 Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016 Jom sertainya.

Pertandingan Selfie 2016, Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016 Jom sertainya.


Pertandingan yang terbuka kepada semua pengunjung KPTN 2016 yang bermula pada 30 Januari dan berakhir pada 3 April 2016

Hadiah MISTERI???? terbaik!!!



JADUAL JOM MASUK IPT KPTN 2016



JADUAL JOM MASUK IPT KPTN 2016








KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak Tahun 2005. Ia dijadikan sebagai acara tahunan setelah mendapat maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mulai tahun 2010 KPTN akan menjadi “signature programme” Kementerian Pengajian Tinggi.

Majlis Perasmian Pelancaran Jom Masuk IPT Karnival Pendidikan Tinggi 2016 telah diadakan pada 30-31 Jan 2016 bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.


Jika dahulu Jom Masuk U terkenal dengan penganjurannya. Kini ia ditukar pada Jom Masuk IPT Karnival Pendidikan Tinggi untuk memberikan lebih kemudahan kepada pemohon untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan halatuju mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih  tinggi. Pelbagai IPTA, IPTS Dan Institusi Latihan Kemahiran menyediakan peluang pengajian tinggi kepada rakyat Malaysia. Contohnya Universiti Awam, Universiti Swasta mahupun institusi pendidikan tinggi lain seperti politeknik atau Institut latihan kemahiran.

Apabila permohonan Universiti bermula, pastinya banyak masalah akan timbul terutama pemohon majoritinya kali pertama menggunakan sistem dan kali pertama membuat pilihan berdasarkan keupayaan akademik dan juga minat masing-masing dalam memilih institusi pendidikan tinggi ataupun lokasi  pengajian.

 Selain itu, lebih informasi diperlukan bagi penetapan matlamat kerjaya masa depan pemohon bagi mengelakkan kesilapan memilih bidang pengajian mengakibatkan masalah dalam pengajian dan memohon kerja disebabkan tersalah pilih bidang dan kurang berminat dengan pengajian yang ditawarkan. Selain itu, teknik pemilihan dalam permohonan yang betul juga diperlukan bagi membuka peluang lebih luas kepada pemohon untuk diterima dalam pengajian yang diminati.

Pameran Jom Masuk IPT ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti. 

Semua masalah yang dialami boleh di selesaikan jika pemohon datang ke Karnival Pendidikan Tinggi 2016 yang dibuat untuk mendapatkan lebih informasi berdasarkan pameran dan soal jawab yang dibuka untuk pengunjung. Oleh kerana Karnival pendididikan Tinggi ini perlu ke seluruh Negara, perlaksanaanya adalah mengikut ketetapan tarikh dan lokasi.

Apa yang ada di Karnival Pendidikan Tinggi 2016
Kebiasaaanya pada tahun sebelumnya banyak faedah jika anda berkunjung seperti


NTARA AKTIVITI YANG DIANJURKAN DALAM KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 
  • Ceramah dan forum yang interaktif berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian/ Agensi KPT/ KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
  • Pameran dan Infomasi dari Universiti awam & swasta
  • Pemeran dan informasi kemasukan dari politeknik dan institusi kemahiran lain
  • Pendedahan kerjaya lain dan pembaharuan/ kepelbagaian dalam pemohonan dan halatuju
  • Penerangan dan nasihat kerjaya dari kaunselor institusi
    • Cenderahati
    • Penerangan PTPTN atau institusi lain
    • Pameran Pendidikan 
    • Pengambilan borang dan maklumat lanjut institusi
    • Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK IPT’’ kepada pengunjung;
    • Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK IPT’’ kepada pengunjung
    • Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS,Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; serta Khidmat Bimbingan dan Kaunseling


    Info penting

    Waktu Pameran dibuka adalah berbeza untuk Semenanjung dan Sabah/ Sarawak.
    • Semenanjung Malaysia ( 9.00 pagi – 6.00 petang )
    • Sabah/ Sarawak ( 8.30 pagi – 5.30 petang )

    • Tarikh Karnival adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual diatas.

    Sekiranya anda mempunyai persoalan dan pengesahan maklumat, bolehlah terus merujuk dan menghubungi UPU di  helpline 03-8870 6777 atau 03-8870 6755 / 6778.
    Diharapkan Maklumat Karnival Pendidikan tinggi ini disebarkan pada rakan lain untuk memberikan lebih kemudahan kepada mereka untuk membuat permohonan kelak.


    ANTARA AKTIVITI YANG DIANJURKAN DALAM KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 
    • Ceramah dan forum yang interaktif berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian/ Agensi KPT/ KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
    • Pameran Pendidikan 
    • Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK IPT’’ kepada pengunjung;
    • Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK IPT’’ kepada pengunjung
    • Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS,Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; serta Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

    PAMERAN PENDIDIKAN

    Program ini akan disertai bersama oleh 20 IPTA, Bahagian/Agensi di KPT seperti Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), IPTS serta Agnesi/Bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagaian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri (MGKK), Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (JTM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kementerian Belia dan Sukan serta lain-lain agensi dan penaja yang terlibat dengan pendidikan tinggi.


    FORUM

    Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah. Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi KPM/Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Asasi UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti, Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), kaunselor termasuk Pegawai Kaunselor Organisasi dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, Wakil Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah serta Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berdasarkan formula yang ditetapkan oleh BPKP Jabatan Pengajian Tinggi.
    Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi UPU di talian helpline 03-8870 6777 atau 03-8870 6755 / 6778.
    Semoga maklumat yang diperolehi dapat membantu bakal mahasiswa dalam membuat pilihan tepat sebelum memohon ke UA / IPTA / ILKA.





    Penarafan Kolej Komuniti KPT

    Penarafan Kolej Komuniti KPT

     
     
    Kolej Komuniti Paya Besar,
    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
    Jalan Gambang-Maran,
    26300 Gambang,Pahang Darul Makmur.


    09-5498811
    http://www.kkpbe.edu.my/v1/index.php/en/ 



    Info Lanjut Hubungi

    Telefon : 085-653545

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan sekolah,  kepada calon SPM 2012 yang sedang berdebar menunggu keputusan SPM Isnin ini, juga tidak lupa kepada pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM tahun 2013 ini, anda berpeluang melanjutkan pengajian anda di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 

    Pelbagai kursus ditawarkan di Kolej Komuniti KPT. Kepada pelajar tingkatan 5, eloklah anda berjumpa Guru Bimbingan Kaunseling anda bagi mendapatkan info lanjut berkaitan Kolej Komuniti ini.

    Kepada calon SPM 2012 dan sewaktu dengannya, sila rujuk artikel sebelim ini Permohonan UPU IPTA ILKA TEVT 2013 dan Tarikh Permohonan UPU 2013 di sini

    Penarafan kolej komuniti

    Kuching: Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan proses penarafan bintang untuk kesemua 84 kolej komuniti di seluruh negara mulai pertengahan tahun ini.

    Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata instrumen untuk melaksanakan proses itu sedang dibangunkan yang bertujuan untuk menentukan tahap penyampaian dan perkhidmatan yang diberikan oleh setiap kolej berkenaan.


    Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPT Jun 2013

    Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPT Jun 2013






     Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier, Konvensional & METrO bagi Lulusan SPM
     

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Warganegara Malaysia Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa untuk memohon kemasukan ke program pengajian peringkat Diploma Sesi Akademik 2013 di Politeknik KPT. 

    Khususnya kepada pelajar lepasan SPM 2012, silakan memohon ya.

    10 MAC 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 - Permohonan ke Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi Lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Sijil Kolej Komuniti, Sijil Institut Pertanian Malaysia, Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA & Matrikulasi KPM .


    Permohonan Kemasukan ke Politeknik Primier

    Permohonan kemasukan ke program pengajian di Politeknik Primier bagi lulusan SPM adalah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar sekali dengan permohonan IPTA.
    • Politeknik Ungku Omar (PUO)
    • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
    • Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
     
    Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional / METrO Dan ILKA

    Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan:

    • Politeknik
    • Kolej komuniti


    Sila layari http://upu.mohe.gov.my atau baca iklan permohonan di sini 



    KEMASUKAN KE
    POLITEKNIK KONVENSIONAL / METrO,
    KOLEJ KOMUNITI &
    INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM


    Program-program yang ditawarkan untuk lulusan SPM dan setaraf (Politeknik Premier) :


    Program 1Dream 2U realisasi impian pelajar ke universiti

    Program 1Dream 2U realisasi impian pelajar ke universiti



    TEMERLOH — Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan program 1Dream 2U di sekolah menengah seluruh negara pada tahun ini bagi merealisasikan impian pelajar ke universiti tempatan. 


     Yang Berhormat Datuk Saifuddin Abdullah

    Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, program turun padang dengan kerjasama Unit Pusat Universiti (UPU) dan Jabatan Pendidikan Negeri itu bertujuan membantu pelajar memilih kursus pengajian pilihan mereka di universiti kelak.


    Pengambilan Pegawai Kerajaan Untuk Berkhidmat Di Education Malaysia, Mesir

    Pengambilan Pegawai Kerajaan Untuk Berkhidmat Di Education Malaysia, Mesir

     

    Iklan Pengambilan Pegawai Kerajaan Untuk Berkhidmat Di Education Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi


    Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pengajian Tinggi, seperti berikut:
    - Pengarah  Gred 52/54 (Terbuka), Education Malaysia Kaherah, Mesir



    Tarikh Permohonan UPU 2013

    Tarikh Permohonan UPU 2013

    TARIKH-TARIKH PENTING MENGENAI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA / TEVT(POLITEKNIK) DAN ILKA SESI AKADEMIK 2013





    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar SMK Jengka 2, dan SMK Jengka Pusat 2, para pelayar blog ini yang banyak bertayakan soalan kepada saya bilakah permohonan ke UPU 2013 dibuka, saya sertakan di sini pengumuman daripada pihak UPU sendiri.

     Peringatan kepada semua pelajar-pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pengajian ke IPTA, Politeknik atau ILKA. Isi borang permohonan dengan segera supaya tidak ketinggalan nanti. 

    Diharapkan maklumat di bawah dpt membantu anda.


    Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013. 

    Kemasukan adalah pada Jun 2013 bagi lepasan SPM/Setaraf 
    Manakala  lepasan STPM/Setaraf pada September 2013 
    Tarikh Permohonan & pembeliaan no. unik ID : 7/1/2013 hingga 15/4/2013



    Pekeliling Prosedur Pengurusan Permohonan Ke IPTA, TEVT & ILKA

    Pekeliling Prosedur Pengurusan Permohonan Ke IPTA, TEVT & ILKA

    Berikut ialah link Surat Pekeliling Prosedur Pengurusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT (Politeknik) & ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam) Sesi Akademik 2013/2014.




    Peluang Jalani Latihan Industri di KPT

    Peluang Latihan Industri di KPT

    Iklan Latihan Industri di KPT


    Latihan Industri
    Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Politeknik sama ada di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda adalah dipelawa untuk menjalani latihan industri di KPT. Penempatan pelajar latihan industri di Bahagian/Pejabat/Unit di bawah KPT adalah disesuaikan mengikut bidang pengajian yang dipelajari.

    Syarat-Syarat Umum
    1. Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
    2. Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di IPT/Politeknik dalam dan luar negara;
    3. Latihan praktikal/industri merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
    4. Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.90 pada semester terkini;
    5. Tempoh minima latihan industri adalah dua (2) bulan; dan
    6. Mempunyai tahap kesihatan yang baik;

    Bidang Pengajian

    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .